Sabtu, 21 Julai 2012

~Salam Ramadhan Al Mubarak~

Bismilllah

Assalamuallaikum semua
Khaifahalukum ya Sohabat?
Moga kalian sihat2 hendaknya..
Amacam 1st day puasa? Moga smua ok2 aje..ctah alhamdulillah... 
Puasanya lancar. sahur nya ugak baik kok..huhu..tiba2 sleng indon la kan..hehe

ALHAMDULILLAH
Kita semua masih berpeluang utk bertemu dgn Ramadhan iaitu sebaik2 bulan.
SYUKUR PADAMU YA ALLAH
Ayuh kita menyemarakkan Ramadhan kali ini, mgkin Ramadhan ini yg terakhir buat kita..siapa tahu kan?
Insyallah..Moga terus diberi kesempatan dan kekuatan utk kita terus beristiqomah dlm melakukan kebaikkan.
Jgn bekira sgt dgn ALLAH sebab DIA tak pernah bkira ngan kita walaupun sekecil zarah.

Dikesempatan ini ctah nak mengucapkan
:: SALAM RAMADHAN AL MUBARAK ::
Moga Ramadhan kita kali ini adalah Ramadhan yg terbaik daripada sebelum2nya
Kalu dulu kita jrg2 bangun sahur sbb lebih pentingkan ke'enak'kan tido, ayuh jgn tinggal sahur kali ni. sebab dalam sahur itu ada keberkatan.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda yg bermaksud:"bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada keberkatan"(riwayat al-Bukhari dan al-Muslim)

Kalu dulu kita puasa, tahan ja la lapar n dahaga tu.. tp dok hingaq2 lagi. dok mengata orang, fitnah itu ini, mengutuk, mencaci dan dll. apa kata kali ini kita puasa nafsu kita. kita jaga pergaulan, batas2 agama, jgn dok berdating sakan. kita ubah puasa kita agr kita lebih baik dari sebelumnya

Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Apabila seorang diantara kamu bepuasa, maka janganlah mengeluarkan perkataan kotor, jangan berteriak-teriak dan jangan pula melakukan perbuatan jahiliyah; jika ia dicela atau disakiti oleh orang lain, maka katakan, “Sesungguhnya aku sedang berpuasa,”

Kalu dulu kita puasa, time nak bukak posa tu kita selalu lmbat2kan. biasalah..rancangan tv kat malaysia ni pelik sikit kan, time pkul 7 ke atas tu la rancangan best2. mula la dok mghadap tv tgok rancangan best2 tu. lps tu tak sedar org dah azan sbb dok ghalik sgt tgok tv. lps tu pulak, ada la segelintir manusia yg suka mandi saat2 nak bukak posa tu. contohnya bukak posa pkul 7.30.. dia p mandi pkul 7.15...kan hujung2 ni la godaan makin membuak2.. tak tahan la konon..lps tu kalut nak p mandi, bg masa cpt berlalu. (huhu.. ni ctah pnh buat..tapi zaman dolu2 la beb. skrg ctah dh insaf.haha). lps tu ghalik dok gonyoh badan, dok main sabun, dok gosok gigi, smpai terleka..lps tu org pun dah azan. lambat gak berbuka. Tak baik cm tu kwn2. apakata 5, 10min nak berbuka tu kita duduk kat meja makan, berdoa, minta kat ALLAH apa yg kita mahu. sbb time nak berbuka tu la mustajab doanya.

Dari Sahl bin Sa’ad r.a. bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Orang-orang (umat Islam) senantiasa berada dalam kebaikan, selama mereka menyegerakan berbuka.

Oklah. itu sahaja perkongsian ctah utk korg. takda apa sgt pun. Banyak lagi kebaikan yg leh kita buat semasa Ramadhan. 
 Sekadar renungan kita bersama. 
Jgn lupa bertadarus dan bertarawih ya kwn2...
Sama2 kita peroleh rahmat dan kasih sayang ALLAH di bulan Ramadhan

SALAM RAMADHAN 
Dari ctah buat kalian.

SEDIKIT PERKONGSIAN TENTANG GANJARAN PUASA DIBULAN RAMADHAN
BETAPA ALLAH ITU MAHA KAYA

-Sila klik pada gambar utk proses tumbesaran ya-:-)


[Bisik2: Tahun pertama berpuasa sebagai tunang org sebelum menukar status kepada Isteri orang. Tahun terakhir bpuasa sbagai status CIK.Insyallah lps ni PUAN dah.. hehe...

-Menghitung hari]

2 ulasan:

  1. salam ramadhan...indahnya bulan ramadahn ni

    BalasPadam
  2. makasih atie. btul2..subhanallah..:-)

    BalasPadam

Jom share Idea. Thanks korang sbb sudi baca blog yg tak seberapa! :-)