Khamis, 27 Jun 2013

~Suamiku~

Bismillah

tertarik dengan satu cerita pendek tp sgt mendalam maksudnya,
menitis terus air mata saat ini,
catatan ini bukan dari ctah tapi ctah dapat dari bacaan di FB,
tetapi ianya sgt2 tepat dengan diri ctah,
beginilah situasi yang sering berlaku

Ketika isteri mengandung...

ISTERI : (mukanya masam dengan suaminya)

SUAMI : (perasan perubahan isterinya, jika dulu kalau balik kerja je mesti isteri sambut dengan senyuman dan sedikit aksi menggoda)

Malam sebelum tidur..

ISTERI : Abang.. Saya minta maafff.. (peluk suaminya yang baring di katil)

SUAMI : Sayang minta maaf kenapa..? (buat2 x tahu)

ISTERI : Saya bermasam muka je dengan abang sejak mengandung, rasa berdosa kt abang saya pun tak tahu kenapa bang.. Rasa x sedap badan, macam2 rasa...

SUAMI : (senyum dan usap rambut isteri, kemudian cium dahinya) Sayang, abang faham. Pembawakan baby ni..(usap perut isteri) Minggu lepas abang pergi kuliah agama kt masjid, kebetulan isi ceramahnya ada sebut tentang ni. Isteri tak berdosa kalau hormon dan emosi berubah ketika mengandung hingga bermasam muka dengan suami. Sebelum ni sayang tak pernah bermasam muka, tak pernah kurang melayan abang. Untuk pengetahuan sayang, abang setiap hari dah pun maafkan sayang supaya sayang sentiasa selamat, bahagia dan Allah lindungi.

ISTERI : (peluk erat2 suaminya)

*******


PENGAJARAN : Jadilah suami yang penyabar, bukan terus melenting jika isteri berubah emosi. Sudah jadi suami jangan berhenti belajar ilmu agama, penuhi majlis2 ilmu di masjid atau di mana sahaja kerana ilmu yang sampai pada kita boleh jadi panduan kehidupan. Sentiasalah memaafkan isteri, kerana Syurga isteri pada redha suami.

Akhi, 
nyak sayang akhi, 
nyak masam2 muka, nyak badmood tak menentu, nyak marah2 dan kadang kala tinggi2 suara bukan sengaja sayang, tp sukar nyak nak jelaskan,
mood nyak sejak prgnant sangat2 pelik dan cepat berubah,
maafkan nyak zahir batin sayang
nyak sayang akhi kerana ALLAH
SYUKUR SGT2 sebab akhi suami yang HEBAT! Sntiasa memaafkan nyak walau macam mana pun tingkah laku nyak,
terima kasih sebab menjadi suami yang memahami.
MOGA AKHI REDHO KAT NYAK SEBAB REDHO ALLAH TERLETAK PADA REDHO SUAMI

:(

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom share Idea. Thanks korang sbb sudi baca blog yg tak seberapa! :-)