Isnin, 7 Januari 2013

~Perkahwinan adalah proses pembelajaran~

Bismillah.

Hari ni kehidupan seperti biasa, bangun pagi mengemas apa yg patut 
dan jalani kehidupan sebagai seorang isteri dan seorang pelajar. study utk exam dis thursday. 
Wish me luck ya. Amin.
YES
Membina BAITUL MUSLIM atau membina rumah tangga memerlukan kita belajar, belajar dan belajar.
Proses pembelajaran yg tiada penghujungnya.
Kita sentiasa perlu belajar dan menambah ilmu pengetahuan tentang pelbagai perkara,
dari A hingga Z kita perlu laksanakan dgn penuh dedikasi.
Dari mula bangun tido, cara kejutkan suami bangun pagi dgn hemahnya, cara sediakan baju kerja, sarapan, menghantar suami keluar rumah sama ada sekadar di depan pintu bilik mahupun pintu rumah, cara menyambut kepulangan suami dari tempat kerja, melayan kerenah suami semasa di rumah (sediakan mkn minum, mengurut, bergurau senda, berbincang), etika ketika di luar, bagaimana menyemarakkan hubungan suami isteri ketika di luar rumah, adab2 isteri solehah, adab2 isteri semasa di luar rumah bersama kawan, di tempat belajar/kerja atau di mana2 sahaja, tak lupa juga cara2 memujuk suami/isteri saat diorg merajuk,
hinggalah pada waktu malam, adab2 melayan suami di atas katil dan menyempurnakan 'keinginan' suami dan semuanya perlukan pembelajaran yg sempurna berlandaskan syariat ISLAM.
Sebab itulah, perkahwinan bukan sahaja menghalalkan yg haram tetapi proses pembelajaran yg tiada noktahnya.
Masih jauh perjalanan KAMI.
Insyallah, ctah akan berusaha dan terus berusaha jadi isteri yang baik dan terbaik untuk en suami.
Insyallah. dgn kemudahan internet, penulisan buku2 perkahwinan dan artikel2 di FB dapat menambah sedikit sebanyak ilmu tentang rumah tangga dalam membina BAITUL MUSLIM bertunjang Al-Quran dan Sunnah.
Perlu memanfaatkan kemudahan sedia ada agar tak jadi 'kufur nikmat'.
Ilmu perlu dicari dan diamal.
Ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah.
Kaku dan lesu.
Moga terus diberi kekuatan dlm menggapai redhoNYA.

*Jangan hanya mengharap untuk menerima, kita perlu memberi. Insyallah penerimaan itu akan menyusul*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom share Idea. Thanks korang sbb sudi baca blog yg tak seberapa! :-)