Selasa, 16 Julai 2013

~Pengalaman seminggu berpuasa~

Bismillah

Maha suci Allah,
ALHAMDULILLAH
Baru selesai masak memasak, 
hari ni masak awal, selalu mula masak lepas asar tp hari ni terlebih rajin ka apa taktau tiba2 asar dah siap segala juadah
masak lemak kuning ikan bawal, sambal belacan, ulam-ulaman, dah siap perapkan ikan utk goreng, potong segala buah2an (tembikai, apple, jambu, mempelam),
dan mak buatkan lepat pisang n kak ngah dah siap bancuh cucur cempedak(satg baru goreng panas2),
syukur sgt2...dah seminggu Ramadhan dapat berpuasa penuh dan yg lebih mengujakan dapat berkhidmat di dapur utk bersahur dan berbuka.
Anak ummi sgt patuh kata ummi, baik ja dalam tummy ummi,
Moga jadi anak soleh sayang.
Amin Ya Rabb

Bila kerja dibuat dgn ikhlas utk suami tercinta dan keluarga tersayang,
semuanya menjadi ringan dan mudah.
Terima kasih atas kesempatan ini ALLAH.

Pengalaman seminggu Ramadhan utk tahun ini sgt2 bermakna,
seronok sgt2 dapat bangun awal2 pagi,
menjadi org yang pertama bangun dan dapat gerakkan kakak2 n isi rumah lain
sgt membahagiakan,
kalu dulu mak yang selalu bangun awal dan gerakkan kami tp kali ni tugas tu dah diambil alih sepenuhnya oleh ctah, 
syukur sgt2 ALLAH pinjamkan kekuatan yg luar biasa,
even terpaksa jalan terjengkek2 akibat sakit tumit sejak awal puasa tp bersyukur masih berpeluang memberi sedikit jasa buat suami dan mak abah yg byk berkorban selama ni,
siap memasak sahur jam 5 terus gerakkan suami utk tahajud,

 ALLAH...
Indah sgt rasa bila dapat membahagiakan org2 yg kita sayang.

Tp
sepanjang berpuasa, ctah banyak berehat dan tido ja spnjang hari,
elakkan diri daripada buat keja2 berat yg boleh buat ctah penat n letih,
kesihatan ummi n anak soleh ummi kena dijaga,
sahur pun ctah minum air masak banyak 1 liter+ubat homeopati+vitamin iberet folic utk ketahanan badan,
berbuka pulak ctah pastikan air diminum dgn banyak dan en suami belikan air kelapa (elok diminum dihujung2 kehamilan)+ubat homeopati dan sebelum tido ctah amalkan vco dari catalyst.

Tp
Bila sampai petang,
ctah mula menukang semula di dapur, menyiapkan juadah utk berbuka,
seronok dan happy tgk org makan masakan kita dgn selera sekali,
even sampai skrg ctah masih dalam proses belajar dan terus belajar menjadi 'masterchef' utk suami tersayang,
tp en suami ctah berbuka tak makan byk pun, kurma 3 biji, air suam, air milo panas, buah2an sikit, kuih sikit dah cukup,
almaklumlah, nak jadi imam teraweh takleh makan byk2, semput katanya nanti,
balik taraweh kul 10.30 baru makan nasi,
Syukur sgt2 dapat suami yang tak banyak kerenah dan sentiasa memahami.
I LOVE U SAYANG

Insyallah, khamis ni ctah nak ke KKIA utk pemeriksaan bulanan.
Oh ya, usia kandungan dah mencecah 30 minggu, maknanya berbaki 10 minggu utk bersalin
ALLAH, mudahkan segala urusan hambaMU.

Diam tak diam macam dah terpanjang ja en3 kali ni,
dan bila baca balik rasa mcm diari harian pun ada,
hihi, jangan termuak plak baca en3 ctah kali ni,
sekadar berkongsi pengalaman sepanjang seminggu berpuasa sebagai isteri.
Moga ctah terus kuat utk berpuasa penuh ramadhan kali ini.
Amin

ps:Alhamdulillah, result tak rasmi utk final exam dah keluar, syukur...semuanya lulus..walaupun waktu exam hari tu rasa mcm down sgt2 akibat kesihatan yg kurg baik..benarlah ALLAH sntiasa ada membantu meringankan beban hambaNYA. Terima kasih ALLAH. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom share Idea. Thanks korang sbb sudi baca blog yg tak seberapa! :-)