Khamis, 7 April 2011

~Check List Apa yg Lelaki suka dan Tak Suka~

Kepada Kaum Hawa mari check List apa yg kaum adam suka dan tak suka : ( Sama2 kita mengenali hati lelaki ) pesanan buat Isteri di luar sana :: belajar menjadi Isteri yg SOLEHAH. semoga kita mendapat berkahNYA

   Lelaki suka:  
  • Sikap kelakar
  • Budi pekerti dan kesopanan
  • Murah hati
  • Senyuman manja
  • Pandai memasak
  • Pandai dalam mengenakan pakaian
  • Penampilan/imej yg sesuai dengan citarasanya
  • Tak mudah naik angin
  • Seorang wanita yg sanggup meminjamkan keretanya pada lelaki bila kereta laki tersebut rosak
  • Tak terlalu seksi dalam berpakaian
  • “Tak apalah,tadi U dah belanja I makan, jadi sekarang biar I belanja tiket wayang”
  • Wanita yg dapat menjalin hubungan rapat dengan ibu atau keluarganya
  • Berwawasan atau bercita-cita tinggi
  • Mempunyai keyakinan diri yg tinggi
  • Tahu menjaga  maruah diri. Bersemangat dan tak mudah mengalah dalam situasi yg tertekan.
  • Sentiasa berada di sisinya saat duka dan gembira
  • Tak berleter walau terpaksa menghantar lelaki ke lapangan terbang pada 2 pagi
  • Sediakan secawan teh atau kopi tanpa disuruh oleh lelaki
  • Wanita yg mengambil berat tentang lelaki
  • Sikap keibuan
  • Sukakan kanak-kanak
  • Suara lembut tanpa dibuat2
  • Pandai membawa diri. Tak kekok dibawa ke mana pun
  • boleh dibawa berbincang dan memberi pendapat
  • memberi sokongan moral dlm apa jua usaha yg dilakukan lelaki
  • tak memperkecilkan kelemahan lelaki sebaliknya menerima seadanya diri lelaki tersebut
  • tahu bersyukur
  • pandai berjimat-cermat
  • tak mengharapkan lelaki dalam semua hal
 Lelaki Tak Suka
  • Wanita yg suka mengumpat
  • sombong dan bongkak
  • menunjukkan sikap yg terlalu memiliki
  • hisap rokok
  • “Kau ni macam orang tiga suku!”Mengutuklah tu…
  • Wanita yg melayan lelaki seperti alas kaki
  • wanita yg suka menunjuk2 utk dapatkan perhatian
  • “Tak bolehkah U lakukan sesuatu yg betul!”
  • “Jgn cuba beritahu I apa yg patut I lakukan dan yg tak patut I lakukan..”
  • wanita yg hipokrit
  • pembohong dan suka mencari alasan
  • terlalu ingin mengetahui hal peribadi si lelaki
  • sukar buat keputusan terutamanya hal berkenaan hubungan mereka
  • kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang
  • pengotor dan pemalas
  • tak bertanggungjawab langsung
  • tak pandai mengemas
  • terlalu bebas dan kuat bersosial hingga tiada batasan pergaulan
  • kuat berleter walau hal remeh temeh
  • boros berbelanja
  • tak tahu memasak
  • sikap manja yg terlalu menyakitkan hati
  • “Queen Control” atau suka mengarah2
  • tak pandai bergaya atau selekeh
  • suka bermekap tebal sehingga hilang keayuan asli
  • suka mengungkit2 hal-hal lalu
  • panas- baran
  • kuat merajuk dan sukar dipujuk
  • terlalu pendiam sehingga susah utk berkomunikasi
  • tak mahu mengakui kesilapan dan ego

" CINTA BERLANDASKAN WAHYU DAN SUNNAH ADALAH CINTA YG ABADI" CINTAILAH ALLAH SESUNGGUHNYA CINTA HAMBANYA TURUT MENGIRINGMU"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom share Idea. Thanks korang sbb sudi baca blog yg tak seberapa! :-)