Rabu, 16 Januari 2013

~Rezeki Hak Mutlak ALLAH~

Bismillah

Malam ni, walaupun sakit2 tapi gagahkan diri utk meluang masa demimu BAITUL MUSLIM YaNa
Alhamdulillah
kemarin 14hb tamatlah pejuang di semester 4.
masih berbaki 2 semester utk ditamatkan.
doakan yg terbaik untuk ctah.
tamat saja exam, sakit pun menyerang.
seharian sakit kepala, dan cb (cirit birit yg tiada henti)
dan malam ni selsema yg teruk akibat resdung yg menjadi2.
bersin tanpa henti.
puncanya seharian mengemas bilik siang td. vacum bilik, tukar cadar, buka langsir, lap habuk dll lagi dan hasilnya bersin hingga ke skrg.
masih belum mampu lelapkan mata.
tapi takpalah.Ikhlas menyenangkan hati suami.
pastu plak, lepas habis ja buat keja semua, sakit pinggang dan perut yg agak kritikal.
nampkanya sudah tiba masanya utk 'bendera merah' dipacakkan.

ok. thanks sebab sudi baca muqodimah yg agak terpanjang.
sebenarnya sejak kawen ni, dah 2 bulan lebih mmg tak dinafikan ramai yg bertanya
"Dah ada tanda ka?"
"Bila nak dapat baby?"
"Dah 'berisi' ka?" depa taktau ka yg ceq ni mmg berisi pun.penuh dgn lemak bagai..hihi
"Takda tanda2 lagi ka?"
"Hampa dua ni rancang ka?"

:: JAWAPAN ::

SEMESTINYA kami 'nak' tapi JAWAPAN ini lebih tepat ::

Hanya ALLAH yg tahu jawapannya,
walaupun kadang kala rasa tertekan dengan persoalan demi persoalan
tetapi KAMI REDHO
Kerana pertanyaan kalian itu secara tidak langsung ia menjadi 'satu doa',
Siapa yg taknak zuriat dari hubungan HALAL,
Tapi belum REZEKI
Rezeki itu HAK MUTLAK ALLAH
ALLAH yg pemberi REZEKI utk hambaNYA
dan semestinya semua yang telah dirancang oleh ALLAH da HIKMAH yg sgt BESAR.
Hanya ALLAH tahu HIKMAHNYA
Sampai skrg ctah masih terus berdoa dan memberi sepenuh kepercayaan kepada ALLAH
Ctah dan en suami sentiasa berpandangan BAIK terhadap ALLAH
Seandainya ALLAH tahu kemampuan ctah sebagai seorang isteri dan juga tugas berat sebagai PELAJAR SEPENUH MASA,
jika ALLAH tahu ctah boleh dan mampu membawanya,
pasti DIA kurniakan dan jika DIA tahu tahap kemampuan ctah yg sgt terhad pasti ALLAH memberi ruang dan peluang utk ctah tamatkan pengajian dulu
Bersangka baiklah dengan TUHANmu.
Sesungguhnya apa yg telah DIA tetapkan adalah yg terbaik.
Jangan mempertikaikan.
Doakan yg terbaik utk ctah dan en suami.
Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa membaca rintihan hati ini.
sesungguhnya hanya kepadaMU kami bergantung harap

Pasrah dengan sikap manusia yg tidak jemu2 'menyibuk' atau dalam kata yg sopan sangat'mengambil berat'
sebelum kahwin, sibuk bertanya
'bila nak kawen?'
dah kawen tanya lagi
'bila nak dapat baby?'
dah dapat baby tanya lagi
'bila nak bg dia adik/bila nak tambah anak?'
YA ALLAH
Prihatin sungguh kita semua kan? BERTUAH sangat.
dan KENAPA TAK TANYA SOKLAN NI LEPAS TU?
'Bila nak MENINGGAL?'
*Insaf seketika*

ps: Terima kasih suamiku kerana terus menyayangi isterimu ini. walaupun diri ini serba kekurangan tetapi kanda tidak jemu2 membimbing dan atas KESABARANmu itu dinda sgt MENGHORMATI dan MENGKAGUMI kanda. Terima kasih kerana sudi berkongsi suka duka bersama dinda. moga hubungan HALAL ini terus berkekalan sampai ke syurgaNYA. Amin..Dinda sayang kanda kerana ALLAH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom share Idea. Thanks korang sbb sudi baca blog yg tak seberapa! :-)