Ahad, 24 Mac 2013

~Pemeriksaan kedua~

Bismillah

Alhamdulillah
dah masuk fasa atau trimester-2 sudah tanggal 21hb Mac lalu,
syukur padaMU,
moga terus diberi kekuatan olehNYA utk menempuhi segala dugaan sebagai seorg bakal ummi.
 21hb bersamaan hari khamis lepas, 
ctah ke Klinik Kesihatan Ibu dan Anak TTS utk pemeriksaan bulanan,
ini hasilnya

Baru tau my blood group is: AB+
HB : 13 (good)
Berat naik 1.1kg walaupun asyik muntah. (xbrp nak normal, kalu kenaikan sihat 0.5kg setiap sebulan dlm tempoh masa 5bulan pertama)
dan yg paling merisaukan tekanan darah turun dari bulan lepas,
tekanan darah ctah sgt rendah
100/60 
Patut pun sjk kebelakangan ni asyik nak pitam dan pening2,
bila bangun dari tido/baring mesti nak jatuh, kena pelan2 jalan,
kalau kuar dari kelas yg sejuk, kena cahaya matahari pun rasa mcm nak tumbang ja,
So MISI skrg ni, nak kena naikkan darah balik,
kena mula makan kerang, daging dll yg boleh tingkatkan darah.

Waktu di KKIA,
diorg amik darah 3 botol
utk check tairod (doc suspek ctah ada tairod),
agak merisaukan tp cuba kuatkan semangat, semoga terus diberi kesihatan yg baik oleh Allah,
dan darah diambil untuk check kencing manis,
dan yg paling 'mencabar' ctah kena minum air gula,
huh! air gula yg sgt manis, satu cawan besar ok!
dgn keadaan yg muntah dan alah tp syukur,
bila teringat 'little caliph' dalam perut ummi ni,
kekuatan tu terus datang,
'Apa pun demimu Sayang'
Semoga kekuatan ini terus mengiringi diri ctah hingga sampai saat di mana 'permata ummi' bakal dilahirkan.

ALHAMDULILLAH
Pemeriksaan kedua dimudahkan ALLAH,
Big thanks to en suami yg sudi dtg awal ambilkan nombor, (dpt no 1 ok!)
dan teman cik isteri sepanjang di kkia.
Jasamu tetap ku kenang
Love u till Jannah suamiku.


Jumaat, 15 Mac 2013

~3 bulan sudah~

Bismillah

ALHAMDULILLAH
Selesai bersarapan nasi lemak+teh tarik,
hari ni lapar awal, minta en suami belikan sarapan.
Terima kasih kanda!

Jumaat penuh barakah,
Usia kandungan menjangkau 12 minggu bersamaan dgn 3 bulan,
Syukur! Syukur! Syukur!
Rahmat tidak terucap.
196 hari lagi bakal melahirkan khalifah soleh ke dunia,
doakan segalanya dimudahkan ALLAH,
Hati ini rasa tidak sabar masuk 2nd trimester iaitu pada 21 Mac ni,
harap2 segala alah dapat kurg dan hilang terus barangkali,
dan lega sikit rasa hati jika melepasi 1st trimester sbb dalam trimester pertama ni sgt2 berisiko tinggi utk keguguran. Nauzubillah. sbb kandungan masih terlalu kecil dan masih dlm peringkat perkembangan janin.
bila dh masuk 2nd trimester, janin dah berkembang lebih pesat dan mula membentuk baby serta risiko utk keguguran semakin tipis.


maklumat lengkap tentang kehamilan ctah.

ALLAH ALLAH ALLAH
Mudahkan segala urusan hambaMU ini
Amin ya Rabb


Selasa, 12 Mac 2013

~11 ragam Ummi to be~

Bismillah

ALHAMDULILLAH
bersyukur atas semua peluang dan rahmat ALLAH dari dulu sampai skrg,
Ibu hamil ni mcm2 karenah dan fiil sikit,
kadang2 pelik dan diluar jangkaan,
bak kata org 'macam2 ragam'
dulu rajin dok mengutuk kat kakak2, ctah kata diorg ngada la, manja sgt la, bila dh alami sendiri hamikk kau..! rasakan.
tapi kenangan inilah yg indah dlm hidup,
sbb xsmua org alami dan diberi kesempatan merasai detik2 mengandungkan bakal khalifah.
Sejak mengandung ni, ada beberapa perkara yg ctah dapat kesan.
Antaranya ialah ::

1. Kalau dulu peminat tegar Vitagen, skrg ni tekak xleh terima lgsung, mnum sikit sure nak muntah balik. anak2 buah mesti suka kan? xyah nak berebut ngan ucu dah..haha

2. kalau dulu masakan mak 'daging masak kunyit' jd salah satu kegemaran, skrg ni..adoii.. xterima dek tekak. sabo ja lah

3. kalau dulu ctah ni antara anak dara yg rajin memasak dan menolong mak di dapur tp skrg, dapur pun xleh jejak, klu masuk ja dan bau mak tumis menumis tekak jd loya dan nak termuntahhhhh.

4. Kalau dulu ctah penggemar Milo ais, skrg ni bukan setakat penggemar, tp dah gila habis a.k.a taksub dgn Milo Ais, sehari xkena boleh nangis ooo.

5. Kalau dulu ctah ni 'kaki berjalan @ window soping tp skrg jd sorg yg sgt baik. Isteri solehah terperuk kat rumah. lg best kalu tido kat umah tanpa buat apa2 keja...anak dara pemalas.!

6. Kalau mula2 kawen dulu, sgt 'gilakan' bau perfume en suami, skrg ni.. Aduhaiii... bau menyengat dan en suami terpaksa hentikan pemakaian perfume buat smntara waktu.

7. Kalau dulu jarang mkn buah2an mcm jambu tp skrg hari2 WAJIB kena beli dan makan buah jambu potong+serbuk asam (sampai kena sound dgn anak buah 'ibu, hari2 ibu makan ni, makan ni, makan nii!!! nanti otak lemah baru tau. haha...kak long ctah mmg larang anak dia mkn benda2 masam sbb benda masam melemahkan otak).

8. Kalau dulu masuk tandas ja mesti takda hal, tp skrg.. asal masuk tandas mesti dgr ctah 'uweeekk' xmuntah pun loya msti ada. xleh bau tandas even tandas dah dicuci everyday.

9. Kalau dulu sehari 4,5x ctah gosok gigi tp skrg time nak gosok gigi paling seksa, mmg loya sgt2 laa....xtau punca dia ubat gigi atau apa tp mmg menggelikan.. tp ttp kuatkan smngt utk gosok sbb ctah jns xsuka org xgosok gigi. blh dikatakan setiap malam time nak gosok gigi tu ctah muntah..tambah2 kalu isi perut penuh..mmg kuaq balik la smua makanan.

10.Ni mmg parah, bau bilik tido sndiri pun xleh.. Ya ALLAH, susah nak habaq cm na ctah rasa, mmg rasa busuk gila2 la bilik ctah ni, en suami pulun la berkemas, kami tukar cadar, selimut smua basuh tp ttp sama bau dia. even letak pewangi pun tak brubah. tetap nak muntah...tp mula2 masuk ja la, pas 2,3jam dlm bilik dah ok..memang menyiksakan..:(

11. Lapaq, lapaq lapaq ja keja ctah, setiap 2 jam mesti lapaq... walaupun sjk prgnant ni rasa nikmat makan dan nikmat sedap tu dah hilang tp krp sgt perut ni minta diisi... dok dlm kelas ja mesti perut berbunyi, klu dulu sarapan mmg tolak tepi, tp sjk prgnant ni sarapan lmbt skit perut meragam. Nikmat sedap dan selera mkn mmg kurg tp gagahkan diri utk mkn sbb xnak perut sakit dan nak anak dpt khasiat cukup tepat pada masanya. 

Macam2 kan fiil ctah sjak mengandung ni,
tp kan perasan tak? asal semua mcm negatif jaa..hehe
xdak plak tiba2 rajin mengemas, memasak atau apa2 yg positif.
ish3, masalah2..doakan ctah punya alah dan fiil ni hilang segera na,
teringin nak back to normal.
Dan nak lebih baik dr sebelum2nya.
Moga ummi to be dan my future little caliph sentiasa dipelihara ALLAH dunia akhirat.
AMIN YA RABB


Sabtu, 9 Mac 2013

~Rajuk~

Bismillah

Hujan lebat di luar sana,
mengenangkan en suami yg sedang penat mengerah tenaga,
mencari nafkah utk cik isteri dan bakal khalifah soleh,
Terima kasih kanda!


Rajuk ku dia pujuk,
rajuknya ku pujuk,
hidup suami isteri,
pasti ada masa terlajak kata, tersalah bicara, tersilap langkah dan tercuai sikap,
YA ALLAH
Jadikanlah aku isteri solehah penyejuk hati suami.
betullah kata pepatah
'Sedangkan lidah lagi tergigit, Inikan pula suami isteri'


Jumaat, 8 Mac 2013

~Ummi to be(mengidam)~Part 6

Bismillah

ALHAMDULILLAH
Hari perut dah beransur pulih, moga kekal mcm ni la ya wahai cik tummy,
anak ummi plis be good to ummi,
kaki masih sama, asal kerap bjalan, mula sakit,
mybe salah satu alah utk ctah,
En3 kali ni nak cite sal MENGIDAM
Sejak prgnant, takda lah ngidam sgt,
biasa2 ja, xngidam teruk2 pun,
mgkin masih awal, nt mai perut dh besar jenuh en suami kena layan la beli itu ini,
buat masa ni hanya dua benda yg ctah teringin sgt nak makan,
mula2 prgnant dulu memang teringin gila

1.Gula-Gula,
bkn gula2 biasa tp gula2 yg zaman kanak2 dlu ctah mkn,
gula2 perisa pelbagai yg bekas dia dalam tin, ada glukos yg kita panggil bedak, manis2 gitu.
adoii.. mmg teringin tahap cipan punya la,
gtau en suami, dia taktau gula2 tu,
so utk memudahkan misi pencarian beliau,
ctah godek2 tenet dapat laa gambarnya,
sent kat hp en suami dan dia kuar dr ptg smpai ke malam cari gula2 tu,
akhirnya
alhamdulillah
en suami pulang dgn kejayaan.
cik isteri tersenyum penuh riang.

gambar ihsan en Google
2.Biskut samperit
Oh ini memang perit bila teingat akan dia,
mula teringin waktu tgk cerita upin ipin,
yg episod upin ipin buat biskut samperit ngan kak ros utk opah bawak p umrah tu,
ya ALLAH, mmg kecur air liur ja bila teringat biskut samperit,
syukur la ada yg sudi buatkan,
along oder kat kwn dia,
then along n abg long g amik,
alhamdulillah
terlaksana impian.

gambar dr i sendiri ok. nilah rupanya. memang sedap tp agak terhangit sikit


Khamis, 7 Mac 2013

~Salam rindu buat 'tok'~

Bismillah

Tok, adik rindu kat tok,
tok nak tau? adik dah kawen dah pun, dan dah nak jadi ibu pun,
tak sangka kan? adik dah sebesar skrg?
kalu tok ada, mesti tok bahagia tgk kami smua dh berkeluarga,
kak ti dah ada 2 anak pun, 
kak ngah pun sama,
tok doakan adik na,
semoga adik dpt jd isteri, ibu dan wanita solehah.
adik rindu tok sgt2,
semoga tok tenang di sana,
semoga tok di tempatkan dalam kalangan org2 yg beriman,
SATU SAAT PASTI KITA BERTEMU.

AL FATIHAH buat arwah tok
'RAMLAH SAAD'

Pergimu tiada ganti.
Dikau penyeri zaman kanak2ku,
walau tak sempat membalas keriangan tok dulu tapi doa adik mengiringi tok dunia akhirat.

~Syukran ya Abi~

Bismillah

Hari ni perut dah beransur pulih,
cuma masih sakit utk seketika dan akan hilang dan muncul pada bila2 masa,
tp diuji pula dgn kaki yg sakit, blkg buku lali belah kiri sgt2 sakit sehingga tpksa jalan tjengkek2,
insyallah 'sabar itu indah'
bukan nak merungut tp skdar ingin berkongsi pengalaman di blog,
mgkin boleh dibaca pada masa akan dtg dan mnjadi sebuah nukilan yg 'terkesan' buat insan2 tersayang,

En3 kali ini cuma mahu mendedikasikan ucapan 'terima kasih' buat suami tercinta,
beberapa hari lepas bukak laci meja study,
ada beberapa keping wang yg diKHASkan oleh our 'little caliph',
terima kasih abah,abi,daddy,ayah,walid.

abi/abah siap stapler lagi dgn nota comel tu. 

ALHAMDULILLAH
kami mula buat perancangan dan simpanan sedikit buat bakal khalifah pintar kami,
menabung 'sikit2 lama2 jadi bukit'
walaupun xbyk, tp INSYALLAH ianya mencukupi,
semoga segalanya dimudahkan ALLAH
AMIN YA RABB

ps:masih tiada kata penamat utk panggilan our little caliph buat en suami. abah atau abi.. masih confius. hihi


Rabu, 6 Mac 2013

~Nukilan buat anak ummi~

Bismillah

ALHAMDULILLAH
bersyukur atas rahmatMU ya ALLAH, ctah dan baby masih dlm keadaan selamat,
walaupun kesihatan ctah agak terganggu,
perut sakit yg teramat,
boleh dikatakan lebih teruk daripada 'senggugut'
sakitnya berganda,
hanya ALLAH yg tahu.
dari kul 3 pagi semalam asyik meragam perut ni ditambah pula dgn muntah yg teruk
syukur dikurniakan suami yg baik hati,
sudi bangun dan meneman isteri yg sedang diuji oleh ALLAH,
sekurang2nya kesakitan ini kurg terasa apabila en suami setia menemani isterinya.
Dalam hati sgt sebak, sebak mengenangkan pengorbanan insan bergelar 'mak' yg penat mengandung, melahirkan, membesarkan dan memberi segala2nya utk ctah.
Memang patutlah dikatakan SYURGA ITU DIBAWAH TELAPAK KAKI IBU
Pengorbanan MAK sgt besar. Hargailah mereka sementara roh mereka masih di jasad, sementara mereka masih bernyawa.
walaupun ctah masih pd peringkat awal, tp kesakitan dan beberapa alah yg dialami buat ctah terkenang sgla pengorbanan mak. kerap kali air mata gugur bila mengenangkan insan bernama 'mak'.

Sedikit nukilan buat bakal anak ummi,
semoga ALLAH panjangkan usiamu utk sempat membaca hasil nukilan ummimu ini

Anak ummi sayang,
bila besar jadilah org beriman,
jadilah org bertakwa,
taat penciptamu iaitu ALLAH azawajjalla,
ikut sunnah nabimu, Muhammad saw,
patuh kata ummimu, dengar kata abahmu,
dan jadilah org yg berguna dalam kalangan manusia,
sesungguhnya,
bukan senang ummimu mengandungkan kamu,
TAPI
atas nama AMANAH, 
atas nama CINTA,
atas nama KASIH,
atas nama sebuah PENGORBANAN,
Ummimu redha, ummimu pasrah dan ummimu sanggup mghadapi apa jua rintangan demimu sayang.
SEMOGA ALLAH PELIHARA ZURIAT UMMI INI,
Sehingga dapat ummi mengucup dahimu,
memeluk erat tubuhmu,
mengajar kamu mengenal ALLAH dan rasulNYA,
dan membesarkan kamu utk menjadi manusia yg boleh berbakti pada AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.
AMIN YA RABB

Ummi to be
Nasyitah Nazari 
(6mac2013 11.11pm)


Jumaat, 1 Mac 2013

~10Minggu sudah~

Bismillah

Alhamdulillah
Hari ni mengikut perkiraan, kandungan ctah dan masuk usia 10 minggu,
sungguh pantas masa berlalu,
Moga ALLAH mudahkan segala2nya,
dan pelihara kandungan dan zuriat ctah sehingga ke akhirnya
AMIN YA RABB
Sekadar ini berkongsian perkembangan baby ketika usia 10 minggu.

ni lah keadaan 'little caliph' yg menghuni tummy ummi.


Fetus hanya sepanjang 1.2 inci / 3 sentimeter dari mercu kepala ke punggung dan beratnya kurang dari satu per enam auns / 4 gram. Walaupun begitu, ia tetap giat menelan dan menendang. Setiap hari banyak butiran kecil mula muncul, seperti kuku jari dan rambut yang kelabu seperti bulu. 

Organ penting - hati, ginjal, usus, otak dan paru-paru - telah terbentuk lengkap dan berfungsi, manakala kepala berukuran hampir setengah daripada ukuran panjang sepenuh badan. Dahi terbonjol buat sementara dan bertempat tinggi di kepala, tetapi akan kemudian bertukar dan kelihatan lebih mirip raut manusia. 

Jika anda dapat melihat bayi anda pada minggu ini, anda akan nampak rangka spina atau tulang belakang. Saraf spina menjalar keluar dari korda spina. 

Uterus anda sekarang adalah sebesar limau gedang. Dengan bantuan Doppler, stetoskop tangan gelombang bunyi, anda akan dapat mendengar denyutan jantung fetus yang pantas - seorang ibu hamil menyamakannya dengan bunyi kuda-kuda kecil menderap. 

Jika anda belum lagi melakukannya, anda sepatutnya jangan berlengah untuk membuat janji temu dan menempah tarikh untuk pengambilan darah bagi ujian-ujian rutin. Dapatkan maklumat untuk apakah ujian-ujian tersebut.

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim. 

dipetik dari laman web berikut. boleh dptkan pelbagai info di sana :: http://www.babycenter.com.my/