Selasa, 26 Julai 2011

~Hidup Sentiasa Diuji~

Assalamualaikum semua.

Semoga kalian sntiasa bahagia dan sntiasa senyum selalu walau di uji.
Hari ni ctah rasa sedih sgt, putus asa, takda semangat, kecewa mcm2 rasa.
Rasa SGT TAK ADIL utk ctah. Ctah tak kuat. ctah rasa mcm dah tak mau hidup ja.Hidup ctah dah kosong. TAPI ALHAMDULILLAH Ctah di kurniakan Mak, abah, kakak2 yg faham dan sntiasa sokong ctah wlu bagaimana keadaan ctah skali pun. ctah jugak bsyukur sbb ada kekasih hati yg sgt memahami ctah dan byk bg dorongan. 'Mereka' inilah PENGUAT SEMANGAT CTAH UTK JALANI HIDUP YG PENUH BERDURI.
Yes. Betul kata mak kalau kita di uji maknanya ALLAH syg kita. Maksudnya ALLAH syg ctah sbb tu ALLAH bg ujian sehebat ini utk ctah. Biarlah seribu org nak pandang buruk kat ctah, biarlah sejuta org nak hina ctah ASALKAN ALLAH tak pndang ctah begitu. 
-MULIA DI MATA ALLAH LEBIH BAIK DRPD MULIA DI MATA MANUSIA-
Ctah masih ada ALLAH yg mnjadi pedamping ctah wlu di mana ctah brada. Dia lah MAHA AGUNG. 

Ya Allah. Andai ujian ini utk menguji tahap kesabaran & keimanan ku, aku redho Ya Allah
Andai Kau hantar ujian sehebat ini utk aku kerana kesilapan dan dosa2 lampau ku, aku terima Ya Rahman. Aku terima dgn hati yg terbuka. Ampunkan lah dosa hambamu ini ya ALLAH. 
Aku yakin padaMU, Aku percaya padaMU SANG PENCIPTA ALAM. Aku yakin pasti ada hikmah yg terbaik utk ku, aku yakin KAU telah persiapkan sesuatu yg indah disebalik ujianMU ini. Aku setia menanti hikmah itu ya ALLAH. Berilah aku Taufik dan Hidayah agar aku terus BERIMAN kpd MU YA ALLAH RABBUL IZZATI. :)

[Cebisan Ilmu buat sahabat andai anda sedang dilanda kegelisahan hati. Andai anda diuji. Yakinlah setiap ujian pasti ada HIKMAHNYA. SENTIASA LAH BERFIKIRAN POSITIF TERHADAP ALLAH :

  • Pertama, yakinlah bahawa ujian itu merupakan ekspresi cinta Allah pada hamba-Nya. Allah Swt memberikan cubaan agar kita menjadi lebih dewasa dan matang dalam mengharungi kehidupan. Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah bersabda, “Barang siapa yang dikehendaki Allah menjadi orang yang baik maka dia akan diberi-Nya cubaan.” (H.R.Bukhari)
  • Kedua, yakinlah bahawa semakin besar dan banyak cubaan yang Allah turunkan kepada kita, makin besar pula pahala dan sayang Allah yang akan dilimpahkan kepada kita. Dengan syarat, kita dapat menyelesaikan setiap ujian itu secara baik. Anas r.a. berkata: Nabi saw. bersabda, “Sesungguhnya besarnya pahala itu tergantung pada besarnya cubaan. Sesungguhnya apabila Allah Ta’ala itu mencintai suatu kaum maka Dia mengujinya. Barang siapa yang rela menerimanya, dia mendapat keredhaan Allah, dan barang siapa yang murka, maka dia pun mendapat kemurkaan Allah” (H.R.Tirmidzi)
  • Ketiga, yakinlah bahawa ujian itu akan menghapuskan dosa-dosa yang pernah kita kerjakan. Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw. bersabda: “Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya (H.R. Bukhari dan Muslim)
  • Keempat, selalulah untuk berfikir positif bahawa apa – apa pun yang menimpa diri kita akan menjadi kebaikan. Abu Yahya Shuhaib bin Sinan r.a. berkata, bahawa Rasulullah saw. bersabda: “Sungguh menakjubkan sikap seorang mukmin itu, segala keadaan dianggapnya baik dan hal ini tidak akan terjadi kecuali bagi seorang mukmin. Apabila mendapatkan kesenangan, dia bersyukur, maka itu lebih baik baginya, dan apabila ditimpa penderitaan, dia bersabar, maka itu lebih baik baginya.”(H.R.Muslim)
  • Kelima, yakinlah bahawa setelah kita ditimpa kesulitan, maka akan ada kemudahan. Fakta menunjukkan bahawa  idea – idea yang hebat sering muncul ketika kita berada di puncak kesulitan. Contohnya, banyak mahasiswa dapat mengarang jawapan walaupun pada saat menghadapi soalan peperiksaan yang sukar. Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Q.S. Alam Nasyrah 94: 5- 6)
  • Keenam, selalu optimistik bahawa kita boleh menyelesaikan setiap ujian yang Allah berikan, kerana Allah tidak akan memberikan ujian di luar kemampuan hamba-Nya. Optimis dapat  melahirkan tenaga yang tersembunyi dalam diri kita, kerana itu optimis boleh menjadi bahan bakar untuk menyelesaikan segala persoalan. Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan  hambanya itu. Dia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.” (Q.S. Al-Baqarah 2 : 286)
  • Ketujuh, menghadapi ujian dengan usaha dan doa. Kerah segala ikhtiar untuk menyelesaikan ujian dan follow-up usaha itu dengan doa. Maka apabila kamu telah selesai (dari suatu urusan), maka kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap” (Q.S. Alam Nasyarh 94 : 7 – 8). Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku kabulkan doamu.” (Q.S. Al-Mu’min 40: 60) -aku Islam-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom share Idea. Thanks korang sbb sudi baca blog yg tak seberapa! :-)