Sabtu, 30 April 2011

~Aku diduga Lagi~

Assalamualaikum Semua
Semoga kalian berada dalam lindungan ALLAH sntiasa

DUGAAN..DUGAAN..DUGAAN..............
Dugaan datang padaku tak henti2
Sampaikan AKU RASA TIADA DAYA UTK BANGUN LAGI
AKU REBAH ke BUMI

YA ALLAH.
KAU uji aku lagi, 
KAU beri aku DUGAAN lagi,
AKU TAHU YA ALAH,
KAU sayang padaku,
KAU sayang pada hambamu ini,
KAU ingin melihat KESABARANKU...
AKU REDHO YA ALLAH
AKU PASRAH YA ALLAH

.............................................................................

GENGGAMLAH TANGAN KU
PELUKLAH ERAT JASAD KU
BIMBINGLAH AKU
BAWALAH AKU
TENANGKANLAH HATI KU
LAPANGKANLAH DADA KU

WAHAI TUHANKU
~ALLAH YANG SATU~


Rabu, 27 April 2011

~6 TaHun MenYuLam KaSiH~

ALHAMDULILLAH
Syukur kehadrat ALLAH swt krn dgn izinNYA Saya & Dia terus bersama hingga kehari ini

Hari ni ( 27 April 2011 ) Genaplah perKENALan sy dgn Si Dia
Syukur Ya ALLAH
Sepanjang PERKENALAN kami, mcm2 dugaan, halangan & rintangan yg tpaksa kami lalui
tapi alhamdulillah semua ini ada HIKMAHNYA, 
ada kemanisan disebalik kepahitan ini,
Pernah satu ketika, Kami mmbawa diri, Dia senyap tanpa Berita & Aku Diam tanpa Khabar
( Seingat sy Berbulan2 juga )
di ats sebab2 tertentu tapi AKHIRNYA kami BERTEMU LAGI
Semoga HUBUNGAN yg terjalin ini dpt MEMPERTINGKATKAN CINTA KAMI KEPADA ILLAHI
Juga dapat MENAMBAH IMAN DAN AMAL kami kepadaNYA
Cinta Insan bkn hanya utk DUNIAWI tp juga..............UKHRAWI
Saya DAMBAKAN CINTA INSAN yg boleh sy bawa sampai KE SANA
sampai ke SYURGA yg ABADI....... INSYALLAH



Terima Kasih ya ALLAH
Kau beri peluang pada ku merasai perasaan ini
perasaan KASIH MENGASIHI
perasaan SAYANG MENYAYANGI
juga perasaan CINTA MENYINTAI
~SyuKur YA ALLAH~

Seandainya Dia Jodoh ku Kau kekalkanlah hubungan kami smpai ke SYURGA nan ABadi
Seandainya tiada jodoh antara kami Kau kekalkan Ukhwah Persahabatan ini YA ALLAH
Kami hanya merancang TAPI Sebaik2 PERANCANGAN HANYA DARI MU YA ALLAH
KAU YG TENTUKAN SEGALANYA
Peliharalah CINTA kami Mengikut SYARIATMU
SEMOGA KAU SENTIASA MEMELIHARA AKU & AKHIKU
SATUKANLAH HATI KAMI dgn Restu Mak Abah dan REDHO MU YA RABB
Semoga CINTA kita juga BERAKHIR dgn IKATAN SUCI
~AMIN YA RABB~



SEDIKIT KENANGAN ANTARA KAMI


Hadiah PERTAMA dari SI DIA 6 Tahun Lepas
( Walaupun pada mulanya KAMI hanya KAWAN tp SI DIA mmberikan Ayat ini kpd sy
dan dia berpesan " Amalkan selalu Ayat ini dan jgn lupa baca selepas solat " Tapi sebenarnya sy tak tahu pun
apa maksud ayat tu, ya la masih muda kan tp selepas tu baru sy tahu. )
AMIN YA RABB


Nota kat atas ni SI DIA berikan pada sy kalau tak salah 4,5 thn lepas. Tak ingat la plak
Yang sy ingat time ni sy tengah ada masalah dan setiap kali sy ada masalah MESTI dia akan ULANG2 ayat ni dan dia pesan sy kena SENYUM2 SELALU mcm dlm gambar tu :-)
Betul kata AKHI.
~JANGAN SEDIH SEBAB ALLAH SENTIASA ADA DGN KITA~

TERIMA KASIH AKHI ATS SEGALANYA

*SEKIAN....TERIMA KASIH......*





Sabtu, 23 April 2011

~Mulut MEMBINASAKAN manusia~DIAM itu LEBIH BAIK~


 Assalamualaikum semua...

Lama agaknya tak UPDATE BLOG, almaklumlah sibuk dgn FINAL EXAM
Di sini sy ingin berkongsi dgn kalian tntg Hikmah DIAM drpd kita berbicara yg menyakiti hati manusia
mahupun berbicara tntang sesuatu yg tidak pasti kebenarannya.
Takut pula jatuh smpai tahap FITNAH kan?
Moga ianya menjadi PENGAJARAN buat mereka di luar sana yg SGT SUKA MENJAJA CERITA
Juga peringatan buat Saya dan pedoman buat kita bersama

Manusia berbicara setiap masa. Bicara
yang baik akan membawa keselamatan dan
kebaikan kepada manusia. Jika bicara
tidak mengikut adabnya, manusia akan
merana di dunia dan di akhirat. Di
dunia akan dibenci oleh manusia lain
manakala di akhirat bicara yang
menyakiti hati orang lain akan
menyebabkan kita terseksa kekal abadi
di dalam neraka Allah s.w.t.
Bagi mereka yang beriman, lidah yang
dikurniakan Allah itu tidak digunakan
untuk berbicara sesuka hati dan sia-
sia. Sebaliknya digunakan untuk
mengeluarkan mutiara-mutiara yang
berhikmah.
Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi
lidah manusia daripada mengucapkan
perkataan yang sia-sia.

Hadis-hadis Rasullullah mengenai
kelebihan diam yang bermaksud :
" Barangsiapa yang banyak
perkataannya, nescaya banyaklah
silapnya. Barangsiapa yang banyak
silapnya, nescaya banyaklah dosanya.
Dan barangsiapa yang banyak dosanya,
nescaya neraka lebih utama baginya"
( Riwayat Abu Naim )

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah
dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia
berkata yang baik atau diam"
( Riwayat Bukhari & Muslim )

BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH,
BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK,
KERANA KECERDIKKAN ITU BUAH FIKIRAN,
ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK
DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP.
MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH, TIDAK SALAH. 
YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG LAIN.
KALAU ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA
TERHINA, YANG SEBENARNYA ORANG ITU
MENGHINA DIRINYA SENDIRI. 

Manusia tidak akan dapat mengalahkan
syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang
terbaik ialah diam kalau kita tidak
dapat bercakap kearah perkara-perkara
yang baik. Bicara yang baik adalah
lambang hati yang baik dan bersih yang
bergantung kepada kekuatan iman pada
diri manusia.




~SEMOGA ILMU YG SEDIKIT INI DAPAT MEMBERI PENGAJARAN BUAT KITA BERSAMA~ 
( petikan dari SCRIBD )

Isnin, 18 April 2011

~Gembira Rasa Di Hati~

Assalamualaikum semua..
Hari ni ctah rasa sgt, sgt dan sgt gembira, bahagia, seronok, riang, girang dan seumpamanya lah
Ctah senyum dari td tau tak henti2 :-)
nak tahu sebab apa?
SEBAB nya :: ctah dapat jumpa n sembang2 dgn INSAN2 YG SGT ISTIMEWA DI HATI
that is MY SOULMATE & BESTIE 4 EVER
even kejap je dpt jumpa tp sgt gembira
actually tak rancang pun tp hanya KEBETULAN
memang best kan? kebetulan yg sgt best~~!!!
at least dpt jugak ctah MENGHILANGKAN STRESS NAK FINAL EXAM this Tuesday
YA ALLAH, BERILAH KEBAHAGIAAN INI SELAMANYA
~Amin Ya Rabb~


~SENYUM ITU PENAWAR KEDUKAAN~
*Comel kan ctah senyum? sampai ke telinga*
:-P


Khamis, 14 April 2011

~Kawen Kawen dan Kawen~

Assalamualaikum Semua
korang2, best tak tengok tajuk? hehe..best kan best kan? hehe... menGEDIK suda
Actually saja ja nak smbang n story morry about KAWEN
HMMM....Still young maaa....tp my mum kawen pun muda jgk ( dlm umo sy skrg ni lah ),
muda kan? tp its normal la..Zaman dolu2 memang org kawen awl, my TOK kawen umo 13
lagi BEST...HAHA
TAPI..Sejak akhir2 ni zaman itu kembali balik, ramai kawan2 sy yg masih muda dah brtunang n nak naik pelamin n ada juga yg kawen n dapat baby.
Tak kurang jugak adik2 junior sekolah.
Itulah dinamakan JODOH


 

Bagi sy, tak salah kawen awal,
asalkan diri kita n pasangan tahu tanggungjawab masing2,
perKAHWINan ni bukan boleh dibuat main2,
perKAHWINan juga bukan tmpat utk suka2 n sekadar berkongsi katil,
TAPI perKAHWINan adalah satu MASJID yg SUCI yg dibina utk AGAMA,
PERKAHWINAN ADALAH SATU IBADAH.
perkahwinan dibina utk melengkapkan agama kita dan mengikut sunnah Baginda.
perKAHWINan juga membolehkan kita mendapat zuriat dan menambahkan lagi UMMAT Nabi Muhammad
Bagi SI SUAMI :: Kemudilah Bahtera rumah tangga sebaik2nya, 
bimbing isteri dan anak agar menjadi Soleh Solehah
peliharalah KELUARGAMU sebaiknya dan sentiasa Berpegang pada AL-QURAN & AS-SUNNAH
INSYALLAH Keluargamu pasti bahagia.
bagi SI ISTERI :: Taatlah pada suamimu, Didiklah anak2 mu agar menjadi anak yg soleh solehah
Dan Sentiasa mencontohi isteri2 Baginda.

Semoga Sahabat2, teman2, kawan2, bloger2 yg sedang merancang utk mendirikan rumah tangga
belajarlah sepenuhnya tentang perkahwinan. dalami ilmu rumah tangga bersama
semoga perkahwinan yg bakal anda tempuhi bahagia bkn sahaja di dunia tapi juga di AKHIRAT yg kekal ABADI................

Doakan sy Smoga diberi jodoh dan suami yg soleh yg boleh membimbing sy dunia akhirat.
semoga sy juga mengikut jejak langkah kalian.
akhir sekali... TaHniaH :-)
amin ya rabb




Rabu, 13 April 2011

~Aku Manusia Lemah~

Assalamualaikum Warga Blog

~Ingin Ku Kongsi Satu PerKONGSIAN yg KOSONG~
Kosong... Jiwa Kosong, Hati Kosong, Perasaan Kosong dan OTAK KOSONG.
Exam dah makin hampir, Tinggal lagi beberapa hari ja lagi,
Selasa ni 1st paper tp....hmmm.... NOTHING
 STUDY? Hmmm..Boleh la dlm 30%, 30% tu pun utk satu paper je.
Entahlah.......

Ya ALLAH Ya TUHAN ku Bantulah hambaMU ini.
Tingkatkanlah Semangat Belajarku,
Kau Kuatkanlah Ingatanku di saat2 Akhir ini,
Kau Tetapkanlah Hati ku dgn Segala yg Telah Aku Pelajari,
Kau Mudahkanlah Segala Urusanku,
Kau Mudahkanlah Fahamanku,
YA ALLAH.
Hanya padaMU aku meminta dan Memohon Pertolongan,
Ya RAHMAN Ya RAHIM.
Sesungguhnya Aku Hanya Manusia Yg Lemah yg Sentiasa Memerlukan BantuanMU
  
AMIN AMIN AMIN YA RABBAL ALAMIN



Ahad, 10 April 2011

~Peperiksaan Vs Exam Vs Imtihan~

Assalaamualaikum Warga Blog Sekalian....
Tengok tajuk di atas pun dah buat kalian2 dah KETAQ lutut, tangan n kaki kan? hehe... pada sahbat2 dan teman2, sekrang dah nak mula musim exam kat U...Bedebor je rasanya kan? tak tau soalan apa yg bakal kuar, senang @ susah, soalan tutor ke? @ soalan cepumas?? kan3??

       Bila kita tengok Pelajar mula gelisah mencari nota kawan, kalut menyalin n menyusun semua nota2, Haaa Tu tandanya EXAM TIME la tuh~~Ya Allah, Tak tau la SEM II ni cam ne gamaknya, Teringin nak DEKAN lagi. Harap2 lah kan... walaupun rasa cam kurang yakin dgn diri ni tapi demi MENGEMBIRAKAN HATI MAK & ABAH rela ku berkorban segalanya~INSYALLAH~Takda yg mustahil kan???

Jom Hafal Doa2 Menjelang Peperiksaan Utk Sahabat yg Bakal melalui Imtihan Tak Lama Lagi  :

Doa untuk Mengulangkaji Pelajaran

- Doa memulakan ulangkaji


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.
 

Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”

- Doa selepas mengulangkaji


اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.


Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”

Doa Pada Hari Peperiksaan
 
1. Ketika memasuki dewan peperiksaan:

وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا



Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”

2. Ketika menerima kertas soalan:


قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي.


Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

3. Ketika sukar menjawab:


ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.


Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”

4. Atau:


اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً.


Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”

5. Jika anda terlupa jawapan:


اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.

Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku.”


~Semoga perkongsian doa2 ini dpt membantu kita dlm Imtihan nnti~Jgn Lupa Amalkan ye Kawan2~

"Hidup memerlukan pengorbanan,
Pengorbanan memerlukan perjuangan,
Perjuangan memerlukan kekuatan,
Kekuatan memerlukan keyakinan,
Keyakinan menentukan kejayaan,
...Kejayaan membawa kebahagiaan"...
~Rabbi yassir wala tu'assir ya kareem,ameen ya Rabb..~~

Khamis, 7 April 2011

~Nikmatnya Sihat ( SAKIT PENGHAPUS DOSA ) ~

Assalamualaikum Sahabat2, Teman2, Kawan2 Dan juga Blogger2 sekalian...

Semoga kalian semua berada dlm keadaan Sihat dan sentiasa dibawah lindungan Allah.. Lihat tajuk di atas mesti kalian dah dpt agak sy nak bkongsi tentang KESIHATAN~Korg tahu? Bila kita tgh SAKIT @ TAK SIHAT kita mesti rasa nak sgt baik, nak sgt sihat mcm org lain, nak sgt sembuh penyakit2 kita~TAPI..Bila kita sihat, ada kita mensyukuri NIKMAT SIHAT? Bagi sy sndiri, jarang sgt kita MENSYUKURINYA..Mgkin ada, tp sgt rendah peratusnya.Saya terfikir nak tulis pasal ni pun sbb sy tgh mnderita tahan sakit, sakit kaki yg sgt kritikal... MEH NAK CITE SIKIT ( CE CITE CE CITE ) :-p
         ===>   Sebulan 2Minggu yg lepas, sy jatuh dlm tandas dan kaki sy tergeliat yg sgt teruk. shinggakan sy ke kuliah dgn terhinjut2 selama 2minggu. nak dijadikan cerita sy ni degil ( sgt degil ) klinik taknak pergi, berubat taknak apatah lagi nak mengurut. selepas 3Minggu kaki sy dah beransur baik.. dalam hati ckp (selamat aku tak g mengurut, klu tak jenuh tahan sakit) tapi kesannya baru rasa sekarang ( Amik kau!!!!). SAKITNYA..YA ALLAH, HANYA ALLAH YG TAHU~Bila dh sakit mcm ni bru sy sedar Betapa INDAH, BAHAGIA, SERONOK, GEMBIRA, HAPPY, dan BERSYUKUR DGN NIKMAT SEBELAH KAKI~~~

Kalian...HARGAILAH DAN SYUKURILAH nikmat ALLAH~NIKMAT SIHAT~Sedarlah, sekecil2 ciptaan Allah ianya sgt berharga dan sgt bernilai pada umat manusia~BERSYUKUR dgn stiap yg kita ada~ Semoga sy sntiasa bersyukur dgn NIKMAT ALLAH yg diberikan kpd sy~ Sy bersyukur juga krna Allah mmberi SAKIT ini, kerana SAKIT PENGHAPUS DOSA-DOSA KECIL KITA~Sakit ini juga telah menyedarkan saya utk mnjadi manusia yg lebih bersyukur dan saya lebih dekat dgn Maha Pencipta~Terniat dihati sy utk bkongsi dgn kawan2~Semoga kita terus menjadi Hamba yg Bersyukur~
Akhir daripada saya sebagai renungan BERSAMA :


PENYAKIT bukan siksa,Tapi NIKMAT penghapus DOSA  

Dugaan menghapuskan dosa

SELAGI kita bernama manusia, selagi itu kita tidak sunyi membuat dosa dan kesilapan. Begitu juga dengan pelbagai dugaan yang terpaksa kita harungi dalam menempuh liku-liku kehidupan kita.

Menurut sebuah hadith, setiap dugaan yang kita tempuhi ada ganjaran yang menanti kita, asalkan kita redha menghadapinya.



Hadith :

Dari Abdullah r.a katanya:”Aku datang mengunjungi Rasulullah s.a.w ketika beliau sakit, lalu kusentuh baginda seraya berkata: "Ya Rasulullah! Demam anda bertambah teruk."

Jawab baginda, "Memang demamku sama dengan demam dua orang kamu." Kataku pula, "Semoga anda mendapat pahala berganda pula." Jawab baginda: "Semoga!"

Kemudian sabda baginda pula: "Tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah Taala dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya."

(Muslim)

Huraian

Segala bencana, penyakit, kesusahan atau kerunsingan yang menimpa tubuh badan atau akal fikiran seseorang mukmin adalah menjadi "kaffarah" (penghapus) kekotoran dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana itu.

Anas berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: "Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka, kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan beroleh keredaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan dari Allah." (At-Tirmidzi dan Ibn Majah)

"Dalam Hidup ada Duri, Dalam hati ada ILAHI"

~Check List Apa yg Lelaki suka dan Tak Suka~

Kepada Kaum Hawa mari check List apa yg kaum adam suka dan tak suka : ( Sama2 kita mengenali hati lelaki ) pesanan buat Isteri di luar sana :: belajar menjadi Isteri yg SOLEHAH. semoga kita mendapat berkahNYA

   Lelaki suka:  
  • Sikap kelakar
  • Budi pekerti dan kesopanan
  • Murah hati
  • Senyuman manja
  • Pandai memasak
  • Pandai dalam mengenakan pakaian
  • Penampilan/imej yg sesuai dengan citarasanya
  • Tak mudah naik angin
  • Seorang wanita yg sanggup meminjamkan keretanya pada lelaki bila kereta laki tersebut rosak
  • Tak terlalu seksi dalam berpakaian
  • “Tak apalah,tadi U dah belanja I makan, jadi sekarang biar I belanja tiket wayang”
  • Wanita yg dapat menjalin hubungan rapat dengan ibu atau keluarganya
  • Berwawasan atau bercita-cita tinggi
  • Mempunyai keyakinan diri yg tinggi
  • Tahu menjaga  maruah diri. Bersemangat dan tak mudah mengalah dalam situasi yg tertekan.
  • Sentiasa berada di sisinya saat duka dan gembira
  • Tak berleter walau terpaksa menghantar lelaki ke lapangan terbang pada 2 pagi
  • Sediakan secawan teh atau kopi tanpa disuruh oleh lelaki
  • Wanita yg mengambil berat tentang lelaki
  • Sikap keibuan
  • Sukakan kanak-kanak
  • Suara lembut tanpa dibuat2
  • Pandai membawa diri. Tak kekok dibawa ke mana pun
  • boleh dibawa berbincang dan memberi pendapat
  • memberi sokongan moral dlm apa jua usaha yg dilakukan lelaki
  • tak memperkecilkan kelemahan lelaki sebaliknya menerima seadanya diri lelaki tersebut
  • tahu bersyukur
  • pandai berjimat-cermat
  • tak mengharapkan lelaki dalam semua hal
 Lelaki Tak Suka
  • Wanita yg suka mengumpat
  • sombong dan bongkak
  • menunjukkan sikap yg terlalu memiliki
  • hisap rokok
  • “Kau ni macam orang tiga suku!”Mengutuklah tu…
  • Wanita yg melayan lelaki seperti alas kaki
  • wanita yg suka menunjuk2 utk dapatkan perhatian
  • “Tak bolehkah U lakukan sesuatu yg betul!”
  • “Jgn cuba beritahu I apa yg patut I lakukan dan yg tak patut I lakukan..”
  • wanita yg hipokrit
  • pembohong dan suka mencari alasan
  • terlalu ingin mengetahui hal peribadi si lelaki
  • sukar buat keputusan terutamanya hal berkenaan hubungan mereka
  • kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang
  • pengotor dan pemalas
  • tak bertanggungjawab langsung
  • tak pandai mengemas
  • terlalu bebas dan kuat bersosial hingga tiada batasan pergaulan
  • kuat berleter walau hal remeh temeh
  • boros berbelanja
  • tak tahu memasak
  • sikap manja yg terlalu menyakitkan hati
  • “Queen Control” atau suka mengarah2
  • tak pandai bergaya atau selekeh
  • suka bermekap tebal sehingga hilang keayuan asli
  • suka mengungkit2 hal-hal lalu
  • panas- baran
  • kuat merajuk dan sukar dipujuk
  • terlalu pendiam sehingga susah utk berkomunikasi
  • tak mahu mengakui kesilapan dan ego

" CINTA BERLANDASKAN WAHYU DAN SUNNAH ADALAH CINTA YG ABADI" CINTAILAH ALLAH SESUNGGUHNYA CINTA HAMBANYA TURUT MENGIRINGMU"

Sabtu, 2 April 2011

~Cinta Berlandaskan Islam~

“Syair Arab menyebut, apabila seseorang yang
bercinta di tanya, “Apakah kau menyintai atau
sedang bercinta dengannya?”, maka
dijawabnya, “Oh, tidak…kawan sahaja atau apa
sahaja alasannya,” Ketahuilah dia seorang
pasangan KAZZAB (penipu)”
______________________________________
“…Rasa hormat adalah asas penting menjalin
hubungan cinta yang suci sesuai dengan aturan
Allah swt. Hormat kepada perintah Allah, ajaran
Rasul serta hormat ke atas hak dan maruah di
antara pasangan amat dititik beratkan ke arah
satu hubungan yang berkekalan.
Seorang lelaki yang jujur terhadap cinta dan kasih
sayang yang terjalin terhadap seorang wanita
tidak sewenang-wenangnya menyentuh tangan
wanita atau memegang erat tubuhnya. Wanita
bukannya objek yang boleh diperalatkan.
Jika ini terjadi, seorang wanita perlu berfikir,
apakah pasangan seperti ini mampu melindungi
dan menjaga maruahnya apabila berkahwin
nanti?
Jika hari ini haknya tergadai kerana seorang yang
dinamakan kekasih, apa kesudahan yang bakal
berlaku satu hari nanti?…”
______________________________________
Istilah cinta amat popular dan menjadi satu
ungkapan setia di bibir-bibir remaja yang
menganggapnya satu kalimah suci dan bererti.
Ada yang berbangga memiliki seorang kekasih
yang setia dan mula memasang angan-angan
untuk mendirikan rumah tangga bersama
pasangan pilihan.
Fanomena ini berlanjutan dari bangku sekolah
lagi malah adakalanya membawa kepada
sesuatu di luar jangkauan
Cinta perlu
difahami. Semestinya seorang remaja
perlu memahami kehendak dan definisi yang
tepat.
Tanya pada diri, sama ada cinta hanya sekadar
gelojak perasaan serta rasa tertarik antara satu
sama lain cukup untuk menjelaskan maksudnya?
Di dalam artikel bertajuk Hakikat Percintaan
Dalam Islam, rasa hati yang dinamakan cinta
merupakan satu perasaan yang semulajadi di
alami oleh setiap insan baik muda mahupun tua.
Allah telah menganugerahkan manusia naluri
untuk meneruskan keturunan (salah satunya,
menyukai pasangan berlainan jantina) atau
dikenali dengan gharizah Al-Nau’.
Ini merupakan salah satu naluri manusia dari yang
tiga iaitu gharizah Al-baqa’ (naluri untuk
meneruskan kehidupan dan mempertahankan),
gharizah Al-Tadayyun (naluri untuk menyembah
dan beragama) dan gharizah Al-Nau’.
Jadi adanya perasaan itu sememangnya sudah
fitrah manusia dan perkara ini wajar dan tidak
haram di
sisi Islam.
Dalam keadaan ini, manusia perlu memahami
kedudukan cintanya dan ke mana hala tuju
seterusnya.
Malangnya remaja hilang punca dan meletakkan
satu kesimpulan yang mudah tentang hakikat
cinta.
Cinta perlu difahami sebagai satu rasa kasih
sayang yang penuh rasa hormat, tanggungjawab,
kesetiaan, komitmen, keikhlasan, bermaruah dan
ada matlamat.
Jika ciri-ciri ini tidak ada dalam apa yang
dikatakan sebagai cinta, maka hubungan
sedemikian sekadar satu permainan dan kepura-
puraan sahaja.
Konsep cinta dalam Islam meletakkan satu aturan
yang sistematik dan teratur tanpa mengabaikan
hubungan antara manusia dan Allah.
Atas dasar ini, Islam meletakkan cinta pada satu
kedudukan yang bermaruah dan bernilai baik bagi
pihak lelaki dan perempuan.
Ke mana hala tujunya destinasi cinta remaja?
Adakah setakat mengisi usia remaja dan
adakalanya putus di tengah
jalan?
Mungkin destinasi cinta remaja yang diingini lebih
kepada konsep ala Barat yang disifatkan penuh
romantis dan indah.
Mulianya cinta berlandaskan Islam kerana cinta
yang dibina bermatlamat. Kerana ingin mendapat
kasih sayang tuhan, manusia sedia berkongsi
rasa cinta dan kasih sayang sesama insan.
Kerana inginkan kasih sayang tuhan jualah,
masing-masing ingin selamat-menyelamatkan
antara satu sama lain dari segi hubungan dan
kehidupan di dunia untuk mengejar sesuatu yang
abadi di akhirat.
Cinta yang dibina bukan cinta kosong tetapi cinta
yang punya pengertian yang luhur dan hanya
dapat dirasakan dengan jiwa yang bersih yang
sentiasa mencari tuhan