Khamis, 16 Ogos 2012

~Dugaan 'kecil' Ramadhan~

Bismillah

Assalamualaikum semua.
Moga kalian terus diberi kekuatan oleh ALLAH dlm menempuhi segala ujian dan dugaan melanda.
Ramadhan ke-27
Allah hantar sedikit 'dugaan' utk menguji tahap kesabaran ctah.

Kali ni ctah diduga dgn 'motor'
Aduhaii..moto asyik buat hal ja..dah sebulan rasanyaa moto asyik meragam. Dari mula2 Ramadhan smpailah hari ni..
Yg peliknya, udah pergi baiki berkali2 tapi masih tak elok.
Sedih dan risau teramat.
Sungguh! MoTo tu sgt2 berJASA utk ctah... Rasanya tak terbalas walaupun akn hbs beratus2 utk dia..
Kalu ya pun ada duit lebih, xniat pun nk tukar baru..sebab im still fall in love with my Nouvo S. :)
Mula2 p kdai moto, tukaq bateri sbb tau dah bateri dah lama pkai, dh tiba masa kna tukaq. plus moto dok buat hal. alang2 tukar minyak hitam, minyak gear sekali. Ok..dh hbs rm100.
Next day, moto ku buat hal lagi..mula rasa cuak.. alahaii..slh psg bateri kaaa..
P balik, dia pomen2,dia ckp, bateri psg elok. myb plug. plug patah apa ntah.ok tukaq plug rm10.
Fine! Next day kuaq p BJ cari baju raya, alahaiii..moto ku buat hal lagii...:-(
Dia pomen2 taktau nk kata rosak mana... Tukaq tayar moto sbb tayar dh BOTAK..RM80 hbsss..
Ok..SEMINGGU KEMUDIAN
Ctah ada msg eya, kwn ctah, tny psl moto.kot2 dia ada pengalaman jd cm moto ctah tu.
Moto takleh nak press minyak laju2, klu laju jaa msti wat hal..so kna bawak dlm 40km/j shja. xpun benti tepi jalan dulu bru leh jalan balik.. SUSAH BUKAN?
Eya kata dia penah jd, katanya Timing belt yg rosak.
Tadi p kdai moto (kedai lain plak) utk tny psl timing belt tu, dia pomen2, ok katanyaa...
Ishhh..dah mula GERAM, MENYAMPAH, MELUAT...! Apahal laaa en nouvo oii..
Kau nak suh aku tukaq baru ka apa? hmmmm
Pastu, biasalah..adat kdai moto..benda tak rosak ckp rosak.. dia kata kena servis.. bnda apa ntah kotoq, so kena servis dan melayang rm30+rm18(Tukaq cover helmet).
OK! FINE!
Dah settle setelah 2jam menunggu. ctah gerak nk p cuci moto sebab moto manyaak kotoq, ditambah pula kena dgn tgn2 abg2 pomen tu..adoi..belegamm uooallsss.....
SO...bawak laa mto dgn rasa selamatnyaaa.
BISMILLAH
Baru melintasi kompleks belia dan suka PP, alahaiii..Motoku jadi balikkkkkkk
Kali ni bkn kena bawak pelan, terus takleh hidup.
DUGAAN APAKAH INI YA ALLAH?
Mau nangiss ctah, tpaksa benti tepi jalan...
Tolak la sorg2, pastu ALHAMDULILLAH..ALLAH hntar seorg hamba ALLAH ini stop moto dia dan tlg ctah tolak..dia kata takpa2, depan tu ada kedai moto..JOM KITA TOLAK
SYUKUR YA ALLAH
Tolak punya tolak...At last, nmpak sign board kedai moto..
Lega rasa hati tidak terkira..:-)
1st time ctah jmpa dan p kdai moto melayu.
Bila gtau masalah moto ctah, terus dia kata..haa..sy rasa sy tau apa masalahnyaa...
Owner kedai tu sgt2 PERAMAH dan baik hati..dia suh pkerja dia bukak dan periksa..
Pastu depa pomen2 dan akhirnyaaa masalah dpt dikenalpasti
yg rosak hanyalah VACUUM PAM PECAH. Hanya potong dan pasangkan semulaa..xperlu ganti apa2 pun.
senang kan?
ADUHAIII... Menyesal rasanya p kdai sebelum2 ni
Bila nak bayar, dia ckp eh takpalah.tak pyh.. pastu ctah ksian la kan..ya lah..nk check tu kena bukak smua kot... dh la posa2 nii.kesian kan.ctah bg rm20..IKHLAS krn ALLAH. 
Dia kata terima kasih adik, nanti mai la lagi kat sini..
SAYA MESTI SOKONG KEDAI ORG ISLAM LEPAS NII..WAJIB!
DAN SESIAPA YG TERBACA EN3 NI JADIKAN PENGAJARAN!
Kedai dia kat BATU UBAN.. nak bgtau nama kdai dn lokasi pun tak pasti..tp yg sebemum sunny point ada lorong2 yg mcm turun gaung skit tu..kat ctu laa...
SYUKUR.
MOTO KU DAH KEMBALI SIHAT
ALHAMDULILLAH


[Coret2:: Ada manusia diuji dengan kesukaran. Hingga diri rasa terhimpit ke hujung alam. Ada pula yang hidupnya tidak habis-habis diduga. Selepas satu, satu lagi dugaan tiba. Mungkin kalau orang biasa, mereka akan kelelahan, dan rasa hendak tenggelam dalam kelemahan. Kerana tiada tempat berpaut yang utuh. 
Tetapi bagi yang merapat dengan Ilahi, segala dugaan adalah kecil. Malah dugaan dan cabaran itu sendiri kadangkala menjadi kegembiraan untuknya. Tanda Allah SWT tidak meninggalkannya dalam kesenangan yang menipu daya. Bila susah, baru mudah mengingatkan dirinya kepada Dia.
Sebab orang yang merapat dengan Ilahi, yakin bahawa Dia ada. Wujud memerhatikan mereka, mengira segenap kesusahan mereka. Bahkan mereka yakin bahawa Ilahi lah yang menurunkan segala dugaan dan cabaran, lantas mereka berkata: “Semua ini ada hikmahnya, dan kami tidak mengetahui”
Maka mereka menjalankan tanggungjawab mereka. Yakni hidup sebagai manusia tanpa putus asa. Berusaha, berusaha dan berusaha.
Tanpa kecewa. 
Malah ada antara mereka, cabaran dan dugaan sudah menjadi seakan hiburan harian.]


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom share Idea. Thanks korang sbb sudi baca blog yg tak seberapa! :-)