Ahad, 20 Januari 2013

~Ada benih dalam rahimku~

Bismillah

Alhamdulillah,
Masih diberi kesempatan olehNYA utk hidup dalam usia 22 tahun 11 bulan dan 3 Minggu,
Insyallah akan menyambut ulangtahun kelahiran pada 30 januari ini.
Genaplah usiaku 23 tahun.

Seperti yang sedia maklum tntang entri sebelum ini berkaitan hadiah hari lahir,
insyallah,
ctah bakal menjadi Ummi, Ibu, Mama, Mak, Bonda, Mommy dan seangkatan dengannya.
Moga segalanya dipermudahkan ALLAH.

Pada awalnya, ctah tidak menjangka peralihan kesihatan lepas tamatnya exam 14hb lepas adalah satu tanda diri ini dihuni oleh makhluk ALLAH, Pencipta manusia,
sekadar beranggapan bahawa ianya  akibat daripada rehat yg terhad disebabkan sibuk dengan final exam, ctah xsyak apa pun,
tp pada awalnya memang ctah dan en suami berniat nak punya anak pada bulan sebelum ni,
kami cadang untuk punya zuriat pada bulan 8 2013 memandangkan mengikut perkiraan, ctah masih dalam cuti semester 3 bulan,
tp perasaan agak kuciwa kerana akhirnya bendera Merah dipacakkan dgn jayanya.
lepas tu bulan ni kami berserah sebab kalu ctah prgnant bulan ni, maksudnya ctah akan due pada september dan pada bulan 9 ctah sudah pun masuk semester akhir. 
tp kami tak mau la rancang sebab semuanya atas kehendakNYA.
Jika DIA tahu kemampuan ctah, pasti ada rezeki buat kami.
dan akhirnya memang bulan ni ctah lekat.
Rezeki ini sememangnya sangat2 dinanti2kan.

Pada hari lepas exam tu, akibat pening2 ctah pun try buat upt test,
memang sedia ada dalam simpanan sebab bulan sebelum ni ctah dah beli, dgn harapan akan lekat, beli siap2 la konon,
tapi apakan daya, perancangan ALLAH itu lebih HEBAT,
Dengan perasaan yg agak gementar, ctah buat diam2 tanpa pengetahuan en suami mahupun ahli keluarga yg lain,
Utk pengetahuan umum, upt test lebih elok buat pada waktu subuh selepas bangun dari tido kerana kepekatan air kencing pada masa itu lebih bagus dan elok utk buat ujian,
tapi disebabkan perasaan 'tidak sabar' dan agak 'gedik',
tengahari ctah buat dah,
pulun la naik atas dalam bilik, koyak plastik upt test (hanya rm5 promosi di gurdian) dan terus masuk bilik air,
pap prup paaap prupppp
akhirnya siap.
Sedikit kuciwa melihat hanya ada 1 line pada upt tersebut dan terus lempaq (baling) alat tersebut ke dalam bekas dan bawa sorok dalam almari,
pastu buat donno mcm biasa la kan,
BERSERAH LAGIIII..
then lepas solat maghrib, lepas berjemaah dgn en suami,
ctah pun kemas2 bilik dan teringat upt tu, ctah pun nak amik lempaq buang dalam tong sampah sbb makin tgk makin kuciwa kan,
waktu amik tu terpandang la sikit,
tup2 nampak double line. Line kedua sgt samar.  maksud double line tu positive la. adakah ctah hamil?????????
SUBHANALLAH.
Mimpikah aku?
Terus tunjuk dekat en suami dan terus mendapat kucupan kasih di dahi berkali2.
Senyum sampai ke telinga la kami.
Then terus turun bawah gtau mak dan kak long ctah,
memandangkan kak long ctah tgh prgnant ank kedua dan dah ada pengalaman b4 ni, lps dia tgk ja upt dia ckp 'hmmm, susah nak ckp klo nmpak cm ni, tak sure lagi ni, sbb samar sgt2, kena buat lagi sekali'
waktu ni agak kuciwa dan sedih kembali.

upt pertama. apa korang nampak? 

Tapi waktu ni period masih tak delay, jd memang sgt2 tak yakin dan tidak mahu letakkan sebarang HARAPAN yg tinggi, nanti kecewa pulak kan,
kakak2 ctah suh buat lagi minggu depan so ctah pun tunggu dgn penuh sabar,
tapi nama pun manusia, takat mana leh sabar,
dgn penuh sifat 'ketidaksabaran',
lepas 2 hari beli upt (hanya rm8) senyap2 dan buat lagi,
dan test itu menunjukkan hanya ada 1 line sahaja walaupun dah dibiar lama.
waktu ni memang sedih dan kecewa.

upt ke-2. hanya 1 line

tp BERSERAH LAGIIII kepadaNYA.
Lepas 3 hari kemudian waktu en suami pergi ke BJ utk beli brg,
ctah msg suruh en suami beli lagi upt test di watson,
dan apabila en suami pulang dia belikan yg agak mahai dalam rm18,
ini mungkin lebih tepat sebab harga pun lebih mahai berbanding sebelum2 ini.
Dengan penuh 'kesabaran' ctah tunggu sampai menjelang subuh keesokkan harinya, sampai tido pun tido2 ayam, hihihi,
dan
prappp prupp prappp prupp

Siap dan ini hasilnya

apa yg korang nampak?

Sekali pandang 1 line dua kali pandang double line pulak,
tapi waktu ni memang dah tak mengharap sebab malas meletakkan harapan yg tinggi dah,
Tanya mak, mak ckp nampak 1 line, tanya kakak2 diorg ckp mcm ada 2 line,
so ctah terus berada dalam 'kekonfiusan' ditambah dgn 'penasaran'.
akhirnya ambil keputusan utk duduk diam2 dan tunggu sehingga period datang.
sebab tanda2 period nak datang sudah ada.
Bermulanya sakit perut dan pinggang,
dan Miss B ctah pun sengal2 dan sakit.
dan jerawat naik dengan jayanya.
Akhirnya ctah terpaksa akur yg BELUM REZEKI kami menimang cahaya.
Insyallah satu hari pasti ada.

hari berganti hari,
akhirnya, berdasarkan kiraan 28 circle, nampak gayanya period ctah sudah delay beberapa hari tanggal 20hb,
so nekadnya suruh kakak2 beli time diorg kuar g shoping kat tesco,
diorg beli yg murah ja rm10 punya.
dan pagi tadi 20hb januari 2013,
pada awal2 pagi jam 5 lebih ctah buat,
memandangkan sejak kebelakangan ini kerap terjaga awal dalam 4-5pagi ctah pun ambik peluang nak check sebelum en suami bangun tido,
praaap prupp prapp pruppp
akhirnya
ALHAMDULILLAH
DOUBLE line yg agak terang berbanding dahulu
ini buktinya

nampak double line bukan? syukur ya ALLAH

lepas tu kul 5.30 gerak en suami bangun tido dgn senyuman yg sgt manis,
sampai en suami pun bangun dengan cepat sbb isteri dia senyum2 simpul dari tadi,
dan terus gtau, 'yang try p tgk ats meja tu'
en suami terus p tgk dan dia mcm terkejut, termimpi, terkesima dan ter banyak lagi laaa.
En suami sekali lagi menghadiahkan kucupan kasih buat isteri tercinta,

Lepas tu terus tunjuk upt kat kakak2 dan mak,
alhamdulillah,
diorg kata ini betul prgnant dan ctah sgt2 bahagia,
sehinggakan mengalir air hangat tanpa henti,
dalam sujud terus mengucapkan syukur atas kurniaan ini
YA ALLAH
Terima kasih ats kesempatan ini, atas peluang ini dan atas ruang ini.
sesungguhnya HAMBAMU ini hanya mengharapkan ehsan dariMU agar zuriat yg dikandung terus berkembang dan subur sempurna sehingga sampai detiknya dia melihat dunia indah yg penuh onak dan duri.

Lepas tu, hari ni seharian en suami bawak ctah jalan2 dan hiburkan hati,
kami round island pastu en suami belanja makan ayam penyet,
makanan pertama utk anak ummi setelah ummi tahu kehadiranmu sayang.
Dan waktu balik en suami singgah kat giant dan pergi watson untuk beli UPT TEST yg digital punya berharga rm29.90,
ini saja untuk sedapkan hati dan tambahkan keyakinan yg sudah semakin yakin,
dan sempat singgah tesco utk hantar brg utk kawan dan en suami pun nak singgah sekali belikan susu untuk mommy to be,
terima kasih kanda.
Sayangnya kanda dkt isterimu ini ya.
Dan balik rumah terus buat (punya tak sbr tunggu esok)
dan akhirnya
inilah hasilnya

PREGNANT 2-3
Maksudnya 2-3 tu adalah 4-5minggu usia kandungan ctah

lebih jelas..:)

ALHAMDULILLAH
kini ku bergelar
MOMMY TO BE
bakal ummi utk zuriat HALAL kami,
Hanya kepadaMU kami bergantung harap,
Membesarlah sayangku dalam rahim ummi sebaiknya,
Walaupun ctah tahu masih terlalu awal dan panjang perjalanan usia janin ini,
tetapi ctah berserah sepenuhnya kepada ALLAH,
hanya DIA yg tahu apa yg terbaik utk kami.
Mohon kalian dan sahabat2 yg tahu mendoakan kesihatan ctah dan kandungan agar sntiasa berada dalam keadaan yg baik dan sempurna.
Berilah kekuatan utkku menggalaskan AMANAH ini sebaik2nya,

Terima kasih ALLAH ats kurniaan ini,
Terima kasih KANDA ats BENIH CINTA ini,
Terima kasih bakal anak ummi kerana sudi meneman ummi tiap masa dan saat sepanjang 9 bulan,
Hanya padaMU kami memohon pertolongan dan limpahkanlah kasih sayangMU kepada kami sekeluarga.




8 ulasan:

  1. Terharu sy membaca ctah punya cerita..sy masih menantikan saat ini berlaku....SANGAT mengharapkan kehadirannya dalam keluarga kami...Semoga segalanya dipermudahkan buat sy dan suami...

    Saya doakan yang terbaik utk ctah..tahniah

    BalasPadam
  2. Mst anak
    Dah besar. Saya 3 org upt blur gini. Hehe

    BalasPadam
  3. risau saya cek upt awal pg td pkul 4..nampk line ke2 tp trlalu smar mcm gmbr prtma puan qaseh cek..nak kepastian saya cek lg pkul 6 xda plak line ke2 tu�� negative plak..saya konpius preggy ka x��

    BalasPadam
  4. sy xsngup baca smpai abis sy dh belenang air mata.. sama dgn situasi awk double line tp sgt² samar dlm masa 3 hr bturut. masuk hri kelima ada spoting sikit drah wrna merah pink. bile test single line saje. nagis.. rapuh betul perasaan ni.. doakan sy ada rzki juga.. aminn

    BalasPadam
  5. saya dah lambat 4hari tapi check tetap 1 line 😢

    BalasPadam
  6. mengalir air maata sy baca kisah sis.skg ni asik mudah tersentuh je. sikit2 nak nangis. Moga ada rezeki Zushazrina dan suami Muhammad ashraf peroleh zuriat yg soleh solehah..amiin ya allah.

    BalasPadam
  7. Sy baru je cek.. tapi kluar line putih.. knp ye.. Dua Kali test kluar line putih..

    BalasPadam
  8. Sayu sangat banyak ni...harap saya pun dapat rezeki zuriat jugak...amin penatian 7tahun..

    BalasPadam

Jom share Idea. Thanks korang sbb sudi baca blog yg tak seberapa! :-)