Jumaat, 11 Januari 2013

~Adam dan Hawa versi YaNa~


✿ Adam dan Hawa ✿


Kepada Hawa. Biarlah Adam yang mencari sendiri tulang rusuknya yang hilang. 


Hawa pula, tunggulah dan bersabarlah, tak perlulah kamu yang mencari Adam. Kerana kamu tetap tulang rusuknya yang hilang, dia akan datang mencarimu dan mengambilmu satu hari nanti.


Apa yang boleh kamu usahakan Hawa ialah berdoa agar Adam yang datang itu adalah Adam yang beragama, beramal dengan agamanya dan punya akhlak yang baik. Dengan kata lain dapat membimbing kamu ke jalan Allah untuk ke syurga..


Alhamdulillah
Sejauh manapun tulang rusuk kita berada akhirnya tercantum jua.
Sejauh mana pun jodoh kita, kalau sudah ditetapkan oleh ALLAH pasti bertemu jua.
Saat ADAM mencari HAWAnya yang jauh,
merantau ke serata tempat sehingga berhijrah jauh ke sebuah negara, 
maka.. bertemulah ADAM dengan tulang rusuknya.
tercipta dua CINTA HALAL antara dua benua.
Itulah dia Encik Yanis ADAMnya dan Puan Nasyitah HAWAnya.

Pertama kali ku mendengar suaranya.
Tidak ku sangka akulah pemilik tulangnya yang hilang,
Syahdu dan merdu tika alunan al-Quran dinyanyikan,
sungguh! aku telah jatuh cinta,
Seakan tidak percaya kerana perbezaan negara menjadi persoalan,
status juga menjadi penghalang,
tetapi atas nama JODOH maka
KUN FAYAKUN
SUBHANALLAH
Indah sungguh caturan hidup ALLAH untuk hambaNYA.

Kerana AgamaNYA,
Aku jatuh cinta dan ku pegang rapi HATINYA.
Kini, aku miliiknya yang SAH,
Akan ku jaga dan simpan utuh ikatan ini berlandaskan syariatNYA agar ianya mekar mewangi bak kuntuman bunga di Taman Syurga.
Berkasih sayang di Dunia mengikut hukumNYA
AGAR
terus menyulam CINTA di Akhirat kekal abadi.

Salam sayang buat En. Suami Yanis
Ikhlas daripada hawamu
Puan Nasyitah
11.1.13
12.17am

ps: tgh berjuang untuk paper ke-4 esok walaupun keadaan diri yang kurang mengizinkan. agak pening ditambah pula dengan sedikit kepenatan. Terima kasih kanda, sudi meneman isterimu sehingga dikau terlena dibuai mimpi. Dinda menghargainya kanda. Walaupun dalam kesibukkan bekerja menyempurnakan nafkah zahir dan kesibukkan menunaikan tanggungjawab sebagai seorang MUSLIM dalam komuniti ISLAM tetapi masih sempat melayan karenah isterimu yang nakal lagi banyak 'songeh'..I love u till Jannah suamiku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom share Idea. Thanks korang sbb sudi baca blog yg tak seberapa! :-)