Sabtu, 27 Ogos 2011

~Indah Ciptaannmu ADAM & HAWA~



Pernahkah anda tertanya-tanya mengapa Hawa dijadikan oleh ALLAH S.W.T di saat Adam a.s tidur? Jawapannya seorang lelaki apabila kesakitan, maka dia akan membenci, manakala wanita sebaliknya.
Bagi wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya. Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari tulang sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam pada saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan kesakitan dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan anak  dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebusnya dengan kehidupannya.
Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi qalbu (hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.
Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, "jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya." Maksudnya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang lelaki.
Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf.-iLuvIslam-

Ahad, 7 Ogos 2011

~Sedangkan lidah lagi tergigit.^-~

Assalamualaikum semua.

Cam ne Puasa korg? Harap2 berjalan lncar la ye. Ramai kwn2 perempuan ctah merungut sbb diorg ehem2. ( fitrah kaum hawa, fhm2 sndiri la ye ) di awal RAMADHAN. Diorg ckp tak best sbb tak dpt smbut puasa. Tapi bg ctah korg bertuah, mungkin ALLAH nak pilih korg utk MALAM LAILATUL QADAR nanti. Ya lah, mana lah tahu ALLAH nak korg tingkatkan amalan korg pada 10 malam terakhir kan. Kalu bulan mengambang time tu agak sukar la kan. INSYALLAH.
MOGA ALLAH BERI KESEMPATAN BUAT KITA MERASAI MALAM 1000 BULAN ITU
-LAILATUL QADAR-

Lama tak UPDATE, Konon2 hri tu semangat la nak update. Bkn malas sebenarnya cuma kurang rajin ye. :-P
Actually skrg ctah sibok dgn Biss On9. RM20 SEGERA. sbb tu skrg ni mood update blog kureng. Benda baru, tu yg byk kena belajar tu. :)

Eh2, bukan tu yg ctah nak crita sbnarnya, ya lah tgok title pun dh tersasar jauh.huhu. Sal Bis on9 tu nti la ye ctah update kat korg. 

-G.A.D.U.H-
Hmmm..Tak bestnye kalu kita gaduh dgn seseorang. rasa tak tenang ja kan.
Ctah gaduh *eh2, bkn gaduh sbnrnya, tp hny bertengkaq sikit je* dgn si dia setelah lama kami tak btengkaq. Biasa la tuh, sedangkan lidah lagi tergigit kan. :-P Dulu mmg kerap kami gaduh n btengkaq, tp bila dh lama tu, umur masing2 pun dah meningkat dah pndai pkir n dah lebih matang handle hub so kami just diam ja bila tgh marah.
DIAM kan bagus. DIAM leh mengelakkan drpd pertengkaran.

Tapi td kami gaduh la plak..ctah yg mulakan dulu. Ntahlah. Ctah tak tau salah sapa, ctah rasa ctah mcm btul, tp bila pkir2 balik mcm salah la plak. 
Atau ctah terlalu perntingkan diri? Hmmm..

Tak baik kan? sepatutnya bulan Mulia ni kita mengeratkan silaturahim. tp dah lain mcm ja jdnya. Takpalah. Semoga perselisihan faham ini hny sementara. 
*kadang2 gaduh dlm hub ni jugak dpt mengeratkan kasih syg. :-P*
Ctah rasa baik ctah DIAM dan hilangkan diri kejap. Semoga semuanya OK2 ja pasni.


AKHI ::


Jgn lupa bawak bekal kurma utk bukak puasa dlm bas, bwak air mineral skali k. Jgn lupa kunci jam bgun sahur. Jgn lupa tido awal dan rehatkan diri secukupnya. 
Semoga akhi tenang tnpa seketika tanpa nyak.  Moga dpt imamkan terawih dgn lncar
*Jgn trsangkut plak time imamkan terawih ok*

ILYSM


Isnin, 1 Ogos 2011

~Sahur Pertama~

Bismillah
Assalamualaikum

Mood Pepagi Buta : MengUPDATE Blog :)

Salam Ramadhan Semua!!!
Alhamdulillah, Baru selesai berSAHUR bsama keluarga tersayang.
Ctah bangun tepat kul 4pagi. 
Bersihkan diri terus masuk dapur. 
1st ctah letak nasik, masak 2 jenis nasik. satu periuk utk abah guna beras Faizah Herba Ponni ( utk mnjaga Kencing Manis abah yg agak naik disbbkan Musim Buah baru2 ni ) satu periuk lg utk kami. Guna beras biasa jerk. :-)

2nd ctah panaskan lauk. Lauk ctah dah masak semalam pas terawih. Ctah masak Gulai Ayam. Alhamdulillah dpt pujian dr abah. Wlupun bg ctah agak terManis. tapi diorg tetap suka..syukur..

3rd Ctah masak lauk tambahan. Ctah try masak daging merah ala Melayu.:-) Daging dah rebus semalam so tak mngambil masa yg lama la utk masak pagi ni. Yes! Siappp!! *Masa tgh masak ni mak bangun, alhamdulillah, mak tak pyh susah2 dah mcm ctah kecik2 dulu, dulu time kecil just tunggu mak ketuk bilik n qeriau BANGUN!!!MAKAN SOQQQ :)*

Pastu ctah buatkan air utk abg long, buatkan oat n susu utk mak, tuangkan air dan sediakan ubat utk abah dan hidangkan semua makanan. 

Tepat Jam 4.45pagi siap semua. Time Gerakkan diorg utk btahajud & bsahur. Pas tu ctah gunakan kesempatan yg ada utk solat sunat tahajud, perkara ni mmg wajib bg kami skluarga. dulu time muda2 *heheheh, mcm la tua dh skrg, kikiki* time kecik2 la agak liat nak smbhyg tahajud, bila nak makan sahur msti abah tny, ha! adik n kakak dh solat tahajud ka? pastu mcm2 la abah tegur. solat la...nak solat tu 2 rakaat ja, sat ja..tak slh kita buat. hari lain mgkin susah tp skrg ni dh bgun nak mkn sahur baik buat. dan bla..bla...bla...
Masih tersemat di QOLBU. :)

Ok! Kul 5.45 dah selesai mkn semua. Kalut mandi dan bersiap nak ke Masjid dgn mak & abah.
ALHAMDULILLAH
Dapat berjemaah pd Waktu SUBUH pertama RAMADHAN di Masjid USM.
Jemaah lelaki nampak agak ramai, dlm 3 baris tp jemaah perempuan hanya 6 org ja. Moga2 bertambah jemaah pd hari2 akan dtg. Niat nak dgr kuliah tp blm start plak, Insyallah klu diizinkan ALLAH, esok dpt la ikut kuliah Dr Danial kat Masjid USM. Moga mberi Manfaat buat semua. *Moga diri ini diberikan kekuatan dan beristiqomah dlm melakukan amal soleh*

Pukul 6.40 balik rumah UPDATE BLOG. :)

Begitulah al KISAH ctah di sahur pertama pd bulan Ramadhan1432Hijrah.

Cukup di sini perkongsian ctah, insyallah jumpa lgi malam nti. nak bkongsi pulak tntang perjalanan puasa dan berbuka ctah. Tungguuuu..!!!!

*Ayuh kita bc Quran sblm smbung tido :P *


[Bingkisan Ilmu : Dari 'Abdullah bin Harits, dari seorang sahabat Nabi s.a.w, dia bercerita: "Aku pernah masuk menemui Nabi s.a,w, sedang beliau tengah sahur lalu bersabda: 'Sesungguhnya sahur itu berkah yang diberikan oleh Allah kepada kalian, oleh itu janganlah kalian meninggalkannya."

Dari Abu Sa'id Al Kudri Radhiallahu'anhu, Rasulullah s.a.w bersabda: "Sahur adalah makanan penuh berkah. Oleh itu janganlah kalian meninggalkannya sekalipun salah seorang dari kalian hanya minum seteguk air karena sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat kepada org2 yang makan sahur."
]