Rabu, 11 Julai 2012

~Membina BAITUL MUSLIM 1~

Bismillahirahmanirahim

Assalamuallaikum semua.
Moga korg sihat hendakNYA.
Kesihatan ctah agak terganggu beberapa minggu kebelakangan ni dek kerana cuaca di Penang sgt2 teruk (jerebu). batuk, sakit tekak dan selsema yg agk lama lbh kurg 2minggu lebih...
Takpa..Sakit penghapus dosa2 kecil kita..Mudah2an :-)

Hari ni,
kalau di tambah tolak bahagi darab. lebih kurg 3bulan lebih lagi ctah nk jadi bini orang.
Hihi!! Bunyi mcm serius..tp mmg serius laaa nii..
INSYALLAH
Mudah2an ALLAH mudahkan segala urusan kami dalam membina BAITUL MUSLIM

Memandangkan sekarang tgh cuti semester,
ctah buat persediaan apa2 yang patut dulu.
Skrg ni mmg masa cari duit lebih laa..sibuk bekerja mencari sesuap nasi demi menampung sedkit sebanyak kos walimah. acececeee... ayat tak leh tahan..hahaha
Bukan apa, taknak nyusahkan mak abah sgt... apa yg mampu ctah tolong, ctah kuarkan duit sendiri.
Nak letak duit belanja tinggi2 pun buat apa kan. 
Konon bangga la kan hantaran tinggi, nak menunjuk kat org.. ish2...
Tak semua org cm tu, ikut kemampuan bakal suami jgk.
Mak abah ctah letak sama ja ngan kakak2 ctah sblm ni. Langsung tiada penambahan. dan sangat SEDERHANA
Mana yg ada ALHAMDULILLAH.
Buat apa nak nyusahkan suami sendiri.:-)

Setakat ni ctah dah selesaikan beberapa bab berikut.
1: Tempah kad kahwin/banting
2: Tempah doorgift utk tetamu
3: Tempah pakej walimah (baju, bilik, makan beradab, makeup, dll)
4: Dah amik borang nikah (tapi belum isi sebab tunggu en tunang, dia cakap nk isi bulan ramadhan ni..amik berkat katanya) hehe..


DOAKAN CTAH YA KAWAN2.
MOGA ALLAH MUDAHKAN SEGALA URUSAN KAMI.
Bakal suami orang jauh (Banda Acheh), banyak urusan yg nak diselesaikan. 
Semoga ALLAH beri kekuatan dan kemudahan utk kami menuju redhoNYA

Ya... tempoh pertunangan tu bukan sekadar kita bersiap sedia utk walimah. bukan sekadar nak siapkan itu ini. tapi kita iaitu pasangan masing2 perlu menambahkan ilmu fardu ain dan kifayah. masing2 perlu tahu tanggungjawab sebagai seorang suami atau isteri.
Macam perempuan. belajar masak, belajar menjahit(hihi, ctah serius tgn keras takleh mnjahit), belajar cara2 nak jaga budak, belajar dan lengkapkan diri dgn ilmu.
Barulah rumahtangga yang akn dibina harmoni sentiasa.
Kita bukan inginkan kebahagiaan setahun dua, tapi sepanjang hayat.
Lengkapkan diri dgn ilmu akhirat INSYALLAH
PASTI BERKAT MENGIRINGI RUMAHTANGGA KITA.

Oklah. terpanjang pulak entry ctah kali ni..semangat nak menikohh!!
Jumpa lagi di lain entry.
Love u all Lillah


[Renungan : Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat". "Hai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1)]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom share Idea. Thanks korang sbb sudi baca blog yg tak seberapa! :-)