Selasa, 17 September 2013

~Aku masih di sini~

Bismillah

Tika mereka sibuk dengan jubah itu,
aku masih di sini,
tika mereka sibuk dengan bunga yang pelbagai warna dan rupa,
aku masih di sini,
tika mereka sibuk bergambar pelbagai gaya dan aksi,
aku masih di sini,
menghabiskan perjuangan terakhir,
menghabiskan sisa-sisa hidup di bumi Minden,
aku masih dan terus di sini,
berusaha sebaik mungkin menamatkan segulung IJAZAH buat mereka yg ku sayang,
bersyukurlah duhai insan,
belajar menghargai apa yang ada di depan mata,
setiap yang berlaku ada hikmahnya,
Ya.... Hikmah yang sangat hebat,
kini aku lebih mengerti,
terima kasih oh Tuhan atas kurniaan ini,
'makhlukMU' yang ku kandung selama 9 bulan 17 hari ini adalah bukti besar dan hebatnya hikmahMU,
'insan' ini juga adalah sumber kekuatanku kini,
biar mereka di sana meraikan 'Hari Bersejarah' itu,
kerana kejayaan ini sememangnya milik mereka,
aku tumpang gembira sahabat-sahabatku yang ku sayang,
Doaku buat kalian,
moga berjaya di dunia dan akhirat,
tahniah dan syabas buat kalian semua,
doakan diri ini agar terus kuat menghabiskan baki pengajian 4 bulan lamanya,
dan berjaya seperti kalian,
apa yang pasti,
ini bukan penyudahnya,
masih jauh perjalanan kita menuntut ilmu,
ibarat kata pepatah
"menuntut ilmu hingga ke liang lahad"

Nukilan
Nasyitah Binti Nazari a.k.a Ummi ctah
17/09/2013 bersamaan 11 Zulkaedah 1434
10.15pm


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom share Idea. Thanks korang sbb sudi baca blog yg tak seberapa! :-)