Ahad, 22 Julai 2012

~KeRINDUan melanda pada bumi SERAMBI MEKAH~

Bismilillah

Assalamualaikum kalian!
ALHAMDULILLAH
Selesai berbuka puasa utk hari kedua.
Ramadhan 1433H
Syukur ats nikmatMU yg tidak terkira

Lepas berbuka, solat, ngaji jap. belek2 Tab kesayangan,
TerBUKA folder 'Acheh'
SUBHANALLAH
Rindunya kat bumi SERAMBI MEKAH iaitu
ACEH, ACHEH ATAUPUN ATJEH
Banyak ejaanya.
Semua kira betul la..aslkan bunyi sama kan.:)

Sebelum tu, lupa nak habaq kat korg yg 1Jun lepas ctah dgn family tlh berangkat ke Acheh, kitorang pergi dgn hati yg terbuka utk ziarah bakal keluarga mertua ctah.
Mcm yg korg tahu, bakal suami ctah kan org Banda Acheh.
Kami nak merapatkan silaturahim dismping mengenali diorg dgn lebih rapat.
SYUKUR
Semuanya dipermudahkan ALLAH.

Tak sgka sgt2 ctah akn dpt mak mertua dan adik2 ipar yg baik2 semuanyaa...
DIORG TERLALU BAIK
DAN MEMBERI LAYANAN YG TIPTOP KAT KAMI SEPANJANG KAMI DI SANA
Makanan kat Acheh pun superb! kira kena la dgn tekak org2 penang! 
Suasana kat sana plak, masyallah. sgt tenang!
Mcm kat kelantan la... diorg Islamik.
Jrg2 tengok perempuan kat sana tak btudung, lps tu pulak suasana dia nyaman ja.
Perasaan yg nak digambarkan HANYA ALLAH YG TAHU.
NAK TAHU APA YG ISTIMEWA KAT SANA?
Diorg amalkan hukum hudud, dats y la jrg2 ada maksiat, jenayah mahupun apa2 yg tak baik.
ALHAMDULILLAH
Takda apa2 yg buruk berlaku sepanjang kami di sana.
Walaupun ctah ada terlalai sat tinggal handbeg kat ats van dan biar pintu terbuka dan merayap kat tmpat lain tp ALLAH lindunginya
Siapa berani nak mncuri? kalu tgn bakal dipotong.
itulah hebatnya HUKUM HUDUD! HUKUM ALLAH
Moga Malaysia juga akan melaksanakan HUKUM ALLAH ITU! AMIN

SYUKUR SGT2, Walaupun mgkin ada yg kata
"kat MALAYSIA byk lg lelaki, Mat Indon gak hg pilih!'
DEMI ALLAH
Ctah tak pnah rasa mcm tu, ctah bsyukur sgt2 dipertemukan dgn insan yg bernama
MUHAMMAD YANIS
Ctah bangga sbb akn mnjadi sebahagian daripada Bumi SERAMBI MEKAH
ALHAMDULILLAH. Dalam byk2 daerah di INDONESIA,
Banda ACHEH
menjadi tempat kelahiran bakal suami tercinta.
ini pilihan ALLAH. DIA yg temukan jodoh kami.
AMIN YA RABB

Kalau nak ceritakan dari awal perjalanan dan sehingga 3hari 2malam rasanya en3 kali ini akn mnjadi pnjang berjela dan korg pun ngantuk nak mmbacanya.hehe
so ctah tinggalkan korg dgn gambar2 di bawah ini
Biar gambar 'kami' dan 'mereka' menceritakan segalanya
SALAM UKHWAH BUAT SEMUA

Gambar kenangan bersama dua keluarga Baru. Penang vs Acheh :)


SUBHANALLAH. Terkejut tgok hidangan yg banyak terhidang. Sedap dan lazat sgt. Terima kasih mak dan dik pit. 


Gambar kenangan bersama bakal mak mertua


En Tunang tersayang. Doakan yg terbaik utk kami ya


<3 Dis pic so much. Moga ikatan kita sntiasa dalam rahmat ALLAH.:) AMIN

Utk melihat lebih byk gambar. Boleh klik pada link di bawah. Link FB Ctah. makasih ya korg! (utk org yg dh jd fren je la leh tgok, sori! unlike stalker!)

DOAKAN KAMI
Love u all Lillah
<3

[Bisik2: Ya ALLAH. Aku rindu nak jejakkan kaki ke sana lagi. Moga KAU mudahkan segala urusan kami dan kau berilah kesempatan buat ku ke sana lagi. Acheh sgt tenang dgn jiwaku. :) ]


Sabtu, 21 Julai 2012

~Salam Ramadhan Al Mubarak~

Bismilllah

Assalamuallaikum semua
Khaifahalukum ya Sohabat?
Moga kalian sihat2 hendaknya..
Amacam 1st day puasa? Moga smua ok2 aje..ctah alhamdulillah... 
Puasanya lancar. sahur nya ugak baik kok..huhu..tiba2 sleng indon la kan..hehe

ALHAMDULILLAH
Kita semua masih berpeluang utk bertemu dgn Ramadhan iaitu sebaik2 bulan.
SYUKUR PADAMU YA ALLAH
Ayuh kita menyemarakkan Ramadhan kali ini, mgkin Ramadhan ini yg terakhir buat kita..siapa tahu kan?
Insyallah..Moga terus diberi kesempatan dan kekuatan utk kita terus beristiqomah dlm melakukan kebaikkan.
Jgn bekira sgt dgn ALLAH sebab DIA tak pernah bkira ngan kita walaupun sekecil zarah.

Dikesempatan ini ctah nak mengucapkan
:: SALAM RAMADHAN AL MUBARAK ::
Moga Ramadhan kita kali ini adalah Ramadhan yg terbaik daripada sebelum2nya
Kalu dulu kita jrg2 bangun sahur sbb lebih pentingkan ke'enak'kan tido, ayuh jgn tinggal sahur kali ni. sebab dalam sahur itu ada keberkatan.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda yg bermaksud:"bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada keberkatan"(riwayat al-Bukhari dan al-Muslim)

Kalu dulu kita puasa, tahan ja la lapar n dahaga tu.. tp dok hingaq2 lagi. dok mengata orang, fitnah itu ini, mengutuk, mencaci dan dll. apa kata kali ini kita puasa nafsu kita. kita jaga pergaulan, batas2 agama, jgn dok berdating sakan. kita ubah puasa kita agr kita lebih baik dari sebelumnya

Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Apabila seorang diantara kamu bepuasa, maka janganlah mengeluarkan perkataan kotor, jangan berteriak-teriak dan jangan pula melakukan perbuatan jahiliyah; jika ia dicela atau disakiti oleh orang lain, maka katakan, “Sesungguhnya aku sedang berpuasa,”

Kalu dulu kita puasa, time nak bukak posa tu kita selalu lmbat2kan. biasalah..rancangan tv kat malaysia ni pelik sikit kan, time pkul 7 ke atas tu la rancangan best2. mula la dok mghadap tv tgok rancangan best2 tu. lps tu tak sedar org dah azan sbb dok ghalik sgt tgok tv. lps tu pulak, ada la segelintir manusia yg suka mandi saat2 nak bukak posa tu. contohnya bukak posa pkul 7.30.. dia p mandi pkul 7.15...kan hujung2 ni la godaan makin membuak2.. tak tahan la konon..lps tu kalut nak p mandi, bg masa cpt berlalu. (huhu.. ni ctah pnh buat..tapi zaman dolu2 la beb. skrg ctah dh insaf.haha). lps tu ghalik dok gonyoh badan, dok main sabun, dok gosok gigi, smpai terleka..lps tu org pun dah azan. lambat gak berbuka. Tak baik cm tu kwn2. apakata 5, 10min nak berbuka tu kita duduk kat meja makan, berdoa, minta kat ALLAH apa yg kita mahu. sbb time nak berbuka tu la mustajab doanya.

Dari Sahl bin Sa’ad r.a. bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Orang-orang (umat Islam) senantiasa berada dalam kebaikan, selama mereka menyegerakan berbuka.

Oklah. itu sahaja perkongsian ctah utk korg. takda apa sgt pun. Banyak lagi kebaikan yg leh kita buat semasa Ramadhan. 
 Sekadar renungan kita bersama. 
Jgn lupa bertadarus dan bertarawih ya kwn2...
Sama2 kita peroleh rahmat dan kasih sayang ALLAH di bulan Ramadhan

SALAM RAMADHAN 
Dari ctah buat kalian.

SEDIKIT PERKONGSIAN TENTANG GANJARAN PUASA DIBULAN RAMADHAN
BETAPA ALLAH ITU MAHA KAYA

-Sila klik pada gambar utk proses tumbesaran ya-:-)


[Bisik2: Tahun pertama berpuasa sebagai tunang org sebelum menukar status kepada Isteri orang. Tahun terakhir bpuasa sbagai status CIK.Insyallah lps ni PUAN dah.. hehe...

-Menghitung hari]

Rabu, 11 Julai 2012

~Membina BAITUL MUSLIM 1~

Bismillahirahmanirahim

Assalamuallaikum semua.
Moga korg sihat hendakNYA.
Kesihatan ctah agak terganggu beberapa minggu kebelakangan ni dek kerana cuaca di Penang sgt2 teruk (jerebu). batuk, sakit tekak dan selsema yg agk lama lbh kurg 2minggu lebih...
Takpa..Sakit penghapus dosa2 kecil kita..Mudah2an :-)

Hari ni,
kalau di tambah tolak bahagi darab. lebih kurg 3bulan lebih lagi ctah nk jadi bini orang.
Hihi!! Bunyi mcm serius..tp mmg serius laaa nii..
INSYALLAH
Mudah2an ALLAH mudahkan segala urusan kami dalam membina BAITUL MUSLIM

Memandangkan sekarang tgh cuti semester,
ctah buat persediaan apa2 yang patut dulu.
Skrg ni mmg masa cari duit lebih laa..sibuk bekerja mencari sesuap nasi demi menampung sedkit sebanyak kos walimah. acececeee... ayat tak leh tahan..hahaha
Bukan apa, taknak nyusahkan mak abah sgt... apa yg mampu ctah tolong, ctah kuarkan duit sendiri.
Nak letak duit belanja tinggi2 pun buat apa kan. 
Konon bangga la kan hantaran tinggi, nak menunjuk kat org.. ish2...
Tak semua org cm tu, ikut kemampuan bakal suami jgk.
Mak abah ctah letak sama ja ngan kakak2 ctah sblm ni. Langsung tiada penambahan. dan sangat SEDERHANA
Mana yg ada ALHAMDULILLAH.
Buat apa nak nyusahkan suami sendiri.:-)

Setakat ni ctah dah selesaikan beberapa bab berikut.
1: Tempah kad kahwin/banting
2: Tempah doorgift utk tetamu
3: Tempah pakej walimah (baju, bilik, makan beradab, makeup, dll)
4: Dah amik borang nikah (tapi belum isi sebab tunggu en tunang, dia cakap nk isi bulan ramadhan ni..amik berkat katanya) hehe..


DOAKAN CTAH YA KAWAN2.
MOGA ALLAH MUDAHKAN SEGALA URUSAN KAMI.
Bakal suami orang jauh (Banda Acheh), banyak urusan yg nak diselesaikan. 
Semoga ALLAH beri kekuatan dan kemudahan utk kami menuju redhoNYA

Ya... tempoh pertunangan tu bukan sekadar kita bersiap sedia utk walimah. bukan sekadar nak siapkan itu ini. tapi kita iaitu pasangan masing2 perlu menambahkan ilmu fardu ain dan kifayah. masing2 perlu tahu tanggungjawab sebagai seorang suami atau isteri.
Macam perempuan. belajar masak, belajar menjahit(hihi, ctah serius tgn keras takleh mnjahit), belajar cara2 nak jaga budak, belajar dan lengkapkan diri dgn ilmu.
Barulah rumahtangga yang akn dibina harmoni sentiasa.
Kita bukan inginkan kebahagiaan setahun dua, tapi sepanjang hayat.
Lengkapkan diri dgn ilmu akhirat INSYALLAH
PASTI BERKAT MENGIRINGI RUMAHTANGGA KITA.

Oklah. terpanjang pulak entry ctah kali ni..semangat nak menikohh!!
Jumpa lagi di lain entry.
Love u all Lillah


[Renungan : Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat". "Hai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1)]