Khamis, 27 Disember 2012

~Tips berguna membina Keluarga Bahagia~

50 Tips Terbaik Membina Keluarga Bahagia Oleh Dr Fadzilah Kamsah

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?

6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan Penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang menbeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang.
Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

31. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

32. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?

35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

36 Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

39. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.

40. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

41. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

42. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melalui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

43. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, Pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.

46. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

47. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

48. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, Rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

50. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukan riaadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua
orang.

credit to keharmonian rumahtangga dan keluarga Muslim

sedang menunggu kanda pulang kerja..Rindu kanda sgt2..:-)

~Kami BERTUAH & HEBAT~

Bismillah

Alhamdulillah
Kami sgt BERTUAH
BERTUAH, BERTUAH DAN BERTUAH
Di lahirkan dalam sebuah keluarga ISLAM yg sgt sempurna.
Punya mak yg sgt penyayang, memahami dan menjadi IDOLA hidup kami berTIGA.
sgt2 penting MAK mendidik kami jd manusia berguna yg taat agama dan mengajar kami erti sebuah kehidupan serta mak kekuatan hidup kami.
Tanpa mak adik dan kakak2 tak sekuat dan sehebat skrg. 
ALHAMDULILLAH
Kami sgt berSYUKUR
Punya abah sehebat abah.
walau apa tak byk bercakap. tapi KAMI tau jauh disudut hati abah, abah sgt menyayangi kami semua.
buktinya setiap pagi sudah bertahun lamanya abah tak jemu2 keluar mencari rezeki. 
mengerah keringat dan tenaga dgn bermandikan peluh
demi membesarkan kami,
sentiasa menyempurnakan kemahuan kami, kehendak kami dan keperluan kami
walau saat itu abah kekurangan
abah adalah sumber INSPIRASI kami
Abah sgt pentingkan AURAT dan IBADAT
Sehingga kami sebati dgnnya
Insyallah..akan kami pelihara semua didikan yg telah kau beri ABAH

YES
KAMI BERTIGA MEMANG HEBAT!
Kerana punya MAK DAN ABAH sehebat kalian
SAYANG MAK DAN ABAH kerana ALLAH
BERTEMU KITA DI JANNAH ALLAH


-suamiku jua hebat. Doakan ctah jd isteri yg hebat juaa-
Sayang abang kerana ALLAH


Selasa, 25 Disember 2012

~Dating with en suami @ p I e I s I t I a~

Bismillah

Alhamdulillah..dapat meluangkan masa2 INDAH bersama suami tersayang
HAPPY SANGAT2

K.E.N.A.N.G.A.N
23.12.12

Sgt indah dating bersama KEKASIH HALAL
Naik Euro Wheel together2
Jalan sambil berpegangan tangan..
Bangga ku rasa dapat bermesra dan berkasih-kasih bersama insan yg HALAL bgiku
S o sweet

Jelas keserian wajah pada kedua2nya.
Yes..we happy now

Love u suami..till jannah.Insyallah

Makan bersama. Jalan bersama mengeratkan Hubungan



Contohilah Rasulullah 

Rasulullah minum daripada gelas yang sama dengan isterinya. Bahkan baginda mencecahkan bibirnya pada tempat di mana betul-betul bibir isterinya minum. Bahkan pada saat-saat akhir pemergiannya pun baginda meminta Siti Aisyah melembutkan kayu sugi dengan menggigitnya dan kemudian baginda minta disugikan dengan kayu sugi tersebut. Hinggakan kerana itu Aisyah menyatakan air liurnya dan air liur baginda bertemu sehingga saat akhir menuju kewafatannya.

Teringat kenangan kemarin di Pesta
makan jagung bersama di kaki jalan,
Indah tika kanda suap dinda, kanda gigit jagung di tempat yg sama dinda gigit
Terima kasih kanda <3

~Ujian asam garam kehidupan~

Bismillah

Ujian hidup.. selalu menimpa ke atas kita makhluk ALLAH
Tiada siapa yg terkecuali.
Termasuklah kekasih ALLAH. Nabi Muhammad s.a.w
sentiasa di uji dgn pelbagai dugaan spnjang menyampaikan AGAMA Allah.
Tetapi baginda tidak pernah mengeluh malah terus bangun memperjuang ISLAM.
AGAMA SUCI DARI ALLAH TAALA

Ya ALLAH..
Siapakah aku yg ingin melawan takdirmu?
tiap yg KAU aturkan utkku adalah yg terBAIK walaupun kdg kala ianya menyakitkan.
kerana...hanya ENGKAU yg lebih mengetahui HIKMAHNYA.

Jika dahulu di sekolah.. kita BELAJAR sebelum mengambil UJIAN
tetapi KINI.. dalam kehidupan..
Kita diberi UJIAN sebelum BELAJAR.

Belajar dari ujian yg ALLAH kurniakan
INSYALLAH
Kita akn lbh matang dan mghargai



Khamis, 20 Disember 2012

~Terkilan~

 Bismillah

Hari ni,
20122012
Terkilan rasa hati
Sedih sangat
Hanya ALLAH yg tahu.
Susahnya nak luah..
hanya memendam pelbagai rasa

Kuatkan hatiku ya Rabb
Bertahan akhirnya menitis jua air mataku
Berilah ketabahan yg luar biasa utk aku menghadapi apa jua masalah.

Insan kerdil yg mendambakan kasih sayang ALLAH.


Rabu, 19 Disember 2012

~Air tangan isteri pengikat kasih sayang suami~

Bismillah.

Syukur atas anugerah menyayangi kekasih halalku duniawi dan ukhwari. 
Semakin hari semakin sayang,
makin rindu dan makin kasih,
kepada dia
Si jantung hati
SUAMI yg ku PUJA dan KAGUMI
Tak henti2 melayan karenah isteri,
 membantu membuat kerja rumah dikala isteri kalut dengan tugasan universiti,
yang paling tersentuh suami sentiasa SABAR dgn perangai isteri yg kadang2 sukar dijangka.
SUBHANALLAH
Terima kasih ALLAH.
Kau kurniakan aku SUAMI sehebat dia.
moga kasih kami berkekalan sampai ke syurgaMU

AIR TANGAN ISTERI PENGIKAT KASIH
Moga ctah sentiasa diberi kekuatan dan kesempatan utk masak
dan belajar utk penuhi selera si suami tercinta. (syukur sgt2 si suami bukan jenis cerewet)
walaupun skrg sibuk sebagai sorg yg bergelar pelajar tapi insyallah. akn ctah cuba sebaik mungkin penuhi kewajipan sebagai seorang isteri.
walau sibuk, 2,3kali pun akan ku luang utk masak.
INSYALLAH.

ALHAMDULILLAH
Hari ni sempat masak sebab kelas pun dah byk takda.
next week dah masuk mggu ulangkaji. so kelas pun dah byk batal

menu today::
kari ikan kembung,
sambal tumis tauhu,
ikan goreng,
sayur brokoli (feveret en suami)
ulam-ulaman dan sambal macang

khas buatmu
pemilik hati

Isnin, 10 Disember 2012

~Kehidupan selepas Akad~

Bismi...bismi....bismiii bukan bistiii. kwn pak ucu nama apa? Bismi..hehe
comel jaaa pak ucu ajar ank buah sebut bismilah dgn elok. kakak asyik sebut bistilah aje. syukur laa.. lidah dh ok sebut bismi..

Bismillah

Syukur ats anugerah hidup sempurna buat ctah
Dikurniakan suami yg sgt memahami, yg sgt prihatin dan yg sgt baik mendidik dan membimbing ctah
Kehidupan lps kawen, sgt2 bahagia. 
sukar diungkap dgn kata2
Segalanya berubah dlm sekelip mata. 
Mmg lain kehidupan lps kawen, nak buat kputusan atau ssuatu pkara msti utamakan suami. perlu jaga maruah suami, kehormatan suami.
Bangun ja tido. nampak suami dlu. nak tido suami yg tidokan.
SUBHANALLAH.
INDAHNYA CINTA SELEPAS AKAD

nak cerita banyak2 tak molek pulak untuk tontonan umum, biarlah rahsia suami isteri hanya kami berdua yang tahu. yang pasti CTAH BAHAGIA.

Mohon kalian terus mendoakan ctah dan suami bahagia smpai syurga
Juga cepat2 dikurniakan anak-anak yg comel dan cantik akhlaknya.
PeCinta al-Quran dan Sunnah,
Taat ibubapa dan perintahNYA,
Penegak syiar Islam sejagat,
Cerdik lagi pintar,
Menjadi rujukan manusia duniawi,
dan yang penting,
Soleh dan Solehah
penyejuk hati ibu dan abi dunia akhirat.



Ahad, 9 Disember 2012

~Alhamdulillah..Kini aku bergelar ISTERI~

Bismillah

ALHAMDULILLAH
Setelah lama menyepi di laman Blog, hari ni... malam ni..saat ini..diberi kekuatan utk menulis sedikit en3 tentang kehidupan BARU yg sgt INDAH.

SYUKUR PADAMU yg tidak terhingga
ALLAH SWT
Pada hari SABTU 03.11.12 dan tepat jam 10.28pagi
Ctah sah menjadi isteri kepada insan bernama Teuku Muhammad Yanis Teuku Muhamad Dahlan
Semuanya berjalan dgn lancar ats RAHMAT dan limpah KASIHMU ya RABB.. Sang Pencipta ALAM

Hanya ALLAH yg tahu mcm mana perasaan tika itu, sebak, seronok, bahagia, gembira, hiba, dan 1001 rasa yg tidak mungkin dpt digambarkan dgn kata2. Menyayangimu selama 7 Tahun lebih sudah cukup buat diriku bahagia saat lafaz AKU TERIMA NIKAHnya akhirnya termeteri juaa. LAFAZ yg menjadi DAMBAAN aku dan tiap wanita di dunia ini

Terima kasih suami. 
kerana sudi menjadi suami buatku, menjadi IMAM buat makmum yg belum sempurna, menjadi teman mengesat air mataku tika hiba, menjadi teman mengukir senyum tika aku gembira, menjadi teman ketawa tika aku kelucuan, menjadi teman berborak tika aku kesunyian, dan menjadi PENYEJUK HATI tika aku dalam kemarahan.
SUAMI
Tiada ungkapan yg mampu aku ungkapkan buatmu..
Hanya DOA agar rumahtangga yg kita bina bahagia selamanya hingga ke syurga yg ABADI.
Didiklah aku jadi makmum mu yg sempurna..
Didiklah aku jadi muslimah solehah,
Bimbinglah aku jadi isteri taat suami,
Bimbinglah aku jadi anak yg patuh pada ibubapa
Juga Ajarkan ku jadi IBU SOLEHAH buat anak2 kita nanti...
SUAMI
Mengalir air mata saat ini...
sungguh! Kau kotakan janjimu jua.
Ayuh suamiku... Bersama melayari bahtera rumahtangga berlandaskan AL-QURAN dan SUNNAH
Bertunjangkan BAITUL MUSLIM didikan Rasulullah,
Bersama menuju KELUARGA yg diredhoi ALLAH..

Sesungguhnya,
Mencintai dirimu suamiku adalah ANUGERAH yg tidak terNILAI harganya.
INTAN SAYANG DAN CINTA KANDA SELAMANYA.
DUNIA AKHIRAT.
CINTA SAMPAI SYURGA SUAMIKU
MUHAMMAD YANIS



Rabu, 31 Oktober 2012

~Dugaan~

Bismillah
Assalamualaikum

MasyaALLAH. Hidup ini penuh dugaan,
manusia sntiasa diduga, diuji dan diberi ujian hidup.
ALLAH MAHA BESAR.
DIA tidak menguji hambaNYA melebihi kekuatan seseorang. SUBHANALLAH.
Hari ni agk kelang kabut, pagi kelas, lepas kelas terus ke pej agama urus psl biasiswa. Doakan ada rezeki utk itu. :)
Petang kelas lagi, lepas kelas rehat2 sat dan ke butik pengantin menguruskan urusan perkahwinan yg belum selesai. Lega rasa hati ini. banyak dah settle. 

TAPI
Kesian kat en tunang. cirit birit seharian hari ni.
agak teruk la jgk dari pagi smpai mlm tak lega2..
risau sgt2, majlis dh dekat sgt. lagi 3 HARI LAGI.
YA ALLAH.
SEMBUHKANLAH..!
RINGANKANLAH..!
MUDAHKANLAH..!
SEGALA-GALANYA...Dari awal hingga ke akhirnya.
Moga ctah dan en tunang kuat menghadapi apa jua dugaan ALLAH.

....................................

FAKTA SAINS & PSIKOLOGI 
MENANGIS adalah BAIK untuk..

♥ Kurangkan Stress..
♥ Melegakan Perasaan..
♥ Hilangkan Rasa Marah..


SEBABNYA dalam air mata itu mengandungi hormon prolaktin utk melawan stress dan menurunkan tekanan darah serta denyutan jantung...

Sebenarnya MENANGIS adalah..

♥ PROSES KEINSAFAN terhadap yang BERIMAN..
♥ PROSES KEKUFURAN terhadap yang MUNAFIK..


Ahad, 28 Oktober 2012

~1001 Rasa~

Bismillah
Assalamualaikum semua.
Pa khabar korg smua? moga sntiasa dlm kasih ALLAH selalu.

Pejam celik pejam celik
dah menjelang 6 HARI sebelum walimah
YA ALLAH
Tak tau nak habaq perasaan kala ni,
yg pnting mmg 1001 rasa.
Susah nak digambarkan dgn kata2,
tp sejak akhir2 ni ctah sibuk sesangat, sibuk dgn tugasan di U.
Mmg stress sgt2, kiranya ni salah satu ujian utk ctah la. takpalah, insyaALLAH. Ctah boleh hadapinya.
DOAKAN CTAH YA KALIAN.

Berdebar2 ja rasa, hari ni plak tgn asyik berketaq jaa.. nak buat keja pun susah. taktau sbb apa.. nebes terlebih kot. hihi. lucu pun ada.
tp tgok yanis, relax jaa.. laki lain la kot kan.
kita perempuan ni mcm2 pkir, ya lah. lebih byk tanggungjawab dan komitmen pasni.
lagipun laki kan slumber.
aduhh..malunyaaaaaaaaa.hahaha
taktau la cam na keadaan pas kawen nti, msti malu2 kucing kan? muahaha..
oklah. nak stop dlu..mmg takda mood nak menulis sbnrnya.
masih byk assgment dan tugasan yg perlu dilakukan.
curi2 masa ja menulis blog.
jom tido.
b4 tido basuh muka dgn air ais agr muka sng dimake up nanti...tipss sikit..cececeeee.:-P


Khamis, 11 Oktober 2012

~Persiapan membina BAITUL MUSLIM 11~Pengapit~


Bismillah

Assalamualaikum semua
Moga korg smua sihat hendakNYA.
Ctah ok2 ja..cuma sakit perut CB agk teruk semalam hgga ke pagi td. now dok memulas ja perut ni. pastu mata plak mcm nak naik ketumbit, aduhaiii.. Dugaan di kala diri tgh sibuk menyiapkan segala urusan.
Xpalah, anggap KAFARAH DARI DOSA. InsyaALLAH ringan sakit yg tertanggung

Boleh tahan lama gak ctah tak update blog, bkn apa..agk sibuk dgn segala mcm urusan
1: kelas penuh sgt2 sem ni. (agak mencabar la, dgn paper berat. uiishh... taktau la cam na gamaknya nanti, moga bakal suami ctah faham dgn status ctah as a student. tapi tak kira student ka, keja ka, what ever is i must do all my TANGGUNGJAWAB. INSYALLAH..doakan ctah jadi isteri solehah kesayangan suami ya.)

2: Pelbagai macam aktiviti dan event di USM. ya lah, as a student, mesti la kita kena involve mcm2 kat u, baru namanya pelajar u. Sejak 3minggu kebelakangan ni sibuk sgt2 dgn PBJ (Pesta bola jaring-International UOALLLSSSS) Insyallah 13&14 okt ni kemuncak.DOAKAN EVENT KAMI SUCCES YA..

3: Assignment yg banyak.. ni mmg lumrah pelajar U la kan.. tak lari dgn assgment. takda asgment bkn student u la..hehe.. xpalah.. Usaha tangga kejayaan. Moga segalanya dipermudahkan.

ALAMAK..! Mcm terpanjang plak mukadimah ni. hehe
actually nak update pasal psiapan mnjelang 3nov 2012 iaitu tarikh keramat dlm hidup ctah.INSYALLAH

P.E.N.G.A.P.I.T
Bukan pengepit noo..hehe...
ALHAMDULILLAH
Ctah dah dpt pengapit nya... 
actually ctah ada 3 org calon utk jd pengapit ctah pada hari bersejarah tu nanti
kalo ckp psl pengapit of coz kita kena cari org yg btul3 rapat ngan kita, yg faham kita, yg ikhlas ngan kita, yg kita leh percayai, yg kita serasi ngan dia, yg kita sng bkomunikasi ngan dia, dan segala bagai laaa.
ke tiga2 calon ni smua ada ciri2 berikut cuma ctah perlu cari yg betul2 sesuai.
setelah di fikir2 dan dinilai balik segala mcm sudut, at last
ni lah pengapit ctah (bajet hot la kan, kriteria bagai)


nama pemilik gambar UMMU KHAIR. ctah kenai ngan dia sejak darjah 2 dah. lama sgguh persahabatan kami. ctah mmg sgt2 rapat ngan dia, dia faham ctah luar dalam, dia tahu cam na perangai ctah, apa yg ctah suka, tak suka. so bg ctah umu sgt3 sesuai. calon2 yg lain sememangnya sgt3 sesuai gak tp memandangkan kedua2 mereka lebih rapat ngan family ctah dan lebih arif tntang rumah ctah so ctah rasa diorg kena jadi ORANG KUAT on dat day.
ctah rasa diorg lebih layak jd 'tuan rumah' memandangkan mereka pandia urus bab2 ni. diorg dh kenal rapat ngan family ctah, dh biasa dgn umah ctah...harap sgt korg tak terasa yaa...:)

siapa kah? ni la diorg.. 

ni AYU. Salah sorg sahabat baik ctah dunia akhirat. ayu byk tlg ctah time susah dan sng. sgt2 memahami ctah, sgt2 rapat ngan ctah. JASA AYU TETAP CTAH KENANG SAMPAI BILA2.
Ayu rapat ngan keluarga ctah, adik beradik ctah smua kenai dia, sbb dia ayu sllu dtg umah dan sllu tlg time knduri kat umah ctah. so ayu kena jadi org kuat la time tu. Kalu jd pengapit dah tentu2 takleh buat keja, heheh... 


amboi..smart gila pic..hehe.. ni sepupu kesayangan hamba. satu2nya sepupu yg paling rapat ngan ctah.
ctah pggil dia kak cik. kak cik pun slh sorg yg rapat ngan family ctah. of coz la rapat. dah sedaqa. hehe... kak cik pun dh cekap ngan umah ctah, dh tau brg2 kat umah ctah so sng bila kak cik jd 'tuan rumah' nanti. sbb tu ctah tak plih kak cik jd pengapit. 'diktah sgt2 perlukan khidmat kak cik nanti tau'. dulu kami tak brp rapat sgt, tp da hikmahnya jgk bila dpt masuk USM sam2, bila dpt school pun sama jd rapat dan ngam. syukur la kami dpt mengenali ngan lbh dekat. sgt2 bsyukur dpt spupu mcm kak cik. byk share mslh, cerita itu ini, bgosip, menGATAI bersama. sweet sgt...kira kak cik ni mcm SEPUPUKU KAWAN BAIKKU la gitu... ceewahhh!! :-)

oklah, terlebih suda en3 kali ni. 
Moga walimah ctah dipermudahkan smuanya oleh ALLAH.
DOAKAN CTAH NA KALIAN
Jgn ada yg terasa hati. ctah cuma nak yg terbaik utk kita semua.
<3 korg semua



Sabtu, 29 September 2012

~Persiapan Membina BAITUL MUSLIM 10~Kad Undangan~


Bismillah

Assalamualaikum semua.
Moga dilindungi ALLAH selalu.
Ctah sejak dua menjak ni sakit kepala teramat. Hanya ALLAH yg tahu..Kepala mcm nak pecah. dah lama tak merasai sakit kepala sehebat ini.
YA ALLAH.SEMBUHKAN..! AMIN YA RABB

Oh ya, malam ni takda aktiviti apa. memandangkan esok takda kelas so ctah rajin2kan diri mengisi nama tetamu jemputan kat KAD UNDANGAN.
INSYALLAH, 2 Minggu ni ctah nak selesaikan MEMANGGIL kwn2 ke WALIMAH.
JEMPUT HADIR YA KEPADA YG MENGENALI CTAH.



KAD UNDANGAN
Sgt penting utk menjemput para tetamu. bg ctah biarlah KAD tu sederhana saja, tak perlu mahai2 bagai. ya lah, nak bg kat org dan nanti org akn buang ja. SO KALU TEMPAH YG MAHAI2, TAK ke MEMBAZIR namanya.
Ctah punya kad tak sampai 30sen pun. Murah kan? 
SIMPLE BUT NICE sgt bg ctah. ctah kan suka yg mcm comel2... so ctah decide nak ala2 kartun + boarding pass memandangkan bakal suami ctah from over da sea kan. SIMBOLIK la katakan. ya lah. Nak sampai ke ACHEH, 2 cara jaa...jalan UDARA & LAUT. hihi...
Tak kisah la org ckp mcm budak2 ka apa ka, tapi for me ITS VERY NICE DAN SGT CERIA. 
nak tgok?
NI HAAA...!

-SILA KLIK PADA IMAGE UTK PROSES TUMBESARAN-



NICE kan?
Tak? JELES LA TUH...KIKIKI

pst psttt.. En tunang ckp KAD UNDANGAN kami mcm kad BIRTHDAY.
Sampai hati..! :(



Selasa, 25 September 2012

~MenDEBARkan~

Bismillah

Assalamuallaikum semua. 
Moga korg sihat yaa..
Skrg bumi PENANG musim hujan, so take care ok!
Ctah pun mula pening kepala sbb kena hujan, nak buat cm na..takleh elak... 
DOAKAN KESIHATAN CTAH YA.

Hari ni pabila buka BLOG....terLIHAT countdown date
1 BULAN 1 MINGGU 1 HARI 
lagi MENUJU CINTA HALAL.
MASYALLAH
Tiba2 jd bedebar, nebes, takut, gelisah, risau, gembira, terharu, tak sabaq, xcited, teruja, bimbang, sedih, dan bla bla bla blaaa laaaaaa
ALAHAIII...! Susahnya nak describe apa perasaan kala ini
Hanya mampu berdoa moga ALLAH mudahkan segalanya.

-Mula menghitung hari-

Oh ya, pasal wedding cake dah selesai rasanya. my lovely sis aka along sudi sponsor dan along yg decide nak oder kek cam na ikut kemahuan ctah. syukur..REZEKI2. :) Moga ALLAH murahkan rezeki kakti ya. AMIN YA RABB


Isnin, 24 September 2012

~Persiapan Membina BAITUL MUSLIM 9~Temuduga~


Bismillah
Assalamualaikum semua.
Apa khabar korg? Moga sihat selalu yaa

Minggu2 yg sibuk sudah mengelilingi insan bernama NASYITAH
sgt sibuk dgn kuliah+presentation+bc novel (bkn novel CINTUN uooalsssss) +PBJ+ OF COZ kawen
YA ALLAH!
Mudahkan insan ini...
AKU SGT MEMERLUKAN PERTOLONGAN DARI-MU ALLAH AZAWAJJALLA

syukur ALHAMDULILLAH
Ctah selesai diTEMUDUGA oleh peg agama di Pej Agama PP last thursday.
Rezeki ctah kot, sbb time p tu ustaz Lah (penemuduga merangkap tok kadi ctah) ada hal, ustaz kuar p hosp. so memendekkan cerita peg yg btugas saja lah yg intebiu ctah. SGT MUDAH..SYUKURRR...
:: mengucap
:: selawat
:: istighfar
:: rukun iman&rukun islam
:: al-Fatihah
:: waktu larangan bersetubuh

YESSS! DAH BOLEH KAWEN CIK NASYITAH NAZARI
yahoooooo...!! syukur alhamdulillah. :-)

Mudah bukan? mula2 agak nebesss..tp takda hal laaa... basic ja tu..semua dlm kepala..ceceeeee..konon la kan..padahal mentelaah la gak b4 nak p intebiu tu..kikiki
TAPI...ctah sgt2 terharu, sebak, sedih, gembira, SEBAB ALLAH sgt2 mudahkan urusan ctah on dat day. b4 tu ctah selesaikan urusan di IMIGRESEN, tu pun sgt2 mudah. sat sgt dah selesai.
HANYA PADAMU AKU MEMANJAT SYUKUR YA RABB!

SEGALA DOC NIKAH DAH SELESAI DGN JAYANYA.
Tarikh NIKAH also dah BOOKING
Insyallah ctah akn update prosedur dari A hingga Z sebagai rujukan kpd pengantin2 yg akn berkahwin dgn org OVER DA SEA.:) at least, boleh buat rujukan. tak  mcm kami terkapai2 di awalnya tapi syukur. akhirnya SELESAI JUAAAAAAAAA..............................

Ok! Nak p sleep dah, penat membaca novel yg memeningkan kepala..nama org amerika latin ni pelik2.. 
SUMPAH TUJUH KETURUNAN
menterujakan ku..TERUJA kah??? hanya ALLAH yg tahu
Huh! PONATTTT


Selasa, 11 September 2012

~Bermulanya semester baru~

Bismillah

Assalamuallaikum semua
Moga kalian sihat dan ceria hendakNYA
Ctah alhamdulillah, masih diberi kesempatan utk hidup dan dikurniakan kesihatan yg baik. walaupun agk sakit kpala memikirkan mcm2 masalah tapi syukur. masih boleh bernafas
ISNIN 10.09.12
Bermulanya semester baru.
DUGAAN
dtg bertimpa2.. sem ni sgt kelang kabut, dgn jadual kelas bertindan sana sini, unit terlebih, jadual penuh..
YA ALLAH... Hampir give up pada mulanya, tapi cuba bangun utk selesaikan. kerana semua masalah ada JALANNYA!
Yg pnting USAHA, USAHA DAN USAHA..
ALHAMDULILLAH.. 
Dari pagi smpai ke malam memikirkan masalah ni, nampak mcm ada jalannya. esok ctah akn selesaikan satu persatu.
Moga dipermudahkan.
DUGAAN 'kecil' dan masih 'awal' utk semester ni nak 'menguji' tahap kesabaran ctah.
Moga diri terus kuat melaluinya.
INSYALLAH. AKAN MELALUI SEMESTER INI BUKAN HANYA SEBAGAI ANAK DAN PELAJAR, TAPI BAKAL MENJADI ISTERI KEPADA INSAN BERNAMA SUAMI
Insyallah. Moga ALLAH mudahkan urusan ctah mnjelang NOVEMBER akn dtg. doakan ctah ya!
Bukan senang nak jadi senang!
Tak semua insan terpilih menggalas status seorang ISTERI dlm tempoh pengajian! alhamdulillah. ctah terpilih. TERPILIH mnggalas dua tanggungjawab dlm satu masa.
Moga ALLAH bg kekuatan yg luar biasa.
AMIN.

-Doakan si dia dimudahkan urusan menyelesaikan urusan nikah di pejabat kedutaan esok-
MOGA REDHO DAN RAHMAT ALLAH MENGIRINGI KAMI
<3


Sabtu, 1 September 2012

~TAHNIAH sahabat!~

Bismillah

Assalamualaikum semua
Moga sihat la smuanya yaa..
Wah... dah nak masuk 15syawal masih beraya sakan ka? masih memenuhi jemputan open house ek? klasss uoalsss
Hari ni letih sgt2. taktau nak habaq. tp ctah pelik plak dh, klu letih sgt2 susah nak lena.
Dari pagi pukul 8pagi dah p keja kat kdai, org sgt2 ramai sbb cuti kan. cuti merdeka tak hbs lagi. pastu plak pekeja tak cukup, diorg smua kena jaga katering ais kcg. mmg letih sgt2 la. kul 2 baru selesai mengemas kdai dan balik umah, terus gerak ke BJ nak beli sedikit buah tgn utk SAHABAT ctah.
ALHAMDULILLAH
Sahabat baik ctah NAZIHAH bertunang hari ni
01.09.12
TAHNIAH BABY!
<3 SELAMAT BERTUNANG <3
Moga ikatan yg terjalin ini berkekalan hingga ke akhirnya
Jaga hubungan kalian mengikut syariat ya!
Tumpang happy utk zihah.


Petang dan hingga skrg melepak dpn laptop meletihkan mata dan otak plak.
OH YA, kalian doakan perjalanan en Tunang ctah ke Banda Acheh ya!
En tunang balik kg nak selesaikan dokumen nikah kami, moga segala urusan si dia dan kami dipermudahkan hingga ke akhirnya. Amin.
Wuaaaaa..nak ikutttttt....rindu Acheh sgt2...
TAPI....mana blh! pas nikah baru leh kan.hihi..
Rindu Acheh ka rindu org Acheh? opsss..:-P
Moga akhi selamat sampai sayang.
<3




Rabu, 29 Ogos 2012

~Persiapan membina BAITUL MUSLIM 8~Warna tema~

Bismillah

Assalamuallaikum
Moga korg sihat sentiasa ya.
Ctah? Kesihatan kurg mengizinkan ats sebab2 tertentu.
ALHAMDULILLAH...
Lega... Tenang hati bila en Tunang dah smpai selangor dgn selamatnya
Walaupun diduga dgn hujan yg sgt lebat, tapi syukur...Beliau dah selamat tiba. Insyallah, Ahad ni nak fly ke Hometown beliau pulak. Nak ke Acheh, selesaikan urusan kahwin.
Doakan en Tunang ctah ya. :)

Ok. hari ni even tak brp sihat, tapi tiba2 mood nak menulis maii
So, on lappy terus log in blog
Nak update sikit pasal::
TEMA

Tiap majlis kawen, of coz la kan ada tema.
Bukan tema, fairy tales, arabian, garden dll,
Yg ctah maksudnya WARNA.
Kalu ikutkan tema tu, tema ctah CACA MERBA la...sbb smua pakat2 hantam saja
Hihihi
Tapi rasanya more to KEBUDAK2AN. Fairy tales la konon..haha
Ish2, susahnya nak hilang perangai kebudak2an ctah ni... sabo je lah en tunang ctah nanti..
Oh ya, berbalik pada cerita
Ctah decide nak pilih kaler HIJAU+PINK sebagai tema walimah nanti

Pink tu mmg kaler kegemaran ctah, i likeee...Hijau pun sama sbb warna kesukaan KEKASIH HATI ctah. 
-Baginda Muhammad s.a.w-
Hijau tenang sgt2.. so ctah try combine kedua2 kaler ni.
Biasanya pink selalu dicombinekan dgn PUTIH, GREY, GOLD DAN BIRU.
TAPI disebabkan ctah sukakan kelainan. so ctah decide nak combine pink dgn hijau
Tak tau la cm na hasilnya, if nak tgok boleh la dtg walimah nanti.:)
Tapi kalo tgok rasanya nampak more to pink kot.
Ctah dah bincang dgn pihak butik, diorg yg decidekan nak combine cam na, ctah tak cerewet pun. ctah yakin ngan hasil keja diorg. Insyallah, tak pnh mengecewakan.:-)
Tak sabar nantikan hasilnya nanti
Hijau tu hijau lumut yg sgt soft dan pink also pink very da soft.
Almaklumlah, ceq kan gelap. mana leh terang2. aiyooo..huduh kot!

Rasanya lebih kurg cm ni la nanti





Doakan kemudahan WALIMAH nanti ya!
Makasih korg.




Ahad, 26 Ogos 2012

~Selamat Jalan ROMEOku~


Bismillah

Assalamuallaikum semua.
Moga sihat hendaknya... Amacam? dan amik puasa 6 ka? ctah lum start lagi..insyallah esok baru nak mula.
DOAKAN CTAH MOGA SEMPAT DAN DAPAT AMIK.

Wah3... tgk tajuk en3 bukan main lagi kan.
Sedih sebenarnya ni... En tunang dah balik SELANGOR
Perlu bekerja dan menyiapkan beberapa perkara sebelum kami di ijab kabulkan bulan 11 akn dtg.
MOGA ALLAH MUDAHKAN PERJALANAN AKHI.
Mudahkan segala2nya dari awal hingga ke akhir.
Risau sgt hati ni sebenarnya.
En Tunang berperangai pelik. ntahlah dia perasan ka tak. tapi sepanjang 7 tahun lbh ctah kenai ngan dia, dia tak mcm ni..
Tak mampu nak pkir apa2, hanya mampu BERDOA
-Hanya DIA tempat aku bergantung harap-

Mak selalu pesan ::
BERSUSAH2 DAHULU, BERSENANG2 KEMUDIAN
Mmg...! dah terlalu banyak KEPAHITAN yg kami telan spanjang 7tahun lebih mengenali
HANYA ALLAH YG TAHU
MOGA ADA KEMANISAN DAN KEBAHAGIAAN buat kami berdua di penghujung jalan.
Mohon kalian mendoakan kebahagiaan kami bersama.
Moga ALLAH membalas segala kebaikan dan pengorbanan si dia dalam MEMILIKI ku.
YA ALLAH..!
Perkenankanlah doa hambaMU ini..

Selamat jalan sayangku
Bertemu lagi kelak!
Bertemu sebagai KEKASIH HALALku.

Ungkapan keramat buatmu,
Nyak sayang Akhi.. <3

[Pesan2: Berat sungguh hati ini nak melepaskan si dia balik kali ni..Terasa sedih, sayu, dan sgt2 berattt...YA ALLAH...Tenangkan hatiku...Selamatkan dia walau di mana dia berada.]




Jumaat, 24 Ogos 2012

~Hati berbisik~


Bismillah

KeSABARanmu.... Melembutkan hatiku!
KeIKHLASmu.... Menyentuh hatiku!
KePRIHATINanmu.... Menarik hatiku!

CINTAmu... Meruntun jiwaku.
KASIHmu... Mencairkan perasaanku.
SAYANGmu... Meronta batinku.

SUNGGUH!
Aku cinta padamu sayangku!
Kaun yg PERTAMA dan insyaALLAH kau yg TERAKHIR.

-Kenang daku dalam setiap tadahan doamu-

Salam sayang
Nyak

Khamis, 23 Ogos 2012

~Persiapan membina BAITUL MUSLIM 7~Hantaran~

Bismillah

Assalamualaikum kalian
Moga sntiasa dlm lindungan ALLAH selalu
-sebelum nak sleep, nak update sat aktiviti ceq Syawal ke-4-
ALHAMDULILLAH

Selesai memberi perkakas 'hantaran' serba sedikit
Selesai satu bab. Lega dah..

Hantara kami ctah yg decide, 7 berbalas 9
En tunang bg kat ctah 7 dulang dan ctah balas 9 dulang. 
Mengikut 'adat' mostly perempuan bg lebih dari lelaki dan biasanya angka hantaran dlm ganjil.
TAPI INGAT!!! hanya ADAT!
Bukan wajib ok!
So takyah nk ikut sgt pun. :-)

Oh ya, utk memuaskan hati kedua2 pihak. kami decide masing2 pilih barang2 sndiri.
Maksudnya barang2 dia ctah belikan, tapi dia yg pilih dan tgok dulu sebelum beli. So puas hati kan?
mcm brg ctah plak, ctah pilih dan tgok dulu. so berkenan angkat saja dan dia bayarkan.
Tak gaduh laa tak berkenan la apa la nanti. 
ADIL BUKAN?

List barang en Tunang bg kat ctah ::

1: Jubah 
(sy mmg GILA jubah skrg ni, kain2 meter tak minat laa)
2: Minyak wangi
(bukan berMAKNA sy busuk ok! cuma nak sntiasa wangii seWANGI QASEH YANA. <3
3: Handbeg + wallet 
(ni mmg penting..! takkan lah nk taruk fulu$$ dlm poket ja kan)
4: Kain telekung 
(ant yg terPENTING dr yg PENTING. Moga keluarga yg bakal dibina sntiasa dlm REDHO Illahi)
5: Jam 
(bukan jam dinding, bukan juga jam loceng mahupun jam ban..gurau je..:-P) semestinya jam tangan. tanda MASA itu sungguh berMAKNA dgn kehadiran awak di sisi sy. En tunang ckp nk beli jam loceng, suh gerak awal pagi sbb sy jenis suka tido pagi. hehe. comeii kan? 
6. Coklat 
(ni belum beli, lg 2 bulan kot..cair plak.hehe)
7: Kek
(Ni pun sama).

Terima kasih akhi. Semuanya cantik2 sgt..!
Yg paling ctah sukaaaaa ::
Handbeg+wallet. 
Teruja sgt2 bila dpt.. Pandai en tunang pilih. 
Sayang kamoo lebih laa.. tak sabaq nak pkai dh ni..cepatla bulan 11. hehe

List barang ctah bg kat en Tunang ::

1. Baju 
(Satu keperluan yg menjadi kain menutup diri)
2: Sejadah
(Moga dikau menjadi IMAM yg terBAIK buatku dan bakal zuriat kita nanti.Amin)
3: Tuala 
(Mandi selalu..opsssss...!)
4: Jam
(Setiap detik bersamamu akn membuahkan KASIH SAYANG yg berpanjangan dan berkekalan. amin)
5: Wallet + tali pinggang
(Dikau mesin ATM ku kelak!)
6: Camera 
(belum beli lgi..insyallah nti da rezeki lebih ctah baru nk p cari.. camera penting kan, nak amik gambar kenang2an lepas kawen dan detik2 INDAH bersama. Akn ku ABADIKANNYA DLM POTRET HIDUPKU)
7: Buah2an
8: Coklat
9: Kek
(7,8 dan 9 belum beli. Hihihi)

OH YA! CTAH TAK MINTA ATAU BAGI KASUT..Sbb mak ctah tak bgi, mak ckp tak elok KASUT LETAK SEKALI DGN DULANG2 LAIN, TAK SETANDING DGN SEJADAH, TELEKUNG DAN BRG2 LAIN. SO BETTER TAK PYH KAN, PAS KWEN BELI JA LA.TAK SALAH PUN..

ALHAMDULILLAH
Selesai!
Now simpan dlm bilik brg2 tu takyah pikir sgt dah.
Tunggu nak hantar pergi butik dan suh diorg gubahkan.
Senang kan?
MOGA ALLAH MUDAHKAN SEGALA URUSAN KAMI
AMIN.
Doakan kami ya kalian!

Shopping sakan! TAPI puas hati sgt2..:-)


-Hanya padaMU 'kami' bergantung harap-



~Salam EidulFitri 1433H~

Bismillah

Assalamualaikum semua
Pejam celik pejam celik dh nak masuk hari raya ke-5
SYUKUR
Kerana masih berkesempatan nak meraikan hari kemenangan buat Muslimin dan muslimat.
Di kesempatan ini ctah nak mengucapkan 
SALAM EIDULFITRI 
buat semua sahabat handai tak kira di mana kalian berada.
Moga syawal kali ini membawa seribu RAHMAT dan BERKAT buat kita semua..
Mohon ampun dan maaf andai ada yg terasa hati dgn tutur kata, tingkah laku mahupun segala kekhilafan yg tidak sengaja mahupun yg disengajakan.

Maaf ya!
Baru berkesempatan nak wish raya kat blog,
Al maklumlah. sibuk sikit mnjelang eidulfitri
Mcm2 keja nk buat, tambah pula kak ngah abg ngah dh balik. so bilik dh di 'take over' oleh diorg, so jari ketaq sikit nak mengarang klu duk kat meja lain.
Special kan? hehe..
Limited edition uoallsss
:-)

[Coret2:: Psttt..pstt.. untunglahhh... even dh tua bangka umur 22+ pun dpt duit raya ok! nak tau brp ce teke, ce teke...heheh... alhamdulillah.. ctah dpt RM900+. hampir 1k. SYUKUR..:-) Rezeki nak MENIKOH kot. tahun last dpt duit raya kan.. actually abah, abg2 ipar yg bagi lebatttt..hihi. MAKASIH KORG! <3 UOALLLSSS so much laaa]



Jumaat, 17 Ogos 2012

~Menanti kepulangan~

Bismillah

Assalamuallaikum kalian.
Moga sentiasa dalam rahmat ALLAH.

YA ALLAH
Rinduku padamu susah diucap.
Sungguh!
Aku menanti kepulangan mu sayangku
Hati2 dalam perjalanan.
Moga ALLAH bersamamu tiap langkah dan gerak.
Mulakan perjalanan dgn BISMILLAH dan DOA.
Semoga selamat smpai ke PENANG dan ALLAH mudahkan segala2nya.
Jumaat malam akn berangkat dan insyallah pagi sabtu akn smpai.
Menanti dgn penuh SABAR

-Rindu yg tidak halal bagiku-
YA ALLAH. Maafkan hambaMU, 
aku hanya insan lemah yg selalu mgharapkan HIDAYAH serta BIMBINGAN dariMU
Sesungguhnya perasaan ini indah, indah lagi andai HALAL buatku
Permudahkan JODOH kami, 
Ringankan segala beban kami, 
Bantulah kami dalam melengkapkan sebahagian dari agamaMU,
SESUNGGUHNYA HANYA KAU TEMPAT KAMI BERGANTUNG HARAP

M.E.N.A.N.T.I

[Pesanan: Ya Allah, mudahkan perjalanan KAK NGAH dan ABG NGAH utk pulang ke Penang. Moga masih ada kesempatan buat kami sekeluarga berkumpul di hari raya. Amin]


Khamis, 16 Ogos 2012

~Dugaan 'kecil' Ramadhan~

Bismillah

Assalamualaikum semua.
Moga kalian terus diberi kekuatan oleh ALLAH dlm menempuhi segala ujian dan dugaan melanda.
Ramadhan ke-27
Allah hantar sedikit 'dugaan' utk menguji tahap kesabaran ctah.

Kali ni ctah diduga dgn 'motor'
Aduhaii..moto asyik buat hal ja..dah sebulan rasanyaa moto asyik meragam. Dari mula2 Ramadhan smpailah hari ni..
Yg peliknya, udah pergi baiki berkali2 tapi masih tak elok.
Sedih dan risau teramat.
Sungguh! MoTo tu sgt2 berJASA utk ctah... Rasanya tak terbalas walaupun akn hbs beratus2 utk dia..
Kalu ya pun ada duit lebih, xniat pun nk tukar baru..sebab im still fall in love with my Nouvo S. :)
Mula2 p kdai moto, tukaq bateri sbb tau dah bateri dah lama pkai, dh tiba masa kna tukaq. plus moto dok buat hal. alang2 tukar minyak hitam, minyak gear sekali. Ok..dh hbs rm100.
Next day, moto ku buat hal lagi..mula rasa cuak.. alahaii..slh psg bateri kaaa..
P balik, dia pomen2,dia ckp, bateri psg elok. myb plug. plug patah apa ntah.ok tukaq plug rm10.
Fine! Next day kuaq p BJ cari baju raya, alahaiii..moto ku buat hal lagii...:-(
Dia pomen2 taktau nk kata rosak mana... Tukaq tayar moto sbb tayar dh BOTAK..RM80 hbsss..
Ok..SEMINGGU KEMUDIAN
Ctah ada msg eya, kwn ctah, tny psl moto.kot2 dia ada pengalaman jd cm moto ctah tu.
Moto takleh nak press minyak laju2, klu laju jaa msti wat hal..so kna bawak dlm 40km/j shja. xpun benti tepi jalan dulu bru leh jalan balik.. SUSAH BUKAN?
Eya kata dia penah jd, katanya Timing belt yg rosak.
Tadi p kdai moto (kedai lain plak) utk tny psl timing belt tu, dia pomen2, ok katanyaa...
Ishhh..dah mula GERAM, MENYAMPAH, MELUAT...! Apahal laaa en nouvo oii..
Kau nak suh aku tukaq baru ka apa? hmmmm
Pastu, biasalah..adat kdai moto..benda tak rosak ckp rosak.. dia kata kena servis.. bnda apa ntah kotoq, so kena servis dan melayang rm30+rm18(Tukaq cover helmet).
OK! FINE!
Dah settle setelah 2jam menunggu. ctah gerak nk p cuci moto sebab moto manyaak kotoq, ditambah pula kena dgn tgn2 abg2 pomen tu..adoi..belegamm uooallsss.....
SO...bawak laa mto dgn rasa selamatnyaaa.
BISMILLAH
Baru melintasi kompleks belia dan suka PP, alahaiii..Motoku jadi balikkkkkkk
Kali ni bkn kena bawak pelan, terus takleh hidup.
DUGAAN APAKAH INI YA ALLAH?
Mau nangiss ctah, tpaksa benti tepi jalan...
Tolak la sorg2, pastu ALHAMDULILLAH..ALLAH hntar seorg hamba ALLAH ini stop moto dia dan tlg ctah tolak..dia kata takpa2, depan tu ada kedai moto..JOM KITA TOLAK
SYUKUR YA ALLAH
Tolak punya tolak...At last, nmpak sign board kedai moto..
Lega rasa hati tidak terkira..:-)
1st time ctah jmpa dan p kdai moto melayu.
Bila gtau masalah moto ctah, terus dia kata..haa..sy rasa sy tau apa masalahnyaa...
Owner kedai tu sgt2 PERAMAH dan baik hati..dia suh pkerja dia bukak dan periksa..
Pastu depa pomen2 dan akhirnyaaa masalah dpt dikenalpasti
yg rosak hanyalah VACUUM PAM PECAH. Hanya potong dan pasangkan semulaa..xperlu ganti apa2 pun.
senang kan?
ADUHAIII... Menyesal rasanya p kdai sebelum2 ni
Bila nak bayar, dia ckp eh takpalah.tak pyh.. pastu ctah ksian la kan..ya lah..nk check tu kena bukak smua kot... dh la posa2 nii.kesian kan.ctah bg rm20..IKHLAS krn ALLAH. 
Dia kata terima kasih adik, nanti mai la lagi kat sini..
SAYA MESTI SOKONG KEDAI ORG ISLAM LEPAS NII..WAJIB!
DAN SESIAPA YG TERBACA EN3 NI JADIKAN PENGAJARAN!
Kedai dia kat BATU UBAN.. nak bgtau nama kdai dn lokasi pun tak pasti..tp yg sebemum sunny point ada lorong2 yg mcm turun gaung skit tu..kat ctu laa...
SYUKUR.
MOTO KU DAH KEMBALI SIHAT
ALHAMDULILLAH


[Coret2:: Ada manusia diuji dengan kesukaran. Hingga diri rasa terhimpit ke hujung alam. Ada pula yang hidupnya tidak habis-habis diduga. Selepas satu, satu lagi dugaan tiba. Mungkin kalau orang biasa, mereka akan kelelahan, dan rasa hendak tenggelam dalam kelemahan. Kerana tiada tempat berpaut yang utuh. 
Tetapi bagi yang merapat dengan Ilahi, segala dugaan adalah kecil. Malah dugaan dan cabaran itu sendiri kadangkala menjadi kegembiraan untuknya. Tanda Allah SWT tidak meninggalkannya dalam kesenangan yang menipu daya. Bila susah, baru mudah mengingatkan dirinya kepada Dia.
Sebab orang yang merapat dengan Ilahi, yakin bahawa Dia ada. Wujud memerhatikan mereka, mengira segenap kesusahan mereka. Bahkan mereka yakin bahawa Ilahi lah yang menurunkan segala dugaan dan cabaran, lantas mereka berkata: “Semua ini ada hikmahnya, dan kami tidak mengetahui”
Maka mereka menjalankan tanggungjawab mereka. Yakni hidup sebagai manusia tanpa putus asa. Berusaha, berusaha dan berusaha.
Tanpa kecewa. 
Malah ada antara mereka, cabaran dan dugaan sudah menjadi seakan hiburan harian.]


Ahad, 12 Ogos 2012

~Welcome Home Dear~


Bismillah.
ALHAMDULILLAH
Selesai berbuka.
Menu : nasi tomato, ayam golek, sotong goreng tepung, murtabak, puding telur, the only homemade kue sfera dan cucur badak.
Erkkk.... Alhamdulillah.
Gambar? hihi. azam puasa tahun ni takmau upload apa2 gambar makanan. 
Insaf sat.. kesian kat golongan2 yg kurang bernasib baik kan? Besederhana dalam apa jua.
TAPI menu kat ats tu mcm over ja kan? terLAPAQ sikit hari ni..hehe..

Oh ya, hari ni ctah tak niaga kat bazar ramadhan.
Bos kasi MC uollls..hehe..
Abah rajin mengemas rumah hari ni, untunglah mak dpt suami yg rajin menolong.:-)
Moga bakal suami ctah jgk rajin mcm abah. 
Alang2 dah cuti, mak ajak p tgok anak abg zul.

My kakak ipar selamat melahirkan BABY GIRL yg ciut miut pada 19 RAMADHAN lalu. 
Aikk? Bila plak ctah ada kakak ipar? hehe.. actually kakak ipar sepupu la..tp ABANG ZUL tu dah mcm abg ctah sndiri, dari kecik duk dgn kami, membesar sama2. ctah mmg rapat dan mmg ctah anggap mcm abang sndiri. cumaa yg mnjadi batas adalah AURAT sbb dia bukan muhrim bg ctah. walaupun ramai di antara sahabat2 yg selalu amik mudah, diorg slumber jaaa bukak aurat dpn sepupu sepapat kan? JAHIL sebenarnya tu. sbb tu kita wajib belajar ILMU FARDU AIN. tambah ilmu, praktikkan dan amalkan.
-Abg zul sempat bg tips dan doa utk diamalkan agar urusan ijab dan kabul ctah dipermudahkan. makasih abang zul!-

TAHNIAH buat abg zul dan kak hawa.
rasa baru semalam p ziarah diorg ats kematian ank sulung diorg (ank sulung mniggal waktu baby, tak smpat lahir pun, dugaan hebat utk diorg. tp dah cukup sifat)
TAPI syukur..ALLAH dah ganti seorang puteri yg comel sgt.
Moga sayang ucu mmbesar mnjadi tahfizah dan muslimah solehah ya sayang!

Ni laaa pic anak buah ctah yg comelll tu..GERAM KAN? 
Kena cubit dgn ucu sampai terjaga tadi..sempat tengok muka ucu dan jeling2 gitu...
oh ya, lupa nak habaq, nama yg bakal diberi 
HURUL AIN.
TAPI diorg belum decide lagi...nti ctah update nama terbaru ek.hehe

Alahaii..sekali tgok mcm baby BOY sebab set tilam tu kaler biru..ni TOK  dia yg buat.. sebab diorg surprise taktau JANTINA. Btw tak ksh pun sbb baby tetap comell..hehe..:-P
hehe...comel ja baby buat muka cm ni kan? mcm insyirah kecik2.suka buat mulut muncung. time ni sekali tgok muka mcm mak su kandung diaa. maksu ainul. <3



[PESANAN: Moga ALLAH mudahkan aku dan dia dalam peroleh zuriat yg soleh dan solehah. sgt2 menINGINkan zuriat sendiri. AMIN
SALAH SATU DOA YG BOLEH DIAMALKAN UTK MUDAHKAN MENDAPAT ZURIAT:: (SILA RUJUK AL-QURAN UTK AYAT QURAN-NYA
"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..." (Surah Maryam ayat 4-5)]