Jumaat, 30 Ogos 2013

~1990 VS 2013~

Bismillah


KORANG TAHU APA BENDA NI?

SUBHANALLAH
kad kiri REKOD KESIHATAN IBU 23 tahun lepas,
mak ctah yg punya.
buku kanan REKOD KESIHATAN IBU 9 bulan lepas,
ctah yg punya.

ALLAHURABBI
Terima kasih atas peluang ini ALLAH!
BESARNYA PENGORBANAN MAK TIDAK MAMPU DIBALAS DENGAN APA SEKALIPUN,
MAK,
dikaulah RATU HATIKU,
dikau PENYERI HIDUP,
dikau adalah SEGALANYA BUAT DIRIKU.
Terima kasih mak, sudi mengandungkan adik, melahirkan adik, perjuang membesarkan adik, pengorbanan menjadikan adik insan berguna, wang ringgit, masa mak, penat lelah mak, tenaga mak,
semuanya tidak mampu adik balasnya.
HANYA ALLAH YG DAPAT MEMBALASNYA,
MOGA JANNAH ALLAH MENANTI MAK DI AKHIRAT NAN ABADI.
amin ya RABB

I LOVE U MAK DUNIA AKHIRAT.


Rabu, 28 Ogos 2013

~Pemeriksaan 9 Bulan~

Bismillah

Hari ni ada appoinment dgn doc kat private hosp,
ALHAMDULILLAH
Hasil scan n pemeriksaan,
baby ok2 ja, kepala dah letak ditempat yg betul,
uri pun dah ke atas,
baby pun aktif bergerak ke sana sini,
cuma umminya ja kurang memuaskan,
makin hari makin sakit 3P (pinggang, pinggul n punggung),
sakitnya hanya ALLAH yg tahu,
semalam pun baru dpt lena lps subuh,
semalaman berjaga, xtau nk buat apa, nangis2 sambil berzikir ja,
ALLAH! besarnya pengorbanan insan bernama MAK,UMMI, IBU, MAMA, BONDA DLL,
Takpalah nak, ummi rela asalkan kamu sihat sempurna,
cumanya
td checkup
bakal khalifah soleh ummi agak kecil,
lepas doc scan, dia ckp 2.1kg ja dikala usia baby 9bulan,
xpalah, kecil senang ummi nak push,
soleh betul diaa, xnak susahkan ummi dia kan sayang?
Moga ALLAH mudahkan perjalanan hidup anakanda ummi dunia akhirat...AMIN YA RABB
oh ya, berat ummi plak dah turun 2kg td,
doc pelik, nurse pun pelik tp tak kena hingaq sbb bukan checkup kat KKIA.
Checkup tadi pun sat sgt2, sbb doc rushing nak p sambut baby,
ada org nak bersalin katanya..
Grrrrrrr.....nebes i..!

ps:ALhamdulillah..barangan baby dah settle semuanya.. tinggal stroller ja belum beli...yg tu xpa, baby nak pakai lmbt lg.... td baru p amik tilam kekabu asli, sgt cantik n memuaskan hati..tak sabar nak tunggu baby kuar...5bintang utk CutieBabyBedding... ctah n baby like it very2 much..hihi. (pandai abi pilih kain n ummi susun warna kain..hihi).. perasan tak perasan en3 ctah kat atas terguna title baru plak kan..'ummi' pun 'ummi' la kan...:)

Sabtu, 24 Ogos 2013

~35 Minggu sudah~

Bismillah

ALHAMDULILLAH
Hari ni usia my future little caliph dah 35 Minggu,
berbaki 5minggu sebelum anak soleh ummi melihat dunia,
Nak tgk pic ummi tak?

v
v
v
v
v
v


Doakan kesihatan dan keselamatan ctah dan baby ya kalian semua,
Walau diuji dgn pelbagai kesakitan sepanjang mengandung, tp bila pikir si anak dlm perut terus kekuatan itu datang,
besarnya pengorbanan insan bernama WANITA
'ummi rela mati pun demi kamu anak soleh ummi,
keluar dgn mudah ya sayang,
jgn susahkan ummi,
jadi anak soleh ya anak ummi yg ummi sayang'


Jumaat, 23 Ogos 2013

~Dahulu & Kini~

Bismillah

DAHULU
Dia insan yg sangat memahami diriku,
Dia insan yg sgt mengambil berat tentang diriku,
Dia insan yg selalu menegur silapku,
Dia insan yg sering mengingatku tentang erti kesabaran, ketabahan dan kekuatan,
DIA JUGA INSAN YANG SERING BUAT AKU TERSENYUM

T.E.T.A.P.I

KINI
Segalanya telah berubah,
Melihat dia dari jauh membuatkan aku terkesima seketika,
Ya...Dia banyak berubah,
Dia kini insan yg lain dari yg kukenali,
tiap katanya membuatkan ku berasa jauh,
tiap tuturnya membuatkan ku terasa hati,
Mungkin aku yg sensitif atau dia yg kurang peka terhadap tutur katanya?
Ya ALLAH.
Peliharalah insan ini dari segala tipu daya manusia durjana,
Peliharanya insan ini dari fitnah dunia yg penuh duri,
Peliharanya insan ini dari segala muslihat duniawi yg mengancam diri,
Peliharalah insan ini daripada terus hanyut dibawa arus kemodenan melampau,
kini...Insan ini juga telah membuat air mataku mengalir laju..
YA RABB..
Sesungguhnya AKU SAYANG PADA DIA YA ALLAH.
Maafkan diriku andai aku tidak lagi mampu memegang erat tanganya,
kerana aku juga punya tanggungjawab!

Semoga ALLAH terus memelihara kami dari muslihat duniawi yg mencengkam diri.
Moga terus diberikan kekuatan olehNYA

AMIN YA RABB


Khamis, 22 Ogos 2013

~Abi & Ummi to be~

Bismillah


INSYALLAH
Abi dan Ummi to be..
5 minggu lagi...Moga dimudahkan segala urusan olehNYA.


~Pemeriksaan ke-9~

Bismillah

Lamanya ctah tak sembang2 kat sini, update psl my prgnancy,
malas atau bz ctah pun xpsti..hehe
ALHAMDULILLAH
Hari ni 22hb Ogos ctah p KKIA utk pemeriksaan mingguan,

HASIL PEMERIKSAAN HARI NI ::

Tempoh hamil : 34w5d
Berat naik 400g dari checkup lepas,
BP : 110/70
HB : 12
Tinggi rahim : 34cm
Jantung baby : 149

Hari ni kena injek kancing gigi utk dos ke-2 (xsakit pun, tp skrg dh mula rasa lenguh2..tp slgi leh menaip ni kira ok la kan)

Semuanya masih terkawal.
ALHAMDULILLAH

Tpkan, sejak masuk 34minggu kehamilan,
ctah dah mula rasa sakit pinggang n pinggul yg keterlaluan,
rasa mcm nak tercabut n terputus urat n pinggang ni,
nak bangun atau duduk mmg btagak gila,
nak tido pun dah mula tak selesa,
kdg2 3,4pagi bru boleh lena.
baby pula asyik mengeras.
Baru sikit sakit ni, kdg2 dah merungut...alahai,
mcm ni lah mak ctah ngandungkan ctah dulu kan.
Bila dah nak jd mak, bila dah lalui beberapa fasa yg mak dah lalui dulu, kini ctah lbh mghargai mak, xmau mnjawab2 mcm dlu2 dah..nak jd anak solehah... (almaklumlah, ctah anak bongsu, mak kata ctah suka kata adik mnjawab menjabu..hihi)

Doakan ctah dan baby selamat semuanya,
ada lbh kurg 5minggu sebelum due date menjelma.
Moga ALLAH mudahkan urusan kami.

AMIN YA RABB


Jumaat, 16 Ogos 2013

~Senarai barang keperluan ibu dan baby~

Bismillah

SENARAI BARANG KEPERLUAN BERSALIN UNTUK IBU DAN BAYI DI HOSPITAL

Untuk ibu:
1. Kad lawatan hospital / kad merah
2. Kad pengenalan
3. Telefon bimbit&charger
4. Baju / blouses (5 helai) 

5. Stokin (2 pasang)
6. Kain batik (3 helai)
7. Baju / seluar dalam (5 pasang)
8. Skaf kepala / ki / tudung (2 helai)
9. Peralatan mandi (pencuci muka, berus gigi, ubat gigi)
10. Majalah / buku/buku Yasin
11. Tuala mandi
12. Maternity pad / pad biasa 1 pek
13. Tuala muka (1 helai)
14. Selipar
15. Kamera
16. Air / minyak selusuh
17. Minyak angin
18. Air zam zam

19. Makanan / minuman (air masak / susu / milo / horlicks, buah kurma, biskut, roti)
20. Termos air panas
21. Bag plastik
22. Baju sejuk (sweater)
23. Sikat
24. Breast pad
25. Nursing bra

Untuk bayi:
1. Baby diapers (6 keping)
2. Baju (3 pasang)
3. Minyak telon
4. Baby wipes / wet tissue
5. Tuala mandi
6. Stokin / sarung tangan bayi (4 pasang)
7. Peralatan mandi
8. Selimut / bedung
9. Barut
10. Topi

ps: Alhamdulillah...ctah dah settle..xsmua brg yg ctah bawak..ctah bawak brg2 yg ctah dah boldkan jaa...xbyk sgt sebab cadangnya nak bersalin kat private so berbeza sikit dgn hosp. kerajaan... lg byk keperluan kena bawak mcm senarai kat ats ni..Barang2 baby pun just bawak persalinan utk nak kluar hospital ja.. lain2 guna barang2 hosp. Moga dimudahkan urusan...:)


Khamis, 15 Ogos 2013

~Eid Mubarak 2013~

Bismillah

Hari ni dah 8 Syawal tp baru berkesempatan nak ucap
SELAMAT HARI RAYA EIDULFITRI
kepada semua sahabat MUSLIM yg meraikan hari kemenangan setelah sebulan berpuasa.

Tahun pertama beraya sebagai seorang isteri
sgt menyenangkan!
Syawal yg INDAH apabila berTEMAN dan masih berpeluang meraikan bersama MAK ABAH dan keluarga tercinta.

sedikit gambar buat tatapan kalian









SEMOGA TAHUN2 AKAN DATANG MASIH BERPELUANG MERASAI INDAHNYA SYAWAL BERSAMA TERSAYANG.
Insyallah, kalu diizinkan ALLAH.
Beraya bertiga...atau berempat mungkin..Jeng3...haha..