Ahad, 27 Januari 2013

~Sebuah perjalanan~

Bismillah

Salam Maghrib buat sahabat sekalian,
insyallah, lagi beberapa jam ctah akan berangkat bersama en suami ke KL,
dan menuju pulang ke kampung halaman en suami tercinta,
insyallah, esok flight jam 10.30 ke Banda Acheh,
sgt teruja dan seronok kerana berkesempatan meluangkan masa bersama en suami,
menziarahi dan mengunjungi saudara mara di Acheh serta mengambil peluang utk berbulan madu buat kali ke-3,
Perasaan kali ni sgt berbeza krn kami akan pulang 'bertiga',
anak ummi sayang, plis be good utk ummi dan jadi anak soleh na sayang,
Moga perjalanan kita bertiga selamat dan dimudahkan segala2nya,
Dalam masa yg sama2, perasaan agak sedih utk meninggalkan permata hati serta org2 tersayang di Penang,
semestinya sgt merindukan mak dan ank2 buah tersayang,
dan
bakal ank2 buah ucu,
pliss be good to ucu ok sayang!
jgn kuar lg sebelum ucu balik tau.
Tunggu ucu dgn pak ucu balik baru korang kuar k. nanti ucu belikan ole2 dari Acheh. :-)

Pastinya akan merindukan seluruh ahli keluarga di Penang sepanjang seminggu berkampung di Acheh nanti.
JAUH DI MATA TAPI AKAN SENTIASA DEKAT DI HATI

YA ALLAH,
Mudahkanlah perjalanan kami menuju ke Acheh,
ringankan segala beban kami,
bantulah kami dalam apa jua perkara yg kami lakukan,
titipkanlah rahmat dan kasih sayangMU buat kami sepanjang perjalanan,
KAU peliharalah kami 'bertiga',
terutama little caliph yg masih jauh perjalanan beliau dalam rahimku,
Kuatkanlah zuriat yg aku kandungkan agar sempat dia melihat duniaMU dan beribadah padaMU,
SESUNGGUHNYA ENKAULAH TUHAN SEMESTA ALAM,
Tempat kami bergantung harap,
Tempat kami memohon dan meminta pertolongan.
Sesungguhnya niat kami ikhlas ingin menjalin ukhwah dan menziarahi seluruh keluarga di sana,
oleh itu KAU lapangkanlah perjalanan kami.
AMIN YA RABB



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom share Idea. Thanks korang sbb sudi baca blog yg tak seberapa! :-)