Selasa, 9 Julai 2013

~Ulser~

Bismillah

Ulser atau nama lain bagi org2 utara seqawan (seriawan), telaga buruk, mata ikan dan sebagainya,
tapi ctah lebih gemar memanggilnya dgn panggilan 'seqawan'
rasanya semua org penah alaminya,
sakitnya..aduhai...
hanya ALLAH yg tahu.
Menderita sungguh sejak semalam,
yg jadi lebih teruk bila seqawan ni naik kat hujung mulut, 
so dia belaga dgn gigi hujung tu,
ya ALLAH, 
bisa mengalir air mata menahan sakit.
sampai tak mampu nak bukak mulut menjamah makanan :(,
Ya ALLAH,
sembuhkanlah seqawan ni dgn segera,
agar hambaMU ini segera merasai NIKMAT sihat kurniaanMu,

Bagi mereka yang tak tau apa itu ulser dan kaedah rawatan, bolehlah baca info di bawah,
hasil ihsan google

Ulser merupakan tompokan putih atau kuning dalam mulut yang mempunyai tanda kemerahan di sekelilingnya. Ulser ini mempunyai saiz yang berbeza-beza dan menyakitkan. Punca sebenar ulser mulut tidak diketahui. Ia sering dikaitkan dengan:

Stres
Perubahan hormon
Jangkitan
Kekurangan zat makanan
Alahan
Rawatan radiasi
Rawatan kemoterapi

Ia sering dihubungkaitkan dengan:
Rasa membakar di dalam mulut
Kesakitan
Ketidakselesaan yang berpanjangan
Hilang selera makan
Demam

Kesakitan akan berkurangan dalam tempoh 3 - 4 hari tetapi ulser biasanya akan mengambil masa 10 - 14 hari untuk sembuh sepenuhnya.Dapatkan pemeriksaan doktor pergigian jika ulser mulut masih berlarutan melebihi dua minggu. Pemeriksaan penting untuk menentukan tiada lesi kanser dan pra kanser mulut.

Cuba petua ini untuk menghilangkan rasa sakit:

Berkumur dengan bahan kumuran antiseptik.
Sapukan gel analgesik atau gel penahan sakit
Kekalkan kesihatan mulut yang baik.
Makan makanan yang lembut.
Kurangkan makanan pedas dan berempah.
Minum air secukupnya.

ps: Terima kasih abg long sudi ke farmasi belikan diktah 'oral aid' ubat utk mengubati seqawan..1st time guna, tp berdasarkan testimoni dari kak ngah ctah, mmg ok ubat ni..korg leh la cuba nanti..ctah nk komen pun baru pakai sekali..lum bekesan lg, tp td pakai mmg rasa kurg n kebas2..tp ubt dh hilang sakit la balik..hihi...ALLAH..! Bila sakit2 gini barulah kita bersyukur atas segala yang dikurniakan ALLAH, nikmat makan, nikmat mulut, nikmat tekak, nikmat HIDUP itu lebih penting...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom share Idea. Thanks korang sbb sudi baca blog yg tak seberapa! :-)