Sabtu, 11 Mei 2013

~Anak soleh Ummi~

Bismillah

Salam Rejab buat semua umat Islam di dunia!
perbanyakkan amalan sunat di bulan mulia ini,
bagi yg belum ganti puasa caiyok2! jgn lengahkan lagi ya..

Alhamdulillah... Kandungan ctah dah mencecah 5 bulan.
Tp belum rasa sebarang gerakan,
cuma kadang kala krem di bahagian bawah perut, mgkin baby tgh membesar.
Actually nak cerita serba sikit pasal kejadian beberapa hari lepas,
Dugaan yg besar buat ctah dan bakal khalifah kecil yg mndiami perut.

30 April 2013
Ctah jatuh moto,
MASYALLAH! rasa mcm mimpi..
tup3 terbaring atas moto dan tersepit bwh moto orang,
Lepas tersedar trus pegang perut dan ingt psl anak ja,
sakit2 badan, luka bdarah memang tak amik kisah dah,
yg dok pikir pasal anak ja,
Begitulah gamaknya yg dinamakan IBU, EMAK, MAK, MOMMY, UMMI DAN MAMA,
apa yg berlaku,
ANAK yg diutamakan.
walau NYAWA yg menjadi taruhan.

2 Mei 2013
Akibat jatuh moto kemarin lepas,
ctah dan en suami amik keputusan nak scan dan tgk keadaan baby,
takmau p scan kat klinik biasa,
terus ja p klinik pakar wanita,
mesin scan diorg lebih jelas dan diorg lebih expert,
bknlah tak pcaya kat klinik biasa,
tp biarlah mahai tp kita puas hati.
Duit boleh dicari, anak nak cari mana ceq oii! mmg la org kata blh buat lg, tp jiwa/perasaan/naluri ibu ni, susah nak habaq! hampa prgnant, bsalin, dan ada anak baru tau.. hehe..even ctah blm lalui bbrapa fasa yg ibu2 lain lalui tp rasa kasih dan syg kat anak ni HANYA ALLAH YANG TAHU..
mungkin juga disebabkan sejak ctah prgnant ni, byk sungguh ALLAH uji,
dgn alah yg agak teruk menyebabkan ctah sgt2 sayang dan hargai insan yg sdg mendiami perut ctah ni.
tp ctah yakinlah! semua org akan rasa apa yg ctah rasa.

ALHAMDULILLAH,
setelah buat pemeriksaan,
scan dgn khidmat 3d 4d.
keadaan baby sihat ALHAMDULILLAH,
kuat sungguh semangat anak ummi!
mcm ummi dia jugak..hihi.
sihat, aktif dan ceria jaa diaa.
alahai anak ummi!
comel sgt.
rezeki kami jugak sebab dapat tgk muka dia yg cute tu,
setengah baby malu2 kucing, nyorok kan.. tp anak ummi bg peluang kat ummi dan abi tgk muka comel dia,
dan jeng jeng jengggg..!
Jantina baby pun dah nampak!
Awalnya..ya lah, sbb scan 3d 4d mmg akn nmpak awal, alat mahai tu.
rm100 kot skali scan.
berbanding dgn yg kat KKIA tu, almaklumlah benda free..:)
Nak tahu jantina? Opsss.. biarlah rahsia..kikiki...
tp semuanya ATAS KEHENDAKNYA YANG ESA.
ALLAH LEBIH TAHU SEGALANYA.
Terima kasih ALLAH!
Kerana KAU uji hambaMU ini, disebalik ujian yg KAU lemparkan ini membuatkanku bertambah kuat dan tabah menghadapi hidup.
Walaupun aku sering diuji tetapi dalam ujianMU, terselit banyak kemudahan dan kesenangan yang hanya aku dan KAU yg mngetahuinya..
Semoga ENGKAU terus memelihara kami sekeluarga.
selamat dunia dan akhirat.
AMIN YA RABB

:: Sedikit gambar hasil scan ::

Syukur..dah lengkap sifatnya

wajah bakal khalifah soleh.InsyaALLAH


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom share Idea. Thanks korang sbb sudi baca blog yg tak seberapa! :-)