Jumaat, 31 Mei 2013

~Barakallah Ayu & Faizol~

Bismillah

25.05.2013

Barakallah laka, wa barakallahu alaika wa jamaa bainakuma fi kulli khair

Ucapan Sunnah yang bermaksud :
" semoga Allah memberikan barakah bagi kamu dan memberkati keluarga kamu, dan mengumpulkan kalian dalam kebaikan dan kepada kebaikan"

ALHAMDULILLAH
Sahabat sejati ctah Syidatul Hardayu sudah selamat menjadi isteri kepada Faizol pada tanggal 25 Mei lepas.
semoga ALLAH merahmati kalian berdua di dunia dan akhirat.

Beberapa 'amanat' terakhir buatmu:

Tahniah ayu!
Moga jadi isteri solehah penyejuk hati suami,
menjadi teman ketawa tika dia gembira,
menjadi teman menangis tika dia sedih,
menjadi isteri yang taat ALLAH, ikut RASUL dan patuh SUAMI.
dan bakal ibu solehah buat anak2 soleh/ah.
AMIN YA RABB.
walaupun jarak memisahkan kita lepas ni,
tp hati kita sntiasa dekat,
kenang ctah dalam setiap doa ayu.
ctah jua akan sentiasa mendoakan ayu.
Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan ayu.
terima kasih dah jadi sahabat yg baik utk ctah,
dah tolong ctah melalui saat2 senang dan susah bersama.
sentiasa ada dengan ctah disaat ctah perlukan teman berkongsi rasa,
betapa sukarnya nak mencari pengganti sehebat ayu!
ayu sahabat sejati ctah dunia akhirat.
MOGA ALLAH PELIHARA PERSAHABATAN KITA SELAMANYA
CTAH SAYANG AYU KERANA ALLAH.

Sedikit gambar kenangan bersama pengantin ::










PS: I sgt touching ok on dat day! tiba2 teringat kenangan 7 bulan lalu... saat mak andam yg sama makeup ctah dlu, tok kadi pun sama..Oh.... tiba2 kenangan mengusik jiwa..Mcm baru ja semalam ctah nikah dengan en suami...tup2 dah mem'boyot' perut ni..Hehehe.... Betul la kan, masa berjalan begitu pantas sekarang...Tak sempat kita mengejarnya...So tingkat amal dan iman agr menjadi bekalan di hari kemudian..:) Oh ya...baru bkempatan nak update en3 pasal ayu.. agak sibuk sejak kebelakangan ni. Tarikh tu juga menjadi ingatan selamanya buat bakal ummi sebab baby ummi dah mula tendang2 perut ummi. Mgkin akibat ummi terlalu aktif hari tu..hehe... Tak lama lagi giliran auntie ayu pulak..AMIN...


Rabu, 29 Mei 2013

~Tendangan manja si dia~

Bismillah

Alhamdulillah
Hari ni teruja+seronok sgt dpt jalan2 dan luang masa ngan en suami tercinta.
Dan yg paling teruja dapat hadiahkan bakal anak soleh ummi 2 pasang baju.
ctah hadiahkan sempena baby ummi dah mula bg 'tendangan manja'
ALLAH! teruja sgt saat merasa tendangan kecil si dia
SUBHANALLAH..Perasaan tu susah nak explain tp hanya ALLAH yg tahu.
Tanggal 25hb Mei 2013 (Sabtu) ummi mula merasainya.
satu anugerah dan keajaiban kurniaan ILLAHI.

Abi cakap
"untung anak ummi, tendang2 perut ummi dah dapat hadiah. sayangnya ummi kat baby"

ummi cakap
"mestilah..sapa tak sayang anak kan. saja beli baju sikit2..nti tak payah beli banyak2 terus. sikit2 so tak terbeban sgt. tp rasanya tak beban pun.. teruja dan seronok bilamana dapat shoping baju n barang2 baby utk anak sendiri"

TAPI

At last abi yang bayarkan. hehe..
Terima kasih abi.
Kami sayang abiiiiii...........!

oH YA...jgn taktau abi pun dapat hadiah dari ummi.
opsss..rahsia2.. takleh habaq hadiahnya...hehe..
untung la abi.
tokmak pn belikan kat abi 4 helai baju.
Rezeki abi bulan ni...ALHAMDULILLAH
Terima kasih mak!


opss..terblur plak gambar. :)

ps: Alhamdulillah...Anak ummi dah ada 6 pasang baju. Moga anak ummi membesar dengan sihat dan sempurna dalam perut ummi. Moga ALLAH pelihara kita semua di dunia dan akhirat..Mohon sahabat semua mndoakan kesihatan kami. Kandungan ctah menjangkau 6 bulan. Indah sungguh kurniaan ini. ALLAH..Terima kasih atas peluang yang KAU pinjamkan ini. Syukur..anak ummi sgt aktif..Sampai ummi tergelak2 dalam kelas sebab 'geli' kena tendang dengan baby...kenangan indah yg lucu...:)



Rabu, 22 Mei 2013

~Super Duper Penat~

Bismillah

PENAT

PENAT

PENAT

TERAMAT SANGAT

PAGI :: padat dengan kelas

PETANG :: ronda satu BJ teman bakal pengantin merangkap sahabat sejati cari tudung kawen

PETANG :: ke kelas lagi

MALAM :: masuk keja

TENGAH MALAM :: sambung siapkan tugasan terakhir sem ni.


SEKARANG?????
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I

V


PENGSAN


Selasa, 21 Mei 2013

~Hari pertama bekerja~

Bismillah

20 MEI 2013
Tarikh keramat
apsal? nak tahu tak???
Buat pertama kalinya dalam hidup Puan ctah,
merasai nikmatnya bekerja makan gaji di bawah majikan,
opsss.. nikmat ka? hehe.
Sebenarnya ctah tak pernah ada pengalaman bekerja di mana2 tempat, di kilang ka, tadika, kerani, dan apa2 ja lah, tak pernah sepanjang hidup 23 tahun.
Hanya pekerja tetap di TTS CAFE,
kedai milik abah ja,
so keja sebagai 'anak toke' biasalah, 
ikut suka hati nk masuk keja kul brp,
nk balik time bila,
nak 'pau' duit berapa,
makan guna duit kedai,
nak beli itu ini guna duit kedai.
dalam erti kata yang lebih mudah.
TAK PERNAH HIDUP SUSAH dan
Poket senantiasa penuh.
so
hari ni kira hari bersejarah la
ctah keja di Pusat Racun Negara, USM.
keja partime jaa.. call responden utk kajian merokok.
Hari pertama keja boleh tahan la, taklah letih sgt sbb just duduk dan call ja org.
penat bcakap ja lah, akibat 3 jam call org so tekak agak kering dan skrg dh dpt kesannya. Hihi..mcm lawak ja kan..nampak sgt i budak manja.. tp ctah jenis yg sgt komitmen dgn kerja, bukan puji diri tp hakikat..kikiki.
Insyallah.
Moga ctah dapat jalankan amanah ini dgn sebaik mungkin.
Kerja kerana ALLAH! dan demi anak ummi dalam tummy ummi.
Anak soleh ummi doakan ummi kuat na sayang.
dapat selesaikan kontrak di sana hingga tamat.

Sekeping gambar di hari pertama keja ::


SEKIAN


Ahad, 19 Mei 2013

~TOT ke-39~

Bismillah

ALHAMDULILLAH

AKHIRNYA
Temasya Olahraga Tahunan a.k.a TOT yang ke-39
telah melabuhkan tirainya.
Syukur sgt segalanya dimudahkan Allah.
Cuma majlis perasmian agak suram tanpa kehadiran TYT disebabkan faktor kesihatan. Moga TYT segera sembuh dan dikurniakan kesihatan yg baik hendakNYA.
walau apapun bagi ctah majlis perasmian tetap terbaeeeek la.. tambah2 part gimik tu.
huh! mcm nk meletop jantung ceq!

Sekalung TAHNIAH kepada seluruh tenaga kerja TOT KE-39 termasuklah sekretariat, staff Pusat Sukan, pegawai padang, pegawai Paa dan semua yang terlibat terutamanya
Cik Pengerusi a.k.a sepupu kesayangan saya 

Juga ucapan tahniah kepada semua pemenang yang telah memenangi pingat.
kepada mereka yang kurang bernasib baik,
jangan berputus asa, boleh cuba pada masa akan datang.

Event TOT ni merupakan event terakhir yang ctah join dgn pusat sukan sepanjang 3 tahun berada di bumi USM.
dan yang lebih teruja anak ummi dalam perut pun join sekali (nanti dah besar lari laju2 mcm ummi... umi ni kalu slim mmg dah pecut dah..boleh pecah rekod tau..haha)
kenangan dgn korg semua sgt indah dalam hidup,
3 tahun berturut2 ctah join dan rasanya tak pernah menyesal mengenali sebuah event yg bergelar TOT.
juga ukhuwah yang terbina antara kami semua ibarat satu ikatan kekeluargaan yang kuat.
Sayang korang semua ketat2

sedikit gambar buat tatapan kalian







Gambar kenangan terakhir
ehsan dari Haizal Zohri



ps: Terima kasih yg tidak terhingga kepada en suami yg sudi meneman isteri sejak dari mula meeting sampai la ke hari kejadian. menunggu isteri dalam keta sampai tertido akibat letih seharian bkerja. Syukur sgt pada ALLAH dikurniakan suami yang sangat mengambil berat dan penyayang. Terharu sampai menitis air mata ctah... Hanya ALLAH yg dapat membalas segala jasa akhi kat nyak. Nyak sayang akhi sampai ke akhir hayat nyak. Terima kasih kerana sudi menyayangi dan menjaga nyak sebagai satu amanah! 


Ahad, 12 Mei 2013

~Pesanan bermakna~

Bismillah

"Assalamualaikum. pa habar? sehat2kan?
sitah rajin2 ya bca al-quran ya nak.
mak ingin cucu mak nanti jadi hafidh.
ajak si baby nak ya.
dan jaga kesihatan"

AMIN YA RABB

Terima sms yg sgt2 bermakna dari mak mertua.
Terima kasih mak..
Insyallah... apa yg mak harapkan begitu jugak dengan harapan ctah.
Moga anakandaku nanti jadi tahfiz soleh suatu hari nanti
Mewarisi suara lunak abi ketika membaca al-quran dan melaungkan azan.
AMIN YA RABB.

Love u my mother in law

~Nothing~

Bismillah

Biarlah gambar berbicara

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
V





Beginilah diriku saat ini
SEKIAN



Sabtu, 11 Mei 2013

~Mee Sotong pemes in Penang~

Bismillah

ALHAMDULILLAH
Syukur pada ALLAH!
lega rasanya tekak pabila dapat menikmati makanan yg diidam2kan selama hampir 3bulan,
awal2 prgnant dulu mmg teringin sgt2 makan mee sotong hingga sekarang,
tp masa, keadaan dan belum rezeki agaknya nak makan
dan akhirnya
hari ni en suami tunaikan hajat!
TERIMA KASIH SAYANG!
Sudi bawak nyak n 'baby' utk menjamah Mee Sotong dan Ais kacang yg very da nyummy,
dan bersusah payah beratur panjang,
en suami giliran ke 20 td.. kesian diaa..
I LOVE U SAYANG!

Mee sotong terbaek in Penang

Ais kacang yg super delicious

Harga Mee sotong sepinggan RM4.
Ais kacang pula RM3
td makan bukan sepinggan tp 2 pinggan tau! utk baby skali la katakan.
satu mee sotong satu mee rebus.
Mee rebus lebih mahai harga RM6
TAPI bg ctah lebih baik oder mee sotong, sbb lagi sedap dari mee rebus.
Oh ya! lupa nak habaq,
coconut shake dia pun sgt super duper sedap! RM3 jugak..segelas sure tak cukup,
so apa tunggu lagi..
lekaih2 la p cari..tak jauh cuma kat PADANG KOTA LAMA JA. Food court yg tepi jalan depan laut tu....
Insyallah..Tak rugi bagi yg ingin mencuba.
tp A.W.A.S....Agak PEDAS kuah sotongnya.

ok! setakat itu saja review ctah kali ni.


~Anak soleh Ummi~

Bismillah

Salam Rejab buat semua umat Islam di dunia!
perbanyakkan amalan sunat di bulan mulia ini,
bagi yg belum ganti puasa caiyok2! jgn lengahkan lagi ya..

Alhamdulillah... Kandungan ctah dah mencecah 5 bulan.
Tp belum rasa sebarang gerakan,
cuma kadang kala krem di bahagian bawah perut, mgkin baby tgh membesar.
Actually nak cerita serba sikit pasal kejadian beberapa hari lepas,
Dugaan yg besar buat ctah dan bakal khalifah kecil yg mndiami perut.

30 April 2013
Ctah jatuh moto,
MASYALLAH! rasa mcm mimpi..
tup3 terbaring atas moto dan tersepit bwh moto orang,
Lepas tersedar trus pegang perut dan ingt psl anak ja,
sakit2 badan, luka bdarah memang tak amik kisah dah,
yg dok pikir pasal anak ja,
Begitulah gamaknya yg dinamakan IBU, EMAK, MAK, MOMMY, UMMI DAN MAMA,
apa yg berlaku,
ANAK yg diutamakan.
walau NYAWA yg menjadi taruhan.

2 Mei 2013
Akibat jatuh moto kemarin lepas,
ctah dan en suami amik keputusan nak scan dan tgk keadaan baby,
takmau p scan kat klinik biasa,
terus ja p klinik pakar wanita,
mesin scan diorg lebih jelas dan diorg lebih expert,
bknlah tak pcaya kat klinik biasa,
tp biarlah mahai tp kita puas hati.
Duit boleh dicari, anak nak cari mana ceq oii! mmg la org kata blh buat lg, tp jiwa/perasaan/naluri ibu ni, susah nak habaq! hampa prgnant, bsalin, dan ada anak baru tau.. hehe..even ctah blm lalui bbrapa fasa yg ibu2 lain lalui tp rasa kasih dan syg kat anak ni HANYA ALLAH YANG TAHU..
mungkin juga disebabkan sejak ctah prgnant ni, byk sungguh ALLAH uji,
dgn alah yg agak teruk menyebabkan ctah sgt2 sayang dan hargai insan yg sdg mendiami perut ctah ni.
tp ctah yakinlah! semua org akan rasa apa yg ctah rasa.

ALHAMDULILLAH,
setelah buat pemeriksaan,
scan dgn khidmat 3d 4d.
keadaan baby sihat ALHAMDULILLAH,
kuat sungguh semangat anak ummi!
mcm ummi dia jugak..hihi.
sihat, aktif dan ceria jaa diaa.
alahai anak ummi!
comel sgt.
rezeki kami jugak sebab dapat tgk muka dia yg cute tu,
setengah baby malu2 kucing, nyorok kan.. tp anak ummi bg peluang kat ummi dan abi tgk muka comel dia,
dan jeng jeng jengggg..!
Jantina baby pun dah nampak!
Awalnya..ya lah, sbb scan 3d 4d mmg akn nmpak awal, alat mahai tu.
rm100 kot skali scan.
berbanding dgn yg kat KKIA tu, almaklumlah benda free..:)
Nak tahu jantina? Opsss.. biarlah rahsia..kikiki...
tp semuanya ATAS KEHENDAKNYA YANG ESA.
ALLAH LEBIH TAHU SEGALANYA.
Terima kasih ALLAH!
Kerana KAU uji hambaMU ini, disebalik ujian yg KAU lemparkan ini membuatkanku bertambah kuat dan tabah menghadapi hidup.
Walaupun aku sering diuji tetapi dalam ujianMU, terselit banyak kemudahan dan kesenangan yang hanya aku dan KAU yg mngetahuinya..
Semoga ENGKAU terus memelihara kami sekeluarga.
selamat dunia dan akhirat.
AMIN YA RABB

:: Sedikit gambar hasil scan ::

Syukur..dah lengkap sifatnya

wajah bakal khalifah soleh.InsyaALLAH