Isnin, 26 September 2011

~Percaya pada rezeki ALLAH~


Assalamualaikum semua. 
Maha suci ALLAH yg beri rezeki dan rahmat serta kasih sayangNYA buat kita.

REZEKI.
Rezeki memang ada di mana2. Sedangkan ulat dalam batu pun leh hidup cari makan. 
Apa lagi kita manusia yg cukup sempurna segalanya kan?? 
Ingat tak sal en3 last day? ctah ckp sal our new bisness? ala...Naz Mee Bandung tu la..
Ramai yg tanya, Eh...awt korg niaga mee bandung 3 jam je? kan kitorang start kul 3 dan ttup pkui 6ptg.
Jawapannya ialah
Kami taknak ganggu rezeki orang..Kami juai mee bandung pun niat dan target2 tertentu.Tapi utk menganggu rezeki org apatah lagi adik beradik sndiri. Bukan itu TUJUAN kami.
Ctah percaya pada rezeki ALLAH. SGT2 Percaya~!!

Td tanya my lovely ABAH about tips2 niaga..
Abah cakap amalkan solat dhuha...Tiap2 hari..
dan sememangnya abah ctah tak pernah tggal... selalu gak dok peqati..ALHAMDULILLAH..
Insyallah..Dah nekad dalam hati nak solat sunat dhuha everyday. 
Apa salahnya kan kita spend time utk ingat kat ALLAH.Sedangkan hari2 ALLAH tak jemu2 bg rezeki kat kita... Tak susah pun, bkn 10, 20 rakaat..hanya 2 rakaat..insyallah...5min slesai..Jumpa marka 2,3 jam pun tak terasa ni jumpa kekasih dan pencipta kita berkira sgt...Memang tak patut~~!!!
Semoga diri ini sntiasa beristiqomah dalam melakukan kebaikan, Amenn..


[Bingkisan ilmu : 
Fadilat Solat Sunat Dhuha :

Sebagaimana yang kita fahami bahwa setiap amalan yang disukai dan yang dilakukan oleh Rasulullah terkandung banyak hikmat dan fadilatnya. Begitu juga dengan fadilat bagi mereka yang mengerjakan solat Dhuha secara istiqamah.

Rasulullah bersabda yang bermaksud, 
“Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.”

Rasulullah bersabda lagi,
“Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat.”

Dari Nuwas bin Sama’an, Rasulullah bersabda:
“Allah berfirman: Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (yakni solat Dhuha), nanti pasti akan Kucukupkan keperluanmu pada petang harinya.”

Sementara itu di dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda:
Hendaklah masing-masing tiap-tiap pagi bersedekah untuk persediaan badannya. Maka tiap kali bacaan tasbih itu sedekah, setiap tahmid, setiap takbir juga sedekah, menyuruh kebaikan dan melarang kejahatan itu sedekah dan sebagai ganti itu semua, cukuplah mengerjakan solat Dhuda dua rakaat.” (Ahmad Muslim danAbu Daud) 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom share Idea. Thanks korang sbb sudi baca blog yg tak seberapa! :-)