Khamis, 7 April 2011

~Nikmatnya Sihat ( SAKIT PENGHAPUS DOSA ) ~

Assalamualaikum Sahabat2, Teman2, Kawan2 Dan juga Blogger2 sekalian...

Semoga kalian semua berada dlm keadaan Sihat dan sentiasa dibawah lindungan Allah.. Lihat tajuk di atas mesti kalian dah dpt agak sy nak bkongsi tentang KESIHATAN~Korg tahu? Bila kita tgh SAKIT @ TAK SIHAT kita mesti rasa nak sgt baik, nak sgt sihat mcm org lain, nak sgt sembuh penyakit2 kita~TAPI..Bila kita sihat, ada kita mensyukuri NIKMAT SIHAT? Bagi sy sndiri, jarang sgt kita MENSYUKURINYA..Mgkin ada, tp sgt rendah peratusnya.Saya terfikir nak tulis pasal ni pun sbb sy tgh mnderita tahan sakit, sakit kaki yg sgt kritikal... MEH NAK CITE SIKIT ( CE CITE CE CITE ) :-p
         ===>   Sebulan 2Minggu yg lepas, sy jatuh dlm tandas dan kaki sy tergeliat yg sgt teruk. shinggakan sy ke kuliah dgn terhinjut2 selama 2minggu. nak dijadikan cerita sy ni degil ( sgt degil ) klinik taknak pergi, berubat taknak apatah lagi nak mengurut. selepas 3Minggu kaki sy dah beransur baik.. dalam hati ckp (selamat aku tak g mengurut, klu tak jenuh tahan sakit) tapi kesannya baru rasa sekarang ( Amik kau!!!!). SAKITNYA..YA ALLAH, HANYA ALLAH YG TAHU~Bila dh sakit mcm ni bru sy sedar Betapa INDAH, BAHAGIA, SERONOK, GEMBIRA, HAPPY, dan BERSYUKUR DGN NIKMAT SEBELAH KAKI~~~

Kalian...HARGAILAH DAN SYUKURILAH nikmat ALLAH~NIKMAT SIHAT~Sedarlah, sekecil2 ciptaan Allah ianya sgt berharga dan sgt bernilai pada umat manusia~BERSYUKUR dgn stiap yg kita ada~ Semoga sy sntiasa bersyukur dgn NIKMAT ALLAH yg diberikan kpd sy~ Sy bersyukur juga krna Allah mmberi SAKIT ini, kerana SAKIT PENGHAPUS DOSA-DOSA KECIL KITA~Sakit ini juga telah menyedarkan saya utk mnjadi manusia yg lebih bersyukur dan saya lebih dekat dgn Maha Pencipta~Terniat dihati sy utk bkongsi dgn kawan2~Semoga kita terus menjadi Hamba yg Bersyukur~
Akhir daripada saya sebagai renungan BERSAMA :


PENYAKIT bukan siksa,Tapi NIKMAT penghapus DOSA  

Dugaan menghapuskan dosa

SELAGI kita bernama manusia, selagi itu kita tidak sunyi membuat dosa dan kesilapan. Begitu juga dengan pelbagai dugaan yang terpaksa kita harungi dalam menempuh liku-liku kehidupan kita.

Menurut sebuah hadith, setiap dugaan yang kita tempuhi ada ganjaran yang menanti kita, asalkan kita redha menghadapinya.



Hadith :

Dari Abdullah r.a katanya:”Aku datang mengunjungi Rasulullah s.a.w ketika beliau sakit, lalu kusentuh baginda seraya berkata: "Ya Rasulullah! Demam anda bertambah teruk."

Jawab baginda, "Memang demamku sama dengan demam dua orang kamu." Kataku pula, "Semoga anda mendapat pahala berganda pula." Jawab baginda: "Semoga!"

Kemudian sabda baginda pula: "Tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah Taala dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya."

(Muslim)

Huraian

Segala bencana, penyakit, kesusahan atau kerunsingan yang menimpa tubuh badan atau akal fikiran seseorang mukmin adalah menjadi "kaffarah" (penghapus) kekotoran dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana itu.

Anas berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: "Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka, kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan beroleh keredaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan dari Allah." (At-Tirmidzi dan Ibn Majah)

"Dalam Hidup ada Duri, Dalam hati ada ILAHI"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom share Idea. Thanks korang sbb sudi baca blog yg tak seberapa! :-)