Sabtu, 30 Julai 2011

~Nak dapat Bonus???~

Assalamualaikum semua. 

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan.
RINDUNYE KAT RAMADHAN. Penghulu segala Bulan.

B.O.N.U.S
Dengaq 5 word ni semua xcited kan? Ya lah, sapa takmau bonus yunk!
Org keja for sure nak BONUS, student plak msti la nak Markah BONUS.
Dan sapa2 ja la nak BONUS kan. Ctah pun nak!! SGT!!!

B.U.T....Now Im talking about BONUS 4 RAMADHAN. :)
Ya lah, Ramadhan coming soon. lagi sehari kot...tak sabar nak tgok Uncle tu umum bulan posa. :)

Abu Hurairah r,a meriwayatkan bahawa Rasulullah  s.a.w bersabda yang bermaksud :
" Umatku diberikan 5 PERKARA yang belum pernah diberikan kepada umat2 terdahulu ketika ramadhan iaitu :

BONUS 1 : Bau Mulut orang yg bpuasa itu lebih wangi daripada kasturi di sisi ALLAH.

BONUS 2 : Para Malaikat beristighfar utk mereka sehingga mereka berbuka.

BONUS 3 : Allah memperindahkan syurgaNYA setiap hari dan BERFIRMAN :
" Hampir2 hamba2KU yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadaMU." ( Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat )

BONUS 4 : Syaitan2 dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan2 selain ramadhan. 

BONUS 5 : Mereka akan mndapat keampuann pd akhir malam ( orang yang beramal akn disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya )."
Mengenai BONUS ke-5 ni ada sahabat bertanya kpd Rasulullah s.a.w : " Ya Rasulullah, apakah itu berlaku pada malam Lailatuqadar? " Baginda menjawab : " Bukan, tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya sesuai menyelesaikan amalannya " ( Riwayat Ahmad )

-Petikan daripada Majalah SOLUSI-

Semoga perkongsian ilmu ini membawa manfaat buat kita bersama. Semoga kita termasuk dlm golongan2 yg mendapat kelima2 BONUS ini..Amin ya rabb




Jumaat, 29 Julai 2011

~Kami SAHABAT~!!!


Assalamualaikum semua. ( Jawab2, tak jawab DOSE!!!)

Korg ada bc tak en3 lepas sal ctah g Lost World tu? ( ekelehhh...mcm la rmai yg dok follow my blog, whatever lah )

Ni ha..seperti yg dijanjikan. Ctah nak tayang muka2 kami sepanjang kami kat sana. 
Jangan Jeles!!!! :-P



Peace! B4 Bertolak







Tada! Muka Xcited


Dalam My Pinky ( keta ) pun sempat bergambar


Driver yg Snap..Bahaya2


Yihaa!!Dah sampai


Mak aiii! Besornya beg..kikiki


Love!


Tuan Punya Blog!!Peace!!!


Hujan yg turunn.....*sambung


Kami sepupu!! :)


Sarangheyo!! Love u


Sahabat selamanya *tidak termasuk kura2 ya*


Besttt!!!


Yihaa!!! *Sila bg laluan kenderaan berat nak lalu*


Muka Ayu cuak gila!! apa2pun best!


Sy pun Cuak!!Gila Cuak time ni..Rasa cam benda apa ntah ats pala tu.*ish3*


Suka Gambar ni.Thanks abg jaga burung 4 da snap!! :)


With My BFF-Ayu-


Peace!! *Sedang menjalani rawatan Fisio kat Hot Pool, 40C ok*


Moh rendam kaki *sila abaikan pemandangan belakang ya,ahakkk!!*


Percutian yg BEST!!!


Terima Kasih buat Umu, Ayu & Kak cik krn telah menghiburkan ctah utk da whole day
Ctah sayang Korang sgt2!!! :)

[Actualy banyak lg pic2 kirorang kat sana. tp ctah upload yg ni je la. kalau nak tengok lagi leh klik link ni kat FB http://www.facebook.com/media/set/?set=a.240585872630899.59216.100000384631348&type=1 ]
SEKIAN.TERIMA KASIH


Khamis, 28 Julai 2011

~Syukur ats KurniaanMU~

Assalamualaikum semua.

Semoga kalian sntiasa bahagia bersama org2 yg kalian sayang.

ALHAMDULILLAH

Ctah bersyukur sgt atas kurniaan ALLAH.
Segala yg ALLAH bg kat ctah cukup segalanya. cukup sempurna. :)
Ctah ada keluarga yg sgt memahami. Yg sntiasa ada dgn ctah wlu bagaimana keadaan skali pun.

Ctah ada MAK & ABAH yg terlalu HEBAT!
Ctah ada 2 orang kakak yg sgt PENYAYANG!
Walaupun nampak FAMILY ctah tak ramai n terlalu kecil
TAPI. Segala2nya cukup utk Ctah
Walaupun ctah tak dikurniakan abang, tp ALLAH bg Abang2 Ipar yg sgt BAIK!
Walaupun ctah tak dikurniakan Adik perempuan tp ALLAH bg Anak menakan perempuan yg sgt COMEL & BIJAK!
Walaupun ctah tak dikurniakan Adik lelaki tp ALLAH bg Anak menakan lelaki yg sgt CUTE & CERDIK!


Semoga ctah akn dikurniakan SUAMI & ANAK2 YG SOLEH DAN SOLEHAH

INSYALLAH
AMIN YA RABB

[Bingkisan Ilmu : Sentiasalah kita bersyukur ats kurniaan ALLAH. Ingat janji Allah, barangsiapa bersyukur dengan nikmat yang diberikan kepadanya, maka Allah akan tambah lagi nikmat itu.Sebaliknya, barangsiapa yang kufur atau tidak mensyukuri nikmat itu, maka sesungguhnya azab Allah amatlah pedih.]



Selasa, 26 Julai 2011

~Mari Solat Diawal Waktu~

Assalamulaikum semua. 

Agak terkilan malam ni.
Sebab apa? sebab ctah dah lewatkan waktu sembahyang ctah. Ya allah, Maafkan hambaMU ini kerana lalai dlm ibadah kpdMU. Jadilah aku sebahagian dr mereka yg solat diawal waktu. Amin Ya Rabb

Td ctah ada bc satu artikel tentang HIKMAH SOLAT DIAWAL WAKTU.
Apa salahnya ctah plak nak kongsi artikel tu dgn kawan2. Sekadar perkongsian utk manfaat bersama :



Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ...). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la ...) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Waktu inilah fenomena buta ayam terjadi. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya

JOM SOLAT 

~Hidup Sentiasa Diuji~

Assalamualaikum semua.

Semoga kalian sntiasa bahagia dan sntiasa senyum selalu walau di uji.
Hari ni ctah rasa sedih sgt, putus asa, takda semangat, kecewa mcm2 rasa.
Rasa SGT TAK ADIL utk ctah. Ctah tak kuat. ctah rasa mcm dah tak mau hidup ja.Hidup ctah dah kosong. TAPI ALHAMDULILLAH Ctah di kurniakan Mak, abah, kakak2 yg faham dan sntiasa sokong ctah wlu bagaimana keadaan ctah skali pun. ctah jugak bsyukur sbb ada kekasih hati yg sgt memahami ctah dan byk bg dorongan. 'Mereka' inilah PENGUAT SEMANGAT CTAH UTK JALANI HIDUP YG PENUH BERDURI.
Yes. Betul kata mak kalau kita di uji maknanya ALLAH syg kita. Maksudnya ALLAH syg ctah sbb tu ALLAH bg ujian sehebat ini utk ctah. Biarlah seribu org nak pandang buruk kat ctah, biarlah sejuta org nak hina ctah ASALKAN ALLAH tak pndang ctah begitu. 
-MULIA DI MATA ALLAH LEBIH BAIK DRPD MULIA DI MATA MANUSIA-
Ctah masih ada ALLAH yg mnjadi pedamping ctah wlu di mana ctah brada. Dia lah MAHA AGUNG. 

Ya Allah. Andai ujian ini utk menguji tahap kesabaran & keimanan ku, aku redho Ya Allah
Andai Kau hantar ujian sehebat ini utk aku kerana kesilapan dan dosa2 lampau ku, aku terima Ya Rahman. Aku terima dgn hati yg terbuka. Ampunkan lah dosa hambamu ini ya ALLAH. 
Aku yakin padaMU, Aku percaya padaMU SANG PENCIPTA ALAM. Aku yakin pasti ada hikmah yg terbaik utk ku, aku yakin KAU telah persiapkan sesuatu yg indah disebalik ujianMU ini. Aku setia menanti hikmah itu ya ALLAH. Berilah aku Taufik dan Hidayah agar aku terus BERIMAN kpd MU YA ALLAH RABBUL IZZATI. :)

[Cebisan Ilmu buat sahabat andai anda sedang dilanda kegelisahan hati. Andai anda diuji. Yakinlah setiap ujian pasti ada HIKMAHNYA. SENTIASA LAH BERFIKIRAN POSITIF TERHADAP ALLAH :

  • Pertama, yakinlah bahawa ujian itu merupakan ekspresi cinta Allah pada hamba-Nya. Allah Swt memberikan cubaan agar kita menjadi lebih dewasa dan matang dalam mengharungi kehidupan. Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah bersabda, “Barang siapa yang dikehendaki Allah menjadi orang yang baik maka dia akan diberi-Nya cubaan.” (H.R.Bukhari)
  • Kedua, yakinlah bahawa semakin besar dan banyak cubaan yang Allah turunkan kepada kita, makin besar pula pahala dan sayang Allah yang akan dilimpahkan kepada kita. Dengan syarat, kita dapat menyelesaikan setiap ujian itu secara baik. Anas r.a. berkata: Nabi saw. bersabda, “Sesungguhnya besarnya pahala itu tergantung pada besarnya cubaan. Sesungguhnya apabila Allah Ta’ala itu mencintai suatu kaum maka Dia mengujinya. Barang siapa yang rela menerimanya, dia mendapat keredhaan Allah, dan barang siapa yang murka, maka dia pun mendapat kemurkaan Allah” (H.R.Tirmidzi)
  • Ketiga, yakinlah bahawa ujian itu akan menghapuskan dosa-dosa yang pernah kita kerjakan. Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw. bersabda: “Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya (H.R. Bukhari dan Muslim)
  • Keempat, selalulah untuk berfikir positif bahawa apa – apa pun yang menimpa diri kita akan menjadi kebaikan. Abu Yahya Shuhaib bin Sinan r.a. berkata, bahawa Rasulullah saw. bersabda: “Sungguh menakjubkan sikap seorang mukmin itu, segala keadaan dianggapnya baik dan hal ini tidak akan terjadi kecuali bagi seorang mukmin. Apabila mendapatkan kesenangan, dia bersyukur, maka itu lebih baik baginya, dan apabila ditimpa penderitaan, dia bersabar, maka itu lebih baik baginya.”(H.R.Muslim)
  • Kelima, yakinlah bahawa setelah kita ditimpa kesulitan, maka akan ada kemudahan. Fakta menunjukkan bahawa  idea – idea yang hebat sering muncul ketika kita berada di puncak kesulitan. Contohnya, banyak mahasiswa dapat mengarang jawapan walaupun pada saat menghadapi soalan peperiksaan yang sukar. Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Q.S. Alam Nasyrah 94: 5- 6)
  • Keenam, selalu optimistik bahawa kita boleh menyelesaikan setiap ujian yang Allah berikan, kerana Allah tidak akan memberikan ujian di luar kemampuan hamba-Nya. Optimis dapat  melahirkan tenaga yang tersembunyi dalam diri kita, kerana itu optimis boleh menjadi bahan bakar untuk menyelesaikan segala persoalan. Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan  hambanya itu. Dia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.” (Q.S. Al-Baqarah 2 : 286)
  • Ketujuh, menghadapi ujian dengan usaha dan doa. Kerah segala ikhtiar untuk menyelesaikan ujian dan follow-up usaha itu dengan doa. Maka apabila kamu telah selesai (dari suatu urusan), maka kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap” (Q.S. Alam Nasyarh 94 : 7 – 8). Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku kabulkan doamu.” (Q.S. Al-Mu’min 40: 60) -aku Islam-

Isnin, 25 Julai 2011

~Catatan Seharian antara Aku & Mereka~

Assalamualaikum semua..
Yippie....Happy sgt kemarin2 lepas (20 Julai 2011)
 -sorry ek, agak lmbat mengarang diari yg pnjg bjela-

 Nak tahu kenapa? Actually ctah bru ja balik bcuti dgn kwn2 kat LOST WORLD OF TAMBUN..kikiki 
 Ctah baru balik bcuti dgn sahabat2 sejati iaitu UMMU & AYU dan sepupu kesayangan KAK CIK. bukan sng kami nak p bcuti cam tu, almaklumlah mak ctah ni jenis tak brapa bg sgt anak kesayangan dia kluar2 ni. tambah2 p jauh2 kan. tp pujuk punya pujuk at last dapat gak p. Alhamdulillah. happy bukan main. bkn sng nak dpt peluang cam tu. at least dpt gak mandi manda kat Lost World Tambun. :-) 1st time kot p sana.
JAUH PERJALANAN LUAS PENGALAMAN
Pukul 8.30-9.00 tu umu, ayu & kak cik sampai umah ctah. kami breakfast lu, pagi2 lagi mak ctah dah belikan nasi lemak sorg satu n mak ctah siap goreng nugget, bebola ayam, sosej dll utk bawak bekal.
pukul 9.40 kami bertolak ke Ipoh. dalam perjalanan punya la hingaq, mcm2 story ada. umu si mulut murai tu byk celoteh. btw sgt terhibur. sembang punya sembang kami terlajak la plak. sepatutnya bila nmpak signbord IPOH masuk kiri, kami leh jalan terus ja. punya la gabra. Ayu duk sebelah leh ckp takpe, nti depan leh lagi. ok..fine! tp...bila dh gerak lama sikit nmpak mcm lain je. knapa highway ni leh TERbahagi dua? OH MY GOD...Kami terlajak guna hgway ke KL.. HMMMM...Nasib la kami smua ni kira pakar la gak kan. at last kami exit ke simpang pulai dan patah balik. hehe...pas 8km tu ALHAMDULILLAH nmpak sgbord IPOH-LOST WORLD TAMBUN. Yihaaa...:-P
Dalam pukul 12 lbh gitu akhirnya kami tiba ke DESTINASI. Syukur Ya ALLAH

DETIK MELEPASI SECURITY CHECK
Pas tu ctah beli tiket utk semua. Utk adult masuk rm38. so utk 4 org pndai2 korang la darab ek. klu tak cekap guna la culculator..kikiki
Lepas dpt tiket kami pun nak masuk la, tp tgok org depan kena check2 barang n security tu siap buka beg nak periksa dlm beg kalau2 ada org bawa bnda2 yg takleh so kami pun bpatah balik la sbb dlm beg ada makanan. kan mak ctah dh bekalkan makanan. alamak!! kami pun p la ke keta dan sorokkan makanan tu dlm tuala mandi.
nasib la kami terlepas tp kak cik punya makanan lak kantoi. tak psl2 kena simpan luaq n bayaq rm1. tp its ok. kita kan sahabat. share je la makanan nti. SHARING IS CARING :-)

SAAT BERGEMBIRA
Time ni la syiookk. masa utk BERENDAM!! Hehehe.. tak sabar nak mandi bila tgok kolam yg besar. Luas la jugak lost world tu. lepas letak barang semua n sewa pelampung yg bentuk 8 tu, kami pun mandi. ( harga sewa pelampung rm22 tp rm10 akn dipulangkan smula. thats mean rm12 je la ) Kami pun masuk kat kolam besar yg main pool. mandi dlm bpe minit ada abg yg jaga kolam tu tegur umu sbb pakai seluaq track. alamak. kantoiii la.. ayu n kak cik pun pkai track gak.ctah pkai slack so takpe prasan sgt.. Eeeeeeee..TENSION GILA!!! Geram pun ada, ya lah... dah masuk bayaq mahai2 pastu dok buh praturan mcm apa ntah. ada ka suh org pkai swiming suit...dah la ketat...GILA! memang SPOIL MOOD gila2 punya la... HMMMM... Pastu kami pun kuar dr kolam tu kami gerak ke belakang nak naik yg terjun dr ats pusing2 tu. at last kat ctu pun takleh. hmm...sedihhh!!!!:-( kami pun p la mandi kat river. River tu still kolam cuma dia pnjang dan ala2 sungai sbb tu nama dia river. best gak. sbb mcm2 akan jumpa kat river tu. mula2 lalu ctu jumpa gajah, lepas ja dr snsor yg diorg psang terus bunyi gajah, kuat gila..seram pun ada. lepas tu ombak kuat pulak, mcm2 la jumpa. katak, air pncut, org utan...njoy la gak kat river tu. lepas tu kami dok bincang sbb rasa rugi plak bayaq mahai2 tp takleh naik bnda alah tu. then kami p tgok kat kdai diorg sbb abg tu ckp depa ada jual ( hmm, nak suh pelaku barang depa la tu, bsness sungguh !) sluaq tu ketat, ala2 legging gtu. ya lah nama pun sluar swimming. umu n ayu ja beli..kalu ctah tak sggup nak pkai, kcik takpa gak..hahaha... the conclusion is umu n ayu ja la naik bnda alah tu. wlupun ctah tak naik tp ctah tetap puas n njoy! SERIUS!!! :-)

DETIK MENCEMASKAN
JENG3...gila takut time ni. nak tahu apa jd? hmm.meh nak story morry. mula2 tu ctah, umu ngan ayu kami p mandi kat kolam bsar yg da ombak tu. ala2 kat pntai gitu. kak cik? toksah ckp sal kak cik..PENAKUT AYAQ! TRAUMA LA KATAKAN..HAHAHA..jgn marah dear. ok2, smbung cite td. kami b3 konon2 nak test power la leh smpai kaki hgga ke bpe meter. ctah ngan umu dlm kolam, ayu duk dlm plmpung 8 tu. kami pun tolak la ayu..tolak punya tolak..last2 smpai ke 1.8meter cm tu..O.M.G!!!!KAKI DAH TAK CECAH LANTAI KOLAM TU...Ala....kami dh jauh tersasar.konon2 mcm terror berenang..tp HABUK pun tarak...syukur la ada pelampung tu, klu tak mmg nahas dh kami. yg abg2 dok jaga kolam tu usha gila punya kusyuk! smpai tak toleh kat lain dh. kira semua pengunjung tgok kami ja. pastu ayu lak wat hal.PANIK BUKAN MAIN,smpai nangis dia..bila tgok ayu nangis dh rsa cm cemas, apa lagi kami pun pkir jalan la. at last kami decide nak ke tepi sbb kat tepi tu ada tangga. ok..alhamdulillah..dpt jgk pegang tangga. then umu naik tangga,ctah bpaut pd tangga n ayu also naik tangga tu. tp kalu nak jalan kot tngga MALU KOT..grrrrrr...yg sorg abg yg jaga tu dh siap buka baju nak selamat kami, tp dia tak mai slmat sbb kami still leh hndle. diorg tggu smpai kami jerit minta tolong.( ada ka cm tu! ish, klu la org lain leh mati lemas ooo..nasib kami ni kira HEROIN la kan :-P ) then kami pikir jalan lagi. HMMM..pikir punya pikir. last skli ctah suh ayu n umu naik ats pelampung tu, ok..sorang2 terjun ats tu. yihaaa...PLAN SUCCESS!!! Pastu ctah nak gunakan kebolehan yg ctah ada utk terapung ats air ( u ools jgn tak caye, wlu berat still leh imbang tau! haha ). then ctah pesan kat diorg korang guna tgn utk kayuh n gerakkan2 kaki tu. ctah nak terapung n tarik skuat hati. Tarik punya tarik, kayuh punya kayuh, dgn lafaz BISMILLAH
ALHAMDULILLAH....akhirnya....ctah jerit...!!!! weiii..kaki ctah dh rasa lantaii!!! SYUKUR YA ALLAH :-)


KAMI DAH SELAMAT YA ALLAH!!! PENGALAMAN YG SGT HEBAT! DAN DI SINI NAMPAK BETAPA KUATNYA IKATAN PERSAHABATAN KAMI.


SAAT KEPULANGAN
Sudah seharian kami di sana, dah tiba masanya kami berangkat pulang. dalam pukul 5 lbh kami pun brtolak ke PULAU PINANG..:-) dlm perjalanan masing2 letih dan tak riuh sgt mcm mula2 mai. hehehe.. ayu kat sebelah ctah pun dh terlentok. perut masing2 brkeroncong minta diisi. then...ctah berhenti di hentian bukit gantang dan apa lagi.MAKAN LA...hehehe... pastu ctah smpat beli buah2an utk mak. 

TEPAT JAM 7.30malam cm tu kami pun smpai ke rumah ctah dgn 1001 kenangan.:-)

-BEGITULAH CATATAN AKU DAN MEREKA DI LOST WORLD TAMBUN-
semoga persahabatan kita bkekalan smpai ke akhir hayat.

Terima Kasih kerana sudi mengembirakan ctah pd hari itu. SYUKUR krn dpt mengenali kalian semua,


OPSSS..B4 terlupa..nak habaq ni.Gambar2 sepanjang kami di sana akn diupload kemudian ye.. tgh tunggu kak cik bgi sbb semua da dlm camera kak cik. kak cik kan camerawoman tak brbayar kami..hehe..


[Bingkisan : SECANTIK2 HIASAN DUNIA, CANTIK LAGI PERHIASAAN DARI ALLAH. SEINDAH2 CIPTAAN MANUSIA, INDAH LAGI CIPTAAN ALLAH. SEHEBAT2 BUATAN MANUSIA, HEBAT LAGI KUASA ALLAH. SeCANGGIH & seBEST mana pun LOST WORLD TAMBUN tu TAPI....... HEBAT, CANGGIH, INDAH, BEST DAN SEMPURNA LAGI air terjun & sungai yg kecil CIPTAAN ALLAH SWT. SUBHANALLAH!!!]


Ahad, 24 Julai 2011

~Isnin Datang Lagi~

Assalamuallaikum semua.

Semoga kalian semua sentiasa di bawah lindungan ALLAH selalu. Insyallah
oh ya kawan2, ctah da satu soklan ni. soklan dia berbunyi ::
Esok hari apa ek? :-P
Dah terang lagi bersuluh title tu ctah leh tny lgi kan. hehe..jgn marah ya kwn2..saja nak test. 
ISNIN 25 JULAI 2011
Hari yg sgt bermakna dlm hidup ctah, di sini bermula satu penentuan terakhir. taktau apa akan jd. tapi sbgai seorg muslim, ctah mmpu BERUSAHA, BERDOA DAN BERTAWAKAL ja kat ALLAH.
Hanya ALLAH yg tahu segalanya. 

Oh ya, sekarang kita dalam bulan Sya'ban, bulan yg penuh barakah.
Esok pulak hari ISNIN, apa kata kita semua pakat2 puasa sunat. INSYALLAH. byk kelebihan dan manfaatnya. Di samping tu jugak, leh la kita belajar2 biasakan diri utk menyambut RAMDHAN yg bakal menjelma.

Akhir kata sedikit bingkisan ilmu tentang keistimewaan hari Isnin scara khusus dari ctah sbgai pengakhiran entry kali ni.
 SEMOGA BERMANFAAT


Dari Abu Qatadah al-Ansari r.a., bahawa Rasulullah s.a.w telah ditanya tentang puasa hari Isnin.
Baginda menjawab:  "Hari itu (hari yang bersejarah, kerana) padanya aku dilahirkan dan padanya aku diutus menjadi Rasul - atau pada hari itulah (mula-mula) diturunkan al-Qur'an kepada aku.

(Hadith Sahih - Riwayat Muslim)

Daripada hadith ini dapat difaham dengan jelas,  bahawa sebabnya Rasulullah s.a.w. mengambil berat berpuasa pada tiap-tiap hari Isnin ialah sebagai bersyukur kepada Allah s.w.t kerana pada hari inilah Baginda diputerakan (hari maulidnya) dan pada hari inilah juga al-Qur'an mula-mula diturunkan serta Baginda diutuskan menjadi Rasulullah sebagai rahmat bagi seluruh alam. 

Hakikat inilah yang menjadikan umat Islam turun temurun, menyambut "Hari Maulid al-Rasul" dan "Malam Nuzul al-Qur'an" dengan penuh kesyukuran.




Selasa, 19 Julai 2011

~Mat Bangla? Aiyoo!!~

Assalamualaikum semua.
Apa? Terkezutt ke bc my title..butul la.Mau ckp psl BANGLA
Dalam sibuk ctah mnjual barangan AVON kat para pelanggan yg ctah syg tetiba sorang mat bangla ni pun nak oder gak. Ctah ingt dia main2, then dia selak punya selak katalog avon tu... at last dia oder gak.
Nak tau dia oder apa? jeng3...hahaha..wat surprise lak cam la bnda apa..dia oder perfume. Mak Aiii..mahai la jgk bnda yg dia oder tu.. mcm tak cnfident je nak amik oder..buatnya ctah amik brg dia tak bayaq cam na? melopong ctah..hahaha....harga rm60. mahai la kan... hehehe...
Selang bape hari ctah bgi la perfume tu kat dia, pastu nasib dia bayaq..HUH LEGA!!! Tak bhutang la ctah dgn AVON. 
Pastu dia ckp "Ini minyak wangi ada ka utk purumpuan punya?" 
Ctah jawab "ada la, ni couple set"
 then dia jawab "U angkat satu lagi, itu prumpuan punya aa, saya mau kasi sama u"
Terkezzuutt ctah, dlm hati amboi bangla ni, byk duit hang.. 
pastu tu dia bg duit rm100 kat ctah. dia ckp "ini duit, i kasi u beli sama u  itu perfume satu, baki u simpan buat belanja
dlm hati ctah YA ALLAH..Gila ka apa BANGLA ni...ada ka patut... tak mau ctah mkn duit org n berhutang budi kat org..TAKUT pun ada...then ctah jawab "u simpan sajalah duit tu, i ada duit nti i beli sndiri"

Bkn pertama kali dah byk kali kot dia dok hulur2 duit. baru2 ni dia bg seguni buah rambutan..Buah rambutan INSYALLAH selamat.hehe Amik ja la kan.REZEKI JGN DITOLAK, MUSUH JGN DICARI
Tapi duit2 semua tu SORRY LA beb. sy ni bkn jenis dok kikis duit org.
i know what i do. balik tu ctah cite kat mak. mak mula dok takut. mak ckp "adik jgn skali2 ambik apa yg dia bg, jaga diri baik2" INSYALLAH adik tahu jaga diri.:-)

 

[Pesanan buat mat bangla tu : Kalu u terBACA blog i ni, so sorry ye. I cuma nak bkongsi je dgn my blogger. Buat semua : Jgn sekali2 termakan budi org. takut lak tergadai bodi dan sy yakin kalian semua tahu jaga diri. semoga kita semua dilindungi ALLAH dunia akhirat. amin]

Isnin, 18 Julai 2011

~Bila hati resah~

Assalamualaikum warga Blog
Lama tak UPDATE blog, selalu masuk je tengok nu tengok ni tp mood nak update takda
at last log out gitu je.
Sebenarnya byk benda nak kongsi tp rasa mcm  its too hard nak share kat sini.
SORRY GUYS
Cuma sekarang rasa cam resah n gelisah sgt2..hanya ALLAH yg tahu sebabnya
 Hati tak tenang, hati gelisah, runsing... 

Tak tau bila agaknya semua rasa ni nak hilang,
YA ALLAH
Hanya padaMU aku meminta dan memohon
Kau bantulah aku dlm kesusahan ini.


[Pesanan : Sila abaikan bahasa rojak & bahasa MELAYU yg tak brapa betul]