Jumaat, 23 Ogos 2013

~Dahulu & Kini~

Bismillah

DAHULU
Dia insan yg sangat memahami diriku,
Dia insan yg sgt mengambil berat tentang diriku,
Dia insan yg selalu menegur silapku,
Dia insan yg sering mengingatku tentang erti kesabaran, ketabahan dan kekuatan,
DIA JUGA INSAN YANG SERING BUAT AKU TERSENYUM

T.E.T.A.P.I

KINI
Segalanya telah berubah,
Melihat dia dari jauh membuatkan aku terkesima seketika,
Ya...Dia banyak berubah,
Dia kini insan yg lain dari yg kukenali,
tiap katanya membuatkan ku berasa jauh,
tiap tuturnya membuatkan ku terasa hati,
Mungkin aku yg sensitif atau dia yg kurang peka terhadap tutur katanya?
Ya ALLAH.
Peliharalah insan ini dari segala tipu daya manusia durjana,
Peliharanya insan ini dari fitnah dunia yg penuh duri,
Peliharanya insan ini dari segala muslihat duniawi yg mengancam diri,
Peliharalah insan ini daripada terus hanyut dibawa arus kemodenan melampau,
kini...Insan ini juga telah membuat air mataku mengalir laju..
YA RABB..
Sesungguhnya AKU SAYANG PADA DIA YA ALLAH.
Maafkan diriku andai aku tidak lagi mampu memegang erat tanganya,
kerana aku juga punya tanggungjawab!

Semoga ALLAH terus memelihara kami dari muslihat duniawi yg mencengkam diri.
Moga terus diberikan kekuatan olehNYA

AMIN YA RABB


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom share Idea. Thanks korang sbb sudi baca blog yg tak seberapa! :-)