Sabtu, 30 Julai 2011

~Nak dapat Bonus???~

Assalamualaikum semua. 

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan.
RINDUNYE KAT RAMADHAN. Penghulu segala Bulan.

B.O.N.U.S
Dengaq 5 word ni semua xcited kan? Ya lah, sapa takmau bonus yunk!
Org keja for sure nak BONUS, student plak msti la nak Markah BONUS.
Dan sapa2 ja la nak BONUS kan. Ctah pun nak!! SGT!!!

B.U.T....Now Im talking about BONUS 4 RAMADHAN. :)
Ya lah, Ramadhan coming soon. lagi sehari kot...tak sabar nak tgok Uncle tu umum bulan posa. :)

Abu Hurairah r,a meriwayatkan bahawa Rasulullah  s.a.w bersabda yang bermaksud :
" Umatku diberikan 5 PERKARA yang belum pernah diberikan kepada umat2 terdahulu ketika ramadhan iaitu :

BONUS 1 : Bau Mulut orang yg bpuasa itu lebih wangi daripada kasturi di sisi ALLAH.

BONUS 2 : Para Malaikat beristighfar utk mereka sehingga mereka berbuka.

BONUS 3 : Allah memperindahkan syurgaNYA setiap hari dan BERFIRMAN :
" Hampir2 hamba2KU yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadaMU." ( Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat )

BONUS 4 : Syaitan2 dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan2 selain ramadhan. 

BONUS 5 : Mereka akan mndapat keampuann pd akhir malam ( orang yang beramal akn disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya )."
Mengenai BONUS ke-5 ni ada sahabat bertanya kpd Rasulullah s.a.w : " Ya Rasulullah, apakah itu berlaku pada malam Lailatuqadar? " Baginda menjawab : " Bukan, tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya sesuai menyelesaikan amalannya " ( Riwayat Ahmad )

-Petikan daripada Majalah SOLUSI-

Semoga perkongsian ilmu ini membawa manfaat buat kita bersama. Semoga kita termasuk dlm golongan2 yg mendapat kelima2 BONUS ini..Amin ya rabb




2 ulasan:

  1. selamat berpuasa syitah dan keluarga.... ^_^

    BalasPadam
  2. terima kasih kak ira...slmt bpuasa buat kak ira jgk...

    BalasPadam

Jom share Idea. Thanks korang sbb sudi baca blog yg tak seberapa! :-)