Khamis, 27 Jun 2013

~Suamiku~

Bismillah

tertarik dengan satu cerita pendek tp sgt mendalam maksudnya,
menitis terus air mata saat ini,
catatan ini bukan dari ctah tapi ctah dapat dari bacaan di FB,
tetapi ianya sgt2 tepat dengan diri ctah,
beginilah situasi yang sering berlaku

Ketika isteri mengandung...

ISTERI : (mukanya masam dengan suaminya)

SUAMI : (perasan perubahan isterinya, jika dulu kalau balik kerja je mesti isteri sambut dengan senyuman dan sedikit aksi menggoda)

Malam sebelum tidur..

ISTERI : Abang.. Saya minta maafff.. (peluk suaminya yang baring di katil)

SUAMI : Sayang minta maaf kenapa..? (buat2 x tahu)

ISTERI : Saya bermasam muka je dengan abang sejak mengandung, rasa berdosa kt abang saya pun tak tahu kenapa bang.. Rasa x sedap badan, macam2 rasa...

SUAMI : (senyum dan usap rambut isteri, kemudian cium dahinya) Sayang, abang faham. Pembawakan baby ni..(usap perut isteri) Minggu lepas abang pergi kuliah agama kt masjid, kebetulan isi ceramahnya ada sebut tentang ni. Isteri tak berdosa kalau hormon dan emosi berubah ketika mengandung hingga bermasam muka dengan suami. Sebelum ni sayang tak pernah bermasam muka, tak pernah kurang melayan abang. Untuk pengetahuan sayang, abang setiap hari dah pun maafkan sayang supaya sayang sentiasa selamat, bahagia dan Allah lindungi.

ISTERI : (peluk erat2 suaminya)

*******


PENGAJARAN : Jadilah suami yang penyabar, bukan terus melenting jika isteri berubah emosi. Sudah jadi suami jangan berhenti belajar ilmu agama, penuhi majlis2 ilmu di masjid atau di mana sahaja kerana ilmu yang sampai pada kita boleh jadi panduan kehidupan. Sentiasalah memaafkan isteri, kerana Syurga isteri pada redha suami.

Akhi, 
nyak sayang akhi, 
nyak masam2 muka, nyak badmood tak menentu, nyak marah2 dan kadang kala tinggi2 suara bukan sengaja sayang, tp sukar nyak nak jelaskan,
mood nyak sejak prgnant sangat2 pelik dan cepat berubah,
maafkan nyak zahir batin sayang
nyak sayang akhi kerana ALLAH
SYUKUR SGT2 sebab akhi suami yang HEBAT! Sntiasa memaafkan nyak walau macam mana pun tingkah laku nyak,
terima kasih sebab menjadi suami yang memahami.
MOGA AKHI REDHO KAT NYAK SEBAB REDHO ALLAH TERLETAK PADA REDHO SUAMI

:(

Rabu, 26 Jun 2013

~Entri tanpa nama~

Bismillah

Lamanya tak update blog,
seperti yang sedia maklum, now ctah tgh bz utk final exam,
xsempat nak update n jengok blog,
hanya sempat study, study dan study (hehe..dgr ja, pcaya jgn),
kalu en suami bc mesti dia gelak, rajin sgt la isteri dia klu study ja siang malam,
Esok KHAMIS 27/6/13
Paper terakhir utk semester 5 ni,
harap2 boleh la menjawab,
tp seriously mmg xtau nak baca dan study apa,
otak mcm dah jem, btl2 takda semangat nak study, tambah2 ctah antara org yg bernasib 'kurg baik' bilamana menjadi pelajar yg terpaksa menghadapi kertas2 di akhir peperiksaan,
sedangkan ramai kwn2 dah lama enjoy hbs paper. 
D.U.G.A.A.N
dan yang lebih merisaukan ummi hari ni
baby kurang gerak, ummi tak rasa pun tendangan2 manja dia mcm selalu,
 mcm tau ja perasaan bonda dia.
tp selalu bila ctah rasa down, mesti 'dia' kalut ja gerak2 seolah2 memahami dan memberi semangat kat ummi, tp today dia sonyap ja...
merajuk kat ummi ka sayang? :(

Risau plak ctah, sejak petang td asyik mengeras dan blm rasa gerakkan sampai ke maghrib,
dah cuba sembang2 dan ngaji utk dia tapi masih sama,
bimbang sgt rasa hati,
tunggu abi balik umah la, nak suh abi ngaji kat anak ummi, dia dh kenal suara abi dia ngaji, bila abi ngaji laju ja dia gerak..comelkan anak ummi? moga jadi anak soleh sayang
tunggu tau sayang, abi mcm biasa la..maghrib dan isya' jadi imam di surau dan today ada bacaan yasin, 
selalu kul 9.30 gitu baru sampai umah.
Moga ABI sampai rumah dengan selamat.

Abi, ummi dan baby sayang abi.



Selasa, 11 Jun 2013

~Salam Imtihan~

Bismillah

SALAM IMTIHAN 
buat semua mahasiswa yang sedang menduduki peperiksaan akhir semester.
RABU 12.6.13
Kertas pertama utk exam kali ni,
dan INSYALLAH akan berakhir pada 27.6.13, agak lambat dari rakan2 lain. 
moga dimudahkan segala urusan olehNYA.
Bakal ank soleh ummi study dgn ummi, nti time exam ummi lupa, tolong bisik2an kat ummi jawapan ya.
Doakan ummi boleh jawab dengan tenang dan dimudahkan ALLAH.
Anak soleh ummi duduk baik2 dalam tummy ummi ok,
jgn lasak2 sgt, tendang manja2 udah la ya. bagi smngt kat ummi.
MOGA KEPUTUSAN EXAM KALI NI LEBIH BAIK DAN MENINGKAT DARI SEBELUMNYA.




Anak menjadi kekuatanku sekarang,
saat ummi keletihan, kepenatan dan sarat dengan bebanan,
si comel hadiahkan ummi tendangan manja utk kuatkan semangat ummi,
ALLAH! Indah perasaan saat itu!
terima kasih atas kurniaan ini ya ALLAH,
Suami pula tulang belakang yang sentiasa mendorong ummi,
saat ummi leka, suami menegur, 
saat ummi kesakitan membawa 'makhluk ALLAH'
suami menghulur bantuan meringankan beban ummi,
abi..ummi sayang abi kerana ALLAH
ALLAH! Terima kasih kerana KAU hadiahkan suami sehebat dia!
Keluarga! MAK DAN ABAH!
Penguat semangat dan pendorong ku dari dulu, kini dan selamanya!
tanpa doa kalian, tidak mungkin adik sehebat skrg,
terima kasih atas didikan dan asuhan yang tidak pernah luntur sejak kecil.
Hanya ALLAH yang dapat membalasnya,
Kau peliharalah aku, suamiku dan bakal zuriat kami serta seluruh ahli keluarga ku di dunia dan akhirat.
berilah kebahagiaan ini berkekalan selamanya hingga ke JannahMU Ya RABB

SUAMI.

I LOVE U TILL JANNAH

Sabtu, 1 Jun 2013

~Barakallah sahabat~

Bismillah

Musim cuti sekolah bermula kenduri kendara,
bak kata sesetengah org "musim mengawan"
muahaha..

Insyallah
Lepas zohor akan memulakan kembara ke negeri Kedah.
(sila hati2 dgn AES yaaa..kedah skrg dah mula operasi dah..undi lagiii)

PENANG

v
v
v
v
v
v

PENDANG

v
v
v
v
v

JITRA
(ada dua kenduri harap sempat la ya..rasanya mcm tak sempat ja)

Pendang ke kenduri sahabat baik ctah AYU dan FAIZOL, kali ni belah suami dia, jitra pulak kawan U dan kawan kakak. Tak dapat nak bertolak awal sebab en suami keja, xleh balik awal sebab abah ctah demam. so terpaksalah en suami settlekan pekerja smua dlu. Kita merancang, ALLAH juga merancang tetapi perancangan ALLAH adalah yg terbaik.

TAHNIAH AYU!
TAHNIAH KAK FASHA!
TAHNIAH KAK LILY!

MOGA IKATAN YANG TERBINA BERKEKALAN SAMPAI KE SYURGA ALLAH.
BARAKALLAH

Moga perjalanan kami dimudahkan ALLAH.