Jumaat, 26 Julai 2013

~Bajet+check list keperluan Baby~

Bismillah

Salam Nuzul Quran kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat,
Al-Quran mukjizat teragung,
telah wujud berabad tahun lamanya tapi tetap terpelihara kerana kesuciannya,

Alhamdulillah,
17 Ramadhan sudah berlalu,
hari ni ctah nak update pasal barang keperluan dan bajet yang telah dikeluarkan utk anak soleh ummi,
Ctah sediakan apa yang WAJIB dan PERLU saja,
benda2 yang tak berapa nak perlu tu belum beli dan masih dalam perbincangan sama ada ia sememangnya satu KEPERLUAN bukan KEHENDAK,
memandangkan ctah anak bongsu dan dah ada 4 org anak buah 2 mujahid dan 2 org lagi mujahidah,
so barang2 keperluan baby mmg banyak JIMAT dan sekadar guna balik apa yang kakak2 sediakan utk anak2 diorg,
ALHAMDULILLAH.
Ianya sgt membantu ctah yang merupakan seorang pelajar sepenuh masa dan hanya mengharapkan titik peluh en suami dan ihsan mak abah.
TAPI
sebagai seorang ibu, sudah semestinya kita nak yang terbaik utk anak-anak kita,
tambah2 anak soleh ummi ni anak sulung.
semua nak lengkap dan SEMPURNA utk si dia.

Bajet barang keperluan ANAK SOLEH UMMI:


Baju romper 4 pasang : RM 50

Anakku (Baju 3 pasang+topi+tuala+mittens n booties 2) : RM 170

Sunshine Square (Baju 5 pasang+topi+selimut+mittens n booties 3+sapu tangan+set tilam nipis utk tukar lampin+Nursing Bra : RM 370

Mydin (Pampers NB+sabun top to toe+cotton bud : RM 80

Nona Roguy (phtonatal: pil makan utk dalaman) : RM 100

Peekaboo (diaper bag)  : RM 50

Tempah tilam kekabu asli : RM200 (bulan 9 baru dapat)

Tropika baby oil+cream tropika+vaseline+candacort : RM 80

Lamaze foot finder&wrist rattle set+fisher price caddy beg : RM 70

TOTAL :  RM 1170.00

Alhamdulillah..Rasanya bajet ni ok ja, tak lari sgt sebab banyak keperluan lain mcm PAM SUSU pakai kak long ctah punya Madela Freestyle, BARUT baby mmg dah banyak, KAIN BEDUNG pun dah ada turun temurun punya, ctah cuma sediakan beberapa BARANG HARIAN mcm BAJU2, SARUNG KAKI+TANGAN yang baru utk sambut orang baru ja..lain2 guna ja barang anak2 buah..JImat bukan? Mcm keperluan ctah, set bersalin luaran mcm MINYAK HERBANIKA NONA ROGUY pun masih banyak, sbb tu ctah cuma beli ubat dalaman ja. Param, pilis dll tu guna time tukang urut nanti ja laa.

TAPI,

Masih ada beberapa keperluan yang agak MAHAL dan perlukan bajet lebih,
insyaALLAH ada rezeki lebih memang nak beli,
Antaranya ialah

Stroller ( Abg long n kak long nak sponsor..hihi),
Katil baby (playpen saja) @ beli meja khas+tilam berkelambu (nak kena deco sikit bilik), 
Rocker Fisher Price, rasanya perlu la jgk utk letak baby, leh pujuk2 baby if dia nangis ka apa ka. lagipun benda ni leh pakai dari NB sampai 4 tahun, tahan lasak katanya ( nak minta abi sponsor),
Baby carrier, rasanya ini perlu jugak sebab nak shoping atau p mana2 sng la kan...xyah dukung2 just pakaikan baby carrier ni ja. kot2 la malas nak usung stroller. lagipun nanti balik kampung kat Acheh boleh la abi usung anak ummi dalam baby carrier.. tp setelah di survey ramai org ckp better beli yang mahai sikit mcm jenama ERGO atau lain2 yang tahan lasak, kalu yang murah tak elok utk tulang belakang baby. tp kalu nak beli pun time anak dah 4,5 bulan kot. (ada yang sudi sponsor tak?)
Botol susu NB Avent set, harga boleh tahan rm145 tp berbaloi la sebab ada 2 botol besar, 2 botol kecik, puting+berus pencuci, kalu nak beli asing2 mmg dh beratus. Avent ni jenama terkemuka dan tahan lasak, tak payah nak bertukar sgt botol susu tp masing runsing nak beli ka tak...Adoii laaa. (atau nak minta sponsor gak..huhu)

5 benda ni akan ku usaha untuk dapatkannya..hihi.
kesemua brg2 keperluan ni dibeli hasil daripada titik peluh abi menyimpan sejak daripada tau ummi prgnantkan anak soleh ummi, dan sebahagiaanya duit simpanan ummi sndiri, seronok sgt2 dapat berbelanja utk anak sendiri.
feeling tu ssh nak habaq, so korg kawen, prgnant n rasai sndiri.
*abi tgh gigih bekerja utk cukupkan peruntukan membayar bil hospital, insyaALLAH perancangan awal ctah nak bersalin di hospital swasta LAM WAH EE,
so duit kena la simpan lbh sikit.* doakan segalanya dimudahkan ALLAH

Oklah..selamat berbuka kalian


Selasa, 16 Julai 2013

~Pengalaman seminggu berpuasa~

Bismillah

Maha suci Allah,
ALHAMDULILLAH
Baru selesai masak memasak, 
hari ni masak awal, selalu mula masak lepas asar tp hari ni terlebih rajin ka apa taktau tiba2 asar dah siap segala juadah
masak lemak kuning ikan bawal, sambal belacan, ulam-ulaman, dah siap perapkan ikan utk goreng, potong segala buah2an (tembikai, apple, jambu, mempelam),
dan mak buatkan lepat pisang n kak ngah dah siap bancuh cucur cempedak(satg baru goreng panas2),
syukur sgt2...dah seminggu Ramadhan dapat berpuasa penuh dan yg lebih mengujakan dapat berkhidmat di dapur utk bersahur dan berbuka.
Anak ummi sgt patuh kata ummi, baik ja dalam tummy ummi,
Moga jadi anak soleh sayang.
Amin Ya Rabb

Bila kerja dibuat dgn ikhlas utk suami tercinta dan keluarga tersayang,
semuanya menjadi ringan dan mudah.
Terima kasih atas kesempatan ini ALLAH.

Pengalaman seminggu Ramadhan utk tahun ini sgt2 bermakna,
seronok sgt2 dapat bangun awal2 pagi,
menjadi org yang pertama bangun dan dapat gerakkan kakak2 n isi rumah lain
sgt membahagiakan,
kalu dulu mak yang selalu bangun awal dan gerakkan kami tp kali ni tugas tu dah diambil alih sepenuhnya oleh ctah, 
syukur sgt2 ALLAH pinjamkan kekuatan yg luar biasa,
even terpaksa jalan terjengkek2 akibat sakit tumit sejak awal puasa tp bersyukur masih berpeluang memberi sedikit jasa buat suami dan mak abah yg byk berkorban selama ni,
siap memasak sahur jam 5 terus gerakkan suami utk tahajud,

 ALLAH...
Indah sgt rasa bila dapat membahagiakan org2 yg kita sayang.

Tp
sepanjang berpuasa, ctah banyak berehat dan tido ja spnjang hari,
elakkan diri daripada buat keja2 berat yg boleh buat ctah penat n letih,
kesihatan ummi n anak soleh ummi kena dijaga,
sahur pun ctah minum air masak banyak 1 liter+ubat homeopati+vitamin iberet folic utk ketahanan badan,
berbuka pulak ctah pastikan air diminum dgn banyak dan en suami belikan air kelapa (elok diminum dihujung2 kehamilan)+ubat homeopati dan sebelum tido ctah amalkan vco dari catalyst.

Tp
Bila sampai petang,
ctah mula menukang semula di dapur, menyiapkan juadah utk berbuka,
seronok dan happy tgk org makan masakan kita dgn selera sekali,
even sampai skrg ctah masih dalam proses belajar dan terus belajar menjadi 'masterchef' utk suami tersayang,
tp en suami ctah berbuka tak makan byk pun, kurma 3 biji, air suam, air milo panas, buah2an sikit, kuih sikit dah cukup,
almaklumlah, nak jadi imam teraweh takleh makan byk2, semput katanya nanti,
balik taraweh kul 10.30 baru makan nasi,
Syukur sgt2 dapat suami yang tak banyak kerenah dan sentiasa memahami.
I LOVE U SAYANG

Insyallah, khamis ni ctah nak ke KKIA utk pemeriksaan bulanan.
Oh ya, usia kandungan dah mencecah 30 minggu, maknanya berbaki 10 minggu utk bersalin
ALLAH, mudahkan segala urusan hambaMU.

Diam tak diam macam dah terpanjang ja en3 kali ni,
dan bila baca balik rasa mcm diari harian pun ada,
hihi, jangan termuak plak baca en3 ctah kali ni,
sekadar berkongsi pengalaman sepanjang seminggu berpuasa sebagai isteri.
Moga ctah terus kuat utk berpuasa penuh ramadhan kali ini.
Amin

ps:Alhamdulillah, result tak rasmi utk final exam dah keluar, syukur...semuanya lulus..walaupun waktu exam hari tu rasa mcm down sgt2 akibat kesihatan yg kurg baik..benarlah ALLAH sntiasa ada membantu meringankan beban hambaNYA. Terima kasih ALLAH. 


Selasa, 9 Julai 2013

~Tips menghadapi sakit ketika bersalin~

Bismillah

Pertama : Bertenang dan banyakkan membaca ayat suci Al-Quran kepada yang beragama islam. Selawat pun bole. Tapi yang lebih baik baca doa yang dibaca oleh nabi nuh ketika dalam perut ikan paus.

لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ

Dalam rumi : La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zolimin.

Maksudnya : "Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim."

Doa ini juga boleh dibaca ketika dalam kesusahan.

Kedua : Sabar dan bersandarlah pada sesuatu benda contohnya bantal yang agak tebal atau kerusi berkusyen.

Ketiga : Apabila datang rasa sakit (kontraksi) tu, tarik nafas dalam2 pastu hembus. Ulang banyak kali sehingga rasa sakit itu hilang. Mengikut pengalaman saya, tips ni mmg sgt2 berguna dan akan mengurangkan sedikit rasa sakit semasa kontraksi nak bersalin tu. Yang ajarkan saya tips ni adalah ketua jururawat (sister) ketika saya berada dalam labour room.

Keempat : Bagi yang beragama islam, ingatlah sakit sewaktu hendak melahirkan anak (start dari kontraksi) sampailah sesudah bersalin, malaikat akan mencatatkan pahala jihad kepadanya. Dan jika dia meninggal ketika sedang melahirkan anak, maka dia akan mati syahid. Bukan tu saja, apabila selepas bersalin dia juga bersih daripada dosa macam bayi yang baru dilahirkan. maksudnya dosa2 dia dah dihapuskan oleh Allah. Subhanallah.. besarnya ganjaran org yang melahirkan anak ni kan?

Kelima : Walaupun rasa sakit dah datang, tapi tak masuk labour room lagi, bakal2 ibu/ ibu2 digalakkan minum air milo/telur separuh masak utk dapatkan tenaga ketika meneran nanti. Memanglah kalau waktu sakit tu tak mampu da nak makan/ minum apa2 tapi curi2lah masa kontraksi tu hilang sekejap. Waktu nak meneran nanti waktu yang paling penting. Kalau tak cukup tenaga nak teran nanti kesian kat baby. Ada kemungkinan lemas atau kena vakum pastu kepala dia lonjong. Kesian kat baby kita kan? Disebabkan kita, anak kita jadi mangsa. Baru nak keluar tgk dunia dah kena macam2.

Keenam : Jika anda berada di dalam labour room dan ditemani oleh suami anda, anda bolehlah suruh dia tolong urutkan kaki anda. Ketika itu kaki akan terasa sgt2 lenguh. JANGAN urut dibahagian perut atau pinggang anda kerana ia akan menambahkan lagi rasa sakit / kontraksi itu. Ketika pergi kursus peneman di hospital melaka, nurse yang memberikan ceramah tentang tips-tips menghadapi kontraksi tu yang bagitahu. 

Akhir : Kalau anda da try semua tips2 kat atas tu tapi tak berjaya jugak mengurangkan rasa sakit nk bersalin tu, anda bolehlah minta bantuan ubat tahan sakit dari doktor. Tetapi, KALAU BOLEH anda TIDAK DIGALAKKAN untuk mengambil epidural atau ubat2 yang membantu mengurangkan rasa sakit ketika bersalin. Sebab semua tu ada kesan sampingannya. Saya salah seorang daripada pesakit yang mengambil epidural (sejenis ubat tahan sakit yang dimasukkan ke dalam tulang belakang). 


sumber: keroncongemas.blogspot.com

ps: kusss semangat..dah mula rasa nebes... doakan yg terbaik utk ctah n baby ya korang2 yg ctah sayang..


~Salam Ramadhan Kareem~

Bismillah

Alhamdulillah,
bertemu denganmu lagi duhai Ramadan,
bulan berkat yang suci lagi mulia,
terima kasih atas kesempatan ini ya ALLAH,
jadikan aku hamba yang taat padaMU, ikut rasulMU, patuh suami, dan bakal ummi solehah penyejuk hati keluarga.



“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.” (2:183)


~Ulser~

Bismillah

Ulser atau nama lain bagi org2 utara seqawan (seriawan), telaga buruk, mata ikan dan sebagainya,
tapi ctah lebih gemar memanggilnya dgn panggilan 'seqawan'
rasanya semua org penah alaminya,
sakitnya..aduhai...
hanya ALLAH yg tahu.
Menderita sungguh sejak semalam,
yg jadi lebih teruk bila seqawan ni naik kat hujung mulut, 
so dia belaga dgn gigi hujung tu,
ya ALLAH, 
bisa mengalir air mata menahan sakit.
sampai tak mampu nak bukak mulut menjamah makanan :(,
Ya ALLAH,
sembuhkanlah seqawan ni dgn segera,
agar hambaMU ini segera merasai NIKMAT sihat kurniaanMu,

Bagi mereka yang tak tau apa itu ulser dan kaedah rawatan, bolehlah baca info di bawah,
hasil ihsan google

Ulser merupakan tompokan putih atau kuning dalam mulut yang mempunyai tanda kemerahan di sekelilingnya. Ulser ini mempunyai saiz yang berbeza-beza dan menyakitkan. Punca sebenar ulser mulut tidak diketahui. Ia sering dikaitkan dengan:

Stres
Perubahan hormon
Jangkitan
Kekurangan zat makanan
Alahan
Rawatan radiasi
Rawatan kemoterapi

Ia sering dihubungkaitkan dengan:
Rasa membakar di dalam mulut
Kesakitan
Ketidakselesaan yang berpanjangan
Hilang selera makan
Demam

Kesakitan akan berkurangan dalam tempoh 3 - 4 hari tetapi ulser biasanya akan mengambil masa 10 - 14 hari untuk sembuh sepenuhnya.Dapatkan pemeriksaan doktor pergigian jika ulser mulut masih berlarutan melebihi dua minggu. Pemeriksaan penting untuk menentukan tiada lesi kanser dan pra kanser mulut.

Cuba petua ini untuk menghilangkan rasa sakit:

Berkumur dengan bahan kumuran antiseptik.
Sapukan gel analgesik atau gel penahan sakit
Kekalkan kesihatan mulut yang baik.
Makan makanan yang lembut.
Kurangkan makanan pedas dan berempah.
Minum air secukupnya.

ps: Terima kasih abg long sudi ke farmasi belikan diktah 'oral aid' ubat utk mengubati seqawan..1st time guna, tp berdasarkan testimoni dari kak ngah ctah, mmg ok ubat ni..korg leh la cuba nanti..ctah nk komen pun baru pakai sekali..lum bekesan lg, tp td pakai mmg rasa kurg n kebas2..tp ubt dh hilang sakit la balik..hihi...ALLAH..! Bila sakit2 gini barulah kita bersyukur atas segala yang dikurniakan ALLAH, nikmat makan, nikmat mulut, nikmat tekak, nikmat HIDUP itu lebih penting...


Sabtu, 6 Julai 2013

~3rd Trimester sudah~

Bismillah

SYUKUR SYUKUR SYUKUR
ALHAMDULILLAH
Hari ni dah masuk 7 bulan cukup kandungan ctah bersamaan dgn 28minggu,
ini bermaksud kandungan ctah memasuki 3rd Trimester,
Moga terus diberi kesenangan, kemudahan, keringanan, kelurusan dalam segala urusan.



ps: Masuk 7 bulan ni mood 'masak-memasak' mula datang, kalu dulu alah dgn bau tumis2an skrg lega sgt..dh leh bau dan mood rajin nak try itu ini dah mula dtg, maknanya akan mula bertukang di dapur selama sebulan sepanjang bulan ramadan yg bakal menjelma 4 hari saja lagi..Sila jadi surirumah yang rajin ya Puan Nasyitah! :) dan bertambah2 syukur pabila diri mula terbiasa dan mampu puasa penuh, sebelum ni byk kali cuba tp selalu dapat puasa setengah hari ja, dh 3 hari ctah puasa penuh (belajar puasa+ganti puasa) cuma mula kul 5 lbh tekak loya2 dan muntah tanpa sengaja+pening kepala sgt2 tp alhamdulillah..ctah mampu bertahan... moga dapat puasa dgn sempurna Ramadan kali ini..AMIN YA RABB.. Bakal anak soleh ummi, plis be good to ummi sayang, jadi anak patuh agama! taat ALLAH dan menyenangkan hati ummi dan abi serta seluruh umat manusia.... <3


Selasa, 2 Julai 2013

~Syukur~

Bismillah

Bersabarlah duhaii hati,
Bersyukur atas NIKMAT yg dikurniakan ALLAH,
Sentiasalah melihat mereka di bawah, bukan mereka di atas,
dgn itu DIKAU akan sentiasa berasa cukup dan bersyukur atas kurniaan ALLAH.

Ikhlaskanlah dgn apa yg kau beri,
redhokanlah dgn apa yg kau terima,
moga ALLAH merahmati diri ini dan jadikan aku makmum solehah buat suami soleh.



ALHAMDULILLAH