Isnin, 1 Ogos 2011

~Sahur Pertama~

Bismillah
Assalamualaikum

Mood Pepagi Buta : MengUPDATE Blog :)

Salam Ramadhan Semua!!!
Alhamdulillah, Baru selesai berSAHUR bsama keluarga tersayang.
Ctah bangun tepat kul 4pagi. 
Bersihkan diri terus masuk dapur. 
1st ctah letak nasik, masak 2 jenis nasik. satu periuk utk abah guna beras Faizah Herba Ponni ( utk mnjaga Kencing Manis abah yg agak naik disbbkan Musim Buah baru2 ni ) satu periuk lg utk kami. Guna beras biasa jerk. :-)

2nd ctah panaskan lauk. Lauk ctah dah masak semalam pas terawih. Ctah masak Gulai Ayam. Alhamdulillah dpt pujian dr abah. Wlupun bg ctah agak terManis. tapi diorg tetap suka..syukur..

3rd Ctah masak lauk tambahan. Ctah try masak daging merah ala Melayu.:-) Daging dah rebus semalam so tak mngambil masa yg lama la utk masak pagi ni. Yes! Siappp!! *Masa tgh masak ni mak bangun, alhamdulillah, mak tak pyh susah2 dah mcm ctah kecik2 dulu, dulu time kecil just tunggu mak ketuk bilik n qeriau BANGUN!!!MAKAN SOQQQ :)*

Pastu ctah buatkan air utk abg long, buatkan oat n susu utk mak, tuangkan air dan sediakan ubat utk abah dan hidangkan semua makanan. 

Tepat Jam 4.45pagi siap semua. Time Gerakkan diorg utk btahajud & bsahur. Pas tu ctah gunakan kesempatan yg ada utk solat sunat tahajud, perkara ni mmg wajib bg kami skluarga. dulu time muda2 *heheheh, mcm la tua dh skrg, kikiki* time kecik2 la agak liat nak smbhyg tahajud, bila nak makan sahur msti abah tny, ha! adik n kakak dh solat tahajud ka? pastu mcm2 la abah tegur. solat la...nak solat tu 2 rakaat ja, sat ja..tak slh kita buat. hari lain mgkin susah tp skrg ni dh bgun nak mkn sahur baik buat. dan bla..bla...bla...
Masih tersemat di QOLBU. :)

Ok! Kul 5.45 dah selesai mkn semua. Kalut mandi dan bersiap nak ke Masjid dgn mak & abah.
ALHAMDULILLAH
Dapat berjemaah pd Waktu SUBUH pertama RAMADHAN di Masjid USM.
Jemaah lelaki nampak agak ramai, dlm 3 baris tp jemaah perempuan hanya 6 org ja. Moga2 bertambah jemaah pd hari2 akan dtg. Niat nak dgr kuliah tp blm start plak, Insyallah klu diizinkan ALLAH, esok dpt la ikut kuliah Dr Danial kat Masjid USM. Moga mberi Manfaat buat semua. *Moga diri ini diberikan kekuatan dan beristiqomah dlm melakukan amal soleh*

Pukul 6.40 balik rumah UPDATE BLOG. :)

Begitulah al KISAH ctah di sahur pertama pd bulan Ramadhan1432Hijrah.

Cukup di sini perkongsian ctah, insyallah jumpa lgi malam nti. nak bkongsi pulak tntang perjalanan puasa dan berbuka ctah. Tungguuuu..!!!!

*Ayuh kita bc Quran sblm smbung tido :P *


[Bingkisan Ilmu : Dari 'Abdullah bin Harits, dari seorang sahabat Nabi s.a.w, dia bercerita: "Aku pernah masuk menemui Nabi s.a,w, sedang beliau tengah sahur lalu bersabda: 'Sesungguhnya sahur itu berkah yang diberikan oleh Allah kepada kalian, oleh itu janganlah kalian meninggalkannya."

Dari Abu Sa'id Al Kudri Radhiallahu'anhu, Rasulullah s.a.w bersabda: "Sahur adalah makanan penuh berkah. Oleh itu janganlah kalian meninggalkannya sekalipun salah seorang dari kalian hanya minum seteguk air karena sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat kepada org2 yang makan sahur."
]




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom share Idea. Thanks korang sbb sudi baca blog yg tak seberapa! :-)