Ahad, 24 Julai 2011

~Isnin Datang Lagi~

Assalamuallaikum semua.

Semoga kalian semua sentiasa di bawah lindungan ALLAH selalu. Insyallah
oh ya kawan2, ctah da satu soklan ni. soklan dia berbunyi ::
Esok hari apa ek? :-P
Dah terang lagi bersuluh title tu ctah leh tny lgi kan. hehe..jgn marah ya kwn2..saja nak test. 
ISNIN 25 JULAI 2011
Hari yg sgt bermakna dlm hidup ctah, di sini bermula satu penentuan terakhir. taktau apa akan jd. tapi sbgai seorg muslim, ctah mmpu BERUSAHA, BERDOA DAN BERTAWAKAL ja kat ALLAH.
Hanya ALLAH yg tahu segalanya. 

Oh ya, sekarang kita dalam bulan Sya'ban, bulan yg penuh barakah.
Esok pulak hari ISNIN, apa kata kita semua pakat2 puasa sunat. INSYALLAH. byk kelebihan dan manfaatnya. Di samping tu jugak, leh la kita belajar2 biasakan diri utk menyambut RAMDHAN yg bakal menjelma.

Akhir kata sedikit bingkisan ilmu tentang keistimewaan hari Isnin scara khusus dari ctah sbgai pengakhiran entry kali ni.
 SEMOGA BERMANFAAT


Dari Abu Qatadah al-Ansari r.a., bahawa Rasulullah s.a.w telah ditanya tentang puasa hari Isnin.
Baginda menjawab:  "Hari itu (hari yang bersejarah, kerana) padanya aku dilahirkan dan padanya aku diutus menjadi Rasul - atau pada hari itulah (mula-mula) diturunkan al-Qur'an kepada aku.

(Hadith Sahih - Riwayat Muslim)

Daripada hadith ini dapat difaham dengan jelas,  bahawa sebabnya Rasulullah s.a.w. mengambil berat berpuasa pada tiap-tiap hari Isnin ialah sebagai bersyukur kepada Allah s.w.t kerana pada hari inilah Baginda diputerakan (hari maulidnya) dan pada hari inilah juga al-Qur'an mula-mula diturunkan serta Baginda diutuskan menjadi Rasulullah sebagai rahmat bagi seluruh alam. 

Hakikat inilah yang menjadikan umat Islam turun temurun, menyambut "Hari Maulid al-Rasul" dan "Malam Nuzul al-Qur'an" dengan penuh kesyukuran.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom share Idea. Thanks korang sbb sudi baca blog yg tak seberapa! :-)