Rabu, 6 Mac 2013

~Nukilan buat anak ummi~

Bismillah

ALHAMDULILLAH
bersyukur atas rahmatMU ya ALLAH, ctah dan baby masih dlm keadaan selamat,
walaupun kesihatan ctah agak terganggu,
perut sakit yg teramat,
boleh dikatakan lebih teruk daripada 'senggugut'
sakitnya berganda,
hanya ALLAH yg tahu.
dari kul 3 pagi semalam asyik meragam perut ni ditambah pula dgn muntah yg teruk
syukur dikurniakan suami yg baik hati,
sudi bangun dan meneman isteri yg sedang diuji oleh ALLAH,
sekurang2nya kesakitan ini kurg terasa apabila en suami setia menemani isterinya.
Dalam hati sgt sebak, sebak mengenangkan pengorbanan insan bergelar 'mak' yg penat mengandung, melahirkan, membesarkan dan memberi segala2nya utk ctah.
Memang patutlah dikatakan SYURGA ITU DIBAWAH TELAPAK KAKI IBU
Pengorbanan MAK sgt besar. Hargailah mereka sementara roh mereka masih di jasad, sementara mereka masih bernyawa.
walaupun ctah masih pd peringkat awal, tp kesakitan dan beberapa alah yg dialami buat ctah terkenang sgla pengorbanan mak. kerap kali air mata gugur bila mengenangkan insan bernama 'mak'.

Sedikit nukilan buat bakal anak ummi,
semoga ALLAH panjangkan usiamu utk sempat membaca hasil nukilan ummimu ini

Anak ummi sayang,
bila besar jadilah org beriman,
jadilah org bertakwa,
taat penciptamu iaitu ALLAH azawajjalla,
ikut sunnah nabimu, Muhammad saw,
patuh kata ummimu, dengar kata abahmu,
dan jadilah org yg berguna dalam kalangan manusia,
sesungguhnya,
bukan senang ummimu mengandungkan kamu,
TAPI
atas nama AMANAH, 
atas nama CINTA,
atas nama KASIH,
atas nama sebuah PENGORBANAN,
Ummimu redha, ummimu pasrah dan ummimu sanggup mghadapi apa jua rintangan demimu sayang.
SEMOGA ALLAH PELIHARA ZURIAT UMMI INI,
Sehingga dapat ummi mengucup dahimu,
memeluk erat tubuhmu,
mengajar kamu mengenal ALLAH dan rasulNYA,
dan membesarkan kamu utk menjadi manusia yg boleh berbakti pada AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.
AMIN YA RABB

Ummi to be
Nasyitah Nazari 
(6mac2013 11.11pm)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom share Idea. Thanks korang sbb sudi baca blog yg tak seberapa! :-)