Jumaat, 26 April 2013

~Pemeriksaan ketiga~

Bismillah

ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH
rindu rasanya nak update kat blog tp kemalasan serta ketidaksempatan membuatkan blogku sunyi seketika tanpa sebarang en3,

Syukur Alhamdulillah,
masih berkesempatan nak update,
nak cerita serba sikit tentang pemeriksaan ketiga,
Nak jadikan cerita, pemeriksaan ketiga sepatutnya pada 18hb April tp atas sebab kecuaian ctah yg salah tgk tarikh akhirnya selamat buat pemeriksaan pada 24hb April,
kena la hingaq sat dgn nurse n doc tp dah silap kita, so terima ja la,
pasni make sure tampal kat dinding tarikh pemeriksaan bulanan berikutnya ok! hehehe

Tapi lega la, sbb dpt p hari rabu so tak ramai sgt org,
sbb hari rabu khas utk baby2,
ada la gak ibu mengandung yg check up pada hari tersebut,
lepas kelas terus ke kkia tts,

pemeriksaan mcm biasa ::

HB : 12.2 (masih ok dan normal walau turun sikit dr last check up)
BERAT: Turun 700g (actually kena naik sbb kandungan semakin membesar, dan mcm biasa kena kuliah sat dgn nurse n doc tp masih ok)
TEKANAN DARAH : 100/70 (semakin ok dan meningkat)
TEMPOH HAMIL: 17minggu 5 hari
TINGGI RAHIM : 20 (alamak! xtau plak ok ka tak, tp doc cakap semua ok)

Kenangan paling indah dalam hidup,
dapat lihat bakal anak soleh ummi dalam perut ummi,
dah lengkap berkepala, ada tangan yg sgt comel smbil dia goyang2, ada dua belah kaki dan nampak tulang belakang serta yg paling buat ctah teruja bila nampak jantung anak ummi berdegup,
ummi nampak jelas tp abi lambat sikit tangkap. hehe.. 
Semoga sayang ummi membesar dengan sihat dan sempurna.
Kuat semangat ya! dan ummi sentiasa kuat utk kamu duhai sayangku.

oh ya, pasal en3 lepas ctah ada cerita pasal pemeriksaan tairod,
syukur alhamdulillah
ctah bebas dari tairod!
ujian yg dijalankan atas darah ctah tlh menunjukkan ctah normal tanpa tairod,
dan ujian darah sebelum dan selepas minum air gula juga normal,
maksudnya ctah takda kencing manis,
syukur YA ALLAH,
doakan kesihatan ctah dan baby, semoga kami sihat, selamat, sejahtera, dimudahkan ALLAH hingga sampai selamat anak soleh ummi dilahirkan ke dunia.
AMIN YA RABB


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom share Idea. Thanks korang sbb sudi baca blog yg tak seberapa! :-)