Isnin, 14 Mei 2012

~Done!!!~

Bismillahirahmanirahim
Segala puji bagi ALLAH tuhan pencipta seluruh alam

A.L.H.A.M.D.U.L.I.L.L.A.H
Tepat jam 1.17am siap sudah assgment yg ke-4 utk sem ni
HKB 213 DONE!!!

Syukur.
Seriously assgment ni paling mencabar sem ni..rasa sangat2 susah nak buat.bayangkan esok nak hntar hari ni baru mula mengarang.
akhirnya siap jgk gorengan2 daripada pagi tadi..
Hangit hangus semua suda!
Takpalah.Asalkan siap dan dipermudahkan..
SYUKUR PADAMU!!!
-JADIKAN PENGAJARAN AGAR TIDAK TERUS MELAKUKAN KERJA LAST2 MINIT YA CIK CTAH-

[Ps : Terima Kasih buat kekasih hati sbb sudi meneman ctah buat assgment smpai tertido. Kesiannn akhii nyak sorg nii..hehe... Terima Kasih jgk buat seorang insan yg sudi menolong ctah utk memberi pemahaman tntg artikel tu.TQ KALIANNN!!!]


Ahad, 13 Mei 2012

~Secebis bingkisan hati buatmu Sayang~

Assalamuallaikum

Bismillahirahmanirahim

Hati resah ingin berbicara
 ungkapan keramat 'aku rindu padamu'
Ternyata sekali jiwaku lara
sabar menanti kehadiranmu

Kasih yang disulam makin menggunung
Itu tandanya aku cinta padamu
Makin hari makin termenung
itu tandanya aku rindu padamu

Jarak dan waktu jadi pemisah
syarak dan agama jadi landasan
Cinda dunia diburu usah
Cinta halal nikmat tiada batasan.

-Nukilan Nasyitah Nazari Ahad 12.27am-

Sabtu, 12 Mei 2012

~Ilmu VS Harta~

Assalamuallaikum

Bismillahirahmanirahim
Sedikit perkongsian di petang nan sunyi


secebis kata yg memberi 1001 makna
Tidak salah berkongsi ilmu kerana ianya pasti bertambah!
Harta yang digunakan pasti terhakis jua akhirnya
tetapi
Ilmu yang digunakan makin bertambah dan bertambah
dan menjadi satu sinar dan cahaya hidup.
Ilmu yang bermanfaat dan menjadi manfaat buat manusia adalah satu amalan yang berterusan walaupun di liang lahad. 
-Moga kita beristiqomah dalam menuntut ilmu dan berkongsi ilmu dgn semua manusia-

Bergantung harap hanya padaMU ILLAHI

[P/s : Ingin menjadi pendidik agar dapat menjadi bekalan di dunia Fana]




Khamis, 10 Mei 2012

S.T.R.E.S.S

Assalamuallaikum

Takda apa yg nak diceritakan
yang boleh ceritakan segalanya adalah gambar dibawah niii



YA ALLAH
Mudahkan segala urusan hambaMU
dalam apa jua yg aku lakukan.
Hanya padaMU aku bergantung harap
Amin..


Ahad, 6 Mei 2012

~Tahniah Sahabat!!~


Bismillahirahmanirahim
Dengan nama ALLAH yg Maha pemurah lagi Maha mengasihani

T.A.H.N.I.A.H
buat sahabat baik ctah!
ALHAMDULILLAH...Semuanya berjalan dgn lancar
Sahabat ctah dah 'diikat' kelmarin
Tanggal 05.05.12 dia sudah menjadi tunangan orang.
(dah sama la STATUS kita kan? hahaha)
Ctah doakan yg terbaik utk u. dengan apa yg dah berlaku spnjang hidup u, ctah rasa u dh ckup kuat utk mghadapinya. insyallah... Andai kita ikhlas menyayangi kerana ALLAH, pasti DIA memudahkan semua.
Tabahkan hatimu selalu ya, dugaan pasti dtg bertimpa2...tapi percayalah..semua yg pahit akn mnjadi manis dipghujung kelak!
Teruskan berdoa semoga JODOH kalian mengiringi
Doakan utk ctah jgk!
Peliharalah hubungan kalian mengikut syarak! 
Cinta yang suci dan terpelihara pasti akan membawa pasangan yang sudah bertunang ke gerbang perkahwinan sehingga kemanisannya dan kebahagiaannya tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Ketika itulah fitrah menjadi anugerah.

Semoga hubungan yg terjalin terus mekar sehingga ke lafaz 'sakinah'


[Pesanan : Maaf tak dapat teman u dihari bahagia itu. mgkin takda rezeki ctah nk hadir.. hanya DOA mengiringi kalian. jgn sedih n terasa ya sayang! btw i love u my bestfren <3 N harap u suka dgn Pemberian ikhlas ni utk u dan si dia]





Khamis, 3 Mei 2012

~Ctah kembali membawa khabar~

Bismillah
Assalamuallaikum wbt buat sahabat2 bloger.

SUBHANALLAH
Lama sungguh tak berkunjung kat blog ctah ni.. dah bersawang kanan kiri atas bawah dah
Maaf ya CORETAN HATI!!
Tuan mu sibuk menjalani hidup yang berduri!!
Acecece...ayat tak boleh blah..hahaha

Banyak sgt benda nak cerita ngan korang...
Tapi masa mcm tak mngizinkan ja..iyalah tu kan? konon masa yg takda padahal tuan empunya diri yang malas...hahaha..buat2 caya jeee....:-P

Cuma nak gitau 
Dalam berbulan2 ctah diam
SEBENARNYA...
sebenarnya...
dan sebenarnyaaa cintaa(tiba2 nyanyi lagu Yuna) huhuhu

ALHAMDULILLAH

Ctah dah
B.E.R.T.U.N.A.N.G
Darah manisss uuu!!!
Nak rasa? ce tanya nyamuk yg selalu gigit ctah manis ka tak...sure nyamuk bilang waaa..manyak manisss ooo itu olangg punya dalahhhh...kikikiki -sewel-

A.L.H.A.M.D.U.L.I.L.L.AH
Dah masuk 4Bulan 2Minggu dan 2Hari kami telah dikhitbah
Semoga ALLAH merahmati hubungan kami dan semuanya berjalan dengan lancar
Doakan kami ya! :-)

Berapa lama kami dikhitbah?
Shhhh..mana leh habaq..rahsia kerajaan..insyallah ctah akan update dari masa ke semasa
Now tengah sibuk dgn Assigment, Presentation n nak Exammmm dah
DOAKAN CTAH!!!

Semoga ALLAH memberi kesempatan buat kami berdua membina sebuah keluarga Islam yang mawaddah wa rahmah. Membina bait muslim yang kekal abadi smpai ke syurga... Amin..