Ahad, 27 Januari 2013

~Sebuah perjalanan~

Bismillah

Salam Maghrib buat sahabat sekalian,
insyallah, lagi beberapa jam ctah akan berangkat bersama en suami ke KL,
dan menuju pulang ke kampung halaman en suami tercinta,
insyallah, esok flight jam 10.30 ke Banda Acheh,
sgt teruja dan seronok kerana berkesempatan meluangkan masa bersama en suami,
menziarahi dan mengunjungi saudara mara di Acheh serta mengambil peluang utk berbulan madu buat kali ke-3,
Perasaan kali ni sgt berbeza krn kami akan pulang 'bertiga',
anak ummi sayang, plis be good utk ummi dan jadi anak soleh na sayang,
Moga perjalanan kita bertiga selamat dan dimudahkan segala2nya,
Dalam masa yg sama2, perasaan agak sedih utk meninggalkan permata hati serta org2 tersayang di Penang,
semestinya sgt merindukan mak dan ank2 buah tersayang,
dan
bakal ank2 buah ucu,
pliss be good to ucu ok sayang!
jgn kuar lg sebelum ucu balik tau.
Tunggu ucu dgn pak ucu balik baru korang kuar k. nanti ucu belikan ole2 dari Acheh. :-)

Pastinya akan merindukan seluruh ahli keluarga di Penang sepanjang seminggu berkampung di Acheh nanti.
JAUH DI MATA TAPI AKAN SENTIASA DEKAT DI HATI

YA ALLAH,
Mudahkanlah perjalanan kami menuju ke Acheh,
ringankan segala beban kami,
bantulah kami dalam apa jua perkara yg kami lakukan,
titipkanlah rahmat dan kasih sayangMU buat kami sepanjang perjalanan,
KAU peliharalah kami 'bertiga',
terutama little caliph yg masih jauh perjalanan beliau dalam rahimku,
Kuatkanlah zuriat yg aku kandungkan agar sempat dia melihat duniaMU dan beribadah padaMU,
SESUNGGUHNYA ENKAULAH TUHAN SEMESTA ALAM,
Tempat kami bergantung harap,
Tempat kami memohon dan meminta pertolongan.
Sesungguhnya niat kami ikhlas ingin menjalin ukhwah dan menziarahi seluruh keluarga di sana,
oleh itu KAU lapangkanlah perjalanan kami.
AMIN YA RABB



Sabtu, 26 Januari 2013

~Ummi to be(Jantina)~Part 3

Bismillah


ALHAMDULILLAH.
Hari ni masih dikurniakan kesihatan yg baik bersama MUJAHID SOLEH yg menghuni rahim ummi,
nikmat ini sebenarnya sungguh HEBAT.
Bila dah tau prgnant ni, dalam hati dan pikiran kerap terpikir akan jantina anak,
teringin nak anak perempuan, tetapi en suami nak anak lelaki,
tetapi kami tak kisah pun, lelaki atau perempuan bukan isunya,
yg mnjadi keutamaan KESIHATAN dan KESEMPURNAAN bakal little caliph kami lahir.
Biar apa pun jantinanya lelaki atau perempuan, yg penting sihat dan sempurna.
sebab ianya HAK MUTLAK ALLAH.
DIA lah yg memberi dan kami menerima seadanya.

Ctah sekadar mahu kongsikan sedikit info ini,
cuma amik skadar bacaan tambahan buat bakal ibu,
utk mempercayainya terpulang pada individu,
sebagai org ISLAM, kita harus meletakkan kepercayaan 100% pada ALLAH.
DIA YG MENENTUKAN SEGALANYA.


Terdapat banyak mitos dalam setiap masyarakat mengenai bagaimana untuk mengetahui samada anda mengandungkan anak lelaki atau perempuan. Berikut ialah di antara kepercayaan yang paling popular yang telah kami kumpulkan daripada serata dunia. Ingat, ada 50 peratus kemungkinan ianya betul!

Anda lebih berkemungkinan mengandungkan bayi lelaki jika


• kadar degupan jantung bayi anda kurang daripada 140 degupan seminit.
• perut anda memboyot ke hadapan dan kelihatan “tajam”.
• perut anda “rendah”.
• anda sangat berseri-seri ketika hamil.
• anda tidak mengalami mabuk hamil dalam trimester pertama kehamilan.
• payudara kanan anda lebih besar daripada yang kiri.
• anda melihat diri anda di dalam cermin selama sekurang-kurangnya seminit dan anak mata anda membesar.
• anda mengidam makanan berprotein yang masin seperti keju dan daging.
• tapak kaki anda lebih cepat menjadi sejuk daripada sebelum anda hamil.
• apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantungkan di atas perut anda, cincin itu berpusing-pusing.
• kulit anda menjadi kering.
• apabila anda mencampurkan umur anda semasa persenyawaan dengan nombor bulan semasa ia berlaku, jumlahnya adalah nombor genap.
• rambut anda menjadi lebih lebat dan berkilat semasa hamil.
• bulu kaki anda memanjang dengan cepat semasa hamil.
• anda lebih mudah diserang sakit kepala.
• bantal anda menghadap utara apabila anda tidur.
• apabila seseorang meminta anda menunjukkan tangan anda, anda menghulurkannya dengan tapak tangan menghadap bawah.
• anda tidur mengiring ke kiri.
• air kencing anda berwarna kuning cerah.
• anda lebih agresif berbanding suami anda semasa persetubuhan yang menghasilkan persenyawaan itu.
• apabila anda makan seulas bawang putih, baunya keluar daripada liang roma anda.
• perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah "baba" atau “dada”.
• anak anda yang sebelumnya (jika perempuan) kelihatan seperti budak lelaki semasa bayinya


Anda lebih berkemungkinan mendapat anak perempuan jika...

• degupan jantung bayi anda lebih cepat daripada 140 degupan seminit.
• perut anda bulat.
• perut anda “tinggi”.
• muka anda tidak berseri-seri.
• anda mengalami mabuk hamil semasa 12 minggu pertama kehamilan.
• payudara kiri anda lebih besar daripada yang kanan.
• apabila anda melihat diri anda dalam cermin sekurang-kurangnya seminit, anak mata anda tidak mengembang.
• anda mengidam benda-benda manis seperti jus, buah-buahan dan gula-gula.
• apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantung di atas perut anda, cincin itu bergerak ke kanan dan ke kiri.
• kulit anda lembut.
• anda lebih moody (angin tak baik) daripada biasa.
• apabila seseorang meminta anda menunjukkan tangan anda, anda menghulurkannya dengan tapak tangan menghadap atas.
• suami anda lebih agresif semasa persetubuhan yang menghasilkan persenyawaan itu berlaku.
• anda tidak berbau selepas makan seulas bawang putih.
• apabila anda campurkan umur anda dengan nombor bulan di mana persenyawaan berlaku, jumlahnya adalah nombor ganjil.
• rambut anda semakin menipis dan tidak bermaya semasa hamil.
• anda tidur mengiring ke kanan.
• bantal anda menghadap ke selatan semasa anda tidur.
• air kencing anda berwarna kuning samar.
• perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah “mama”.



Jumaat, 25 Januari 2013

~Ummi to be (marah)~Part 2

Bismillah

Sebelum solat ummi nak update sat,
Ntah mengapa, mood ctah sgt2 tidak stabil,
cpt sgt snsitif dan terasa hati,
even hal kecik pun rasa mcm besar sgt2,
masalah kecik pun leh nangis mcm teruk sgt,
yg selalu jd mangsa semestinya en suami,
tp KAGUM sgt2 ngan kanda,
sentiasa Sabar dan Senyum ja bila kena marah,
kadang2 ctah rasa mcm diri ni terlalu kejam,
YA ALLAH
Bantula hambaMU ini,
Tenangkan aku ya ALLAH,
Berilah kekuatan yg LUAR BIASA utk melawan segala sifat yg tidak elok ini,
Buangkanlah segala api kemarahan dalam diri,
serta padamkanlah segala api kebencian dan sifat mudah kecil hati yg tertanam dalam diri ini,
Sesungguhnya hanya padaMU aku bergantung harap.

Jadikanlah aku isteri solehah dan bakal ummi yg solehah buat anak kami yg soleh.
Jadikanlah aku ummi yg tabah menghadapi dugaan,
Ummi yg kuat melawan sifat mazmumah,
dan ummi yg kaya dgn sifat mahmudah,
agar Little Caliph yg bakal aku lahirkan tertanam dgn sifat2 mahmudah,
menjadi anak soleh dan mujahid soleh pecinta agamaMU Ya Rabb..

AMIN YA RABB



~Ummi to be(susu)~Part 1

Bismillah

Alhamdulillah
Semalam dapat tido lena tanpa terjaga seperti kebiasaan,
syukur atas nikmatMU,
Baru lepas bersarapan dan on the way nak minum susu,
oh! susu anmum materna perisa cokelat sgt tidak sedap...!
Nyesal sgt ikut pndangan kak ngah, dia ckp sdap, tp pas beli dan minum mmg nk termuntah, bau pun dah kurang menyelerakan...
rasa susu biasa yg putih tu lg ok dr cokelat ni. (ctah TAK KATA korg JANGAN BELI, sbb pemilihan susu bergantung pada tekak dan lidah korg, actually ok ja, cuma susu ni tak kena dgn tekak ctah ja)
Wuaaaaa.... terpaksa minum utk anak ummi.. dan dh hbs tggal setengah ok.! 
bagus tak ummi to be? :-)
Lagi pun kesian en suami dh hbs duit beli susu ni, so relakan juga.
Lepas prgnant ni, baru tau yg tekak ni mmg berubah2 dan pelik,
bukan mengada, dulu masa kakak2 prgnant, diorg xleh minum susu la, xsuka itu la, xsuka ini la, ingt mcm diorg ngada, tp dh alaminya sndiiri. baru tahu..
Tapi nak latih diri supaya tidak terlalu manjakan diri,
nak jd ummi yg tabah dan kuat,
nak didik our Little Caliph jd soleh/solehah yg kuat dan tabah,
dan berdikari mcm abah diaa.
Mcm umminya juga..hihi,
buat masa skrg, syukur Alhamdulillah,
ctah masih kuat dan takda alahan apa2 pun,
cuma sakit di bahagian bawah perut (ari2) dan sakit sgt pada Miss B, dan ctah agak selsema
loya, muntah, pening ALHAMDULILLAH
Takda la pulak.
Tapi en suami ctah la plak, nak demam.. sakit tekak, selsema, pening
lemah ja dia, asyik tido ja pas balik keja,
kesian plak kan,
mak ctah kata en suami yg kena Pembawa budak,
Moga en suami ctah kuat dan kembali sihat ya sayang.
Moga ALLAH pelihara kandungan ctah dan kami sekeluarga.

AMIN YA RABB


Khamis, 24 Januari 2013

~Salam Maulidur Rasul~

Bismillah



Ayuh sahabat!
Luangkan sedikit masa berselawat ke atas baginda Rasulullah saw.
Mari bersama menyemarakkan kasih dan cinta kita akan kekasih ALLAH
Baginda Muhammad saw.

Salam Maulidur Rasul
1434 bersamaan 2013 masihi.
Bersama kita menghayati erti sebenar pejuangan baginda memartabatkan ISLAM.
Usah sibuk mengatakan cinta sedangkan solat fardu masih tidak sempurna.
Sayang bkn sekadar di mulut tetapi perlu disertai dgn amalan dan perbuatan.
Moga ibadah fardu dijaga dgn baik dan disertai dgn amalan sunat.
Insyallah.




Selasa, 22 Januari 2013

~Doa buatmu duhai permata Ummi~


DOA UNTUK IBU MENGANDUNG

Ya Allah ,
Peliharalah anak-anakku selama ia berada di dalam kandunganku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang  

menyembuhkan , tidak ada penawar melainkan penawar-Mu , penawar yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah ,
Engkau perelokkanlah kejadiannya yang sempurna dan tetapkanlah hatinya agar beriman kepada-Mu dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah , 

zahirkanlah anak-anakku ke dunia dengan mudah dan selamat .Ya Allah anugerahkanlah anak-anakku kesihatan yang sempurna , berakal dan bijaksana , alim dan beramal .

Ya Allah
,
Panjangkanlah umur anak-anakku dalam ketaatan , sihatkanlah tubuh badannya ,dan indahkanlah akhlaknya , fasihkanlah lidahnya, perelokkanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhamad s.a.w. dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam .




~12 tanda awal kehamilan~


Bismillah

Baru sudah sarapan, sejak 3 hari tau diri ini dihuni oleh makhluk ALLAH,
ctah belum tinggal sarapan pagi, memang skrg asyik lapar ja,
layan ja la tekak ni sementara tgh berselera, org ckp dlm trimester pertama selera mkn akan hilang,
tp ctah dok lalu sequpa tu jugak,
so layan ja nafsu makan ni.
Pagi ni saja nak kongsi 12 tanda awal kehamilan.
Tak semua org alami kesemuanya, ada yg ada ada yg tidak.
sekadar berkongsi pembacaa melalu laman web.

1. Terasa mual
- Tanda-tanda ini kebiasaannya terjadi pada semua wanita hamil. Ini berlaku kerana adanya peningkatan hormon secara tiba-tiba pada aliran darah. Gejala mual ini biasanya terjadi selama enam minggu saat anda disahkan hamil.
(Belum alami nya lagi walaupun mengikut perkiraan usia kandungan ctah mengjangkaui sebulan. Alhamdulillah, moga berterusan sihat begini)

2. Kekerapan membuang air kecil
- Tidur anda terganggu akibat kekerapan membuang air kecil, mungkin itu adalah tanda anda sudah hamil. Keadaan ini berlaku kerana tubuh anda menghasilkan cairan tambahan untuk janin anda. Walaupun kekerapan buang air kecil berlaku anda dilarang menahannya kerana boleh menjejaskan kesihatan diri anda.
(Yes...! Ni mmg betul.. kerap buang air kecil dan rasa cam tak lawas jaa.. bila masuk tandas, mmg tak tahan sgt..blm smpat buka seluar dah rasa nk terkeluar...padahal xdak la tahan kencing pun)

3. Terasa Kram
- Gejala ini berlaku kerana rahim akan membesar dan dan merenggang untuk menyiapkan tempat bagi bayi anda.
(Tepat sekali.. terasa kram di bahagian ari2.. kadang2 menegang dan sakit menyucuk2... tp sat ja...tup2 dia hilang.. Plis be good to ummi ya sayang)

4. Mengidam
- Sudah tidak asing lagi jika wanita hamil dikaitkan dengan mengidam pelbagai makanan yang pelik-pelik dan susah untuk mendapatkannya. Kebiasaannya wanita mengidam buah-buahan yang masam dan asam-asam.
(Nak kata ngidam pelik2 takda la sgt, tp mmg ngidam sgt nak mkn ketam sejak 2 minggu lepas. dan semalam hajat ini telah tertunai. en suami bawak ctah makan ketam. mmg terharu dan seronok sgt2. rasa cm nak peluk ja en suami saat tu.. i love u la.. Jgn sampai ngidam pelik2 udah la ya..)

5. Moody
- Sering marah-marah pada suami dan mengalami perubahan tingkah laku. Hal ini disebabkan dari kemunculan hormon-hormon baru di dalam tubuh anda. Perubahan yang drastik daripada tidak pernah marah kepada pemarah akan berlaku saat kehamilan.
(Moody? Ntahlah... ctah rasa mcm ia sebab ctah mmg asyik dok nak marah dan moody ja, tambah2 dkt en suami. cuma berusaha sebaik mgkin utk kawal tingkah laku terutamanya kat suami. Insyallah, masih boleh dikawal)

6. Bau badan
Mungkin tanda ini jarang ditemui pada wanita hamil. Namun jika memang muncul bau badan, maka adanya peningkatan hormon yang berlebih sehingga menyebabkan kelenjar keringat meningkat.
(opsss...ctah rasa ctah tak pun.. taknak ngaku la tu kan..haha... actually diri kita sndiri mmg susah nak tau, so kena tny en suami la ctah bau ka tak? hahaha)

7. Pengsan
- Gejala ini berlaku kerana kekurangan gula dalam badan. Anda dinasihatkan menjaga pemakanan bagi mengelakkan berlakunya simpton ini. Makan yang cukup dapat mengelakkan berlakunya pengsan.
(alhamdulillah..setakat ni ctah tak alami simpton ni..Moga terus dipelihara olehNYA)

8. Sakit punggung
Sakit punggung yang dirasakan saat hamil disebabkan beberapa ligamen di punggung anda sudah tidak ada. Sakit ini akan terus dirasai saat berat badan anda bertambah dan selama masa kehamilan.
(Tak la pulak...rasa ok ja punggung ni..cuma pinggang yg kerap sakit... Mgkin belum tiba masanya kot)

9. Rasa lelah yang berlebihan
- Rasa lelah yang berlebih akan membuat anda cepat tertidur. Hal ini disebabkan dari perubahan hormon dan juga akibat dari kinerja organ-organ vital untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan janin. Biasanya rasa lelah ini hanya pada trimester pertama dan akan hilang saat memasuki trimester kedua.
(Ni pun rasa biasa2 jaa..cuma agak semput kalu berjalan dan naik tangga. Bila naik tangga umah yg co-et pun rasa semput..sampai nafas tersekat2.. en suami selalu tegur b4 tau prgnant)

10. Sembelit
- Sembelit ini terjadi akibat peningkatan hormon progesterone. Hormon ini selain mengendurkan otot-otot rahim, juga berdampak pada mengendurnya otot dinding usus sehingga menyebabkan sembelit atau susah buang air besar. Namun kebaikan dari keadaan ini adalah memungkinkan peyerapan nutrisi yang lebih baik saat hamil.
(Alhamdulillah...Ctah tak sembelit pun..sistem pencernaan lancar. dan sehari 2-3x membuang dgn lancarnya)

11. Payudara Berubah                                                                                                         -Payudara terasa lebih penuh, berat, nyeri saat ditekan, rasa geli, areola (daerah sekitar puting) menghitam, kelenjar keringat di areola menonjol seperti bintil-bintil, jaringan alur-alur biru terlihat di bawah kulit akibat masukan darah ke payudara meningkat. (Ctah memang alaminya. Miss B sgt sensitif dan sakit. rasanya mcm nak Period. Sabar ja lah.dugaan kecil ja ni..)
12. Pusing dan Sakit Kepala (Headaches)                                                                  -Gangguan pusing dan sakit kepala yang sering dirasakan oleh ibu hamil diakibatkan oleh remat fisik; rasa lelah, mual, lapar dan tekanan darah rendah. Sedangkan penyebab emosional yaitu adanya perasaan tegang dan depresi. Selain itu, peningkatan pasokan darah ke seluruh tubuh juga bisa menyebabkan pusing saat ibu berubah posisi. (Alhamdulillah..sejak tau ctah prgnant, mmg tak alami pulak sakit kepala.. biasa ja rasa.. dua minggu sebelum ni yg rasa tp srkg syukur la.. alhamdulillah..Moga terus baik cam ni ya...Amin)

Kesimpulannya
Tidak semua orang merasai perkara yg sama, ianya akan berubah mengikut badan dan jenis hormon. Doakan yg terbaik utk kita semua.  
credit to : Tanda Hamil

Isnin, 21 Januari 2013

~Suratan @ kebetulan~

Bismillah

Masih terasa berada di dalam mimpi,
mimpi indah yg sgt mengujakan.
Syukur kehadrat Illahi atas limpah kurnianya.

1 5 7
1 (Akhi) 5 (Sayang) 7 (Nyak)

Atas nama sayang en suami hadiahkan ku BENIH CINTA HALAL.
Buat pengetahuan kalian, ctah panggil en suami akhi (dalam bhs arab saudara lelaki, masih terlekat sejak 7 tahun lalu sehingga kini, susah nak ubah pada 'abang' atau panggilan lain.mak ctah dah bising2 suh panggil lain)
nyak (panggilan utk wanita mulia di acheh)
kalu kitorang msg atau chat, kitorang xguna perkataan 'akhi' mahupun 'nyak',
cuma menggunakan singkatan 1 utk Akhi dan 7 utk Nyak.
lebih mudah dan cepat.
dan no 1 dan 7 biasanya lebih membawa tuah utk ctah.
ttp ianya sekadar no biasa tnpa sebarang kepercayaan karut.
dan 5=S iaitu Sayang.

Dan nombor2 ini pula secara kebetulannya ada kaitan dgn bakal anak soleh ummi,
insyallah

Little caliph ummi akan menjadi 'anak' yg PERTAMA (1) utk Ummi dan Abah,
menjadi 'cucu' yg LIMA (5) utk tokmak dan tokbah,
dan menjadi 'cicit' ke TUJUH (7) utk nenek.

SUBHANALLAH
Suratan @ kebetulan?
Indah caturanMU YA ALLAH
Syukran atas segala nikmat yg KAU berikan,
sesungguhnya nikmat2 ini tidak terhitung nilainya.
Hanya kesyukuran ku panjatkan buatMU Sang Pencipta Rabbul Izzati.


Ahad, 20 Januari 2013

~Ada benih dalam rahimku~

Bismillah

Alhamdulillah,
Masih diberi kesempatan olehNYA utk hidup dalam usia 22 tahun 11 bulan dan 3 Minggu,
Insyallah akan menyambut ulangtahun kelahiran pada 30 januari ini.
Genaplah usiaku 23 tahun.

Seperti yang sedia maklum tntang entri sebelum ini berkaitan hadiah hari lahir,
insyallah,
ctah bakal menjadi Ummi, Ibu, Mama, Mak, Bonda, Mommy dan seangkatan dengannya.
Moga segalanya dipermudahkan ALLAH.

Pada awalnya, ctah tidak menjangka peralihan kesihatan lepas tamatnya exam 14hb lepas adalah satu tanda diri ini dihuni oleh makhluk ALLAH, Pencipta manusia,
sekadar beranggapan bahawa ianya  akibat daripada rehat yg terhad disebabkan sibuk dengan final exam, ctah xsyak apa pun,
tp pada awalnya memang ctah dan en suami berniat nak punya anak pada bulan sebelum ni,
kami cadang untuk punya zuriat pada bulan 8 2013 memandangkan mengikut perkiraan, ctah masih dalam cuti semester 3 bulan,
tp perasaan agak kuciwa kerana akhirnya bendera Merah dipacakkan dgn jayanya.
lepas tu bulan ni kami berserah sebab kalu ctah prgnant bulan ni, maksudnya ctah akan due pada september dan pada bulan 9 ctah sudah pun masuk semester akhir. 
tp kami tak mau la rancang sebab semuanya atas kehendakNYA.
Jika DIA tahu kemampuan ctah, pasti ada rezeki buat kami.
dan akhirnya memang bulan ni ctah lekat.
Rezeki ini sememangnya sangat2 dinanti2kan.

Pada hari lepas exam tu, akibat pening2 ctah pun try buat upt test,
memang sedia ada dalam simpanan sebab bulan sebelum ni ctah dah beli, dgn harapan akan lekat, beli siap2 la konon,
tapi apakan daya, perancangan ALLAH itu lebih HEBAT,
Dengan perasaan yg agak gementar, ctah buat diam2 tanpa pengetahuan en suami mahupun ahli keluarga yg lain,
Utk pengetahuan umum, upt test lebih elok buat pada waktu subuh selepas bangun dari tido kerana kepekatan air kencing pada masa itu lebih bagus dan elok utk buat ujian,
tapi disebabkan perasaan 'tidak sabar' dan agak 'gedik',
tengahari ctah buat dah,
pulun la naik atas dalam bilik, koyak plastik upt test (hanya rm5 promosi di gurdian) dan terus masuk bilik air,
pap prup paaap prupppp
akhirnya siap.
Sedikit kuciwa melihat hanya ada 1 line pada upt tersebut dan terus lempaq (baling) alat tersebut ke dalam bekas dan bawa sorok dalam almari,
pastu buat donno mcm biasa la kan,
BERSERAH LAGIIII..
then lepas solat maghrib, lepas berjemaah dgn en suami,
ctah pun kemas2 bilik dan teringat upt tu, ctah pun nak amik lempaq buang dalam tong sampah sbb makin tgk makin kuciwa kan,
waktu amik tu terpandang la sikit,
tup2 nampak double line. Line kedua sgt samar.  maksud double line tu positive la. adakah ctah hamil?????????
SUBHANALLAH.
Mimpikah aku?
Terus tunjuk dekat en suami dan terus mendapat kucupan kasih di dahi berkali2.
Senyum sampai ke telinga la kami.
Then terus turun bawah gtau mak dan kak long ctah,
memandangkan kak long ctah tgh prgnant ank kedua dan dah ada pengalaman b4 ni, lps dia tgk ja upt dia ckp 'hmmm, susah nak ckp klo nmpak cm ni, tak sure lagi ni, sbb samar sgt2, kena buat lagi sekali'
waktu ni agak kuciwa dan sedih kembali.

upt pertama. apa korang nampak? 

Tapi waktu ni period masih tak delay, jd memang sgt2 tak yakin dan tidak mahu letakkan sebarang HARAPAN yg tinggi, nanti kecewa pulak kan,
kakak2 ctah suh buat lagi minggu depan so ctah pun tunggu dgn penuh sabar,
tapi nama pun manusia, takat mana leh sabar,
dgn penuh sifat 'ketidaksabaran',
lepas 2 hari beli upt (hanya rm8) senyap2 dan buat lagi,
dan test itu menunjukkan hanya ada 1 line sahaja walaupun dah dibiar lama.
waktu ni memang sedih dan kecewa.

upt ke-2. hanya 1 line

tp BERSERAH LAGIIII kepadaNYA.
Lepas 3 hari kemudian waktu en suami pergi ke BJ utk beli brg,
ctah msg suruh en suami beli lagi upt test di watson,
dan apabila en suami pulang dia belikan yg agak mahai dalam rm18,
ini mungkin lebih tepat sebab harga pun lebih mahai berbanding sebelum2 ini.
Dengan penuh 'kesabaran' ctah tunggu sampai menjelang subuh keesokkan harinya, sampai tido pun tido2 ayam, hihihi,
dan
prappp prupp prappp prupp

Siap dan ini hasilnya

apa yg korang nampak?

Sekali pandang 1 line dua kali pandang double line pulak,
tapi waktu ni memang dah tak mengharap sebab malas meletakkan harapan yg tinggi dah,
Tanya mak, mak ckp nampak 1 line, tanya kakak2 diorg ckp mcm ada 2 line,
so ctah terus berada dalam 'kekonfiusan' ditambah dgn 'penasaran'.
akhirnya ambil keputusan utk duduk diam2 dan tunggu sehingga period datang.
sebab tanda2 period nak datang sudah ada.
Bermulanya sakit perut dan pinggang,
dan Miss B ctah pun sengal2 dan sakit.
dan jerawat naik dengan jayanya.
Akhirnya ctah terpaksa akur yg BELUM REZEKI kami menimang cahaya.
Insyallah satu hari pasti ada.

hari berganti hari,
akhirnya, berdasarkan kiraan 28 circle, nampak gayanya period ctah sudah delay beberapa hari tanggal 20hb,
so nekadnya suruh kakak2 beli time diorg kuar g shoping kat tesco,
diorg beli yg murah ja rm10 punya.
dan pagi tadi 20hb januari 2013,
pada awal2 pagi jam 5 lebih ctah buat,
memandangkan sejak kebelakangan ini kerap terjaga awal dalam 4-5pagi ctah pun ambik peluang nak check sebelum en suami bangun tido,
praaap prupp prapp pruppp
akhirnya
ALHAMDULILLAH
DOUBLE line yg agak terang berbanding dahulu
ini buktinya

nampak double line bukan? syukur ya ALLAH

lepas tu kul 5.30 gerak en suami bangun tido dgn senyuman yg sgt manis,
sampai en suami pun bangun dengan cepat sbb isteri dia senyum2 simpul dari tadi,
dan terus gtau, 'yang try p tgk ats meja tu'
en suami terus p tgk dan dia mcm terkejut, termimpi, terkesima dan ter banyak lagi laaa.
En suami sekali lagi menghadiahkan kucupan kasih buat isteri tercinta,

Lepas tu terus tunjuk upt kat kakak2 dan mak,
alhamdulillah,
diorg kata ini betul prgnant dan ctah sgt2 bahagia,
sehinggakan mengalir air hangat tanpa henti,
dalam sujud terus mengucapkan syukur atas kurniaan ini
YA ALLAH
Terima kasih ats kesempatan ini, atas peluang ini dan atas ruang ini.
sesungguhnya HAMBAMU ini hanya mengharapkan ehsan dariMU agar zuriat yg dikandung terus berkembang dan subur sempurna sehingga sampai detiknya dia melihat dunia indah yg penuh onak dan duri.

Lepas tu, hari ni seharian en suami bawak ctah jalan2 dan hiburkan hati,
kami round island pastu en suami belanja makan ayam penyet,
makanan pertama utk anak ummi setelah ummi tahu kehadiranmu sayang.
Dan waktu balik en suami singgah kat giant dan pergi watson untuk beli UPT TEST yg digital punya berharga rm29.90,
ini saja untuk sedapkan hati dan tambahkan keyakinan yg sudah semakin yakin,
dan sempat singgah tesco utk hantar brg utk kawan dan en suami pun nak singgah sekali belikan susu untuk mommy to be,
terima kasih kanda.
Sayangnya kanda dkt isterimu ini ya.
Dan balik rumah terus buat (punya tak sbr tunggu esok)
dan akhirnya
inilah hasilnya

PREGNANT 2-3
Maksudnya 2-3 tu adalah 4-5minggu usia kandungan ctah

lebih jelas..:)

ALHAMDULILLAH
kini ku bergelar
MOMMY TO BE
bakal ummi utk zuriat HALAL kami,
Hanya kepadaMU kami bergantung harap,
Membesarlah sayangku dalam rahim ummi sebaiknya,
Walaupun ctah tahu masih terlalu awal dan panjang perjalanan usia janin ini,
tetapi ctah berserah sepenuhnya kepada ALLAH,
hanya DIA yg tahu apa yg terbaik utk kami.
Mohon kalian dan sahabat2 yg tahu mendoakan kesihatan ctah dan kandungan agar sntiasa berada dalam keadaan yg baik dan sempurna.
Berilah kekuatan utkku menggalaskan AMANAH ini sebaik2nya,

Terima kasih ALLAH ats kurniaan ini,
Terima kasih KANDA ats BENIH CINTA ini,
Terima kasih bakal anak ummi kerana sudi meneman ummi tiap masa dan saat sepanjang 9 bulan,
Hanya padaMU kami memohon pertolongan dan limpahkanlah kasih sayangMU kepada kami sekeluarga.




~Hadiah AWAL kelahiran ke-23~

Bismillah

ALHAMDULILLAH
ALHAMDULILLAH
ALHAMDULILLAH
WA SYUKURILAH

Atas nama ALLAH yg MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG
ALLAH MAHA KAYA PEMBERI REZEKI
Syukur ats namaMU TUHAN SEMESTA ALAM
Mendapat hadiah kelahiran AWAL yg HEBAT lagi BERNILAI
Sepanjang hidup hampir 23 tahun menjelang 30 Januari 2013,
pertama kalinya mendapat HADIAH yg sgt2 BERNILAI pada 10 hari awal dari tarikh hari lahir,
yang tiada tandingnya dgn emas permata,
intan belian, note II iphone 5,
kereta mahupun rumah,
duit ataupun kekayaan.

Hadiah ini jauh lebih berharga dari segalanya2,
Nak tahu hadiahnya?

?

?

?

?

?

?

?



Taraaaaaa




ALHAMDULILLAH.
kini ada PENGHUNI di dalam rahimku
Hadiah kelahiran TERMANIS sepanjang hidup.
Terima Kasih ALLAH,
Terima kasih en Suami kerana sudi menumpangkan benih cinta ini di dalam rahimku,
Insyallah,
Akan ku pelihara sebaiknya AMANAH ALLAH ini.

ps: perasaan teruja tambah bahagia tatkala melihat tulisan Pregnant di atas upt test itu. Hanya ungkapan SYUKUR yg boleh diucap melainkan senyum yg tiada henti sepanjang hari. Terima kasih ALLAH atas peluang INDAH ini. Perjalanan embrio yg bakal dibertunas menjadi janin di dalam rahim ini masih terlalu panjang dan jauh. Doakan semuanya dipermudahkan ALLAH.

 Nantikan update full tentang perkhabaran indah ini berlaku. Insyallah


Jumaat, 18 Januari 2013

~Mas Kahwin~

Bismillah

ALHAMDULILLAH
Masih dikurniakan kesihatan yg baik,
kepala yg sakit sudah beransur sembuh,
doakan jangan datang balik na..:)

Hari ni kuar jalan2 dgn mak, kakak2 dan anak2 buah,
shoping kat BJ,
Niat awalnya nak shoping barang kemas di Poh Kong,
Kedai Emas yg menjadi kegemaran,
Setelah sekian lamanya pikir nak buat apa dgn nilai mas kawen rm777 tu,
at last mak suggest beli barang kemas,
at least bernilai dan ada nilainya tersendiri,
memandangkan ctah belum ada cincin batu,
so ctah pun terpikir nak da cincin batu,
memandangkan juga cincin nikah agak terlalu besar dan lembut kerana nilai emasnya paling tinggi
(sayang sungguh mak metua kat menantu beli cincin mahai2)
sayang pulak nak pakai so ctah decide nak beli cincin batu jalah, nilai emas kurang kerana ia menggunakan emas 375 dan semestinya lebih tahan LASAK utk org yang agak GANAS mcm i. hihi
pilih punya pilih ada 2 jenis patern yg KIV,
tapi di hati jatuh cinta dgn cincin yg harganya boleh tahan,
RM1300
BAJET HOT DAN MAK DATIN u..!
mmg terlebih bajet la kan.
lebih around 500 gak.
tapi dah tawar dan ada loket ctah yg tercabut yg nak ditolak so boleh la,
xlah membeban sgt
dan akhirnya ctah amik cincin tu.
design dia cantik, lain dari lain dan susah nak tgk design cam ni,
pastu dia besar so sesuai la dgn jari2 ctah yg COMEL sgt ni. hihi
SYUKUR ALHAMDULILLAH
Insyallah ctah akan jaga sebaiknya.


Cantik kan? Really like it so much.
<3
Inilah MAS KAHWIN ku
Terima kasih kanda

ps:Sangat2 tidak sabar menantikan gambar nikah+kawen...Yeay...akhirnya done! cuma menunggu en MDnoor as a my photografer delivery ja... excited.....! 


~Suka dan duka~

Bismillah

Alhamdulillah
Masih diberi kesempatan olehNYA utk menumpang hidup dibumi ini,
Td lepas zohor sampai asar agak terhibur krn sempat bersama sahabat sejati,
keluar berdua untuk menziarahi kakak angkat beliau merangkap kakak yg ctah rapat dan senang bersama,
Kak nisa'
Menziarahi beliau kerana beliau selamat melahirkan Mujahid comel pada 17.12.12 (sama tarikh dgn my nephew)
Muhammad Irfan Naqib nama diberi oleh Ummi dan Walidnya
Moga jadi anak soleh.
Tumpang gembira lihat kegembiraan mereka disekeliling.
Moga ctah masih berkesempatan merasai segala nikmat itu satu masa nanti.

Ada bakat tak nak jd Ibu? :)

Irfan bersama ucu ctah

Irfan bersama acik umu

Gambar sweet kami.hihi


Sgt suka dan seronok dapat luang masa bersama teman baik,
lega rasa hati,
stress pun hilang seketika,
tp lepas ja balik dari mendaki bukit 'balik pulau'
kepala asyik berdenyut2,
TAPI
Sesudah sampai dirumah,
sempat lagi meluangkan masa bersama en suami dan anak2 buah di Tasik Harapan USM bagi ikan&biawak&kura2 makan roti,
dan balik rumah terus sambung keSAKITan yg tidak tertanggung
sampai la skrg.
ubat dah ditelan berbiji2,
ubat migrain homeopathy juga telah diambil sekerapnya,
tapi masih tidak menunjukkan kesan positif,
kepala rasa berat sgt2.. sampai ke mata,
Migrain hari ni mmg dahsyat.
Lepas maghrib tido atas ribaan en suami sambil en suami bacakan surah Yasiin,
penawar segala penyakit,
turut disertakan dgn air 3botol untuk dijadikan minuman sebagai ubat,
Moga mujarab.
Terima kasih sayang.
Nyak sayang akhi till Jannah.
Lepas tu rasa ringan sikit, 
dan skrg jadi balik.

Oklah.
nak minum air Yasiin dan rehatkan minda ni kejap,
doakan ctah pulih seperti sediakala esok.
Begitulah perjalanan harian 17.1.13
dengan episod suka dan duka.

*Sakit Kafarah dari dosa2 kita. Redho dan Pasrah*


Rabu, 16 Januari 2013

~Ayuh kita UBAH~

Bismillah

Klip video ini sangat 'powerful'. Tetapi sikap kita yang suka bergurau, sarcastik, perli-perli dan gedik dalam pemikiran, menyebabkan kita petik satu pengajaran sahaja daripada puluhan mesej yang hendak disampaikan, terutamanya pada subteks. Sekurang-kurangnya 10 minit diperlukan untuk mengeluarkan isi kandungan klip video ini.

Namun cukup saya lontarkan satu soalan:

Ibu bapa, mahu anak kuasai 2+2=5 dan berjaya jadi top student, atau 2+2=4 lalu berhasil menjadi manusia yang bermaruah?

Perjuangan kita ialah supaya dengan menjawab 2+2=4 menjadikan pelajar kita top student dan bermaruah. Dan untuk itu, tiba masa untuk kita berubah.

UBAH! 

Penuh dengan MAKSUD tersirat.
Hebat!

Credit to Ustaz Hasrizal Abdul Jamil


~Gambar berbicara Part1~

Bismillah

Sekadar mahu kongsikan satu gambar yg penuh maksud tersirat.
Lihat, renung dan fikirkan
kenapa RAKYAT jadi begini?
Salah siapa?

Kami hanya mahukan sebuah negara yang ADIL bertunjangkan AL-QURAN,
Kepimpinan berlandaskan SUNNAH,
bukan KEMEWAHAN yg kami pinta cuma KEADILAN DAN KEISLAMAN yg sebenar.
Kagum dgn kalian semua.
Moga ALLAH mengiringi PERJUANGAN ini.
Amin ya rabb


ini adalah BENAR.Tiada sebarang edit yg dilakukan. Buktinya ABAH ctah sendiri yg telah hadir ke #KL112


~Rezeki Hak Mutlak ALLAH~

Bismillah

Malam ni, walaupun sakit2 tapi gagahkan diri utk meluang masa demimu BAITUL MUSLIM YaNa
Alhamdulillah
kemarin 14hb tamatlah pejuang di semester 4.
masih berbaki 2 semester utk ditamatkan.
doakan yg terbaik untuk ctah.
tamat saja exam, sakit pun menyerang.
seharian sakit kepala, dan cb (cirit birit yg tiada henti)
dan malam ni selsema yg teruk akibat resdung yg menjadi2.
bersin tanpa henti.
puncanya seharian mengemas bilik siang td. vacum bilik, tukar cadar, buka langsir, lap habuk dll lagi dan hasilnya bersin hingga ke skrg.
masih belum mampu lelapkan mata.
tapi takpalah.Ikhlas menyenangkan hati suami.
pastu plak, lepas habis ja buat keja semua, sakit pinggang dan perut yg agak kritikal.
nampkanya sudah tiba masanya utk 'bendera merah' dipacakkan.

ok. thanks sebab sudi baca muqodimah yg agak terpanjang.
sebenarnya sejak kawen ni, dah 2 bulan lebih mmg tak dinafikan ramai yg bertanya
"Dah ada tanda ka?"
"Bila nak dapat baby?"
"Dah 'berisi' ka?" depa taktau ka yg ceq ni mmg berisi pun.penuh dgn lemak bagai..hihi
"Takda tanda2 lagi ka?"
"Hampa dua ni rancang ka?"

:: JAWAPAN ::

SEMESTINYA kami 'nak' tapi JAWAPAN ini lebih tepat ::

Hanya ALLAH yg tahu jawapannya,
walaupun kadang kala rasa tertekan dengan persoalan demi persoalan
tetapi KAMI REDHO
Kerana pertanyaan kalian itu secara tidak langsung ia menjadi 'satu doa',
Siapa yg taknak zuriat dari hubungan HALAL,
Tapi belum REZEKI
Rezeki itu HAK MUTLAK ALLAH
ALLAH yg pemberi REZEKI utk hambaNYA
dan semestinya semua yang telah dirancang oleh ALLAH da HIKMAH yg sgt BESAR.
Hanya ALLAH tahu HIKMAHNYA
Sampai skrg ctah masih terus berdoa dan memberi sepenuh kepercayaan kepada ALLAH
Ctah dan en suami sentiasa berpandangan BAIK terhadap ALLAH
Seandainya ALLAH tahu kemampuan ctah sebagai seorang isteri dan juga tugas berat sebagai PELAJAR SEPENUH MASA,
jika ALLAH tahu ctah boleh dan mampu membawanya,
pasti DIA kurniakan dan jika DIA tahu tahap kemampuan ctah yg sgt terhad pasti ALLAH memberi ruang dan peluang utk ctah tamatkan pengajian dulu
Bersangka baiklah dengan TUHANmu.
Sesungguhnya apa yg telah DIA tetapkan adalah yg terbaik.
Jangan mempertikaikan.
Doakan yg terbaik utk ctah dan en suami.
Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa membaca rintihan hati ini.
sesungguhnya hanya kepadaMU kami bergantung harap

Pasrah dengan sikap manusia yg tidak jemu2 'menyibuk' atau dalam kata yg sopan sangat'mengambil berat'
sebelum kahwin, sibuk bertanya
'bila nak kawen?'
dah kawen tanya lagi
'bila nak dapat baby?'
dah dapat baby tanya lagi
'bila nak bg dia adik/bila nak tambah anak?'
YA ALLAH
Prihatin sungguh kita semua kan? BERTUAH sangat.
dan KENAPA TAK TANYA SOKLAN NI LEPAS TU?
'Bila nak MENINGGAL?'
*Insaf seketika*

ps: Terima kasih suamiku kerana terus menyayangi isterimu ini. walaupun diri ini serba kekurangan tetapi kanda tidak jemu2 membimbing dan atas KESABARANmu itu dinda sgt MENGHORMATI dan MENGKAGUMI kanda. Terima kasih kerana sudi berkongsi suka duka bersama dinda. moga hubungan HALAL ini terus berkekalan sampai ke syurgaNYA. Amin..Dinda sayang kanda kerana ALLAH.

Selasa, 15 Januari 2013

~Allah selamatkan kamu AYU~

Bismillah

Allah selamatkan kamuu..
Allah selamatkan kamuuuu.
ALLAH selamatkan Syaidatul Hardayu..
Allah selamatkan kamuuuuuuuu.....

Selamat Hari lahir ayu.
sahabat ctah dunia akhirat..Insyallah.
ALHAMDULILLAH
23 tahun sudah usia ayu.
Moga dipanjangkan umur, 
dimurahkan rezeki,
diberi kesihatan yang baik,
dikurniakan pemikiran yang mantap dan ilmu yang bermanfaat,
dimudahkan urusan Nikah menjelang beberapa bulan dari sekarang
dan ctah doakan semua yg baik2 untuk ayu.

Jadilah muslimah sejati,
isteri yang solehah yg taat ALLAH dan bakal suamimu nanti
Moga kebahagiaan mengiringimu sayang.
Walau apa pun berlaku, walau apa pun status kita, walau di mana pun kita berada,
tapi PERSAHABATAN ini tidak akan putus dan terhenti di sini
kerana
UKHWAH FILLAH ABADAN ABADA
Sayang sahabat kerana ALLAH.

zaman sekolah.

mula memasuki usia remaja

remaja kini

mulai dewasa

sahabat selamanya

SYUKUR PADAMU YA ALLAH
Sudah hampir 8 tahun mengenali antara satu sama lain
Begitu banyak suka duka yang kami lalui bersama
sesungguhnya dia banyak membantuku saat susah dan duka.
JASA AYU TIDAK AKAN CTAH LUPA
Terima kasih atas segalanya.
Menyayangi ctah, mengasihi ctah,
menjadi SAHABAT yg baik
Ctah sgt bersyukur dikurniakan sahabat seperti AYU.

Ctah sayang Ayu kerana ALLAH.



Sabtu, 12 Januari 2013

~Ragam Birthday Girl~

Bismillah

ALHAMDULILLAH
Berakhir kertas yg ke-4 ptg tadi dgn jayanya.
Opss..jaya ka? hmm..berserah dan tawakal sepenuhnya... Malas nak pkir benda yg lepas, nti bertambah2 stress. cuma mampu berdoa saja moga ALLAH lembutkan hati pensyarah2 budiman..insyallah
 so berbaki 2 perlu kekuatan yg luar biasa.
double pper in one day
pagi dan petang. Oh ALLAH. Mudahkan urusan hambamu.

En3 kali ni nak ceritakan sedikit tentang ragam heroin ucu satu2nya.
dan today 12hb is her BIRTHDAY
Selamat hari lahir sayang ucu.
12.1.10 lahirlah insan yang menyerikan hidup ucu, yang menambah senyum ucu, menambah kebahagiaan dalam hidup kami sekeluarga. dikaulah segalanya buatku.
NUR IRDINA INSYIRAH


Buat masa ni she the only one my niece. 
insyallah bakal bertambah my niece and other nephew. doakan semuanya dipermudahkan ALLAH.
Ragam anak buah sejak kebelakangan ini agak pelik, asyik merap ja kat ucu dia.. 
sikit2 ucu, kuar umah sebut ucu, kat umah pun ucu.
bila ucu bangun tido lambat, mesti akan dengar org bukak pintu bilik.
sapa lagi bukan si kakak comel.
bila ucu kat atas ja, sure dia mai cari sampai ke bilik.
manja kat ucu lain mcm aja.
takut ucu tak syg dia la tu bila dh bertambah 2 orang anak buah baru on dis february. hihi. bijak betul syg ucu ni.
tapi memang la.. ctah sgt2 rapat dgn anak buah sulung ni, mgkin disebabkan kakak tinggal dgn kami so lebih rapat dan merap kat ucu berbanding ank buah ctah sorg lagi. abang long handsome. bukan tak syg cuma disebabkan kami jauh so keakraban kurang terserlah. tapi hanya ALLAH yg tahu betapa sayangnya ucu dkt anak2 buah ucu. 
nak dipendekkan cerita. td petang ctah kan ada exam, so ctah kuar la umah mcm biasa.
perangai kakak pulak kadang2 ikut mood, bila mai mood nak ikut ucu dgn pak ucu, memang gedik2 nak ikut.
kami dah siap nak kuar, merenget2 duk dpn pintu umah, kdg2 mmg tak smpai hati tak bwak. so mmg kami akan bawak kakak jalan2. tp td petang. dia nak ikut2 jugak ucu p exam. mana boleh sayang oiii.
menangis punya teruk, mmg tak sampai hati la ctah. ctah pujuk dia, "ok2..ucu bawak, kakak p salam tokmak dulu", pulun dia lari p salam kat bilik tokmak, last2 ctah lari keluar umah dan kunci pintu, makin meraung la kakak.
habis tu, ctah bawak ja moto sampai ke simpang umah, masih dgr suara dia nangis sambil panggil nama ucu,
saat ini hanya ALLAH yg tahu. menitis air mata.
OH ALLAH.. Betapa ucu sayangkan kakak
ucu patah balik, tgk kakak..sedu2 dia teriyak.pastu nasib tokmak mai pujuk..at least leh ucu biarkan dia kat tokmak. dalam perjalanan ke tempat exam, memang tak henti2 air mata ucu ni keluar.. sungguh2 ucu doakan kat kakak semoga kakak membesar jadi anak soleh pencinta AGAMA ALLAH.
Jangan lupa ucu na kakak... walau ucu malas basuh berak kakak, walau ucu suka ngusik kakak, walau ucu suka melawak kasaq ngan kakak2, even ucu suka buat kakak menangis tapi sayangnya kat kakak melebihi segalanya di dunia ni.
sampai saat ucu tulis en3 ni, masih menitis air hangat ini.

Anak2 buahku yang tersayang,
Membesarlah kalian menjadi anak solehah,
taat ALLAH dan agamaNYA, mama ayah/walid dan tokmak tokbah yang banyak berjasa,
hormat orang tua pabila sudah dewasa,
sentiasa rendahkan diri pada semua manusia,
moga hidupmu tidak sia2

kakak dan abang yang comel lagi cerdik,
belajar sungguh2 agar diri kalian terdidik,
hiasi diri dengan Ilmu, Iman dan Amal tanpa jemu,
kelak nanti Jannah milikmu.

Tiba2 teringat gelagat kakak saat nak makan ubat IQ untuk minda cerdik,
hari2 mesti tak lupa nak makan, dia yg ingatkan ucu atau mama atau tokmak suh amikkan.
memang sgt cerdik.
Berkat Ulama' yg mentahnikkan kakak.
Imam Sudais, Imam besar Masjidil Haram.
tokwak kakak la tu..:-)
sebelum makan ubat IQ mesti kakak akan :
selawat 3x
baca bismillah
niat semoga kakak jadi anak soleh, jadi doktor.
Sejuk perut mamamu melahirkan kamu,
tenang dan senang ayahmu punya anak sehebat kamu,
kagum tokmak tokmak membesarkan kamu
dan bahagia ucu, pak ucu, mak ngah dan pak ngah punya anak buah sepintar kamu.
semoga kecerdikan dan sifat solehah ini berpanjangan dan berkekalan sampai dirimu dewasa.
moga ALLAH pelihara dirimu dunia akhirat dan diberikan kesihatan yang baik.
AMIN YA RABB

salam sayang buat kakak
ucu 'KUYUS'
12.1.13
12.46 am


kali pertama ucu menyentuh lembut dirimu. 


ps: baru pulang menghantar abah ke stesyen bas. abah menuju ke KL, perhimpunan rakyat yg dahagakan keadilan dalam sebuah negara. Yang inginkan negara ISLAM, bukan negara yang penuh dengan duri menusuk kalbu. Semoga ALLAH mengiringi perjalanan abah. masih menungu dan menunggu kepulangan kak ngah dan abg ngah serta hero ucu satu2nya. Mus'ab..ucu rindu kamu sgt2...:-) Pulanglah sayangku...