Rabu, 23 April 2014

~Feelingdowndowndown~

Bismillah

Hari ni rabu,
so rabu is my offday.........
legaaaaaaaaa............ serius penat keja kedai,
tp relakan jugak sebab niat nak tolong abah dan suami.
Bila dah cuti, pagi2 buta dah kuaq bawak anak checkup dan cucuk utk 6bulan
dan hari ni alfateh dah 6bulan 19 hari.. terlebih hari dah.

berat terkini :: 7kg
panjang terkini :: 69cm

Naik tak banyak dari last checkup, anak ummi ikut baka abi lebih nii..hehe
lepas checkup p tesco shopping barang dan sarapan,
Takda apa sgt nak cerita,
actually nak story sikit sal jd mak2 ni,
ntahlah
even dh jd mak org tp rasa diri xmampu berdikari,
utk pengetahuan semua ctah masih tinggal dgn mak abah,
ank bongsu kan, xda sapa dh nak duk ngan mak abah, mak plak tangan xbrp kuat sejak kena langgaq keta dulu, jenuh berubat dan mkn ubt itu ini tp still sakit n xleh angkat.
doakan mak ctah cpt smbuh ya,
hari tu mak abah p bukit merah dapat baucar free,
mak xda umah 2hari1malam pun rasa i cannot survive,
rasa xleh berdikari,
rasa rumah kosong,
rasa rumah jd tunggang langgang,
rasa nak menangisss..menangis dan menangisssss 
ya ALLAH..xdpt bayang hidup tanpa MAK
walau dah kawen, jd isteri org, jd mak tp xleh hidup tanpa mak,
mungkin klu duk umah sndiri hidup lebih berdikari tp SAYA TAK BOLEHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!
walaupun seringkali teringin dan teringin nak hidup sendiri dengan keluarga kecil ctah,
nak berdikari mcm org lain,
tapi.......................
hmmmmmmmmmmmmm
mak...........plisssssssss jangan tggal adik sebelum tiba masanya........................
YA ALLAH,
PANJANGKANLAH UMUR KEDUA ORG TUAKU,
BERILAH MEREKA KESIHATAN YANG BAIK,
REZEKI YANG MURAH,
KEIMANAN YANG MANTAP,
KASIHANILAH MEREKA SEPERTI MANA MEREKA MENGASIHANIKU DARI DULU SAMPAI SEKARANG

ALLAH
ALLAH
ALLAH


aktiviti hari ni :: seterika baju kerja en suami, jubah solat en suami, tudung2 mak, kemas bilik.. keluar p sunshine cari baju en suami utk ctah konvo..ctah konvo suami yg dpt baju baru..ctah pakai yg lama ja...jimat kan i? untung en suami..huhu


Jumaat, 11 April 2014

~Gigi Muhammad Alfateh mula menjelma~

Bismillah

Ummi so xcited, so xcited.................
Nak tau pasepa? tgk tajuk en3 laa..hehe
Hari2 ummi pegang gusi cutbang (panggilan utk anak soleh ctah),
biasalah, jd ummi ni smua nak membilang hari, semua dicatatnya, ank tumbuh gigi, ank boleh makan, anak meniarap, merangkak, berjalan dan bla bla blaaaa
at last td 11.4.14 hari JUMAAT ummi baru perasan anak soleh ummi gusi dh da benda2 tajam,
apakahh? of kos yg tu gigi.
yeyayyyyyyyyyyyyyyyy.... Muhammad alfateh nak tumbuh gigi dah..
ALHAMDULILLAH
actually xksh sgt pn, tumbuh awal atau lambat tp jd mak2 ni,
semua benda nak xcited lebih!
korg ada anak tau la cm na..hihi
eh2, baru ummi perasan, semua jatuh hari JUMAAT, penghulu segala hari,
alfateh lahir hari jumaat,
boleh makan (genap 6 bulan) hari jumaat,
ummi perasan gigi nk tumbuh pun jumaat,
tp meniarap ja hari ahad.

Moga membesar dgn sihat anak solehku! Ummi abi love u so muchhhhhh


~Alfateh 1st solid food~

Bismillah

Rentetan ctah upload pic puri apple dan pear dalam FB,
tersgtlah ramai PM ctah tny psl resepi puri buah,
so ctah nak kepilkan di blog ni supaya tidak suram mcm selalu
hehe

Sebelum tu, nak gtau... sila la jgn bg anak2 makan sebelum usia 6 bulan sebab perut baby belum cukup matang nak hadam semua makanan tu,
dan masuk usia 6 bulan sila la mulakan dgn buah2an dulu.
dalam entri ni juga ctah akan kepilkan sekali dgn carta pemakanan baby,
so korg boleh rujuk
dan JANGAN LUPA ikut 4 DAYS RULE
maksudnya, setiap hidangan baru kena bg anak makan 4hari berturut2 untuk allergic alert, nak tgk anak kita alergik atau poo2 dia bermasalah atau lain2 kes,
mcm alfateh ctah mulakan dgn apple 6hari (terlebih 2 hari sudah) dan diikuti pear 4 hari (insyallah, on the way sbb skrg baru 2hari)

sila la ikut jadual ni, tp jadual ni mula2 perkenalkan nasi, ctah xikut pn sbb ni jadual omputih pny


dan boleh tgk senarai ni utk tau makanan apa yg YES n NO ikut umur baby


RESEPI PURI semudah ABC

1. Buangkan kulit buah apple dan potong dadu
2. kukuskan selama 10min (ikut pada testur buah, kalu dh agk2 lembut dh cukup), kalau rebus blh jgk tp khasiat kurang
3. sejukkan dan mesin dgn blender sampai haluusssss sehalus2nya + air sikit utk bg mesin jalan (boleh tambah pevoo (palestin extra virgin olive oil atau olive oil biasa,bagus utk anak2..makanan sunnah kan, letak 1sudu kecil dah cukup, leh tambahkan madu asli 1 sudu kecil jgk)
4. tapis utk dapatkan puri yg btl2 halus dan bg habuk2/serdak xda dalam makanan baby
5. dah SIAP
6. boleh buat byk2 dan simpan di frozen.bekukan..dan leh handle puri frozen mcm handle ebm

SEDIKIT GAMBAR ANAK SOLEH MENIKMATI HIDANGAN





SELAMAT MENCUBA 
makanan sihat utk anak soleh



Rabu, 9 April 2014

~TanpaTajuk~

Bismillah

Assalamuallaikum warga blog sekalian,
Allahukhbar, rindu rasanya nak meluahkan segalanya kat blog ni tp apakah daya,
malas menguasai diri,
nak kata sejak ada anak masa xda, xjuga sbb alfateh sgt2 lah baik dan xbyk akai,
senang sgt jaga dia,
tp ntahlah....
Nak sgt update psl dia, psl perkembangan si anak soleh sorg tu,
pasal itu pasal ini,
asal nak update je pikir beribu kali,
lebih senang update kat FB ja sebab senang! just on pakai hp,
malas nak buka laptop sebenarnya,

ALHAMDULILLAH
Kehidupan skrg sgt teratur,
sejak jd ummi ni hidup lebih sempurna,
segalanya tentang anak,
sejak 3 april hari tu dh mula keja kat kedai,
tp xlama pun, dari pukul 10 pagi sampai 3 petang ja,
ctah dah tamat belajar,
insyaALLAH
umur panjang 26 april ctah akan bergraduasi,
jemputlah datang!
Kenapa ctah pilih kerja kat kedai?
even dah ada degree, even fresh graduated,
ctah amik pilihan utk TIDAK apply mana2 keja, TIDAK apply apa2 keja,
ctah dah buat keputusan utk keja di kedai abah,
di samping tolong abah dan suami dpt juga tambah pendapatan, hidup pada zaman yg sgt mencabar ni harap gaji en suami sorg mmg xcukup,
bkn apa, tgk brg2 baby terutamanyaaaa mmg xblh tahan..asyik menyopping ajeee,
oh..lupa nak jawab
kenapa ctah pilih keja di kedai?
sebab masa tak terikat
sebab boleh cuti bila2 masa,
boleh balik anytime kalu anak sakit/anak buat perangai/anak rindu ummi/ dan bla bla blaaaa
nak mengulat anytime pun ok sajaaaa
sebab keja kat kedai sndiri LIKE A BOSSSSS uooolssssssss
hahahahahaha
(matilaaahh kalu abah baca!)
 lantaklah kalu ada mulut2 yang cakap, belajar tinggi2 sampai ijazah last2 jaga kedaii jaaa..
lantak aku laa! even hari2 dgr org tny buat apa skrg? xnmpak ka aku keja kedai? huh! stressss tau i
Asalkan ctah cari duit halal, niat tlg suami dan abah, dan 9/10 pendptan adalah drpd perniagaan
SO WHATTT?

ok! STOP dulu psl kerjaya ctah skrg..

oklah! itu ja ctah nak songeh kat sini.. Nanti ctah update pasal alfateh ok

MUAH3....TQ sudi bc blog ctah...

MOGA KALIAN DALAM LINDUNGAN ALLAH SELALU


Ahad, 12 Januari 2014

~Welcome back Puan Nasyitah!~

Bismillah

Yeuuhuuuuuu
WELCOME BACK PUAN NASYITAH!!!!!
Rindu kat blog..lama xconteng kat sini,
last entry berbulan2 lepas kot..
ALHAMDULILLAH
Hari ni, eh2..dah masuk kul 12 maknanya xjd hari ni laa,
sbb entry ni sebenarnya nak karang pada 11.1.14 tp terlajak larisss u (intonasi ala2 iklan d herb)

SYUKUR
tamatnya last paper td bermakna tamatnya perjuangan ctah utk ijazah,
penat lelah dan segala pengorbanan diharapkan berbayar selepas dpt mengenggam ijazah itu!
syukur sgt2 even rasa paper td tersgtlah susah,
doakan ctah lulus dgn cemerlang, kalu boleh nak dekan lg utk last sem ni tp rasanya mcm mustahil sgt,
xpalah..lulus dan boleh grad pun dh syukur sgt2

Kehidupan lepas bersalin?
layan suami, urus anak, siapkan esaimen, buat slide utk perbentangan, bz study utk test, exam,
ALLAHURABBI,
mmg tersangatlah mencabar jd ISTERI, UMMI DAN PELAJAR SEPENUH MASA,
bukan nak merungut ttpi itulah hakikatnya,
kalu xda jiwa raga yg kental
i sure u takkan boleh!
Syukur sgt2 diberi kekuatan olehNYA
ATURAN ALLAH TERBAIK

Tapi hari ni
12.1.14
bermulalah episod ctah sebagai seorang surirumah dan insyaALLAH akn bekerja membantu meringankan beban suami dalam memenuhi keperluan dan kos yg tersangatlahhhh tingiiiii. (bersyukur laaahhh Malaysia masih aman) muahahaha

Oklah
cukup dulu utk kali ni,
insyaALLAH..ctah akan update dari masa ke semasa
LOVE U ALL SO MUCH


Isnin, 25 November 2013

~Perjalanan khalifah soleh menuju duniawi~

Bismillah

PESANAN :: ENTRI KALI NI AGAK PANJANG.

PERJALANAN ANAKANDA UMMI DAN ABI MENUJU DUNIA
PERJALANAN SYAHID BERSALIN SEORANG UMMI
PERJALANAN KASIH SEORANG SUAMI PADA ISTERINYA
DAN
SEMUANYA DI ATAS PENGORBANAN SEORANG INSAN BERNAMA
UMMI


ISNIN -1/10/2013
Hari ni dah overdue selama 3hari, p checkup macam biasa kat Lam Wah Ee Hospital (LWEH), doc buat pemeriksaan bukaan rahim (VE) tp masih 0cm...alahaiii... anak soleh ummi masih xnak kuar, masih seronok duk dalam perut ummi n ikut ummi ke kelas, agak kecewa tp REDHA..sebab semuanya sudah tertulis... ALLAH bg sesuatu ikut kemampuan, ALLAH dah tetapkan yg terbaik.Terima dgn hati yg REDHA dan PASRAH. Lepas tu doc suruh ctah admit malam ni iaitu 1.10.13 jam 10malam utk induce. Dalam hati, alahaii..mana mau,yalah, klo dh turun tanda atau dah buka at least 1cm ok la kan, ni xbukak lgsung...So bincang jap ngan suami, kami amik keputusan utk minta beberapa hari lagi.. dan akhirnya doc setuju..dia minta ctah admit hosp hari khamis berikutnya 3.10.13 kul 10malam... Malam jumaat.. so mcm tersenyum gak sebab impian nak bersalin hari JUMAAT bakal tercapai. Berdoa dan terus berdoa agar dipercepatkan bersalin, skrg2nya ada turun tanda sebelum kena admit hosp. (kalau ikutkan KKIA, 27HB dah kena serah diri... sebab due ctag 28hb... alasan diorg lps buat glukos tu tggi sikit bacaan even tiap2 check darah n check gula dalam darah xtggi pun..)

KHAMIS-3/10/2013

JAM 12.30 TENGAHARI
Hari ni dah overdue selama 5hari....Duduk sembang2 ngan mak, dok nebes kemain dah..lg beberapa jam nak kena admit hosp. barang2 semua dah ready...Cuma nak habiskan masa dgn en suami di luar, jalan2, shopping2 dan makan2 sebelum berpantang selama 44hari. Tiba2... Rasa sesuatu keluar dari bawah tu, hmmm..hati rasa semacam... tp mls nak check sebab byk kali dh mcm ni tp kuciwa.. takda tnda apa pun... Tp rasa mcm makin byk dan ctah amik tisu n check. dan tiba2... gulppp..Tengok ada darah yg bercampur lendir kat tisu. ALLAHURABBI! doa ctah dimakbulkan.. tanda2 hampir bersalin dah muncul..terus ke dapur panggil mak yg dok ada dlm tandas, mak keluar terus gtau..Makkkk....ada darah...mak terus nangis n ucap syukur n terus call en suami..Dia pun dgr mcm lega.

JAM 3 PETANG
En suami bawak ctah p BJ, mcm biasa lahhh..ngidam coolblog strawberry smoties..Nyummmmmyyy... p makan nasi ayam, jalan2... dan balik rumah, rehatkan diri.. baca yasin dgn en suami dan solat hajat berjemaah mohon ALLAH mudahkan semuanya.

JAM 10 MALAM
Hati berdebar2, hanya ALLAH yg tahu saat ini.... Mcm biasa, sblm admit kena daftar, buat pembayaran penuh dan check in wad..disebabkan bilik 3rd class penuh so terpaksa la amik 2nd class, lari dalam rm600 gak la..tp en suami mmg dah simpan bajet utk bilik tu.bezanya cuma 3rd class sebilik 6 org manakala 2nd class sebilik 4 org.. ruang ja la lbh besar n selesa..Sampai wad, buat urusan di kaunter wad, isi borang, surat beranak dll dan nurse hantarkan masuk bilik. waktu ni..Gulpppp.... ALLAH....mudahkan ya ALLAH

JAM 11 MALAM
En suami masih setia meneman ctah..waktu ni ctah dah masuk wad, en suami kemas2kan brg dan selesai urusan mengemas..diorg buat ctg..mcm biasa..nak semak degup jantung baby.. ALHAMDULILLAH..sepanjang ctg 30min baby bergerak aktif.. dah selesai ctg, nurse datang utk VE, check bukaan rahim... dan akhirnya dah ada bukaan tp 1cm baru... so nurse masukkan ubat (bentuk ala2 panadol aktiffast TP nama dia ctah xpasti) bawah tu utk tujuan bg rahim terbuka.. dalam erti kata lain ctah diinduce... selepas 6jam nurse akan check bukaan rahim lg utk pastikan rahim terbuka dari masa ke semasa. En suami tak boleh tido dalam bilik, sebab wad tu semua ppuan, so xdiizinkan melainkan amik bilik personal...mau habis dlm 5k gtu..hehe..tp bila masuk ja dalam labour room en suami leh temankan dari awal hingga selesai...

Sepanjang malam ni ctah xtido pun, sebab kena byk bergerak, bejalan ke hulu hilir..msg dgn mak, ngan kakak.. dgn en suami yg duk kat luar, tmpt menunggu wad bersalin... Lepas 1jam lebih diinduce pakai ubat, mula rasa sakit, tp sakit2 manja gitu dan masih terkawal, boleh sembang2, jalan keliling bilik smpai kena tegur dgn nurse..'u p rehat n tido laa, esok nak bersalin xda tenaga nak push' ctah hanya mampu senyum jaa... ats nasihat kak ngah ctah la, dia kata klu rasa sakit nk bersalin bykkan bjalan bg cpt bukaan...so i follow jaa..hihi...lps tu p rehat2 kat ats katil, rasanya sempat terlelap dalam 1,2jam gitu..


JUMAAT 04-10-2013

JAM 5 PAGI
Nurse datang buat VE lagi dan lagi... dan waktu ni ALHAMDULILLAH..Ada perubahan..bukaan rahim ctah dah 2cm..tp msih sikit... utk masuk labour room perlukan bukaan antara 2-3cm... waktu ni nurse dah tanya, u nak masuk labour room ka? atau nak i induce (masukkan ubat kali ke-2)? atau nak tunggu esok pagi Dr mai periksa? At last ctah buat keputusan nak tunggu Dr. ja esok..Dr masuk jam 9 lbh gitu.. so bersabarlah..

JAM 6 PAGI
En suami dah leh masuk wad..minta suami belikan sarapan.. sbb perut rasa lapar sgt+nak simpan tenaga satg...Lepas tu kami makan sama2, en suami temankan ctah mandi, siap2 wangi2, dan ctah solat subuh dalam wad n kami habiskan masa hinggalah Doc. mai.. sepanjang waktu ni, mmg ada kontraksi tp hanya biasa2...masih leh bergelak ketawa ngan en suami...dan pelik dah dimasukkan ubat tp xsakit.. mak plak ckp klu xsakit maknanya rahim belum terbuka... :(

JAM 10 PAGI
Doc. sampai dan check again bukaan rahim... Masih 2cm tp doc dah arahkan masuk labour room..so konklusinya induce in labour again...tp kali ni akan diinduce dgn masukkan air melalui tiub yg dipasangkan di ats telapak tgn mcm biasa. Nurse dtg utk bg masukkan ubat bg berak, kemaskan brg2 bhrga sebelum berkampung di labour room.. Dalam labour room ni la, xtau berapa lama nak stay, kdg2 org smpai berjam2 lamanya... dalam hati hanya mampu berdoa... ok..Ctah dan en suami dah ready...dgn lafaz BISMILLAH kami menuju labour room..Makin berdebar dan lbh kepada tak sabar nak jumpa our little caliph.

PERJALANAN DI LABOUR ROOM

JAM 10.30
Tiba di labour room, dipasangkan CTG again utk monitor pergerakkan jantung baby.. Tp waktu ni sgt2 mencabar sebab alat CTG dalam labour room ctah agak lambat kesan jantung baby, waktu n i dah rasa semacam sbb buat byk kali jantung bby kejap ada kejap xda... ALLAH...dugaan apakah ini? utk pasangkan CTG tu sampaikan hampir 5 org nurse yg mai check n pasangkan.. at last dpt gak kesan..syukur..tu pun xjelas mcm selalu...yakinkan hati 'elehh..alat diorg yg rosak..anak ummi kuat kan?' dalam masa yg sama depan bilik, kanan bilik semua dah dgr baby menangis, maknanya mereka2 dah selamat melahirkan... mmg waktu ctah masuk hospital, byk wad penuh.. ramai plak musim org bersalin.. Waktu dgr suara bberapa org baby nangis tu selang bbrapa minit, mmg rasa perasaan susah nak digambarkan... Sgt teruja dan sgt tidak sabar... Waktu permulaan awal dalam labour room, sakit hanya sat2, belum konsisten dan boleh bergelak ketawa lagi dgn en suami...dan sempat msg2, call2 dgn mak n kakak2..sempat call mak mertua minta maaf dan minta halalkan semuanya.

JAM 11 PAGI
Ctah dah ready utk diinducekan..Nurse datang utk drip air bg proses bukaan rahim... Waktu 30min awal, sakit boleh ditahan, tp lepas tu..ALLAH...Sakit hanya ALLAH yg tahu......Allah..waktu ni mula rasa sakit kontraksi..Oh, begini lah rasanya sakit..Menyucuk2 perut, dan bawah peut tu..mengeras bukan main...

JAM 11.30
Mak..sakit..adik sakit makkkk.... Macam ni la mak bersalinkan adik..Mak.......adik minta maaf.... Sempat hantar msg kat "Mak....adik tak tahan..." (sampai skrg mak bc msg ni mak menangis) En suami kat tepi sentiasa bg semangat, pgg tgn ctah dan tenangkan ctah..dimulut ctah xhenti2 baca Doa nabi Yunus dan Rabbi Yasir wala Tuaasir... tiap kali rasa kontraksi kuat, tiap itulah doa2 ini kuat dilaungkan...Rasa betul2 mcm dok berjuang di medan perang.. Kekadang meremang bulu roma.. ALLAHURABBI... Sakitnya hanya ENGKAU yg tahu. Nurse datang lagiiiiiii......... "R U OK? U NAK UBAT TAHAN SAKIT TAK? terus terus ctah GELENG DAN CAKAP "saya boleh tahan lagi". nurse sorg lg datang utk VE... Lepas check, masih 3cm terbuka..ALLAH.......... Sakit gila2 hny 3cm terbuka? :(

JAM 12.00
Rasa tak tahan nak membuang air kecil, en suami panggilkan nurse then diorg uruskan..kira 2x gak la ctah membuang air kecil dalam LR... lgpun penah terbc, selagi mampu kencing, kencing ja krp2 utk mudahkan bersalin... SAKIT KONTRAKSI DATANG LAGI..LAGI DAN LAGI...ALLAH..ALLAH..ctah xdpt ungkap dgn kata2..hanya mereka yg alami dan rasai yg tau YANG PASTI DIA YG LEBIH MENGETAHUI... Hinggakan ctah tny en suami berkali2"Yang..dosa apa yg nyak buat sampai ALLAH bg sakit mcm ni? Ya allah..sakit yang...." En suami menitis air mata... Bila tgk dia menangis, terus meruntun hati... TAHAN..TAHAN...ini lah SYAHID MELAHIRKAN.. Syukur sebab sntiasa mendapat suntikan semangat dari en suami...

JAM 1.00
Waktu ni sakit lagi..lagi dan lagi..tp air mata tak mampu kuar... sakit yg hanya dirasa oleh seluruh badan..KONTRAKSI SEMAKIN DEKAT2...Hanya mampu berzikir dan bc doa dan tarik nafas lepas..itu yg ctah buat berulang2 kali.... Pusing ke kanan kiri katil utk kurgkan kesakitan... Nurse suruh sedut GAS, tp ctah xnak sebab ctah xsuka alat2 cm tu..rasa lg2 sesak nafas.. en suami ambik juga n ajar cara pakai dia... buat la 2, 3 kali tp sgt2 tidak membantu..huhuhu Waktu ni dah xleh msg2 n ckp2 tepon dgn mak n kakak2... fokus pd kontraksi dan teruja nak melahirkan... SAKIT SAKIT DAN SAKIT akhirnya nurse datang utk check bukaan dan baru 5cm... agak kecewa.. dan smpat gtau suami "nyak bersalin malam apa kan akhi, skrg ni baru dok 5cm, :(" Waktu ni nurse ada suruh ctah amik ubat tahan sakit, ctah tegaskan takmau...lps tu nurse tny" kenapa u taknak? u takut? u dgr xelok ya? bukan epidural..ni cuma suntikan utk bagi lali" ctah buat taktau dan en suami pujuk suruh amik, dia tak sggup tgk ctah tahan sakit gtu.. dan ats keizinan en suami dan ctah, nurse datang suntik ubat pelali tu... tp rasa sakit tetap ada cumanya ctah rasa agak lali2

JAM 2.30
Waktu ni dah tak sedar.. sakit makin kerap, kerap dan kerap... nafas dah semakin tersekat.... dah hampir penat.. ctah rasa lali2 dan mulut masih terus mengungkap doa Nabi Yunus... ALLAH.......... Tetiba ketua nurse datang, dia suh nurse2 lain angkatkan kaki letak kat tempat khas, tetiba gak tgk ramai dh nurse dalam LR tu, tetiba tgk diorg dh sedia2 kain/katil baby, tetiba tgk en suami seakan2 tersenyum, tetiba ketua nurse cakap " OK! U boleh push skrg..U Mau berak kan? U boleh berak skrg" reaksi ctah " HAAAA? Nurse, dah buka 10cm ka? Nurse ckp "ya...dia ajar cara teran, if u rasa sakit or rasa nak berak baru u blh teran, kalu tak u jgn push..nanti terkoyak banyak dan kena jahit banyak". DALAM HATI..ALLAH.............. ANAK UMMI..KITA DAH MAKIN DEKAT UTK BERSUA... Jom sayang..KITA BERJUANG..DAN TETIBA DOC SAMPAI

JAM 2.45
BERMULA LA SESSI MENERAN......waktu sakit datang, terus ckp kat doc, doc saya sakit..DOC SURUH TERAN... DENGAN SUARA YG KUAT SAMBIL MELAUNGKAN " Laailahailaanta subhanainni kuntum minazzalimin" ..... YA ALLAH...RASA syahdu bila mana terasa sesuatu di situ, terasa kelembutan, rerambut halus mungkin, ALLAH...SEMAKIN TIDAK SABAR..TETIBA masuk balik...OK..XPA... Baru 1st meneran, ok..sakit datang balik...doc n nurse cakap..U teran sekarang.... dgn segala kudrat dan tenaga, dengan segala kekuatan yg ada, dgn rasa kasih sayang seorang ibu, dgn rasa kasih pada suami, dgn rasa sayang akan anak...sekali lagi bersama laungan " Laailahailaanta subhanainni kuntum minazzalimin di ikuti laungan ALLAHUAKHBAR......!!!!!!!!!!!!!!!!!" 

JAM 3.05
AAAAAAAAHHHHHHHHHH................SYAHDU SGT RASA BILA TERASA SESUATU KELUAR DARI RAHIM.. ALLAH..TAKDA GAMBARAN PERASAAN TIKA INI..Hanya mampu bersyukur padaMU.... Menangis terus tgk anak keluar...Sempat toleh ke suami, dia senyum sambil kucup dahi ctah mengucapkan terima kasih lahirkan ZURIAT KAMI... Terima kasih jgk sayang sudi menyemai benih cinta HALAL kita di dalam rahim nyak... ALLAH..SYAHDU...Nurse meletakkan anak ke dada, cium sekali dan smpat berdoa ke telingan anak MOGA JADI ANAK SOLEH SAYANG UMMI...

Lepas tu bermula la episod "aku seorang ummi"

ALHAMDULILLAH... Sessi menjahit hanya 5min..Jahitan hanya sedikit dan koyakan hanya sedikit...Syukur...semuanya dimudahkan ALLAH...Takda masalah waktu meneran dan koyakan tak byk... Suami ckp " pndai isteri akhi teran" Nurse pun puji.. :) Waktu ni tgk anak disebelah kiri bilik, nurse tgh buat pemeriksaan, ALLAH..sgt seronok dgr ank menangis tandanya si anak sihat... Lepas tu ctah dah mula lali balik dan sempat tertido... (Waktu ni diorg mandikan anak, siapkan anak dan en suami azan serta iqamatkan anak dan terus pergi sujud syukur...Proses ini diperhatikan sepenuhnya oleh en suami)

Dan JAM LEBIH KURG 5 LBH KOT (XPASTI SEBAB MMG LALI SGT2 KESAN SUNTIKAN UBAT LALI) ctah ditolak masuk wad... SAMPAI DI WAD..ALLAH... Seluruh ahli keluarga sedang menunggu... Bahagia terasa..SYUKUR PADAMU ALLAH...HANYA PADAMU AKU BERGANTUNG HARAP... 

Tapi waktu ni en suami takda..Tanya mak"mana en suami?" mak ckp dia keluar beli barang... Sedih hati sebab belum sempat nak sembang2 lepas terjaga dr tido... Dan waktu melawat dah tamat mak n lain2 pun pulang..dan tetiba en suami muncul..Bawakan hadiah teristimewa..SAYANGKU, tanpa hadiah ni pun NYAK DAH BERSYUKUR DAN BERBANGGA DAPAT LAHIRKAN ZURIAT KITA... Moga perjuangan nyak melahirkan anak kita, tidak akan disia2kan oleh akhi sampai ke hujung nyawa...Tidak terkira brp kali en suami menangis dalam LR... HUHU.... 

ALHAMDULILLAH
Tamat sudah kronologi ctah bersalin,
mungkin ada yg terlebih dan terkurang tp begitulah hendaknya.
MUDAH ATAU SUSAH BERSALIN SEMUANYA MENGIKUT KEHENDAK ALLAH
Tiap nasib tidak sama.
KITA HANYA MAMPU BERDOA

berbanyak2 terima kasih pada en suami, mak abah, kakak2 dan abg2 ipar dan seluruh keluarga mertua di Banda Acheh yg banyak mendoakan ctah dan baby...tnpa doa kalian mgkin tidak semudah ini

Terima kasih sudi membaca entri yg panjang berjela, mcm karangan SPM pun ada..kuikui


Sabtu, 12 Oktober 2013

~Saham akhirat Ummi dan Abi~

Bismillah

ALHAMDULILLAH
SUBHANALLAH
ALLHUAKHBAR

Telah lahir hamba ALLAH, umat kekasih ALLAH, anakanda sulung KAMI En Yanis dan Puan Nasyitah dan cucu ke-5 bonda Rosimah dan ayahanda Nazari.

SYUKUR SYUKUR SYUKUR
ALHAMDULILLAH
Segala2nya dipermudahkan ALLAH

Memperkenalkan
MUHAMMAD ALFATEH BIN MUHAMMAD YANIS
inilah dia SAHAM AKHIRAT kami UMMI dan ABI
jadi ANAK SOLEH duhai sayang ummi dan abi
AMIN YA RABB

v
v
v
v
v
v



PS:nantikan update pasal kelahiran mujahid soleh..Insyallah..akan update nanti..skrg sibuk berpantang, menyusu dan merawat badan2..hihi..Doakan kami terus dimudahkan ALLAH.