Sabtu, 23 April 2011

~Mulut MEMBINASAKAN manusia~DIAM itu LEBIH BAIK~


 Assalamualaikum semua...

Lama agaknya tak UPDATE BLOG, almaklumlah sibuk dgn FINAL EXAM
Di sini sy ingin berkongsi dgn kalian tntg Hikmah DIAM drpd kita berbicara yg menyakiti hati manusia
mahupun berbicara tntang sesuatu yg tidak pasti kebenarannya.
Takut pula jatuh smpai tahap FITNAH kan?
Moga ianya menjadi PENGAJARAN buat mereka di luar sana yg SGT SUKA MENJAJA CERITA
Juga peringatan buat Saya dan pedoman buat kita bersama

Manusia berbicara setiap masa. Bicara
yang baik akan membawa keselamatan dan
kebaikan kepada manusia. Jika bicara
tidak mengikut adabnya, manusia akan
merana di dunia dan di akhirat. Di
dunia akan dibenci oleh manusia lain
manakala di akhirat bicara yang
menyakiti hati orang lain akan
menyebabkan kita terseksa kekal abadi
di dalam neraka Allah s.w.t.
Bagi mereka yang beriman, lidah yang
dikurniakan Allah itu tidak digunakan
untuk berbicara sesuka hati dan sia-
sia. Sebaliknya digunakan untuk
mengeluarkan mutiara-mutiara yang
berhikmah.
Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi
lidah manusia daripada mengucapkan
perkataan yang sia-sia.

Hadis-hadis Rasullullah mengenai
kelebihan diam yang bermaksud :
" Barangsiapa yang banyak
perkataannya, nescaya banyaklah
silapnya. Barangsiapa yang banyak
silapnya, nescaya banyaklah dosanya.
Dan barangsiapa yang banyak dosanya,
nescaya neraka lebih utama baginya"
( Riwayat Abu Naim )

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah
dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia
berkata yang baik atau diam"
( Riwayat Bukhari & Muslim )

BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH,
BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK,
KERANA KECERDIKKAN ITU BUAH FIKIRAN,
ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK
DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP.
MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH, TIDAK SALAH. 
YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG LAIN.
KALAU ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA
TERHINA, YANG SEBENARNYA ORANG ITU
MENGHINA DIRINYA SENDIRI. 

Manusia tidak akan dapat mengalahkan
syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang
terbaik ialah diam kalau kita tidak
dapat bercakap kearah perkara-perkara
yang baik. Bicara yang baik adalah
lambang hati yang baik dan bersih yang
bergantung kepada kekuatan iman pada
diri manusia.




~SEMOGA ILMU YG SEDIKIT INI DAPAT MEMBERI PENGAJARAN BUAT KITA BERSAMA~ 
( petikan dari SCRIBD )

6 ulasan:

  1. ctah..aq tgh kecewa ni..cluster area aq ni..x reti nk jge tandas..dah la aq dok sorg2 kat bilik tu....so sume bnda aq wat sorg2..jiran2 aq tu x reti nk jge tandas tu..dorg tu mmg pandai bergaye dari aq..tu yg aq cam pelik tu..awat la dorg lagu tu...tandas tu dah bape kali tersumbat...mke aq ni dok p office tekun wat laporan..kdg2 tu..aq sendri jdi makcik cleaner...ko rse camne??

    BalasPadam
  2. diam juga adalah kekuatan dalaman bagi seseorang individu itu..... ^_^

    BalasPadam
  3. kak ira : betul tu akak..moga2 ctah jadi kuat n tabah sntiasa...doakan ctah ya... :-)

    BalasPadam
  4. su : sian kat ko su.. dugaan tu, ak rsa mmg wajar ko g jumpa n wat laporan tntg sikap student yg tak jga kbrsihan tandas..at least diorg leh amik tindakan... mana la larat kita nak bsabar n tlg jd cleaner diorg kan... tp pas wat lporan still takda tindakan, ak rsa jln penyelesaiannya ko kena trus terang n tegur ja su..smpai bila kita nk bsabar n jd org gaji diorg lak kan.... sgala masalah da jln penyelesaiannya... BERTERUS TERANG n jumpa FACE TO FACE lgi ok su....mengikut pengalaman ak la.... klu kta btrus trg insyallah mslh tu akn slesai, mgkin ada jgk yg akn buat muka or marah2 kat ko tp insyallah ALLAH PASTI TOLONG ORG YG BENAR N BERSABAR.... :-)

    BalasPadam
  5. insyaallah.... akak sentiasa doakan sahabat2 akak... ('',)

    BalasPadam
  6. ♥ ♥ Ctah ♥ kak ALMahera ♥ ♥

    BalasPadam

Jom share Idea. Thanks korang sbb sudi baca blog yg tak seberapa! :-)