Isnin, 7 Januari 2013

~Ganjaran untuk Isteri~


Bismillah. 
Sekadar perkongsian Ilmu dari teman FB.

a) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

b) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

c) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

d) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

e) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

f ) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

g) “Apabila meninggal dunia seorang isteri dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

h) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.

(Hadis riwayat Anas Bin Malik)


credit to rumahtanggakeluargamuslim.

p/s: ctah tak pasti sama ada fakta ini sohih dengan hadis sohih mahupun hadis doif. ctah kongsi sekadar mengambil manfaat darinya agar isteri di luar sana termasuk diri ini berlumba2 untuk melakukan kebaikan dan berusaha menjadi isteri solehah penyenang hati suami. Insyallah. Ganjaran ALLAH kepada mereka yang taat ALLAH, taat SUAMI dan ibubapa PASTI MANIS dan besar nilainya. ANDA BUAT ANDA DAPAT.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom share Idea. Thanks korang sbb sudi baca blog yg tak seberapa! :-)