Sabtu, 12 Januari 2013

~Ragam Birthday Girl~

Bismillah

ALHAMDULILLAH
Berakhir kertas yg ke-4 ptg tadi dgn jayanya.
Opss..jaya ka? hmm..berserah dan tawakal sepenuhnya... Malas nak pkir benda yg lepas, nti bertambah2 stress. cuma mampu berdoa saja moga ALLAH lembutkan hati pensyarah2 budiman..insyallah
 so berbaki 2 perlu kekuatan yg luar biasa.
double pper in one day
pagi dan petang. Oh ALLAH. Mudahkan urusan hambamu.

En3 kali ni nak ceritakan sedikit tentang ragam heroin ucu satu2nya.
dan today 12hb is her BIRTHDAY
Selamat hari lahir sayang ucu.
12.1.10 lahirlah insan yang menyerikan hidup ucu, yang menambah senyum ucu, menambah kebahagiaan dalam hidup kami sekeluarga. dikaulah segalanya buatku.
NUR IRDINA INSYIRAH


Buat masa ni she the only one my niece. 
insyallah bakal bertambah my niece and other nephew. doakan semuanya dipermudahkan ALLAH.
Ragam anak buah sejak kebelakangan ini agak pelik, asyik merap ja kat ucu dia.. 
sikit2 ucu, kuar umah sebut ucu, kat umah pun ucu.
bila ucu bangun tido lambat, mesti akan dengar org bukak pintu bilik.
sapa lagi bukan si kakak comel.
bila ucu kat atas ja, sure dia mai cari sampai ke bilik.
manja kat ucu lain mcm aja.
takut ucu tak syg dia la tu bila dh bertambah 2 orang anak buah baru on dis february. hihi. bijak betul syg ucu ni.
tapi memang la.. ctah sgt2 rapat dgn anak buah sulung ni, mgkin disebabkan kakak tinggal dgn kami so lebih rapat dan merap kat ucu berbanding ank buah ctah sorg lagi. abang long handsome. bukan tak syg cuma disebabkan kami jauh so keakraban kurang terserlah. tapi hanya ALLAH yg tahu betapa sayangnya ucu dkt anak2 buah ucu. 
nak dipendekkan cerita. td petang ctah kan ada exam, so ctah kuar la umah mcm biasa.
perangai kakak pulak kadang2 ikut mood, bila mai mood nak ikut ucu dgn pak ucu, memang gedik2 nak ikut.
kami dah siap nak kuar, merenget2 duk dpn pintu umah, kdg2 mmg tak smpai hati tak bwak. so mmg kami akan bawak kakak jalan2. tp td petang. dia nak ikut2 jugak ucu p exam. mana boleh sayang oiii.
menangis punya teruk, mmg tak sampai hati la ctah. ctah pujuk dia, "ok2..ucu bawak, kakak p salam tokmak dulu", pulun dia lari p salam kat bilik tokmak, last2 ctah lari keluar umah dan kunci pintu, makin meraung la kakak.
habis tu, ctah bawak ja moto sampai ke simpang umah, masih dgr suara dia nangis sambil panggil nama ucu,
saat ini hanya ALLAH yg tahu. menitis air mata.
OH ALLAH.. Betapa ucu sayangkan kakak
ucu patah balik, tgk kakak..sedu2 dia teriyak.pastu nasib tokmak mai pujuk..at least leh ucu biarkan dia kat tokmak. dalam perjalanan ke tempat exam, memang tak henti2 air mata ucu ni keluar.. sungguh2 ucu doakan kat kakak semoga kakak membesar jadi anak soleh pencinta AGAMA ALLAH.
Jangan lupa ucu na kakak... walau ucu malas basuh berak kakak, walau ucu suka ngusik kakak, walau ucu suka melawak kasaq ngan kakak2, even ucu suka buat kakak menangis tapi sayangnya kat kakak melebihi segalanya di dunia ni.
sampai saat ucu tulis en3 ni, masih menitis air hangat ini.

Anak2 buahku yang tersayang,
Membesarlah kalian menjadi anak solehah,
taat ALLAH dan agamaNYA, mama ayah/walid dan tokmak tokbah yang banyak berjasa,
hormat orang tua pabila sudah dewasa,
sentiasa rendahkan diri pada semua manusia,
moga hidupmu tidak sia2

kakak dan abang yang comel lagi cerdik,
belajar sungguh2 agar diri kalian terdidik,
hiasi diri dengan Ilmu, Iman dan Amal tanpa jemu,
kelak nanti Jannah milikmu.

Tiba2 teringat gelagat kakak saat nak makan ubat IQ untuk minda cerdik,
hari2 mesti tak lupa nak makan, dia yg ingatkan ucu atau mama atau tokmak suh amikkan.
memang sgt cerdik.
Berkat Ulama' yg mentahnikkan kakak.
Imam Sudais, Imam besar Masjidil Haram.
tokwak kakak la tu..:-)
sebelum makan ubat IQ mesti kakak akan :
selawat 3x
baca bismillah
niat semoga kakak jadi anak soleh, jadi doktor.
Sejuk perut mamamu melahirkan kamu,
tenang dan senang ayahmu punya anak sehebat kamu,
kagum tokmak tokmak membesarkan kamu
dan bahagia ucu, pak ucu, mak ngah dan pak ngah punya anak buah sepintar kamu.
semoga kecerdikan dan sifat solehah ini berpanjangan dan berkekalan sampai dirimu dewasa.
moga ALLAH pelihara dirimu dunia akhirat dan diberikan kesihatan yang baik.
AMIN YA RABB

salam sayang buat kakak
ucu 'KUYUS'
12.1.13
12.46 am


kali pertama ucu menyentuh lembut dirimu. 


ps: baru pulang menghantar abah ke stesyen bas. abah menuju ke KL, perhimpunan rakyat yg dahagakan keadilan dalam sebuah negara. Yang inginkan negara ISLAM, bukan negara yang penuh dengan duri menusuk kalbu. Semoga ALLAH mengiringi perjalanan abah. masih menungu dan menunggu kepulangan kak ngah dan abg ngah serta hero ucu satu2nya. Mus'ab..ucu rindu kamu sgt2...:-) Pulanglah sayangku...



1 ulasan:

  1. sgt terkesan :) kamu sgt pnyayang masha allah

    BalasPadam

Jom share Idea. Thanks korang sbb sudi baca blog yg tak seberapa! :-)