Khamis, 27 Disember 2012

~Tips berguna membina Keluarga Bahagia~

50 Tips Terbaik Membina Keluarga Bahagia Oleh Dr Fadzilah Kamsah

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?

6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan Penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang menbeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang.
Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

31. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

32. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?

35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

36 Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

39. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.

40. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

41. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

42. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melalui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

43. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, Pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.

46. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

47. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

48. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, Rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

50. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukan riaadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua
orang.

credit to keharmonian rumahtangga dan keluarga Muslim

sedang menunggu kanda pulang kerja..Rindu kanda sgt2..:-)

~Kami BERTUAH & HEBAT~

Bismillah

Alhamdulillah
Kami sgt BERTUAH
BERTUAH, BERTUAH DAN BERTUAH
Di lahirkan dalam sebuah keluarga ISLAM yg sgt sempurna.
Punya mak yg sgt penyayang, memahami dan menjadi IDOLA hidup kami berTIGA.
sgt2 penting MAK mendidik kami jd manusia berguna yg taat agama dan mengajar kami erti sebuah kehidupan serta mak kekuatan hidup kami.
Tanpa mak adik dan kakak2 tak sekuat dan sehebat skrg. 
ALHAMDULILLAH
Kami sgt berSYUKUR
Punya abah sehebat abah.
walau apa tak byk bercakap. tapi KAMI tau jauh disudut hati abah, abah sgt menyayangi kami semua.
buktinya setiap pagi sudah bertahun lamanya abah tak jemu2 keluar mencari rezeki. 
mengerah keringat dan tenaga dgn bermandikan peluh
demi membesarkan kami,
sentiasa menyempurnakan kemahuan kami, kehendak kami dan keperluan kami
walau saat itu abah kekurangan
abah adalah sumber INSPIRASI kami
Abah sgt pentingkan AURAT dan IBADAT
Sehingga kami sebati dgnnya
Insyallah..akan kami pelihara semua didikan yg telah kau beri ABAH

YES
KAMI BERTIGA MEMANG HEBAT!
Kerana punya MAK DAN ABAH sehebat kalian
SAYANG MAK DAN ABAH kerana ALLAH
BERTEMU KITA DI JANNAH ALLAH


-suamiku jua hebat. Doakan ctah jd isteri yg hebat juaa-
Sayang abang kerana ALLAH


Selasa, 25 Disember 2012

~Dating with en suami @ p I e I s I t I a~

Bismillah

Alhamdulillah..dapat meluangkan masa2 INDAH bersama suami tersayang
HAPPY SANGAT2

K.E.N.A.N.G.A.N
23.12.12

Sgt indah dating bersama KEKASIH HALAL
Naik Euro Wheel together2
Jalan sambil berpegangan tangan..
Bangga ku rasa dapat bermesra dan berkasih-kasih bersama insan yg HALAL bgiku
S o sweet

Jelas keserian wajah pada kedua2nya.
Yes..we happy now

Love u suami..till jannah.Insyallah

Makan bersama. Jalan bersama mengeratkan Hubungan



Contohilah Rasulullah 

Rasulullah minum daripada gelas yang sama dengan isterinya. Bahkan baginda mencecahkan bibirnya pada tempat di mana betul-betul bibir isterinya minum. Bahkan pada saat-saat akhir pemergiannya pun baginda meminta Siti Aisyah melembutkan kayu sugi dengan menggigitnya dan kemudian baginda minta disugikan dengan kayu sugi tersebut. Hinggakan kerana itu Aisyah menyatakan air liurnya dan air liur baginda bertemu sehingga saat akhir menuju kewafatannya.

Teringat kenangan kemarin di Pesta
makan jagung bersama di kaki jalan,
Indah tika kanda suap dinda, kanda gigit jagung di tempat yg sama dinda gigit
Terima kasih kanda <3

~Ujian asam garam kehidupan~

Bismillah

Ujian hidup.. selalu menimpa ke atas kita makhluk ALLAH
Tiada siapa yg terkecuali.
Termasuklah kekasih ALLAH. Nabi Muhammad s.a.w
sentiasa di uji dgn pelbagai dugaan spnjang menyampaikan AGAMA Allah.
Tetapi baginda tidak pernah mengeluh malah terus bangun memperjuang ISLAM.
AGAMA SUCI DARI ALLAH TAALA

Ya ALLAH..
Siapakah aku yg ingin melawan takdirmu?
tiap yg KAU aturkan utkku adalah yg terBAIK walaupun kdg kala ianya menyakitkan.
kerana...hanya ENGKAU yg lebih mengetahui HIKMAHNYA.

Jika dahulu di sekolah.. kita BELAJAR sebelum mengambil UJIAN
tetapi KINI.. dalam kehidupan..
Kita diberi UJIAN sebelum BELAJAR.

Belajar dari ujian yg ALLAH kurniakan
INSYALLAH
Kita akn lbh matang dan mghargai



Khamis, 20 Disember 2012

~Terkilan~

 Bismillah

Hari ni,
20122012
Terkilan rasa hati
Sedih sangat
Hanya ALLAH yg tahu.
Susahnya nak luah..
hanya memendam pelbagai rasa

Kuatkan hatiku ya Rabb
Bertahan akhirnya menitis jua air mataku
Berilah ketabahan yg luar biasa utk aku menghadapi apa jua masalah.

Insan kerdil yg mendambakan kasih sayang ALLAH.


Rabu, 19 Disember 2012

~Air tangan isteri pengikat kasih sayang suami~

Bismillah.

Syukur atas anugerah menyayangi kekasih halalku duniawi dan ukhwari. 
Semakin hari semakin sayang,
makin rindu dan makin kasih,
kepada dia
Si jantung hati
SUAMI yg ku PUJA dan KAGUMI
Tak henti2 melayan karenah isteri,
 membantu membuat kerja rumah dikala isteri kalut dengan tugasan universiti,
yang paling tersentuh suami sentiasa SABAR dgn perangai isteri yg kadang2 sukar dijangka.
SUBHANALLAH
Terima kasih ALLAH.
Kau kurniakan aku SUAMI sehebat dia.
moga kasih kami berkekalan sampai ke syurgaMU

AIR TANGAN ISTERI PENGIKAT KASIH
Moga ctah sentiasa diberi kekuatan dan kesempatan utk masak
dan belajar utk penuhi selera si suami tercinta. (syukur sgt2 si suami bukan jenis cerewet)
walaupun skrg sibuk sebagai sorg yg bergelar pelajar tapi insyallah. akn ctah cuba sebaik mungkin penuhi kewajipan sebagai seorang isteri.
walau sibuk, 2,3kali pun akan ku luang utk masak.
INSYALLAH.

ALHAMDULILLAH
Hari ni sempat masak sebab kelas pun dah byk takda.
next week dah masuk mggu ulangkaji. so kelas pun dah byk batal

menu today::
kari ikan kembung,
sambal tumis tauhu,
ikan goreng,
sayur brokoli (feveret en suami)
ulam-ulaman dan sambal macang

khas buatmu
pemilik hati

Isnin, 10 Disember 2012

~Kehidupan selepas Akad~

Bismi...bismi....bismiii bukan bistiii. kwn pak ucu nama apa? Bismi..hehe
comel jaaa pak ucu ajar ank buah sebut bismilah dgn elok. kakak asyik sebut bistilah aje. syukur laa.. lidah dh ok sebut bismi..

Bismillah

Syukur ats anugerah hidup sempurna buat ctah
Dikurniakan suami yg sgt memahami, yg sgt prihatin dan yg sgt baik mendidik dan membimbing ctah
Kehidupan lps kawen, sgt2 bahagia. 
sukar diungkap dgn kata2
Segalanya berubah dlm sekelip mata. 
Mmg lain kehidupan lps kawen, nak buat kputusan atau ssuatu pkara msti utamakan suami. perlu jaga maruah suami, kehormatan suami.
Bangun ja tido. nampak suami dlu. nak tido suami yg tidokan.
SUBHANALLAH.
INDAHNYA CINTA SELEPAS AKAD

nak cerita banyak2 tak molek pulak untuk tontonan umum, biarlah rahsia suami isteri hanya kami berdua yang tahu. yang pasti CTAH BAHAGIA.

Mohon kalian terus mendoakan ctah dan suami bahagia smpai syurga
Juga cepat2 dikurniakan anak-anak yg comel dan cantik akhlaknya.
PeCinta al-Quran dan Sunnah,
Taat ibubapa dan perintahNYA,
Penegak syiar Islam sejagat,
Cerdik lagi pintar,
Menjadi rujukan manusia duniawi,
dan yang penting,
Soleh dan Solehah
penyejuk hati ibu dan abi dunia akhirat.



Ahad, 9 Disember 2012

~Alhamdulillah..Kini aku bergelar ISTERI~

Bismillah

ALHAMDULILLAH
Setelah lama menyepi di laman Blog, hari ni... malam ni..saat ini..diberi kekuatan utk menulis sedikit en3 tentang kehidupan BARU yg sgt INDAH.

SYUKUR PADAMU yg tidak terhingga
ALLAH SWT
Pada hari SABTU 03.11.12 dan tepat jam 10.28pagi
Ctah sah menjadi isteri kepada insan bernama Teuku Muhammad Yanis Teuku Muhamad Dahlan
Semuanya berjalan dgn lancar ats RAHMAT dan limpah KASIHMU ya RABB.. Sang Pencipta ALAM

Hanya ALLAH yg tahu mcm mana perasaan tika itu, sebak, seronok, bahagia, gembira, hiba, dan 1001 rasa yg tidak mungkin dpt digambarkan dgn kata2. Menyayangimu selama 7 Tahun lebih sudah cukup buat diriku bahagia saat lafaz AKU TERIMA NIKAHnya akhirnya termeteri juaa. LAFAZ yg menjadi DAMBAAN aku dan tiap wanita di dunia ini

Terima kasih suami. 
kerana sudi menjadi suami buatku, menjadi IMAM buat makmum yg belum sempurna, menjadi teman mengesat air mataku tika hiba, menjadi teman mengukir senyum tika aku gembira, menjadi teman ketawa tika aku kelucuan, menjadi teman berborak tika aku kesunyian, dan menjadi PENYEJUK HATI tika aku dalam kemarahan.
SUAMI
Tiada ungkapan yg mampu aku ungkapkan buatmu..
Hanya DOA agar rumahtangga yg kita bina bahagia selamanya hingga ke syurga yg ABADI.
Didiklah aku jadi makmum mu yg sempurna..
Didiklah aku jadi muslimah solehah,
Bimbinglah aku jadi isteri taat suami,
Bimbinglah aku jadi anak yg patuh pada ibubapa
Juga Ajarkan ku jadi IBU SOLEHAH buat anak2 kita nanti...
SUAMI
Mengalir air mata saat ini...
sungguh! Kau kotakan janjimu jua.
Ayuh suamiku... Bersama melayari bahtera rumahtangga berlandaskan AL-QURAN dan SUNNAH
Bertunjangkan BAITUL MUSLIM didikan Rasulullah,
Bersama menuju KELUARGA yg diredhoi ALLAH..

Sesungguhnya,
Mencintai dirimu suamiku adalah ANUGERAH yg tidak terNILAI harganya.
INTAN SAYANG DAN CINTA KANDA SELAMANYA.
DUNIA AKHIRAT.
CINTA SAMPAI SYURGA SUAMIKU
MUHAMMAD YANIS