Sabtu, 23 Februari 2013

~Ummi to be(Pemeriksaan 1)~Part 5

Bismillah

Hari ni ada kesempatan nak update blog,
nak cerita pasal Buku Merah,
alhamdulillah, hari rabu lepas 20hb feb ctah p Klinik desa Kg Gelugor, p daftar buku merah utk pertama kalinya dalam hidup,
waktu buat buku merah tu kena bawak salinan surat nikah, ic isteri dan ic suami,
bertujuan utk sahkan anak sah taraf.
lepas tu nurse bagi taklimat sikit pasal kepentingan susu ibu dll,
nurse cucuk utk check HB (kepekatan darah)
alhamdulillah hb ctah 13.so sgt ok... ppuan normal antara 11-14. nurse la kata. ctah baru tau ja pun,
pastu ukur tinggi dan amik berat.
OMG..!Berat naik dgn jayanyaa... mmg dh agak sbb lepas kwen nafsu mkn sgt hebat, en suami pndai jaga isteri la katakan..hihi
lepas tu buat temujanji utk jumpa doc keesokkan harinya,
dan syukur buat pertama kalinya dalam hidup dalam jumpa doc utk periksa kehamilan.
Pagi jam 7.30pagi dan smpai klinik kesihatan ibu dan anak taman tun sardon,
en suami sampai dulu sbb dia nak tlg amikkan nombor, tp disebabkan buku merah xbwak so xleh la plak, en suami smpat tggu smpai jam 8 lebih ja, pastu dia p sambung keja, kesian plak nak susahkan en suami.
seperti yg sdia maklum ctah jns yg tak suka nyusahkan, lebih suka berdikari (bukan puji diri naa, tp mmg dari dulu lagi cam ni),
pastu nurse panggil amik nombor, ctah dpt no 6, ok lah kan tak lmbat sgt,
tunggu punya tunggu nurse panggil,
bermulanya pemeriksaan ke atas diri ini, hehe..
nurse amik darah 2 botol tu (besaq jari), tp syukur laa..ctah jns xtakut jarum, tp mmg lebih smngt bila teringat anak dalam perut ni, sambil pgg perut sambil tahan kesakitan amik darah,
darah tu utk tujuan pemeriksaan HIV dan nak tahu darah group apa,
pastu nurse suh tggu dan dapat la jumpa doc,
saat yg ditunggu sudah tiba,
walaupun sebelum tu menuggu agak lama tetapi diri ini sgt teruja dan penat lelah menunggu akhirnya berbaloi bila dapat melihat ada 'makhluk' dalam rahim ini,
SUBHANALLAH
Waktu doc tunjuk rasa mcm nak nangis ja,
seronok dpt tgk jantung baby bergerak,
MAHA SUCI ALLAH
Sayang ummi, membesarlah syg dgn baik,
berkembanglah dgn sempurna,
semoga kita dapat bertemu di dunia dgn izinNYA
dan bertemu dgn redhaNYA di akhirat.
AMIN YA RABB

PS:Doakan yg tbaik utk ctah dan baby, trimester pertama sungguh byk dugaanya...dgn alah lagi..risau sgt..tp ctah letak segalanya kepada ALLAH...DIA yg berkuasa...Moga ALLAH sentiasa lindungi our 'little caliph'...Amin ya rabb... padaMU YA RABB tempat kami bergantung harap.. sedikit tersentap mendengar perkhabaran sahabat satu sek, rasanya baru semalam kami berbual tentang keterujaan kami yg bergelar 'mommy to be' dan td mendpt tahu tntg berita keguguran beliau. semoga kamu kuat menempuhi dugaan ini sahabat...semestinya percaturan ALLAH itu hebat, DIA lebih mengetahui segalanya, INSYALLAH..Pasti ada REZEKI yg lebih baik utkmu kelak.. redha atas pemergiannya, semoga ALLAH limpahkan kasih dan rahmat ke atas kamu dan baby yg telah pergi. AMIN YA RABB...


Jumaat, 15 Februari 2013

~Alhamdulillah~

Bismillah

Syukur syukur syukur
PadaMU Rabbul Izzati.
Hari ni 15 feb dapat result penuh.
Keputusan peperiksaan utk semester ni boleh tahan.
cuma kurg peningkatan sbb result tak menaik pun, pointer maintain JA.
tp syukur sbb tak menurun.
dan PNGK akhir meningkat.
Exam kali ni sungguh mencabar sbb baru kawen, nak sesuaikan diri dgn kehidupan berumahtangga disamping status pelajar sepenuh masa, proses sebagai seorang ibu dan ditambah pula dgn dugaan kecil  sewaktu exam hari tu ctah mengalami pening2 yg agak teruk (rupanya ctah prgnant time tu, cuma blm tahu ja) dan paling terharu kawan2 major berusaha membantu meringankan beban ctah dgn berkorban utk ctah.. kalu tak, 3 pper berat direct. makasih kalian
dan diri sedaya upaya utk belajar mmbahagikan masa, tp semuanya baik2 saja.
tambah2 mak abah dah warning awal2, nak tgk result sem ni alasan mereka dh bg 'greenlight' utk kawen so result xleh jatuh, kena menaik. tp skrg naik tak, turun tak? apa kes? hehe
btw semuanya baik dan dimudahkan ALLAH.
walaupun semester ni rasa sgt2 berat, subj major n minor yg agak berat, dan mmg mencabar sgt sem ni.
tp dgn kehadiran en suami di sisi, segalanya dimudahkan...

Terima kasih en suami yg sntiasa menyokong dan membantu isterimu,
yg sentiasa memahami keadaan dinda yg sibuk dgn asgment, kuliah, meeting, presentation dan exam.
sesungguhnya kehadiran kanda dlm hidup dinda sgt2 bermakna dan Ya...dinda bahagia,
terima kasih juga buat mak abah yg tak jemu2 memberi semangat dan memberi peluang dan keizinan utk adik mendirikan rumahtangga walaupun adik masih dalam pengajian,
kepercayaan kalian kpd adik sgt adik hargainya.
doa suami, mak abah dan seluruh keluarga sgt adik dambakan sepanjang hidup ini

PS: isnin ni bermulanya semester 5 untuk ctah... Diriku baru bergelar pelajar semester AKHIR. agak lambat berbanding kawan2 lain. tp semuanya tersimpan HIKMAH yg amat besar dalam hidup. hanya DIA MAHA MENGETAHUI yg tahu segalanya.. doakan ctah kuat dan tabah mghadapi semester ini. insyallah akan masuk belajar bukan sorg diri tetapi 'berdua'. doakan anak dalam kndungan ctah turut serap ilmu yg diajar oleh pensyarah dan 'khalifah kecil' ini menjadi anak cerdik yg soleh/solehah...AMIN.. Insyallah...Ummi akan bertambah kuat dgn kehadiranmu sayang. <3



Rabu, 13 Februari 2013

~Seronoknya berkahwin~



Bismillah
Malam ni sekadar ingin berkongsi tentang penulisan daripada Dr Siti Hamidah
artikel yang bertajuk
SERONOKNYA’ berkahwin. 
Semoga manfaat.

1) Ada teman yang halal untuk melakukan segala-galanya; makan, tidur, berjalan-jalan, tengok wayang, shopping dan sebagainya. Apabila berjalan pegang tangan, terus dapat pahala dari Allah. Kalau tidak berkahwin, dapat dosa pula.

2) Adanya orang yang sentiasa bersama waktu senang, susah, kacak, selekeh (bangun tidur especially), kaya, pokai, gembira, duka dan sebagainya.

3) Ada isteri/suami yang akan mengimbangi kekurangan diri kita, seterusnya melengkapkan diri kita untuk menjadi seorang yang hebat. Suami isteri yang bersikap bertentangan adalah yang terbaik. Contoh, apabila seorang suami mudah marah, selalunya akan dapat isteri yang sabar. Dalam masa yang sama suami juga akan belajar/berjangkit sifat sabar.

4) Akan mengalami kebahagiaan yang hanya orang berkahwin sahaja alami. Jika anda rasa bercinta itu bahagia, berkahwin adalah 10 kali ganda bahagia. Percayalah!

5) Boleh berjimat duit dan mampu mengumpul harta. Jika bercinta, kos hidup menjadi dua kali ganda (sewa rumah, telefon, bil, makan). Kajian menunjukkan pasangan berkahwin lebih banyak memiliki harta berbanding mereka yang tidak berkahwin.

6) Dapat zuriat. Jika berkahwin adalah 10 kali ganda bahagia daripada bercinta, memiliki seorang anak pula akan memberi lebih lagi kebahagiaan kepada kita. Hanya orang yang mempunyai anak sahaja yang tahu. (Anak kucing, anak hamster atau anak tekak tidak termasuk ya..)

7) Kita akan dapat kepastian yang tidak berbelah bahagi tentang kasih sayang dan kesetiaan suami/isteri kita. Kalau bercinta, masih tidak pasti dia betul-betul setia selagi dia tidak mengahwini kita.

8) Kita akan dapat satu perkara paling best iaitu PELUKAN dan CIUMAN. Dua perkara ini adalah satu anugerah untuk orang yang berkahwin. Melaluinya jiwa kita akan sangat tenang dan gembira, malah jika selalu diamalkan akan menjadi awet muda dan berseri-seri!

9) Faktor yang terpenting adalah untuk mencari keredaan Allah dan mengelak daripada melakukan maksiat.

Apa lagi, yang bujang-bujang cepatlah berkahwin. Gadis janganlah letak hantaran tinggi sangat ya (^_^)

Demikianlah hikmah perkahwinan yang boleh kita dapat manfaatnya.. In Shaa Allah!


ps:ALHAMDULILLAH...Kahwin sememangnya indah..sukar digambarkan dgn kata2. tambah2 dapat suami yg memahami dan leh terima kita apa adanya.. en suami ctah mmg seorang yg sgt memahami dan leh terima ctah seadanya...tambah2 tgh prgnant ni, makin manja la ctah.. harap en suami terus bersabar dan sanggup melayan sehingga keluarnya zuriat halal kami. AMIN


Khamis, 7 Februari 2013

~Perkembangan Bayi~


Bismillah


1 Bulan
Bayi anda ialah embrio yang terdiri daripada dua lapisan sel, yang kemudiannya akan berkembang menjadi organ-organ dan bahagian-bahagian badan.

2 Bulan
Ketika ini, saiz bayi anda kira-kira sebesar sebiji kacang merah dan dia sentiasa bergerak. Jari-jari tangannya telah terbentuk tetapi sedikit berselaput
(alhamdulillah, baby ctah lebih kurg besar ni, now dah 7 week, next week ckup 2 bulan)


3 Bulan

Ketika ini, kepanjangan bayi anda sekitar 7sm hingga 8sm (3in) dan beratnya lebih kurang setengah biji pisang. Dia sudah mempunyai cap jarinya.

4 Bulan
Bayi anda sekarang berukur 13sm (5.5in) dan berat badannya 140g (5oz). Rangkanya mula mengeras dari tulang rawan yang lembut menjadi tulang.

5 Bulan
Kening dan kelopak matanya telah siap dibentuk. Ukuran bayi anda akan melebihi 27sm (10.5in) jika anda meregangkan kakinya.

6 Bulan
Berat badan bayi anda sekitar 660g (1.5 paun). Kulitnya yang berkedut mula menjadi lembut dan licin bila ditempatkan lemak.

7 Bulan
Pada masa kini, ukuran panjang bayi anda melebihi 40sm (15in). Dia boleh membuka dan menutup matanya dan mungkin melihat sekitarannya.

8 Bulan
Berat badan bayi anda sekarang sekitar 2.2kg (4.7 paun). Lapisan lemaknya bagai "mengisikannya", menjadikan bayi anda kelihatan comel montel, dan paru-parunya sudah siap berkembang.

9 Bulan
Sudah hampir masa bersalin! Secara purata, bayi lelaki yang baru lahir berukur 52sm (20.5in) dengan berat badan 3.4kg (7.5 paun), dan bayi perempuan yang baru lahir berukur 50sm (19.7in) dengan berat badan 3.2kg (7 paun), tetapi bayi-bayi memang banyak perbezaannya pada masa ini


ps: anak ummi kuat ya.. insyallah ummi kuat demimu sayang. sembuhkanlah apa jua penyakitku ALLAH..Amin ya rabb. terima kasih en suami sentiasa ada dgn isteri mu membantu apa jua kerja yg tidak daya ku buat saat ini..

Rabu, 6 Februari 2013

~Ummi to be (alah 1)~Part 4

Bismillah

Alhamdulillah
Masih diberi kesempatan utk hidup pada 6 feb 2013.
walaupun kesihatan ctah agak terganggu sejak 2,3 hari ni tp masih kuat demi anak ummi dalam tummy ummi,
alah ctah makin menjadi2,
bulan pertama syukur semuanya ok,
sihat dan selera mkn mnjadi2,
pulang dari Banda Acheh terus menjadi,
mula dari loya,muntah, sensitif pada bau, lemah badan,
hanya ALLAH yg tahu keadaan ctah saat ni,
badan terlalu lemah dan letih.
selera makan pun mula terganggu, bila teringat makanan dan segala mcm masakan terus tekak loya dan nak termuntah,
tapi ctah gagahkan jugak utk mkn demi ank dalam perut,
tp apakan daya, lepas mkn terus nak muntah. redhoo..:(
pagi ni bangun sakit tekak sgt2, mcm ada ulser kat tekak ni,
dan lebih parah
bau badan en suami pun dah mula buat ctah loya, dan
bau perfume en suami yg mnjadi kegemaran ctah sejak lepas kawen lgsung takleh hidu,
kalu hidu ja terus loya dan nak muntah,
ya ALLAH.
Dugaan kecil utk ummi.
masih jauh perjalanan ini YA ALLAH,
INSYALLAH, Demimu sayang ummi relakan, 
ummi kuat dgn adanya en suami, mak, abah dan seluruh ahli keluarga.
semoga alah ummi sekadar di awal kehamilan.
Kau berilah kesihatan yg baik utk ku, utk janinku dan utk semua keluargaku,
peliharalah anak ku ya ALLAH.
TP ummi bangga dgnmu
Anak ummi sgt soleh, dgr ckp. perjalanan ummi dgn abah ke Banda Acheh semuanya mudah.


~Jauh perjalanan~

Bismillah

Hari ni berkesempatan mengupdate blog,
pembukaan bagi bulan februari penuh BARAKAH WA RAHMAT
Syukur ALHAMDULILLAH
ctah selamat sampai di bumi Malaysia,
Pulau Pinang tanah airku.
Setelah 5hari berkampung di kampung halaman en suami di Banda Acheh,
dari 28jan hingga 1 feb,
akhirnya ctah selamat sampai ke penang.
Pengalaman di sana sgt indah.
banyak yg ctah belajar,
sebuah pengertian tntang kekuatan dan ketabahan serta kesabaran yg paling byk ctah pelajari sepanjang di sana.
Pengalaman yg sgt indah dalam hidup.
Apabila dpt travel di satu tempat yg jauh dgn keluarga dan tinggal seketika dgn mertua di samping en suami yg melayan isterinya ibarat 'permaisuri'.
sgt bersyukur sbb dikurniakan keluarga mertua yg sgt baik.
mak mertua, pak mertua dan adik2 ipar sgt baik.
hanya ALLAH yg dpt membalas jasa kalian.
ctah dilayan bagai 'raja'
Dapat merasai suasana kampung di mana ayam berkokok di pagi hari, bunyi cengkerik di malam hari, tido pakai kelambu,dan mandi air paip yg bersumberkan air telaga dan yg pasti guna gayung ok..
dan paling teruja apabila dapat menyambut ulangtahun kelahiran ke-23 di Banda Acheh.
kejutan di luar duga apabila en suami belikan kek dan bagi hadiah istimewa yg sgt tidak sangka.
Syukran ya ZAUJ atas keprihatinan dan hadiah istimewa itu
Love u till Jannah suamiku.
syukur sgt segala perjalanan dan urusan kami dimudahkan ALLAH.
Little caliph ummi pun baik sgt sepanjang di sana.
Moga jadi anak soleh/ah ya syg.
AMIN YA RABB