Bismillah
Alhamdulillah,
Masih diberi kesempatan olehNYA utk hidup dalam usia 22 tahun 11 bulan dan 3 Minggu,
Insyallah akan menyambut ulangtahun kelahiran pada 30 januari ini.
Genaplah usiaku 23 tahun.
Seperti yang sedia maklum tntang entri sebelum ini berkaitan hadiah hari lahir,
insyallah,
ctah bakal menjadi Ummi, Ibu, Mama, Mak, Bonda, Mommy dan seangkatan dengannya.
Moga segalanya dipermudahkan ALLAH.
Pada awalnya, ctah tidak menjangka peralihan kesihatan lepas tamatnya exam 14hb lepas adalah satu tanda diri ini dihuni oleh makhluk ALLAH, Pencipta manusia,
sekadar beranggapan bahawa ianya akibat daripada rehat yg terhad disebabkan sibuk dengan final exam, ctah xsyak apa pun,
tp pada awalnya memang ctah dan en suami berniat nak punya anak pada bulan sebelum ni,
kami cadang untuk punya zuriat pada bulan 8 2013 memandangkan mengikut perkiraan, ctah masih dalam cuti semester 3 bulan,
tp perasaan agak kuciwa kerana akhirnya bendera Merah dipacakkan dgn jayanya.
lepas tu bulan ni kami berserah sebab kalu ctah prgnant bulan ni, maksudnya ctah akan due pada september dan pada bulan 9 ctah sudah pun masuk semester akhir.
tp kami tak mau la rancang sebab semuanya atas kehendakNYA.
Jika DIA tahu kemampuan ctah, pasti ada rezeki buat kami.
dan akhirnya memang bulan ni ctah lekat.
Rezeki ini sememangnya sangat2 dinanti2kan.
Pada hari lepas exam tu, akibat pening2 ctah pun try buat upt test,
memang sedia ada dalam simpanan sebab bulan sebelum ni ctah dah beli, dgn harapan akan lekat, beli siap2 la konon,
tapi apakan daya, perancangan ALLAH itu lebih HEBAT,
Dengan perasaan yg agak gementar, ctah buat diam2 tanpa pengetahuan en suami mahupun ahli keluarga yg lain,
Utk pengetahuan umum, upt test lebih elok buat pada waktu subuh selepas bangun dari tido kerana kepekatan air kencing pada masa itu lebih bagus dan elok utk buat ujian,
tapi disebabkan perasaan 'tidak sabar' dan agak 'gedik',
tengahari ctah buat dah,
pulun la naik atas dalam bilik, koyak plastik upt test (hanya rm5 promosi di gurdian) dan terus masuk bilik air,
pap prup paaap prupppp
akhirnya siap.
Sedikit kuciwa melihat hanya ada 1 line pada upt tersebut dan terus lempaq (baling) alat tersebut ke dalam bekas dan bawa sorok dalam almari,
pastu buat donno mcm biasa la kan,
BERSERAH LAGIIII..
then lepas solat maghrib, lepas berjemaah dgn en suami,
ctah pun kemas2 bilik dan teringat upt tu, ctah pun nak amik lempaq buang dalam tong sampah sbb makin tgk makin kuciwa kan,
waktu amik tu terpandang la sikit,
tup2 nampak double line. Line kedua sgt samar. maksud double line tu positive la. adakah ctah hamil?????????
SUBHANALLAH.
Mimpikah aku?
Terus tunjuk dekat en suami dan terus mendapat kucupan kasih di dahi berkali2.
Senyum sampai ke telinga la kami.
Then terus turun bawah gtau mak dan kak long ctah,
memandangkan kak long ctah tgh prgnant ank kedua dan dah ada pengalaman b4 ni, lps dia tgk ja upt dia ckp 'hmmm, susah nak ckp klo nmpak cm ni, tak sure lagi ni, sbb samar sgt2, kena buat lagi sekali'
waktu ni agak kuciwa dan sedih kembali.
|
upt pertama. apa korang nampak? |
Tapi waktu ni period masih tak delay, jd memang sgt2 tak yakin dan tidak mahu letakkan sebarang HARAPAN yg tinggi, nanti kecewa pulak kan,
kakak2 ctah suh buat lagi minggu depan so ctah pun tunggu dgn penuh sabar,
tapi nama pun manusia, takat mana leh sabar,
dgn penuh sifat 'ketidaksabaran',
lepas 2 hari beli upt (hanya rm8) senyap2 dan buat lagi,
dan test itu menunjukkan hanya ada 1 line sahaja walaupun dah dibiar lama.
waktu ni memang sedih dan kecewa.
|
upt ke-2. hanya 1 line |
tp BERSERAH LAGIIII kepadaNYA.
Lepas 3 hari kemudian waktu en suami pergi ke BJ utk beli brg,
ctah msg suruh en suami beli lagi upt test di watson,
dan apabila en suami pulang dia belikan yg agak mahai dalam rm18,
ini mungkin lebih tepat sebab harga pun lebih mahai berbanding sebelum2 ini.
Dengan penuh 'kesabaran' ctah tunggu sampai menjelang subuh keesokkan harinya, sampai tido pun tido2 ayam, hihihi,
dan
prappp prupp prappp prupp
Siap dan ini hasilnya
|
apa yg korang nampak? |
Sekali pandang 1 line dua kali pandang double line pulak,
tapi waktu ni memang dah tak mengharap sebab malas meletakkan harapan yg tinggi dah,
Tanya mak, mak ckp nampak 1 line, tanya kakak2 diorg ckp mcm ada 2 line,
so ctah terus berada dalam 'kekonfiusan' ditambah dgn 'penasaran'.
akhirnya ambil keputusan utk duduk diam2 dan tunggu sehingga period datang.
sebab tanda2 period nak datang sudah ada.
Bermulanya sakit perut dan pinggang,
dan Miss B ctah pun sengal2 dan sakit.
dan jerawat naik dengan jayanya.
Akhirnya ctah terpaksa akur yg BELUM REZEKI kami menimang cahaya.
Insyallah satu hari pasti ada.
hari berganti hari,
akhirnya, berdasarkan kiraan 28 circle, nampak gayanya period ctah sudah delay beberapa hari tanggal 20hb,
so nekadnya suruh kakak2 beli time diorg kuar g shoping kat tesco,
diorg beli yg murah ja rm10 punya.
dan pagi tadi 20hb januari 2013,
pada awal2 pagi jam 5 lebih ctah buat,
memandangkan sejak kebelakangan ini kerap terjaga awal dalam 4-5pagi ctah pun ambik peluang nak check sebelum en suami bangun tido,
praaap prupp prapp pruppp
akhirnya
ALHAMDULILLAH
DOUBLE line yg agak terang berbanding dahulu
ini buktinya
|
nampak double line bukan? syukur ya ALLAH |
lepas tu kul 5.30 gerak en suami bangun tido dgn senyuman yg sgt manis,
sampai en suami pun bangun dengan cepat sbb isteri dia senyum2 simpul dari tadi,
dan terus gtau, 'yang try p tgk ats meja tu'
en suami terus p tgk dan dia mcm terkejut, termimpi, terkesima dan ter banyak lagi laaa.
En suami sekali lagi menghadiahkan kucupan kasih buat isteri tercinta,
Lepas tu terus tunjuk upt kat kakak2 dan mak,
alhamdulillah,
diorg kata ini betul prgnant dan ctah sgt2 bahagia,
sehinggakan mengalir air hangat tanpa henti,
dalam sujud terus mengucapkan syukur atas kurniaan ini
YA ALLAH
Terima kasih ats kesempatan ini, atas peluang ini dan atas ruang ini.
sesungguhnya HAMBAMU ini hanya mengharapkan ehsan dariMU agar zuriat yg dikandung terus berkembang dan subur sempurna sehingga sampai detiknya dia melihat dunia indah yg penuh onak dan duri.
Lepas tu, hari ni seharian en suami bawak ctah jalan2 dan hiburkan hati,
kami round island pastu en suami belanja makan ayam penyet,
makanan pertama utk anak ummi setelah ummi tahu kehadiranmu sayang.
Dan waktu balik en suami singgah kat giant dan pergi watson untuk beli UPT TEST yg digital punya berharga rm29.90,
ini saja untuk sedapkan hati dan tambahkan keyakinan yg sudah semakin yakin,
dan sempat singgah tesco utk hantar brg utk kawan dan en suami pun nak singgah sekali belikan susu untuk mommy to be,
terima kasih kanda.
Sayangnya kanda dkt isterimu ini ya.
Dan balik rumah terus buat (punya tak sbr tunggu esok)
dan akhirnya
inilah hasilnya
|
PREGNANT 2-3
Maksudnya 2-3 tu adalah 4-5minggu usia kandungan ctah |
|
lebih jelas..:) |
ALHAMDULILLAH
kini ku bergelar
MOMMY TO BE
bakal ummi utk zuriat HALAL kami,
Hanya kepadaMU kami bergantung harap,
Membesarlah sayangku dalam rahim ummi sebaiknya,
Walaupun ctah tahu masih terlalu awal dan panjang perjalanan usia janin ini,
tetapi ctah berserah sepenuhnya kepada ALLAH,
hanya DIA yg tahu apa yg terbaik utk kami.
Mohon kalian dan sahabat2 yg tahu mendoakan kesihatan ctah dan kandungan agar sntiasa berada dalam keadaan yg baik dan sempurna.
Berilah kekuatan utkku menggalaskan AMANAH ini sebaik2nya,
Terima kasih ALLAH ats kurniaan ini,
Terima kasih KANDA ats BENIH CINTA ini,
Terima kasih bakal anak ummi kerana sudi meneman ummi tiap masa dan saat sepanjang 9 bulan,
Hanya padaMU kami memohon pertolongan dan limpahkanlah kasih sayangMU kepada kami sekeluarga.