Rabu, 29 Ogos 2012

~Persiapan membina BAITUL MUSLIM 8~Warna tema~

Bismillah

Assalamuallaikum
Moga korg sihat sentiasa ya.
Ctah? Kesihatan kurg mengizinkan ats sebab2 tertentu.
ALHAMDULILLAH...
Lega... Tenang hati bila en Tunang dah smpai selangor dgn selamatnya
Walaupun diduga dgn hujan yg sgt lebat, tapi syukur...Beliau dah selamat tiba. Insyallah, Ahad ni nak fly ke Hometown beliau pulak. Nak ke Acheh, selesaikan urusan kahwin.
Doakan en Tunang ctah ya. :)

Ok. hari ni even tak brp sihat, tapi tiba2 mood nak menulis maii
So, on lappy terus log in blog
Nak update sikit pasal::
TEMA

Tiap majlis kawen, of coz la kan ada tema.
Bukan tema, fairy tales, arabian, garden dll,
Yg ctah maksudnya WARNA.
Kalu ikutkan tema tu, tema ctah CACA MERBA la...sbb smua pakat2 hantam saja
Hihihi
Tapi rasanya more to KEBUDAK2AN. Fairy tales la konon..haha
Ish2, susahnya nak hilang perangai kebudak2an ctah ni... sabo je lah en tunang ctah nanti..
Oh ya, berbalik pada cerita
Ctah decide nak pilih kaler HIJAU+PINK sebagai tema walimah nanti

Pink tu mmg kaler kegemaran ctah, i likeee...Hijau pun sama sbb warna kesukaan KEKASIH HATI ctah. 
-Baginda Muhammad s.a.w-
Hijau tenang sgt2.. so ctah try combine kedua2 kaler ni.
Biasanya pink selalu dicombinekan dgn PUTIH, GREY, GOLD DAN BIRU.
TAPI disebabkan ctah sukakan kelainan. so ctah decide nak combine pink dgn hijau
Tak tau la cm na hasilnya, if nak tgok boleh la dtg walimah nanti.:)
Tapi kalo tgok rasanya nampak more to pink kot.
Ctah dah bincang dgn pihak butik, diorg yg decidekan nak combine cam na, ctah tak cerewet pun. ctah yakin ngan hasil keja diorg. Insyallah, tak pnh mengecewakan.:-)
Tak sabar nantikan hasilnya nanti
Hijau tu hijau lumut yg sgt soft dan pink also pink very da soft.
Almaklumlah, ceq kan gelap. mana leh terang2. aiyooo..huduh kot!

Rasanya lebih kurg cm ni la nanti





Doakan kemudahan WALIMAH nanti ya!
Makasih korg.




Ahad, 26 Ogos 2012

~Selamat Jalan ROMEOku~


Bismillah

Assalamuallaikum semua.
Moga sihat hendaknya... Amacam? dan amik puasa 6 ka? ctah lum start lagi..insyallah esok baru nak mula.
DOAKAN CTAH MOGA SEMPAT DAN DAPAT AMIK.

Wah3... tgk tajuk en3 bukan main lagi kan.
Sedih sebenarnya ni... En tunang dah balik SELANGOR
Perlu bekerja dan menyiapkan beberapa perkara sebelum kami di ijab kabulkan bulan 11 akn dtg.
MOGA ALLAH MUDAHKAN PERJALANAN AKHI.
Mudahkan segala2nya dari awal hingga ke akhir.
Risau sgt hati ni sebenarnya.
En Tunang berperangai pelik. ntahlah dia perasan ka tak. tapi sepanjang 7 tahun lbh ctah kenai ngan dia, dia tak mcm ni..
Tak mampu nak pkir apa2, hanya mampu BERDOA
-Hanya DIA tempat aku bergantung harap-

Mak selalu pesan ::
BERSUSAH2 DAHULU, BERSENANG2 KEMUDIAN
Mmg...! dah terlalu banyak KEPAHITAN yg kami telan spanjang 7tahun lebih mengenali
HANYA ALLAH YG TAHU
MOGA ADA KEMANISAN DAN KEBAHAGIAAN buat kami berdua di penghujung jalan.
Mohon kalian mendoakan kebahagiaan kami bersama.
Moga ALLAH membalas segala kebaikan dan pengorbanan si dia dalam MEMILIKI ku.
YA ALLAH..!
Perkenankanlah doa hambaMU ini..

Selamat jalan sayangku
Bertemu lagi kelak!
Bertemu sebagai KEKASIH HALALku.

Ungkapan keramat buatmu,
Nyak sayang Akhi.. <3

[Pesan2: Berat sungguh hati ini nak melepaskan si dia balik kali ni..Terasa sedih, sayu, dan sgt2 berattt...YA ALLAH...Tenangkan hatiku...Selamatkan dia walau di mana dia berada.]




Jumaat, 24 Ogos 2012

~Hati berbisik~


Bismillah

KeSABARanmu.... Melembutkan hatiku!
KeIKHLASmu.... Menyentuh hatiku!
KePRIHATINanmu.... Menarik hatiku!

CINTAmu... Meruntun jiwaku.
KASIHmu... Mencairkan perasaanku.
SAYANGmu... Meronta batinku.

SUNGGUH!
Aku cinta padamu sayangku!
Kaun yg PERTAMA dan insyaALLAH kau yg TERAKHIR.

-Kenang daku dalam setiap tadahan doamu-

Salam sayang
Nyak

Khamis, 23 Ogos 2012

~Persiapan membina BAITUL MUSLIM 7~Hantaran~

Bismillah

Assalamualaikum kalian
Moga sntiasa dlm lindungan ALLAH selalu
-sebelum nak sleep, nak update sat aktiviti ceq Syawal ke-4-
ALHAMDULILLAH

Selesai memberi perkakas 'hantaran' serba sedikit
Selesai satu bab. Lega dah..

Hantara kami ctah yg decide, 7 berbalas 9
En tunang bg kat ctah 7 dulang dan ctah balas 9 dulang. 
Mengikut 'adat' mostly perempuan bg lebih dari lelaki dan biasanya angka hantaran dlm ganjil.
TAPI INGAT!!! hanya ADAT!
Bukan wajib ok!
So takyah nk ikut sgt pun. :-)

Oh ya, utk memuaskan hati kedua2 pihak. kami decide masing2 pilih barang2 sndiri.
Maksudnya barang2 dia ctah belikan, tapi dia yg pilih dan tgok dulu sebelum beli. So puas hati kan?
mcm brg ctah plak, ctah pilih dan tgok dulu. so berkenan angkat saja dan dia bayarkan.
Tak gaduh laa tak berkenan la apa la nanti. 
ADIL BUKAN?

List barang en Tunang bg kat ctah ::

1: Jubah 
(sy mmg GILA jubah skrg ni, kain2 meter tak minat laa)
2: Minyak wangi
(bukan berMAKNA sy busuk ok! cuma nak sntiasa wangii seWANGI QASEH YANA. <3
3: Handbeg + wallet 
(ni mmg penting..! takkan lah nk taruk fulu$$ dlm poket ja kan)
4: Kain telekung 
(ant yg terPENTING dr yg PENTING. Moga keluarga yg bakal dibina sntiasa dlm REDHO Illahi)
5: Jam 
(bukan jam dinding, bukan juga jam loceng mahupun jam ban..gurau je..:-P) semestinya jam tangan. tanda MASA itu sungguh berMAKNA dgn kehadiran awak di sisi sy. En tunang ckp nk beli jam loceng, suh gerak awal pagi sbb sy jenis suka tido pagi. hehe. comeii kan? 
6. Coklat 
(ni belum beli, lg 2 bulan kot..cair plak.hehe)
7: Kek
(Ni pun sama).

Terima kasih akhi. Semuanya cantik2 sgt..!
Yg paling ctah sukaaaaa ::
Handbeg+wallet. 
Teruja sgt2 bila dpt.. Pandai en tunang pilih. 
Sayang kamoo lebih laa.. tak sabaq nak pkai dh ni..cepatla bulan 11. hehe

List barang ctah bg kat en Tunang ::

1. Baju 
(Satu keperluan yg menjadi kain menutup diri)
2: Sejadah
(Moga dikau menjadi IMAM yg terBAIK buatku dan bakal zuriat kita nanti.Amin)
3: Tuala 
(Mandi selalu..opsssss...!)
4: Jam
(Setiap detik bersamamu akn membuahkan KASIH SAYANG yg berpanjangan dan berkekalan. amin)
5: Wallet + tali pinggang
(Dikau mesin ATM ku kelak!)
6: Camera 
(belum beli lgi..insyallah nti da rezeki lebih ctah baru nk p cari.. camera penting kan, nak amik gambar kenang2an lepas kawen dan detik2 INDAH bersama. Akn ku ABADIKANNYA DLM POTRET HIDUPKU)
7: Buah2an
8: Coklat
9: Kek
(7,8 dan 9 belum beli. Hihihi)

OH YA! CTAH TAK MINTA ATAU BAGI KASUT..Sbb mak ctah tak bgi, mak ckp tak elok KASUT LETAK SEKALI DGN DULANG2 LAIN, TAK SETANDING DGN SEJADAH, TELEKUNG DAN BRG2 LAIN. SO BETTER TAK PYH KAN, PAS KWEN BELI JA LA.TAK SALAH PUN..

ALHAMDULILLAH
Selesai!
Now simpan dlm bilik brg2 tu takyah pikir sgt dah.
Tunggu nak hantar pergi butik dan suh diorg gubahkan.
Senang kan?
MOGA ALLAH MUDAHKAN SEGALA URUSAN KAMI
AMIN.
Doakan kami ya kalian!

Shopping sakan! TAPI puas hati sgt2..:-)


-Hanya padaMU 'kami' bergantung harap-



~Salam EidulFitri 1433H~

Bismillah

Assalamualaikum semua
Pejam celik pejam celik dh nak masuk hari raya ke-5
SYUKUR
Kerana masih berkesempatan nak meraikan hari kemenangan buat Muslimin dan muslimat.
Di kesempatan ini ctah nak mengucapkan 
SALAM EIDULFITRI 
buat semua sahabat handai tak kira di mana kalian berada.
Moga syawal kali ini membawa seribu RAHMAT dan BERKAT buat kita semua..
Mohon ampun dan maaf andai ada yg terasa hati dgn tutur kata, tingkah laku mahupun segala kekhilafan yg tidak sengaja mahupun yg disengajakan.

Maaf ya!
Baru berkesempatan nak wish raya kat blog,
Al maklumlah. sibuk sikit mnjelang eidulfitri
Mcm2 keja nk buat, tambah pula kak ngah abg ngah dh balik. so bilik dh di 'take over' oleh diorg, so jari ketaq sikit nak mengarang klu duk kat meja lain.
Special kan? hehe..
Limited edition uoallsss
:-)

[Coret2:: Psttt..pstt.. untunglahhh... even dh tua bangka umur 22+ pun dpt duit raya ok! nak tau brp ce teke, ce teke...heheh... alhamdulillah.. ctah dpt RM900+. hampir 1k. SYUKUR..:-) Rezeki nak MENIKOH kot. tahun last dpt duit raya kan.. actually abah, abg2 ipar yg bagi lebatttt..hihi. MAKASIH KORG! <3 UOALLLSSS so much laaa]



Jumaat, 17 Ogos 2012

~Menanti kepulangan~

Bismillah

Assalamuallaikum kalian.
Moga sentiasa dalam rahmat ALLAH.

YA ALLAH
Rinduku padamu susah diucap.
Sungguh!
Aku menanti kepulangan mu sayangku
Hati2 dalam perjalanan.
Moga ALLAH bersamamu tiap langkah dan gerak.
Mulakan perjalanan dgn BISMILLAH dan DOA.
Semoga selamat smpai ke PENANG dan ALLAH mudahkan segala2nya.
Jumaat malam akn berangkat dan insyallah pagi sabtu akn smpai.
Menanti dgn penuh SABAR

-Rindu yg tidak halal bagiku-
YA ALLAH. Maafkan hambaMU, 
aku hanya insan lemah yg selalu mgharapkan HIDAYAH serta BIMBINGAN dariMU
Sesungguhnya perasaan ini indah, indah lagi andai HALAL buatku
Permudahkan JODOH kami, 
Ringankan segala beban kami, 
Bantulah kami dalam melengkapkan sebahagian dari agamaMU,
SESUNGGUHNYA HANYA KAU TEMPAT KAMI BERGANTUNG HARAP

M.E.N.A.N.T.I

[Pesanan: Ya Allah, mudahkan perjalanan KAK NGAH dan ABG NGAH utk pulang ke Penang. Moga masih ada kesempatan buat kami sekeluarga berkumpul di hari raya. Amin]


Khamis, 16 Ogos 2012

~Dugaan 'kecil' Ramadhan~

Bismillah

Assalamualaikum semua.
Moga kalian terus diberi kekuatan oleh ALLAH dlm menempuhi segala ujian dan dugaan melanda.
Ramadhan ke-27
Allah hantar sedikit 'dugaan' utk menguji tahap kesabaran ctah.

Kali ni ctah diduga dgn 'motor'
Aduhaii..moto asyik buat hal ja..dah sebulan rasanyaa moto asyik meragam. Dari mula2 Ramadhan smpailah hari ni..
Yg peliknya, udah pergi baiki berkali2 tapi masih tak elok.
Sedih dan risau teramat.
Sungguh! MoTo tu sgt2 berJASA utk ctah... Rasanya tak terbalas walaupun akn hbs beratus2 utk dia..
Kalu ya pun ada duit lebih, xniat pun nk tukar baru..sebab im still fall in love with my Nouvo S. :)
Mula2 p kdai moto, tukaq bateri sbb tau dah bateri dah lama pkai, dh tiba masa kna tukaq. plus moto dok buat hal. alang2 tukar minyak hitam, minyak gear sekali. Ok..dh hbs rm100.
Next day, moto ku buat hal lagi..mula rasa cuak.. alahaii..slh psg bateri kaaa..
P balik, dia pomen2,dia ckp, bateri psg elok. myb plug. plug patah apa ntah.ok tukaq plug rm10.
Fine! Next day kuaq p BJ cari baju raya, alahaiii..moto ku buat hal lagii...:-(
Dia pomen2 taktau nk kata rosak mana... Tukaq tayar moto sbb tayar dh BOTAK..RM80 hbsss..
Ok..SEMINGGU KEMUDIAN
Ctah ada msg eya, kwn ctah, tny psl moto.kot2 dia ada pengalaman jd cm moto ctah tu.
Moto takleh nak press minyak laju2, klu laju jaa msti wat hal..so kna bawak dlm 40km/j shja. xpun benti tepi jalan dulu bru leh jalan balik.. SUSAH BUKAN?
Eya kata dia penah jd, katanya Timing belt yg rosak.
Tadi p kdai moto (kedai lain plak) utk tny psl timing belt tu, dia pomen2, ok katanyaa...
Ishhh..dah mula GERAM, MENYAMPAH, MELUAT...! Apahal laaa en nouvo oii..
Kau nak suh aku tukaq baru ka apa? hmmmm
Pastu, biasalah..adat kdai moto..benda tak rosak ckp rosak.. dia kata kena servis.. bnda apa ntah kotoq, so kena servis dan melayang rm30+rm18(Tukaq cover helmet).
OK! FINE!
Dah settle setelah 2jam menunggu. ctah gerak nk p cuci moto sebab moto manyaak kotoq, ditambah pula kena dgn tgn2 abg2 pomen tu..adoi..belegamm uooallsss.....
SO...bawak laa mto dgn rasa selamatnyaaa.
BISMILLAH
Baru melintasi kompleks belia dan suka PP, alahaiii..Motoku jadi balikkkkkkk
Kali ni bkn kena bawak pelan, terus takleh hidup.
DUGAAN APAKAH INI YA ALLAH?
Mau nangiss ctah, tpaksa benti tepi jalan...
Tolak la sorg2, pastu ALHAMDULILLAH..ALLAH hntar seorg hamba ALLAH ini stop moto dia dan tlg ctah tolak..dia kata takpa2, depan tu ada kedai moto..JOM KITA TOLAK
SYUKUR YA ALLAH
Tolak punya tolak...At last, nmpak sign board kedai moto..
Lega rasa hati tidak terkira..:-)
1st time ctah jmpa dan p kdai moto melayu.
Bila gtau masalah moto ctah, terus dia kata..haa..sy rasa sy tau apa masalahnyaa...
Owner kedai tu sgt2 PERAMAH dan baik hati..dia suh pkerja dia bukak dan periksa..
Pastu depa pomen2 dan akhirnyaaa masalah dpt dikenalpasti
yg rosak hanyalah VACUUM PAM PECAH. Hanya potong dan pasangkan semulaa..xperlu ganti apa2 pun.
senang kan?
ADUHAIII... Menyesal rasanya p kdai sebelum2 ni
Bila nak bayar, dia ckp eh takpalah.tak pyh.. pastu ctah ksian la kan..ya lah..nk check tu kena bukak smua kot... dh la posa2 nii.kesian kan.ctah bg rm20..IKHLAS krn ALLAH. 
Dia kata terima kasih adik, nanti mai la lagi kat sini..
SAYA MESTI SOKONG KEDAI ORG ISLAM LEPAS NII..WAJIB!
DAN SESIAPA YG TERBACA EN3 NI JADIKAN PENGAJARAN!
Kedai dia kat BATU UBAN.. nak bgtau nama kdai dn lokasi pun tak pasti..tp yg sebemum sunny point ada lorong2 yg mcm turun gaung skit tu..kat ctu laa...
SYUKUR.
MOTO KU DAH KEMBALI SIHAT
ALHAMDULILLAH


[Coret2:: Ada manusia diuji dengan kesukaran. Hingga diri rasa terhimpit ke hujung alam. Ada pula yang hidupnya tidak habis-habis diduga. Selepas satu, satu lagi dugaan tiba. Mungkin kalau orang biasa, mereka akan kelelahan, dan rasa hendak tenggelam dalam kelemahan. Kerana tiada tempat berpaut yang utuh. 
Tetapi bagi yang merapat dengan Ilahi, segala dugaan adalah kecil. Malah dugaan dan cabaran itu sendiri kadangkala menjadi kegembiraan untuknya. Tanda Allah SWT tidak meninggalkannya dalam kesenangan yang menipu daya. Bila susah, baru mudah mengingatkan dirinya kepada Dia.
Sebab orang yang merapat dengan Ilahi, yakin bahawa Dia ada. Wujud memerhatikan mereka, mengira segenap kesusahan mereka. Bahkan mereka yakin bahawa Ilahi lah yang menurunkan segala dugaan dan cabaran, lantas mereka berkata: “Semua ini ada hikmahnya, dan kami tidak mengetahui”
Maka mereka menjalankan tanggungjawab mereka. Yakni hidup sebagai manusia tanpa putus asa. Berusaha, berusaha dan berusaha.
Tanpa kecewa. 
Malah ada antara mereka, cabaran dan dugaan sudah menjadi seakan hiburan harian.]


Ahad, 12 Ogos 2012

~Welcome Home Dear~


Bismillah.
ALHAMDULILLAH
Selesai berbuka.
Menu : nasi tomato, ayam golek, sotong goreng tepung, murtabak, puding telur, the only homemade kue sfera dan cucur badak.
Erkkk.... Alhamdulillah.
Gambar? hihi. azam puasa tahun ni takmau upload apa2 gambar makanan. 
Insaf sat.. kesian kat golongan2 yg kurang bernasib baik kan? Besederhana dalam apa jua.
TAPI menu kat ats tu mcm over ja kan? terLAPAQ sikit hari ni..hehe..

Oh ya, hari ni ctah tak niaga kat bazar ramadhan.
Bos kasi MC uollls..hehe..
Abah rajin mengemas rumah hari ni, untunglah mak dpt suami yg rajin menolong.:-)
Moga bakal suami ctah jgk rajin mcm abah. 
Alang2 dah cuti, mak ajak p tgok anak abg zul.

My kakak ipar selamat melahirkan BABY GIRL yg ciut miut pada 19 RAMADHAN lalu. 
Aikk? Bila plak ctah ada kakak ipar? hehe.. actually kakak ipar sepupu la..tp ABANG ZUL tu dah mcm abg ctah sndiri, dari kecik duk dgn kami, membesar sama2. ctah mmg rapat dan mmg ctah anggap mcm abang sndiri. cumaa yg mnjadi batas adalah AURAT sbb dia bukan muhrim bg ctah. walaupun ramai di antara sahabat2 yg selalu amik mudah, diorg slumber jaaa bukak aurat dpn sepupu sepapat kan? JAHIL sebenarnya tu. sbb tu kita wajib belajar ILMU FARDU AIN. tambah ilmu, praktikkan dan amalkan.
-Abg zul sempat bg tips dan doa utk diamalkan agar urusan ijab dan kabul ctah dipermudahkan. makasih abang zul!-

TAHNIAH buat abg zul dan kak hawa.
rasa baru semalam p ziarah diorg ats kematian ank sulung diorg (ank sulung mniggal waktu baby, tak smpat lahir pun, dugaan hebat utk diorg. tp dah cukup sifat)
TAPI syukur..ALLAH dah ganti seorang puteri yg comel sgt.
Moga sayang ucu mmbesar mnjadi tahfizah dan muslimah solehah ya sayang!

Ni laaa pic anak buah ctah yg comelll tu..GERAM KAN? 
Kena cubit dgn ucu sampai terjaga tadi..sempat tengok muka ucu dan jeling2 gitu...
oh ya, lupa nak habaq, nama yg bakal diberi 
HURUL AIN.
TAPI diorg belum decide lagi...nti ctah update nama terbaru ek.hehe

Alahaii..sekali tgok mcm baby BOY sebab set tilam tu kaler biru..ni TOK  dia yg buat.. sebab diorg surprise taktau JANTINA. Btw tak ksh pun sbb baby tetap comell..hehe..:-P
hehe...comel ja baby buat muka cm ni kan? mcm insyirah kecik2.suka buat mulut muncung. time ni sekali tgok muka mcm mak su kandung diaa. maksu ainul. <3



[PESANAN: Moga ALLAH mudahkan aku dan dia dalam peroleh zuriat yg soleh dan solehah. sgt2 menINGINkan zuriat sendiri. AMIN
SALAH SATU DOA YG BOLEH DIAMALKAN UTK MUDAHKAN MENDAPAT ZURIAT:: (SILA RUJUK AL-QURAN UTK AYAT QURAN-NYA
"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..." (Surah Maryam ayat 4-5)]


Sabtu, 11 Ogos 2012

~Persiapan membina BAITUL MUSLIM 6~Borang Nikah~

Bismillah.
Assalamuallaikum semua.
Moga kita semua sntiasa brada dlm lindungan ALLAH selalu.
Pejam celik, pejam celik, dah makin hampir penutup Ramadhan kan? subhanallah..masa berlalu begitu pantas. 
Debaran semakin terasa, ntah kenapa walaupun masih ada dalam 2bulan 3minggu tapi ctah rasa takut, nebes, bdebar, risau, gundah, gulana dll laaaaa..
YA ALLAH...!
Mudahkan segala urusan KAMI dalam menggapai redhoMU.

ALHAMDULILLAH
Jika dilihat pada tajuk en3, korg tahu kan ctah nak update psl apa? pasal borang nikah laah.hehe
Sekarang dlm proses mengisi. TAPI Belum siap sepenuhnya lagi.
Ctah dah isi dan sediakan dokumen2 yg ada jaa..(salinan ic, salinan kursus kawen, salinan ic wali, ujian saringan HIV dll)  yg belum ada, nanti nak selesaikan satu persatu.
Sebab, utk pemohon perempuan kena tggu lulusan dari pihak lelaki. so lelaki kena submit borang dulu di pejabat agama mengikut pej agama negeri mana yg diorg stay.
mcm en tunang ctah, dia stay kat selangor so dia kena submit borang di JAIS. tapi JAIS ctah tgok mcm tak terlalu straight mcm kat JAIPP. Dan en tunang isi on9 ja pun..
tak mcm ctah, kna isi borang manual. taktau la JAIPP blh ka tak, tak godek2 plak web diorg. xpalah..abah dah tlg amikkan borang. isi manual rasanya lebih safety right?
en tunang ctah dah isi pun, cuma dia perlu settlekan dokumen sah BUJANG dll di Acheh. so awal bln 9 dia akn terbang ke sana utk selesaikan apa yg patut. 
Komitmen utk kami berkahwin lbh besar berbanding pasangan2 lain, sebab antara dua benuaaa tu..pengalaman itu lebih berMAKNA...:-P
TAKPALAH.. Bermula dgn SUSAH, insyallah SENANG akan menyusul di belakang.
DOAKAN KAMI YA
MOGA ALLAH MUDAHKAN SEGALA PERJALANAN KAMI DALAM MENUJU CINTA HALAL

Sedikit gambar utk tatapan kalian
SILA KLIK PADA GAMBAR UTK PROSES TUMBESARAN. TQ

Tengok PERATURAN ni. TAPI..Berapa ramai yg betul2 ikut? hmmm
Time ni meneman en tunang mengisi borang on9

Setelah diisi
Hati makin tenang setelah selesai MENDAFTAR subjek utk semester depan.
Walaupun kelas agak padat tapi INSYALLAH. Dia sentiasa ada utk membantu hambaNYA.
Doakan ctah boleh menggalas tanggungjawab sebagai seorang pelajar, anak, ISTERI serta INSYALLAH sebagai seorang ibu kepada anak2.
:-)


Khamis, 9 Ogos 2012

~Persiapan membina BAITUL MUSLIM 5~Supplement~


Bismillah
Assalamuallaikum semua.
Alhamdulillah.... Syukur di atas segala nikmatMU yg tidak terucap
Hari ni dapat kuaq makan ngan family, along belanja. Makasih sis..<3 u so much!
Moga murah rezeki selalu.

Oh ya, nak sembang sikit ngan korg pasal suplement.
Actually, ctah ni bukan jenis manusia yg suka dan gemar akn suplement bagai. bukan takda duit nak beli, bukan juaaa berkira utk diri sendiri, tapi rasanya tak penah konsisten. boleh laaa beli.makan 3,4 hari pastu hai2 bye2. Rugi bukan?
so mmg tak pnh amik apa2 suplement la b4 ni.
Tapi ats nasihat kwn2 yg sgt2 amik berat kat diri ini, ctah cuba utk amik suplement yg bgus tuk kesihatan. ya lah..bakal raja seharii u olsss.. nak la cntik dan bseri2 kan..hehe
Setelah srvey berbulan2 hny kerana menginginkan wajah berseri2 dan kesihatan dalaman yg elok. Ctah decide nak try VITAMIN C yg dijuai di FB. banyak sgt testimoni dan kwn2 yg dh try..smua bagi feedback yg best dan memberangsangkan. so ctah amik kputusan nak try laaa..
Ctah beli 120biji memandangkan beli byk lgi jimat. harga sebiji rm1.50. kalu beli byk lg murah. ctah decide nak amik 120bji cuma rm100 dan free pos. murah kan? nak try? meh klik ni. oder la kat kak ni... berbaloi2.. sebab b4 ni ctah dok tgok org juai paling2 murah pun 100bj rm100. so kat sini mmg terMURAH abad ini. ORI TAU! dan ada lulusan KKM serta yg penting HALAL.

VIT C ni sesuai utk sapa, lets check it out ::

1 tablet vitamin c=500mg=7 biji buah sunquick
Selain mencantikkan kulit, vitamin c ni sesuai bagi

♥ org yg mempunyai resdung
♥ gusi berdarah
♥ bg org mengandung tambahkan imun dlm badan
♥ melawan virus dalam badan
♥ Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol,
tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis
♥ Melindungi daripada pembekuan darah, lebam,
menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran
hormon antistress.
♥ baik utk org yg pernah buat operation coz vit c mampu memulihkan luka dalam badan
♥ mencerahkan kulit & sekatakan kulit anda.

Actually, ni sebahagiaan jaa... kalau nak tau khasiatnyaa dan manfaat VIT C dgn lebih mndalam..boleh ja bukak link kak ika ni..dia pun juai gak..murah la gak..korg srvy2 la sndiri yaaa...
kak ika
Teruja kan? apa lagi.letss oder. nak oder kat ctah pun boleh..:-)

Oh ya, memandangkan ctah beli byk 120biji, so ctah decide nak share sorg stgh dgn en tunang. 60bj utk ctah dan 60bj lg utk dia.. leh la kami cun melucun on dat day kan..hihi..Mulianya hati tunang awak en Yanisss oii.. hahaha :-P
Sehari 2biji, so cukup sebulan ja stok 60bj, tapi ctah cadang nak amik sehari sebiji jaa. atleast jimat skit.. of coz boleh jaa, asalkan kita konsisten...

Ni ha gambar VIT C tu ::

Satu utk CTAH, satu utk YANIS. Moga kami berseri2 nanti <3

Disamping tu, ctah da gak amik omega 3 fish oil HERBALIFE punyaa.. ni bagus utk jntung dan V.Fat. al maklumlah, ceq ni lemaknyaa terlebih sikit.(sikit ka? haha)
At least boleh jaga lemak dalam badan kan.
Dah try seminggu, tak sbr nk timbang dan tgok hasilnyaaa..
ADAKAH LEMAK CTAH TURUN? Kita tunggguu.hehe

Oklah. ctah nak out dulu. nak mengemas apa yg patut.
Raya semakin dkt, LAILATUL QADAR jgk makin hampir.
Moga terpilih daripada berjuta2 yg memilih.
<3



~At lastt...I got it...New Mycard~


Assalamualaikum semua
Syukur padaMU. Masih bernafas tika ini..
Sudah masuk fasa ke3 Ramadhan..Ayuh...mendouble troublekan amalan.
Moga JANNAH milik kita bersama.
LAILATUL QADAR dambaan semua.
Moga bertemu dgnnya. amin

ALHAMDULILLAH
At last.. ctah dapat mykad baru.. hehe..xcited la pulokk
Bukan apa, ctah punya ic b4 ni takda tulis mykad pun, yg all fesyen gila2 punyaa... hehe.
Ctah tak pnh tukar pun sjak ctah buat ptama kalinya wktu umur 12tahun. dgn muka serabaiii. ish3.. memalukan dohh...
Actually, mmg cadangnya nk buat b4 kawen, at least takda la tok kadi tkejut tgok muka comel ctah kan, ish, budak2 pun gatai nak menikoh..kikiki
Tapi, diawalkan sdkit sbb time nak p Acheh jun lalu, ic ctah rosak, so nk buat passport takut tak lps..
ctah pun p ja la buat, alang2 mmg nk buat baru.
WAH..REZEKI ctah kot..dapat IC yg very da new u olllsss...Siap ada 2pic lagi..satu kecik, satu besar. waaaahh.... cntik gitu...
Nak tgok? mai sinii

BEFORE (Serabai bukan??)



AFTER (Lebih berGAYA..kikiki)
Ada classs kan? cntik la gak even pic dlm tu tak brp cun. tp better dari serabaii..haha.:-P upgrade sikit jd roti jala..kiki

Ok. Ctah nak tido dah ni.. letih+ngantuk.
Sakit..sakit teramat. kaca menyelar kulit.
Aduhaii..dugaan kecil di bulan Ramadhan.
Usah mengeluh duhaii cik Nasyitah.
<3


Sabtu, 4 Ogos 2012

~Persiapan membina BAITUL MUSLIM 4~Boria~


Bismillah
Assalamuallaikum kalian.
ALHAMDULILLAH..Sungguh pantas masa berlalu..dh 15 ramadhan pun.
Jom baca doa ni 


Dan doa utk esok


Semoga RAMADHAN kali ini memberi kita 1001 RAHMAT dan BERKAT serta segala amalan kita diterimaNYA.AMIN

Sedikit muqodimah dan perkongsian buat semua.:)
ALHAMDULILLAH.
Diberi kesempatan utk menulis persiapan utk en3 ke-4 menjelang WALIMAH lebih kurg 3bulan dari sekarang.
Kenapakah tajuk en3 ctah pelik ja?
BORIA?
Biar betoii? Takkanlah ctah nk buat very da kabaaa booom kan? siap ada BORIA bagaii kat majlis.hehe
Tak dakk aihhh.Merepek ja, byk benda lg berfaedah..hehe
Actually ctah dah siap beli baju utk mak dan kakak2 dan ank2 buah. beli kain meter ja.. nti baru nak hantar tempah. Memandangkan kakak2 ctah yg dua org tu memBUYUNGkan diri (ahakksss..jgn marah sis), so cadangnya nak buat maxi jaa.. simple2 jaaa.. asalkan diorg selesa on dat day...manyakk kilijaaa mau buat ooo...
APA KAITAN DGN BORIA PULAK?
YA LAH..semua sama kot...DEPA BUAT BORIA SAT TIME WALIMAH CTAH @ dalam erti kata lain SEDONDON.... :-)
Mesti comel kan? hehe..
Sekali dgn ank buah ctah pakai baju sama..so cutee!

ps: ALHAMDULILLAH. Mak sponsor baju tu, tiba2 lak terlalu kat NAGOYA kan, tgok kain tu ok jaa..mak ctah yg pilih. corak kecik2.. baru nmpak slim melim u all...classs gitu... tp kbtulan purse kosong plak, mak ja lah yg bayarkan..syukur3..hehe. tapi nti kos upah jahit ceq la kena sponsor..NO HAL LA..insyallah..:-) doakan ctah murah rezeki sokmo deh! Tinggai nak upah jahit, beli baju utk2 abah dan abg2 ipar. so selesaii BAB NI.... Nak tgok kain tu? nak? nak? betul ni nak? ok... sat ja tgok k...JANJI TENGOK DLM 2 SAAT JA K...:-p

alamak! KEJAM nya ctah..haha.. ala..nti tak surprise laaa.hehe... at least nampak gak corak tu... nti korg g la nagoya.. carik kain cm ni, leh BORIA sekali..hehe..:-P


[PERKONGSIAN :: Menurut Imam Al-Gazali, terdapat 3 peringkat puasa iaitu:
♥ Puasa orang awam 
Hanya tinggalkan makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa. Kurang meninggalkan perkara-perkara makruh dan mengabaikan perkara-perkara sunat.
♥ Puasa orang khas 
Cuba menjaga akhlak dan melakukan perkara-perkara sunat bagi menambahkan kualiti pahala.
♥ Puasa paling khas
Menjaga diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa dan perkara yang boleh membatalkan puasa. Mementingkan perkara-perkara sunat. Anggota badan turut berpuasa dan hati sentiasa berzikir mengingati Allah.]


Jumaat, 3 Ogos 2012

~Persiapan membina BAITUL MUSLIM 3~DoorGift Tetamu~


Bismillah

Assalamuallaikum semua. Moga terus diberi kekuatan oleh ALLAH dalam meraih ganjaran di bulan Ramdhan yg MULIA. Aminn

Hari ni bukak Blog, tengok kat countdown tu..
Fulamakkk... lagi 3 BULAN menuju CINTA HALAL
Terus dada dup dap dup dap.
Bersediakah aku?
Kalau ckp pasal barang2 kawen smua, INSYALLAH.. Boleh di settlekan satu persatu
TAPI. Bersediakah ctah nak jd isteri org? bakal ibu kepada anak2?
Bakal permaisuri di HATI YANIS?
Menjadi ISTERI, IBU DAN JUGA MUSLIMAH SOLEHAH?
Ya ALLAH..Mudahkan aku dalam menyempurnakan diri, dalam melengkapkan diri dan membentuk peribadi soleh agar keluarga yg dibina MAWADDAH WA RAHMAH
AMIN YA ALLAH.

Oh ya, nampak gayanya ctah ni terlanjur la plak muqadimahnya.
Entry lain, ckpnya lain.. actually nak update pasal keja2 WALIMAH yg bakal berlangsung 3BULAN dari sekarang.
DOORGIFT
Ya! Doorgift! Buah tgn utk tetamu ni dah kira mcm wajib la kan, smua knduri kawen wajib ada.
so mmg ctah kena sediakan laaa
Ntah kenapa, dalam byk2 urusan kawen, DOORGIFT ni lah yg ctah pkir agk lama dan sgt makan masa
bg ctah kalu kita nak bg kat orang, BIARLAH BERBALOI DAN BERGUNA. dan nak sesuatu yg JARANG org buat. barulah UNIK. hehehe
Ctah nak jadikan pemberian kepada tetamu satu kenang2an yg sgt BERMANFAAT.
Yang boleh digunakan, yg boleh mendapat berkat serta sedikit SAHAM utk ctah dan keluarga bawa ke SANA.
Pikir punya pikir, survey punya survey
AT LAST!!!
Ctah dapat idea nii!!! ctah jumpa kat FB.
NAK TAU APA?
Alaaa..kalu gitau tak surprisee laaa..
JANJI DULU!!!
JANJI LAAAA...JGN HABAQ KAT ORG K. Biar kita2 ja tauu... hehe

NI HAAA

cd 30 JUZUK. Moga berMANFAAT dan kita semua perOLEH berkat dariNYA. AMIN
sori.. terpaksa hide beberapa word kat ctu. sebab ctah belum bersedia nak gtau TARIKH walimah . Hanya kawan2 yg rapat saja tau, sebab nak suh diorg apply cuti. hehe
NAK TGOK REAL? MAI LA KENDURI. HEHE...

ALHAMDULILLAH
Dah selesai urusan DOORGIFT. 
2hari 2malam ctah dok sibuk menyiapkan doorgift nii..
TAPI lega laaa skit sbb pihak penjual iaitu kak ellies sgt2 baik. diorg yg masukkan cd dalam sampul tu. ctah cuma nak perkemaskan lg, iyalah.perjalanan jauh kot... dari selangor ke penang. kemek2 tu biasalah. ctah just betulkan kedudukan cd dan masukkan lebihan dibelakang ke dalam. ALHAMDULILLAH
Dah siap td sahur. Berkat mak dan along menolong. TQ kalian!

Sebahagian daripada cd2 yg dalam proses dikemaskan.:)

Oh ya, selalunya pengantin akan sediakan beg dalam 100, 200 utk diberikan kepada kawan2 rapat. ISTIMEWA LA konon kan. TAPI ctah tak buat cm tu, sebab rasa mcm tak adil ja kan. 
Ctah bg semua sama. maksudnya semua org dapat CD ni.
kecuali non muslim dan kanak2 la. hehe
Ctah hanya sediakan beg VVIP 30 SHJ. utk diberikan kepada keluarga blah suami.
So, takda sapa yg terasa atau terkilan if tak dapat beg.
Kadang2 tu kesian kat org lain, tgok dpt benda yg berbeza kan. Mcm tak adil plak
MOga BERKAT dan RAHMAT ALLAH sentiasa mengiringi walimah kami.
DOAKAN KAMI!

Kalu org terpikir nak bg kat tetamu benda yg sama mengikut design korg sendiri. leh la bukak link ni.
HARGA SGT BERBALOI DAN SGT2 PUAS HATI. cd tu ctah yg REQUEST nak design cam tu...
MAKASIH SIS ELLIES dan tunangnya as her designer KERANA MEREALISASIKAN IMPIAN SY. LOVE U SIS..

ellieswedding.card



Khamis, 2 Ogos 2012

~Persiapan membina BAITUL MUSLIM 2~HIV TEST

Bismilah

Assalamualaikum semua
Masih dlm mood Ramadhan.
Selamat mnjalani ibadah puasa ya sahabat2 ctah. Moga ibadah kita diterimaNYA


Semua pasangan yg nak mendirikan rumahtangga diWAJIBkan amik ujian saringan HIV
KENAPA?
Ujian saringan HIV ialah ujian bagi mengesan antibodi terhadap virus HIV.
Bila korg buat ujian saringan, korg akn tahu sama ada badan korg ni ada virus HIV ka tak.
APA ITU HIV?

HIV adalah sejenis virus yang boleh melemahkan sistem ketahanan badan kita. Lama- kelamaan ia akan menjadi sejenis penyakit iaitu AIDS. HIV boleh merebak dalam pelbagai cara iaitu, hubungan seks rambang, berkongsi jarum, ibu mengandung yang menghidap AIDS, menerima darah daripada orang yang menghidap AIDS.

Sebelum nak bergelar suami/isteri, WAJIBlah kita tahu status pasangan kita sebelum kita nak amik keputusan untuk berKAHWIN. 

Alhamdulillah
Ctah dah amik dah.. 2minggu sebelum puasa ctah dah p amik. mula2 tu risau gak...Risau ka? errkkk... takutt kot..hehe... bkn takut darah, cuma takut bodi tak kuat time tu pengsann plak i! dah la p sorg2. naik moto lak tu. tapi tawakal ja lah. actually, tak tau pun seMUDAH ABC nak buat ujian saringan ni.
Mula2 ingt mcm susah sgt sbb 2 last year, ctah teman kak ngah g buat HIV TEST ni.
Pastu k.ngah pengsan kot, k.ngah ctah ni jns takleh tgok darah, nti badan jd lemah. so ctah pun risau la kan.. msti amik darah berkilo2. 
Bila p ja, alahaiiii
sat sgt! 20 min siap kot..!
Ingatkan cucuk amik darah berliter2 rupanya beberapa titik jaaa... hehe.. 
Nurse tu guna alat penyucuk ja, cucuk kat jari ja pun. bukan guna jarum besar pun.ala..mcm kita nak check kencing manis tu...ha, cm tu jaaa... MUDAH BUKAN?
Suspen sgguh! hehe...

ALHAMDULILLAH..RESULTNYA OF COZ LA
REAKTIF!! apa? Tak aktif la ceq oi..yg tu pun taktau kaa..hehehe
YEAY!!! ctah bebas HIV. SO ctah dah leh kawen
1ST step DONE bebehhh!
:-)

Oh ya, en. Tunang ctah pun dah p dah. dia p selepas seminggu ctah p. nak dekat2 puasa tu dia p la check.
Dia p buat kat Selangor.Biasalah kan, kami kan CINTA JARAK JAUH.
Sorg di PENANG, sorg di SELANGOR
Tapi.. sy sukaaaa.......:-)
Biarlah kami berDATING puas2 lepas kawen kan. baru NIKMAT tidak TERUCAP
Aiwaaaah...

Lupa plak, my ceq nak story sikit pasal en Tunang p buat HIV TEST
Dia pun sama gak, ngatkan prosedurenya susah..tapi sng jaa
yg lawaknya lepas dia siap buat, waktu nurse nak bgtau result, nurse siap lawak2 bagaii
ish3..bikinn i jelesss ja tau.. hehe.. takda maknanyaaa
ntah2 nurse tu dah tua kerepot kan? buang karan ja ctah nak jeless... huhuhu
Ni haa dialog diorg, en Tunang msg ctah

Nurse: Adik nak buat berapa?
en Tunang: berapa yg Isteri saya sanggup hamil. (terharu ctah, amin...Mudah2an diri ini kuat dan SUBUR utk memberi zuriat padanya nanti)

Pastu gelak nurse tu satu klinik dengar...Amboiii nurse... bukan mainnn sukaaa noo..hehe
pastu nurse cakap HIV takda. Awak boleh kawen. comeii ja kan..:-P
ALHAMDULILLAH

Ni haa BUKTI yg ctah dah buat..kiki
SULIT tu...hehehe..RAHSIA KERAJAANN...opsss PEMBANGKANG..kikiki

Lega sgt sebab satu bab dh settle..tp still banyak lg benda nak buat. oh ya..borang NIKAH pun belum settle..DOAKAN KAMI YA!
Moga berkat RAMADHAN ni, ALLAH mudahkan segala perjalanan kami menuju CINTA HALAL

Salam ramadhan kareem 13Ramadhan 1433H.